Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-43

SK TUN HAJI ABDUL MALEK

Temasya Olahraga Tahunan (KOT) Kali Ke-43, SK Tun Haji Abdul Malek, merupakan
kejohanan olahraga tahunan yang dijalankan saban tahun. Pada tahun ini, Kejohanan Olahraga
Tahunan kali ke-47 ini telah diadakan pada hari Sabtu, 1 Oktober 2017 bertempat di Padang
SK Tun Haji Abdul Malek. Tujuan Kejohanan Olahraga Tahunan ini dianjurkan adalah untuk
menggilap kecemerlangan murid sekolah ini khususnya dalam sukan olahraga. Selain itu,
melalui Kejohanan Olahraga Tahunan ini dapat memberi peluang kepada seluruh warga SK
Tun Haji Abdul Malek dalam mengurus, melaksanakan, dan menilai kemampuan untuk
menganjurkan kejohanan yang besar di peringkat sekolah. Melalui Kejohanan Olahraga
Tahunan ini juga dapat menunjukkan kerjasama sepasukan yang amat tinggi untuk menjayakan
kejohanan sukan pada tahun ini. Berkat kerjasama yang diberikan oleh para guru, murid,
pentadbiran dan staf sokongan maka temasya olahraga ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Aturcara Majlis Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini telah dimulakan dengan
perbarisan masuk kontigen-kontigen yang mengambil bahagian iaitu terdiri dari kontigen
rumah sukan Rumah Unggu dan Rumah Jingga. Bacaan doa telah dibacakan oleh Ustaz
Muhammad Takrim Bin Ab. Rahman bagi memberkati lagi temasya sukan pada tahun ini.
Seterusnya, semua kontigen serta tetamu yang hadir telah menyanyikan lagu Negaraku. Setelah
selesai upacara menyanyikan lagu Negaraku, temasya sukan didahului dengan ucapan Pn.
Jasminah Biti Alimon, Guru Besar SKTHAM. Ucapan Perasmian Kejohanan Olahraga
Tahunan telah disampaikan oleh Encik Azaman bin Amat, YDP PIBG SKTHAM. Setelah
selesai acara perasmian, para kontigen perbarisan keluar kembali ke khemah rumah sukan
masing-masing untuk persediaan acara pada hari kejohanan.

Acara Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini, dimulakan dengan acara 50 meter
dan 100 meter murid-murid Tahap 1 dan acara 100 meter murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Acara
sukan ini di jalankan secara bergilir-gilir supaya murid tidak menunggu lama.

Kejohanan Olahraga Tahunan disambung semula dengan acara 4x100 meter antara
rumah telah diadakan bagi Kategori Lelaki dan Perempuan . Kemudian diikuti acara ibu bapa
dan guru iaitu acara tarik tali terbuka akhir antara Kampung Penajis Bandar, Penajis Tengah
dan warga SKTHAM.

Setelah selesai semua acara pada Kejohanan Olahraga Tahunan pada tahun ini, majlis
diteruskan dengan ucapan penutupan yang disampaikan oleh Encik Azaman bin Amat, Yang
Dipertua PIBG SKTHAM, Guru Besar Pn. Jasminah binti Alimon serta penyampaian
cenderahati dan hadiah kepada pegawai yang membantu ketika temsaya sukan berlangsung
serta hadiah perbarisan, johan keseluruhan serta olahragawan dan olahragawati.

Disediakan oleh,

(Mohd Iqbal Bin Abd Razak)


Setiausaha Sukan
SK Tun Haji Abdul Malek