Anda di halaman 1dari 1

Tema : Memuliakan Tuhan Dengan Iman

Iman adalah kepercayaan kita. Hanya dengan iman kita dapat memuliakan Tuhan (
Ibrani 11:6 ). Seperti yang dapat kita lihat melalui Abraham (Bapa Leluhur kita), pada
mulanya dia tidak mengenal siapa Tuhannya. Tetapi, kerana kerinduannya dia berjalan
menuruti perintah Tuhan dengan Iman, sehingga dia mengambil keputusan untuk mengikuti
Tuhan ( Ibrani 11:8). Walau dengan keadaan apapun, baik kita dalam keadaan kuat ataupun
lemah, kita serahkan kelemahan kita itu kepada Tuhan. Maka, Tuhan yang akan bertindak
bagi pihak kita. Itulah Iman kita kepada Tuhan. Kalau Tuhan berkata kita harus pergi, maka
kita harus pergi. Kerana dengan Iman kita tahu, Tuhan akan membantu kita (Ibrani 11:19).

Sama seperti Abraham, setelah berumur 100 tahun, akhirnya dia dikaruniakan anak.
Namun, Tuhan mengarahkan Abraham untuk menyerahkan anaknya Isyak sebagai korban.
Walaupun begitu, Abraham tidak mengatakan bahawa Tuhan tidak adil, malah dia menurut
perintah Tuhan ( Roma 4:18). Ini kerana dalam kehidupan kita, ada perkara yang Tuhan
mahu kita serahkan kepadaNya kerana Tuhan yang berhak untuk memberi, dan Dia juga
berhak untuk mengambil.

Kesimpulannya, bagi kita untuk memuliakan Tuhan pada masa kini, pada hari kita
susah mahupun tidak mampu, adakah itu perkara yang mudah bagi kita sebagai orang
Kristian? Adakah kita cukup berani untuk mengambil langkah Iman seperti Abraham? Secara
manusiawi pastinya tidak! TAPI, dengan Iman, kita mampu! Dengan Iman kita dapat
memuliakan Tuhan dari Hati kita yang terdalam (Roma 4:18). Ingat, Life is not about
ourself, but it’s about God. We must Guard our heart in all situation for our God.

Jadi dimanakah hati kita? Adakah kita siap untuk memuliakan Tuhan dan berjalan
dalam janji Tuhan walaupun dalam kesusahan seperti Abraham? Mari kita ambil langkah
Iman seperti Abraham untuk memuliakn Tuhan kita!

Anda mungkin juga menyukai