Anda di halaman 1dari 3

(i) Sejarah Asal-Usul Getah

- berasal dari Brazil

- getah di Tanah Melayu dari jenis Hevea Brasiliensis

- tahun 1876 sebanyak 70 000 biji getah dari Brazil dibawa ke England oleh Henry Wickham

- kemudian disemai di Kew Garden, England

- sebanyak 300 benih getah dihantar ke negara-negara naungan british terutamanya Sri Lanka

- 1877 sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden

- dari Singapura beberapa batang anak getah dibawa ke Kuala Kangsar dan ditanam di halaman
kediaman Residen Perak

- Pengarah Botanical Garden Singapura iaitu H.N.Ridley yang bertanggungjawab menggalakkan


tanaman getah di Tanah Melayu

(ii)Perkembangan Getah

- awal kurun ke-20 harga getah melambung tinggi di pasaran dunia

- permintaan meningkat kerana perkembangan perusahaan membuat motokar di Eropah dan


Amerika Syarikat

- ladang-ladang getah dibuka besar-besaran di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Johor

- 1920-an Tanah Melayu menghasilkan 53% daripada jumlah pengeluaran getah dunia

- Tanah Melayu muncul pengeluar getah terbesar dunia

- Syarikat-syarikat Eropah menguasai perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime Darby,
Guthrie, Harrisons and Crosfield dan United Plantation

- Penduduk tempatan mengusahakan tanaman secara kebun kecil

Faktor-Faktor Perkembangan Perusahaan Getah

a) Permintaan Getah Meningkat

- diperlukan dalam perusahaan membuat motokar di Amerika Syarikat dan Eropah

- diperlukan untuk membuat kasut, pakaian, tayar kenderaan, alat perubatan dan penebat elektrik
b) Kejatuhan Harga Kopi

- harga kopi jatuh kerana pengeluaran berlebihan di Brazil dan serangan serangga perosak

- peladang terpaksa beralih kepada tanaman getah

c) Tenaga Buruh Mencukupi

- buruh dari India dibawa masuk secara besar-besaran untuk bekerja di ladang-ladang getah

d) Usaha H.N.Ridley

- memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem ‘ibedem’ atau sistem tulang ikan herring

- kaedah torehan ini meningkatkan pengeluaran susu getah

e) Pelaburan Modal

- banyak syarikat besar Eropah melabur dalam perusahaan getah di Tanah Melayu seperti Sime
Darby dan Guthrie

f) Cukai Rendah

- British mengenakan cukai tanah dan cukai eksport yang rendah

- Tujuannya untuk menggalakkan ladang-ladang baru dibuka

Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan Getah

- tahun 1920-1930-an berlaku zaman kemelesetan ekonomi dunia

- harga getah jatuh dan memberi kesan kepada perusahaan getah

Langkah-Langkah Menstabilkan Harga Getah

- diperkenalkan Rancangan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa

a) Rancangan Sekatan Stevenson 1922

- tujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah


- disertai negara naungan British seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka

- Belanda dan Indonesia enggan menyertai rancangan ini sebaliknya terus meningkatkan
pengeluaran getah

- tahun 1928 rancangan ini ditamatkan oleh British apabila gagal mencapai matlamat

b) Perjanjian Peraturan getah Antarabangsa 1934

- tujuan untuk mengurangkan pengeluaran getah dan menstabilkan harga

- disertai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia, IndoChina dan
Thailand

- setiap negara dikehendaki mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang ditetapkan

- berjaya meningkatkan semula harga getah di pasaran dunia sebelum Perang Dunia II

Pengeluaran Getah Tiruan

- Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan selepas Perang Dunia II

- menjadi pesaing kepada getah asli

- dihasilkan apabila bekalan getah asli dunia terputus akibat Perang Dunia II

- getah asli keluaran Tanah Melayu bermutu tinggi dan dapat menandingi getah tiruan

Anda mungkin juga menyukai