Anda di halaman 1dari 3

Tapi jika anda sering terfikirkan apakah amalan hidup sihat, anda boleh

mengamalkan 10 petua di bawah setiap hari untuk menjadikan diri anda seorang
yang lebih baik kehidupannya:

1. Keluar ambil angin – Kurangkan terperap dalam bangunan, keluar ambil


angindi kedamaian alam sekitar. Jangan kita memandang remeh keupayaan
aktiviti menikmati alam sekitar ini kerana kajian membuktikan ia mampu
menurunkan kadar stress, menguatkan memori, meningkatkan kreativiti dan
juga menjadikan anda seorang yang lebih baik. (Amalan hidup sihat ini
bersumberkan dari “Underestimating Nearby Nature, Affective Forecasting
Errors Obscure the Happy Path to Sustainability” : Psychological Science.
2. Bersenam – Jangan asyik duduk tengok tv, pergi bersenam. Bila sebut sahaja
bersenam, semua orang akan bosan, sebab bersenam memang diakui
manfaatnya tapi hampir semua orang tak perduli untuk amalkan. Sedangkan
amalan hidup sihat dengan bersenam terbukti mampu menjadikan anda lebih
bijak, membuatkan anda mudah tidur, menjadikan anda rasa selesa dengan
tubuh badan anda, dan juga membuatkan sistem ransangan seks anda
berfungsi lebih baik. Malah kajian daripada Harvard menjejaki mereka yang
bersenam selama 72 tahun membuktikan ia adalah rahsia amalan hidup sihat.
3. Bersama dengan kawan-kawan dan keluarga – Jangan asyik habiskan masa
buat kerja, penuhkan juga masa anda bersama dengan kawan-kawan dan
juga keluarga. Kajian daripada Harvard mendapati aktiviti sosial ini merupakan
salah satu penyumbang terbesar kepada amalan hidup sihat dan kebahagian
hidup. Ada masyarakat yang hidup lama menjadikan amalan bersosial dengan
kawan dan keluarga lebih penting daripada bersenam dan mereka hidup sihat.
Kawan-kawan amat penting untuk membaiki kehidupan anda, kongsi
kegembiraan dengan mereka dan lahirkan rasa bahagia apabila kawan anda
gembira. Kesunyian merupakan salah satu daripada punca serangan jantung
dan kencing manis.
4. Nyatakan rasa syukur dan terima kasih anda secara ikhlas. Ada dua rasa yang
berbeza apabila berlaku pencapaian yang baik. Satu kita akan rasa bangga dan
satu lagi kita rasa bersyukur. Kebiasannya perasaan bangga terjadi banyak
pada mereka yang hipokrit manakala perasaan bersyukur berlaku pada
mereka yang jujur. (amalan hidup sihat ini bersumberkad dari: “Moral
Hypocrisy, Of Proud and Grateful People” from Social Psychological and
Personality Science). Sentiasa luahkan rasa syukur anda dengan kehidupan,
masih bernyawa, merasai lazat makanan, meneguk air membasahkan tekak,
semua itu jika kita hayati membuatkan kita menjadi berbeza.
5. Kurangkan mengata dan lebihkan bertafakur – Sebagai orang Islam, sia-sia
jika kita tidak ambil kesempatan bertafakur dalam solat kita, dalam zikir kita
dan dalam wirid selesai dari solat 5 waktu kita. Kajian membuktikan amalan
hidup sihat dengan bertafakur membuatkan manusia bahagia, hilangkan
stress, hilangkan kegelisahan, hilang keletihan, hilang marah, rasa hidup
bermakna dan kuatkan daya tumpuan.
6. Jangan terlalu berjaga, tidur secukupnya. Tidak ada orang yang boleh menipu
dirinya sendiri apabila dia tidak cukup tidur. Anda menjadi manusia yang
lansung tidak cekap apabila keletihan. Kurang tidur membuatkan anda
keletihan. Kurang tidur juga memungkinkan anda berperangai sewel, kurang
tidur juga membuatkan anda mudah sakit. Mereka yang cukup tidur biasanya
mudah membuat keputusan yang baik. Oleh itu jangan abaikan amalan hidup
sihat ini dan perhatikan masa tidur anda.
7. Cabar sedikit diri anda – Jangan hanya mahu benda senang sahaja, cabar
sedikit diri anda dengan melakukan perkara yang berbeza. Belajar bahasa
baru salah satu daripada cara mencabar diri anda. Berbahas isu penting dan
berhujah juga salah satu daripada aktiviti mencabar. Amalan hidup sihat
dengan melaksanakan azam yang kecil setiap hari juga mampu meningkatkan
tahap kesabaran dan nekad anda dan ia sebenarnya lebih penting untuk
kejayaan hidup melebihi daripada ketinggian IQ.
8. Jangan hanya serius sepanjang masa, ketawalah. Amalan hidup sihat dengan
tersenyum atau ketawa membuatkan sistem ketahanan penyakit kita
meningkat, ketawa membuatkan risiko serangan jantung dan strok kita
berkurang dan ketawa menguatkan perhubungan. Mereka yang suka ketawa
lebih tahan rawatan pergigian dan mereka biasanya hidup lebih panjang.
9. Sentuh dan belai orang kesayangan anda – Anda tidak ada anak, segeralah
usahakannya, jika tak ada isteri carilah satu. Bila anda ada anak-anak, bila
anda ada isteri (-isteri), jangan lupa belai mereka setiap hari. Amalan hidup
sihat dengan sentuhan membuatkan kita hilang stress, membuatkan kita erat
perhubungan. Mendakap seseorang yang kita cinta membuatkan kita bahagia.
Melakukan seks dengan pasangan kita mengurangkan risiko serangan jantung
dan risiko kanser, seks juga menguatkan sistem imun kita dan seks juga
membuatkan kita panjang umur.
10. Jadilah orang optimis. Jangan putus harap, yakinkan dengan penuh harapan
pada segala yang positif. Mereka yang optimis lebih hidup bahagia, mereka
juga sihat dan kuat jiwa dan mereka yang kuat keyakinan biasanya lebih tinggi
prestasinya. Jangan lupakan amalan hidup sihat ini.
Jika kita lihat kesemua senarai di atas, kesemuanya adalah perkara yang terlalu
ringkas dan mudah untuk kita laksanakan. Jadi mengapa kita hendak susahkan hidup
kita untuk berjaya dengan melakukan berbagai perkara yang sukar. Kehidupan tidak
sepatutnya menjadi sesuatu yang sukar.

Anda mungkin juga menyukai