Anda di halaman 1dari 2

Indonesia rampas 'kapal hamba' diburu Interpol

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

Share

JAKARTA: Indonesia merampas sebuah 'kapal hamba' susulan insiden kejar


mengejar dramatik tercetus akibat amaran Interpol selepas kapal terbabit
terlepas daripada ditangkap di China dan Mozambique, kata pihak berkuasa
hari ini.

Interpol memberi maklumat kepada pihak berkuasa Indonesia, kapal STS-50


tidak berdaftar terkenal dengan rekod jenayah itu memasuki perairan Asia
Tenggara dengan kru dibimbangi dipaksa bekerja.

Kapal terbabit, ditangkap Jumaat lalu sejauh 95 kilometer dari Pulau Weh di
wilayah Aceh membawa 20 rakyat Indonesia, dua Ukraine dan lapan warga
Russia termasuk kapten, kata seorang pegawai kanan tentera laut. Kru sudah
ditahan dan kini disoal siasat.

Kelasi Indonesia berkata, mereka tidak dibayar dan pasport serta dokumen
lain diambil sebaik sahaja menaiki kapal hampir setahun lalu, kata tentera
laut.

"Rakyat Indonesia ini belayar selama 10 bulan tanpa dibayar, justeru kami
mengesyaki berlaku perhambaan," kata Timbalan Laksamana Tentera Laut
Indonesia, Achmad Taufiqoerrochman.

Pihak berkuasa berkata, kapal sepanjang 258 meter itu, yang mengibarkan
bendera negara kecil Afrika, Togo, sebelum ini mengibarkan bendera dari
beberapa negara termasuk Jepun, Korea Selatan dan Mozambique.

Kapal itu melarikan diri selepas terlepas daripada ditangkap di China dan
Mozambique.
Sebelum ditangkap di Indonesia, kapal itu menggunakan beberapa nama
termasuk Sea Breeze, Andrey Dolgov dan Aida, menurut Kementerian
Perikanan.

Kapal itu dilengkapi dengan 600 pukat hanyut, dilarang di beberapa perairan,
menyasar spesies ikan kod dan ikan Antartik selain disyaki terbabit dalam
'jenayah terancang transnasional', kata kementerian itu tanpa mengulas
lanjut. -AFP

Anda mungkin juga menyukai