Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

SLUMP TEST

BIL. TAJUK MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. OBJEKTIF 1

3. ALATAN UJIAN PENURUNAN 2–3

4. BAHAN 3

5. PROSEDUR UJIAN 4

6. KEPUTUSAN UJIAN 4–5

7. ASPPEK YANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN 5


RUNTUHAN

8. KESIMPULAN 5

CUBE TEST

1. PENGENALAN 6

2.. OBJEKTIF 6

3. ALATAN UJIAN MAMPATAN 7

4. BAHAN 8

5. PROSEDUR UJIAN 8

6. KEPUTUSAN UJIAN 9

7. ASPEK YANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN 9

8. KESIMPULAN 9

9. RUJUKAN 10
PENGENALAN SLUMP TEST

Ujian penurunan adalah ujian yang praktikal bagi menyukat kebolehkerjaan


atau taraf kerja untuk semua konkrit. Ujian penurunan ini akan
dilakukan ditempat pembancuhan konkrit dan juga di tapak bina. Ujian
penurunan ini dilakukan ditempat pembancuhan untuk memastikan nisbah
campuran adalah mengikut spesifikasi dan untuk memastikan konkrit boleh
diterima atau tidak bagi kerja konkrit. Kontraktor perlu menentukan
kebolehkerjaan yang diperlukan untuk sesuai dengan pembinan dan cara
menentukan kebolehkerjaan yang diperlukan yang bersusuaian.

OBJEKTIF

Untuk memastikan ketekalan bancuhan konkrit dan menjamin konsistensi


keseluruhan kerja. Selain itu, untuk mengawal kualiti konkrit dan menilai
praktikalnya ke atas kandungan air, simen dan pasir.

2
ALATAN UJIAN PENURUNAN
 Alatan yang digunakan untuk ujian penurunan ialah acuan(slump cone)
yang diperbuat daripada kepingan logam. Ukuran dalam acuan tersebut:

- Garis pusat bahagian bawah : 200 + 2mm

- Garis pusat bahagian atas : 100 + 2mm

- Tinggi frustum : 300 + 2mm

Slump cone

 Rod pemadat yang berdiameter 16mm dan panjangnya 600mm.


Digunakan bersama pembaris untuk mengukur.

 Plat logam rata dan kedap air sebagai alas3

 Sudip

 Pita Ukur

 Pembaris

BAHAN
Konkrit diambil secara rawak untuk mewakili keseluruhan konkrit

3
PROSEDUR UJIAN

Prosedur ujian yang dilakukan dalam slump test adalah seperti berikut:

i. Bancuhan konkrit dimasukkan ke dalam ‘slump cone’.

i. Konkrit dimasukkan sebanyak 3 lapisan. Setiap lapisan hendaklah


dimampatkan dengan rod besi.

ii. Setiap lapisan perlu dipadatkan sebanyak 25 kali dengan menggunakan


rod besi.

iii. Ratakan permukaan atas dengan sudip.

iv. Selepas selesai 3 lapisan, ‘slump cone’ diangkat perlahan-lahan daripada


konkrit. Perhatikan runtuhan yang berlaku.

v. Ketinggian runtuhan yang diukur hendaklah tidak melebihi 75mm, tidak


kurang 25mm barulah konkrit dibenarkan untuk dibawa masuk ke tapak
bina. Jika runtuhan melebihi 75mm ujian dikira gagal dan konkrit perlu
ditukar.

KEPUTUSAN UJIAN

KONSISTENSI RUNTUHAN(mm)

Terlalu kering 0

Sangat kering 0-12.7

Keras 12.7-25.4

Plastk keras 25.4-50.8

Terdapat 3 jenis runtuhan yang selalu berlaku seperti penurunan sebenar,


penurunan ricih, dan penurunan runtuh seperti rajah di bawah:

4
Keputusan ujian dipengaruhi oleh faktor berikut:

- Nisbah air simen yang digunakan

- Masa yang diambil selepas membancuh konkrit. Bahan perlu segera


diuji untuk mengelak ia daripada terhidrat.

- Alatan perlulah dalam keadaan baik, bersih, dan kering.

ASPEK YANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN RUNTUHAN

i. Penurunan sebenar - Menunjukkan bancuhan yang tepat mengikut nisbah

ii. Penurunan runtuh/roboh - Menunjukkan bancuhan yang terlalu basah

iii. Penurunan - Menunjukkan bancuhan

KESIMPULAN

Ujian ini selalu digunakan di tapak bina sebelum melakukan kerja pembinaan
untuk menguji kakuatan dan ketahanan konkrit. Sebarang kesalahan pada
konkrit akan menyebabkan kerja pembinaan mungkin akan terdedah kepada
bahaya.

5
PENGENALAN CUBE TEST

Ujian kiub merupakan ujian yang penting bagi konkrit. Tujuan ujian ini
dijalankan adalah untuk menentukan kekuatan mampatan yang mampu
ditanggung oleh konkrit apabila dikenakan beban ke atasnya. Keputusan ujian
ini akan menunjukkan kesebatian campuran konkrit dalam menghasilkan
kekuatan yang dikehendaki.

OBJEKTIF

Ujian yang dijalankan untuk menentukan kekuatan konkrit dan menguji


kekuatan mampatan yang dijalankan menggunakan ‘cube test’.

6
ALATAN UJIAN MAMPATAN

i. Acuan kiub konkrit berukuran 150mm atau 100mm. Ia digunakan bagi batu
baur yang bersaiz tidak melebihi 40mm atau 25mm.

ii. Acuan kiub untuk ujian hendaklah diperbuat daripada keluli atau besi
tuang dengan permukaan yang licin. Setiap acuan mempunyai plat tapak
daripada keluli untuk menyokong dan menggelak kebocoran.

ACUAN KIUB

iii. Rod pemadat daripada keluli berdiameter 16mm dan panjangnya 600mm.

iv. Mesin ujian mampatan

MESIN UJIAN MAMPATAN

7
BAHAN

- Nisbah konkrit
- Nisbah air bancuhan konkrit
- Alat-alatan

PROSEDUR UJIAN

i. Minyak gris disapukan di permukaan dinding acuan untuk mengelak


konkrit melekat apabila kering.

ii. Konkrit dituang ke dalam acuan ecara berperingkat. Mengandungi 3


lapisan yang hampir sama ketebalannya.

iii. Tiap-tiap lapisan hendaklah dimampatkan menggunakan rod besi


sebanyak 35 kali hentakan.

iv. Konkrit dikemaskan permukaannya dan dilabel. Kiub dilabel mengikut


struktur dan tarikh ia dibuat. Kemudian ia dibiarkan mengeras.

v. Konkrit yang telah mengeras dikeluarkan daripada acuan dan direndam di


dalam air. Kiub dibahagikan mengikut fasa kematangan.

vi. Ujian kekuatan mampatan hendaklah dibuat pada konkrit yang berumur 7
hari, 14 hari, dan 28 hari.

8
KEPUTUSAN UJIAN

TEMPOH HARI RUNTUHAN

28 hari 500KN/mm

14 hari 76KN/mm

7 hari 233.6KN/mm

1 hari 86KN/mm

 Nilai keputusan setiap kiub hendaklah dicatatkan dan dibandingkan


dengan nilai kekuatan yang dikehendaki.

 Tujuan ujian konkrit 7 hari dan 14 hari dilakukan adalah untuk meramal
kekuatan yang dikehendaki pada 28 hari boleh dicapai atau tidak. Maka,
konkrit telah mencapai kekuatan 70% pada hari ketujuh.

ASPEK YANG MEMPENGARUHI KEPUTUSAN

i. Nisbah air simen


ii. Nisbah batu baur simen

KESIMPULAN

Tiga ujian perlu dijalankan sebelum memilih konkrit. Ujian ini adalah untuk
menguji kekeuatan konkri.

9
RUJUKAN

- A.M. Neville, J.J.Brokks. (2012). Teknologi Konkrit. Kuala Lumpur:


Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

- Anuar M. Lela, Amran Hussein, Nawawi Mohd Jan. (2008). Bahan


Binaan Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

- Izumida, H. (1982). Teori Konkrit. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka Kementrian Pelajaran Malaysia.

-http://zuraidahabakar07.blogspot.my/2014/08/pengenalan-pembinaan-m
erupakan-binaan.html

-https://www.scribd.com/document/329085043/ujian-penurunan

-http://hightower-faizal.blogspot.my/2008/04/ujian-penurunan-bagi-konkr
it.html

10