Anda di halaman 1dari 15

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH AKADEMIK


TAHUN 2017

BIL CUE TEKS UCAPAN PEMBACA


1. Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof. Madya Datuk Dr. MAIZA
Rozaidah binti Talib
Ketua Pegawai Eksekutif MAHSA Specialist Centre
merangkap Timbalan Naib Canselor Bahagian Penyelidikan dan
Inovasi Universiti MAHSA
diiringi barisan pentadbir dan ahli jawatankuasa PIBG SMK Dato
Ahmad Razali

Mohon semua hadirin untuk berdiri

******BERDIRI*******

Nyanyian Lagu NEGARAKU

*****SELESAI NYANYIAN*******

Hadirin dipersilakan duduk

1|Page
2. Bacaan Doa Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita ELMI
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin
oleh Ustaz Nurul Effendy bin Osman. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

********* BACAAN DOA ***********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Nurul


Effendy bin Osman atas bacaan doa itu tadi.

Semoga pertemuan kita pada pagi ini mendapat perlindungan,


Dilimpahkan dengan seribu keberkatan,
Ditambahkan dengan tautan kemesraan,
Diiringi kenangan yang mencuit perasaan.

2|Page
Alu-aluan Daun layu di tengah gurun, MAIZA
3. Pengacara Majlis Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam


Sejahtera
1. Yang Berbahagia Prof. Madya Datuk Dr. Rozaidah binti Talib
Ketua Pegawai Eksekutif, MAHSA Specialist Centre
merangkap Timbalan Naib Canselor
Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Universiti MAHSA

2. Yang Dihormati Tuan Haji Aziz bin Md Derus,


Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Ahmad Razali,

3. Yang Berusaha, Puan Norwati binti Muhamad,


Pengetua SMK Dato’ Ahmad Razali

4. Puan Hajah Mahatom binti Yaacob


Penolong Kanan Kurikulum.

5. Puan Rodhiah binti Haji Saad,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

3|Page
6. Puan Maimunah binti Mohd Jamil
Penolong Kanan Kokurikulum,

7. Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Ahli Jawatankuasa


PIBG, para pendidik, ibu bapa dan seterusnya murid-murid
yang diraikan sekalian.

Selamat datang ke Majlis Anugerah Akademik SMK Dato’ Ahmad


Razali 2017

Jejaran mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di Tanah Jawa,
Kata aluan pembuka bicara,
Di Pentas Aspirasi kita bersua.

Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan limpah dan kurniaNYA,


kita dapat sama-sama berhimpun pada pagi ini, untuk meraikan
kejayaan anak-anak didik SMK Dato Ahmad Razali. Sesungguhnya,
kecemerlangan anak-anak ini membuktikan bahawa pengorbanan,
kesungguhan dan iltizam yang tinggi daripada semua pihak
memberi impak yang bermakna demi membangunkan kemajuan
pendidikan di sekolah ini.

4|Page
Semoga usaha kita yang berterusan dalam memberi sokongan
kepada anak-anak murid SMK Dato Ahmad Razali ini terus menjadi
pendorong kepada mereka untuk terus meraih jenama cemerlang
dan gemilang pada masa akan datang.

4. Ucapan Pengetua Hadirin yang dihormati sekalian, ELMI

Pergi ke kota membeli selasih,


Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan menjemput
Puan Norwati binti Muhamad, Pengetua SMK Dato Ahmad Razali
untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

***UCAPAN PENGETUA***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan beliau


sebentar tadi.

5|Page
5. Ucapan YDP PIBG Majlis akan diteruskan dengan menjemput Tuan Haji Aziz bin Md ELMI
Derus, Yang Dipertua PIBG SMK Dato Ahmad Razali untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

***UCAPAN YDP PIBG***

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi

6. Ucapan Besar langit di tepi busut, MAIZA


Perasmian Di atas papan batang jerami,
Besar hajat kami menjemput,
Tiba masanya bicara perasmi

Bagi meneruskan aturcara kita pada pagi yang berbahagia ini,


majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Prof.
Madya Datuk Dr. Rozaidah binti Talib, Ketua Pegawai Eksekutif,
MAHSA Specialist Centre merangkap Timbalan Naib Canselor
Bahagian Penyelidikan dan Inovasi Universiti MAHSA untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Anugerah Akademik SMK Dato Ahmad Razali 2017. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan

6|Page
***GIMIK PERASMIAN***

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian Yang


Berbahagia Prof. Madya Datuk Dr. Rozaidah binti Talib atas
kesudian beliau menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi

7. Penyampaian Hadirin yang dimuliakan sekalian ELMI


Hadiah oleh
Pengetua Berkebaya batik berwarna merah
Dipakai pula gadis pinggiran
Tibalah masa penyampaian anugerah
Penerima teruja menunggu giliran

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan Hajah Mahatom


binti Yaacob, Penolong Kanan Kurikulum mengiringi Puan Norwati
binti Muhamad, Pengetua SMK Dato Ahmad Razali ke pentas untuk
menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil. Dipersilakan.

7|Page
Mendahului senarai penerima anugerah bagi

MURID CEMERLANG TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 2

dimulakan dengan Tingkatan 1 Amanah.

***RUJUK LAMPIRAN***

BACA SENARAI NAMA TING 1 DAN TING 2

***Selesai penyampaian hadiah Ting 1 dan Ting 2 ***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Puan


Pengetua menyampaikan hadiah sebentar tadi.

8|Page
8. Penyampaian Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput Puan Norwati binti MAIZA
Hadiah oleh YDP Muhamad, Pengetua SMK Dato’ Ahmad Razali mengiringi Tuan Haji
PIBG Aziz bin Md Derus, Yang Dipertua PIBG SMK Dato Ahmad Razali
bagi menyampaikan hadiah dan sijil. Dipersilakan

Diumumkan penerima anugerah bagi

MURID CEMERLANG TINGKATAN 4.

***RUJUK LAMPIRAN***

Seterusnya dibacakan anugerah bagi

MATA PELAJARAN TERBAIK TINGKATAN 4.

Dimulakan dengan …………….

***RUJUK LAMPIRAN***

Seterusnya dibacakan anugerah bagi

MURID TERBAIK TINGKATAN 3

***RUJUK LAMPIRAN***

9|Page
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Aziz bin
Md Derus atas kesudian menyampaikan hadiah dan sijil sebentar
tadi.

6. Persembahan Sehabis merah daun yang sihat, ELMI


Dahan melebar bercerita sakan
Majlis anugerah mohon berehat
Persembahan nasyid kita saksikan

Seterusnya marilah kita bersama-sama menghayati persembahan


nasyid dari kumpulan Soutun Nisa’ dengan dua buah lagu yang
bertajuk (Al Quran Asas Kesatuan Dan Kesejahteraan Negara) dan
(Dunia Pancaroba). Dipersilakan.

***Nyanyian nasyid***

Demikian tadi persembahan nasyid yang begitu harmoni


disampaikan oleh kumpulan nasyid Soutun Nisa’. Persembahan ini
telah mendapat sentuhan dan bimbingan dari guru-guru SMK Dato
Ahmad Razali. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
persembahan itu tadi.

10 | P a g e
7. Penyampaian Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput Puan Norwati binti MAIZA
Hadiah oleh Muhamad, Pengetua SMK Dato’ Ahmad Razali dan Tuan Haji Aziz
Perasmi bin Md Derus, Yang Dipertua PIBG SMK Dato Ahmad Razali
mengiringi Yang Berbahagia Prof. Madya Datuk Dr. Rozaidah binti
Talib, Ketua Pegawai Eksekutif, MAHSA Specialist Centre,
merangkap Timbalan Naib Canselor, Bahagian Penyelidikan dan
Inovasi, Universiti MAHSA untuk menyempurnakan penyampaian
hadiah dan sijil. Dipersilakan.

Dimulakan dengan

ANUGERAH MURID TERBAIK SPM.

***RUJUK LAMPIRAN***

Seterusnya, diumumkan penerima amugerah bagi

MATA PELAJARAN TERBAIK SPM

***RUJUK LAMPIRAN***

11 | P a g e
Seterusnya, bagi ELMI

Kategori PENINGKATAN GPMP PANITIA

Kategori PANITIA 100% SPM

Kategori PANITIA TERBAIK SPM BAGI SUBJEK TERAS

Kategori PANITIA TERBAIK SPM (ELEKTIF)

Kategori PANITIA LONJAKAN GP TERBANYAK (TERAS)

Kategori PANITIA LONJAKAN GP TERBANYAK (ELEKTIF)

Kategori BIDANG TERBAIK SPM

***RUJUK LAMPIRAN***

12 | P a g e
Kini, tibalah kita ke kemuncak acara iaitu ANUGERAH MURID ELMI
CEMERLANG SPM 2017. Berikut dibacakan biodata ringkas beliau.

***BACA BIODATA MURID***

Diumumkan MURID CEMERLANG SPM SMK DATO AHMAD


RAZALI bagi tahun 2017 dianugerahkan kepada ATHIRAH BINTI
RIDZUAN

***TAMAT PENYAMPAIAN HADIAH DAN SIJIL***

Bagi menghargai kehadiran dan kesudian Yang Berbahagia Prof.


Madya Datuk Dr. Rozaidah binti Talib menyampaikan hadiah,
dijemput Tuan Haji Aziz bin Md Derus untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia perasmi kita pada hari ini
sebagai tanda kenang-kenangan.

***TAMAT PENYAMPAIAN CENDERAHATI***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Aziz bin
Md Derus atas kesudian menyempurnakan majlis penyampaian
cenderahati sebentar tadi.

13 | P a g e
8. Penututp Hadirin yang dihormati sekalian, MAIZA
Bersyukur kini kami panjatkan
Majlis anugerah telah disempurnakan
Sekalung penghargaan kami hulurkan
Segulung tahniah kami ucapkan.

Burung terkukur terbang rendah


Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf


sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan
majlis ini.

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Anugerah Akademik SMK Dato


Ahmad Razali bagi sesi 2017. Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua tetamu yang sudi menghadiri majlis ini dan
tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Diharap
anugerah ini menjadi batu loncatan kepada semua pihak dalam
usaha untuk meningkatkan prestasi khususnya dalam bidang
akademik SMK Dato’ Ahmad Razali

14 | P a g e
Akhir kalam, renungilah kata-kata seorang cendekiawan
“Kejayaan yang luar biasa dicapai oleh orang biasa yang berusaha
secara luar biasa “

Sekian, wabilla hi taufik wal hidayah, assalamualaikum wbt.

Dijemput semua hadirin untuk menikmati jamuan yang disediakan.

15 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai