Anda di halaman 1dari 3

~Nur Afiqah Hassan, SKTP~2017

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH


PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS
PERPUSTAKAAN SK LUBUK SIREH BAGI TAHUN 2018

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamuala


asyrafil anbiya iwal mursalin, wa ala alihi wasahbihi ajma’in.

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktu, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia.

Yang Berusaha, Encik ZAINI BIN MEH, Guru Besar Sek. Keb. Lubuk Sireh,
___________________SM NOM A/L IKEILAN, Ketua Balai Polis Kaki Bukit.
_______________________EN. NOOR AZAM BIN HJ. MOHAMMAD,
Penyelia Disiplin, Unit Hal Ehwal Murid.

_________________________________ , Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


_______________________________, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
________________________________, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru,
serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita melafazkan setinggi ucapan kesyukuran
ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin Kasih-Nya pada pagi yang barakah ini kita
dapat sama-sama berkumpul bagi melangsungkan Majlis Pelantikan Pengawas
Sekolah Dan Pengawas Perpustakaan Sk Lubuk Sireh Bagi Tahun 2018
Guru-guru dan pelajar sekalian, Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah
untuk mengiktiraf peranan pemimpin pelajar dalam menyumbang kepada
kejayaan sekolah disamping menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan
yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga dengan penyerahan tugas ini
nanti akan menjadikan mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi dan amanah
dalam menjalankan tugas.
~Nur Afiqah Hassan, SKTP~2017

Pengawas sekolah dilantik berdasarkan peribadi mereka yang baik, dapat


memikul tanggungjawab dengan jujur, berani, dedikasi dan bijak membuat
keputusan. Dengan adanya barisan badan pengawas ini, segala masalah disiplin
sekolah akan dapat diatasi dengan lebih baik, InsyaAllah.

Jemput utk berucap.

Bagi menyempurnakan majlis watikah pelantikan ini, majlis menjemput Pn.


Hafsah bt Md Onn untuk mengiringi En. Rasedy bin Baba, guru Besar SK
Tanjung Puteri untuk tampil ke hadapan. Dipersilakan.
Dipersilakan, adik ___________________, Ketua Pengawas Sek. Keb. Tanjung
Puteri untuk menerima watikah pelantikan dari Guru Besar. Seterusnya, dijemput
adik ___________________, Ketua Pengawas Pusat Sumber Sek.Keb.
____________________untuk naik ke pentas.
Terima kasih diucapkan kpd ________________________ atas kesudian
menyampaikan watikah sebentar tadi. Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar dari
badan pengawas dan pusat sumber
Sek.Keb._______________________________. Dipersilakan adik
_____________________dan _______________________untuk naik ke pentas
bagi mengetuai bacaan lafaz ikrar.
----------------------------------------------IKRAR-------------------------------------------
Demikian tadi bacaan lafaz ikrar oleh badan pengawas sekolah dan perpustakaan
Sek. Keb. ____________________________. Mudah-mudahan dengan lafaz
ikrar itu tadi akan menjadikan badan pengawas sekolah dan perpustakaan ini
lebih komited dalam menjalankan tugas.
------------------------------(Pengawas dibenarkan duduk)--------------------------------
Guru-guru dan para pelajar sekalian, majlis diteruskan lagi dengan menjemput
En. Rasedy bin Baba untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Dengan berakhirnya penyampaian watikah itu tadi maka berakhirlah Majlis
Pentauliahan Warkah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Perpustakaan bagi
Tahun 2018. Semoga dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para
pengawas pusat sumber dalam melaksana dan menjalankan tugas yang
diamanahkan.
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
~Nur Afiqah Hassan, SKTP~2017

Di lain acara bersua lagi

Gunung Pantai tinggi mengawan,


Nampak dari Padang Temu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.

Sekian, terima kasih. Semua murid boleh berdiri sekarang.

Anda mungkin juga menyukai