Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

Pengangkutan adalah salah satu jawatankuasa yang penting dalam program Bina Insan Guru (BIG) kali
ini kerana setiap aktiviti melibatkan tempat-tempat yang berlainan. Seramai 2 orang jawatankuasa
yang iaitu Nor Ain Binti Ahmad Suhaimi dan Nur Zanjabella Fahmeeda Binti Abdul Razak telah dilantik
untuk melancarkan pergerakan para peserta dan peralatan kali ini.

Sebelum program BIG ini dijalankan beberapa persiapan awal telah di buat oleh jawatankuasa
pengangkutan. Persiapan sebelum telah dibuat seminggu sebelum program BIG dilaksanakan
Antaranya adalah :

1. Merujuk kepada AJK perhubungan tentang pengesahan tempat yang akan dituju pada hari
kejadian.
2. Mendapatkan pengesahan daripada pengerusi BIG iaitu Wan Safwan berkenaan butiran bas
seperti tarikh, tempat dan masa yang sesuai untuk pergi dan balik mengikut kesesuaian
tentatif yang telah dirancang.
3. Mengisi borang permohonan penggunaan kenderaan (bas) untuk kelulusan pengarah. Di
dalam borang tersebut telah dinyatakan tarikh, tempat serta masa pergi dan balik untuk setiap
perjalanan bas
4. Menunggu kelulusan pengarahyang akan diberitahu oleh CC pentadbiran IPG mengenai
kelulusan menggunakan pengangkutan IPG

Setelah semua permohonan diluluskan, program ini menerima 1 buah bas dengan kapasiti 40 orang
untuk tujuan mengangkut peserta dan barang-barang. Permohonan untuk menggunakan 2 buah bas
tidak berjaya kerana malangnya 2 bas yang lain mengalami masalah teknikal dan tidak dapat diguna
pakai untuk program ini. Antara lokasi yang menggunakan pengangkutan bas IPG adalah Balung Eco
Resort untuk aktiviti air, SK Balung untuk aktiviti Interkasi Professional bersama sekolah dan Sekolah
Agama Balung untuk aktiviti khidmat masyarakat gotong royong. Antara perkara yang dilaksanakan
semasa bagi AJK ini semasa hari kejadian adalah :

1. Berhubung dengan pemandu bas menggunakan aplikasi rangkaian WhatsApp untuk


memberitahu sekali lagi tentang tempat dan masa bagi perjalanan bas pada hari kejadian.
Terdapat penukaran tempat iaitu dari Shan Shui kepada Balung Eco Resort berikutan
kesesuian kos dan tempat.
2. Menghubungi pemandu bas ketika hendak pergi dan balik dari IPG dan destinasi yang ingin
dituju. Sepanjang program BIG kali ini, terdapat beberapa kali susunan masa tidak mengikut
tentatif yang dirancang berikutan perlaksanaan aktiviti kami akan menghubungi pemandu bas
untuk mengubah balik masa.
3. Memastikan perjalanan bas mengikut perancangan awal.

Penggunaan pengangkutan bas IPG tamat pada 12 Oktober 2017 pada hari Khamis setelah 3 hari
penggunaannya bermula pada hari Isnin, Selasa dan Khamis. Setelah tamat penggunaan bas IPG, AJK
kami dikehendaki membuat laporan kepada setiausaha program. Selain dari menguruskan hal
berkaitan pengangkutan, jawatankuasa ini juga telah membantu jawatankuasa peralatan
menguruskan pengangkutan barang-barang ke dalam bas seperti jaket keselamatan dan sebagainya.
Barang-barang yang dibawa ini disusun dengan betul dan teratur di dalam bas agar proses mengangkat
dapat dipermudahkan. Secara keseluruhannya, hal-hal berkaitan pengangkutan dapat diselesaikan
dengan baik dan sempurna di mana ianya merangkumi aspek pengangkutan peserta dan barang-
barang yang dibawa.

Anda mungkin juga menyukai