Anda di halaman 1dari 1

21hb Februari 2018

Ruj. Kami: YSS/2018/KPM/L (O)/071/AR

Y.BHG. GURU BESAR

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE BENGKEL ‘PSIKOLOGI SEKOLAH BAGI GURU-GURU SJKT’

Yayasan Strategik Sosial (YSS) sedang menganjurkan program Psikologi Sekolah khas
bagi guru-guru SJKT bagi meningkatkan kompetensi guru dalam aplikasi instrumen
psikologi bagi mengenali masalah pembelajaraan ('Learning Disabilities) dan masalah
emosi yang mengganggu pembelajaraan dan perkembangan kesihatan mental pelajar.

Sehubungan ini, YSS dengan sukacitanya menjemput dua orang guru terdiri daripada
Guru Penolong Kanan 1 (GPK) dan guru bimbingan kaunseling atau guru lantikan sekolah
berkaitan dengan masalah pelajar (Sila beri keutamaan kepada guru berijazah).

Berikut adalah butiran bengkel:

Tarikh: 11.03.2018 to 14.03.2018


Tempat: Institut Latihan Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan
Tempatan(I-KPKT), KM 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya
Karak, Berjaya Hills, Bukit Tinggi, 28750, Pahang.
Peserta: Seramai 140 guru-guru SJKT
Anjuran bersama : Majlis Guru Besar SJKT Malaysia.

Bersama-sama disertakan borang pengesahan kehadiran guru, agenda tentatif bengkel dan
kelulusan Bahagian Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila kembalikan
borang pengesahan sebelum 1hb Mac 2018. Bagi guru-guru dari luar negeri penginapan
disediakan pada 11hb Mac 2018 mulai jam 4.00 petang.

Segala kerjasama dan tindakan Guru Besar dalam usaha mulia ini amat dihargai. Bagi
keterangan lanjut sila hubungi En. Kugan atau Cik. Selvi di talian 03-40415958 atau
Penyelia Kanan SJKT Negeri.

Anda mungkin juga menyukai