Anda di halaman 1dari 3

PUISI MODEN : Sajak Pada Sekuntum Mawar karya Mahwa

Mohamed
Sehelai kelopakmu gugur; Rangkap 1: Maksud
Sajak Penyajak
adalah titis air mata bonda
mengumpamakan bunga
yang luruh dalam lipatan usia. mawar sebagai gadis.
Jika maruah seorang gadis
tercemar, maka ibunya akan
berasa amat sedih dalam
menghadapi hari tua.

Merenung pada malam yang Rangkap 2: Jika maruah anak


kematian angina gadisnya tercemar, maka ibu
akan merasakan bahawa
pada laut yang kematian
segala-galanya telah musnah.
ombak
Dia merasakan bahawa
seperti telah menutup hidupnya sia-sia atau tidak
bemakna lagi. Dia juga
pintu kehidupan ini merasakan bahawa segala-
menjadi sepi dan lara galanya telah musnah dan
tidak ada lagi jalan untuk
pada kemusnahan yang tak memperbaiki keadaan
pernah dipinta. tersebut.
Sekuntum mawar Rangkap 3 :Penyajak berpesan
agar gadis-gadis tidak akan
bukan melontar harum
membiarkan diri mereka
indahmu
tercemar dalam menghadapi
di hujung lembah kehidupan yang serba
mencabar ini, sebaliknya
tapi mengangkat seri hendaklah menjaga diri supaya
mahkotamu menjadi gadis yang beriman
ke puncak iman. dan dihormati masyarakat.
(Dipetik daripada antologi
Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Arah Pendidikan
Sdn. Bhd.)

1.0 Tema sajak:


Anak gadis yang sewajibnya menjaga martabat mereka
sebagai seorang gadis. Jika seseorang gadis telah tercemar,
iaitu hilang kegadisannya akibat pergaulan bebas, maka nama
keluarganya turut tercemar.
2.0 Persoalan:
1. Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
2. Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan
bahawa hidupnya sudah tidak bermakna lagi.
3. Kehilangan maruah seorang gadis merupakan suatu
kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu.
4. Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki
pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang
beriman.
3.0 Bentuk:
(a) Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap tidak sama.
Contohnya, • rangkap 1: tiga baris;
• rangkap 2: enam baris;
• rangkap 3: lima baris.
(c) Panjang pendek barisnya tidak sama, iaitu antara dua
hingga enam patah kata.
Contohnya, Sekuntum mawar (2 patah kata) Merenung pada
malam yang kematian angin (6 patah kata)
(d) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara lima hingga empat
belas suk kata.
Contohnya, di hujung lembah (5 suku kata)
(e) Sajak ini berbentuk bebas.

4. 0 Unsur bunyi:
1. Asonansi.
Contohnya, • adalah titis air mata bonda (perulangan vokal a);
2. Aliterasi.
Contohnya, • seperti telah menutup. (perulangan konsonan t);

5.0 Gaya Bahasa


Gaya Bahasa Contoh
1. Sinkope pada kemusnahan
yang takpernah dipinta.
2. Penggunaan unsur malam; angin; laut;
alam.
3. Simile seperti telah menutup.

6.0 Nilai dan Pengajaran


Nilai Pengajaran
1. Nilai kasih sayang Kita hendaklah menjaga hati
ibu agar ibu tidak menderita.
2. Nilai berwaspada. Kita hendaklah menjaga diri
agar tidak menghadapi
kemusnahan dalam
kehidupan. .
3. Nilai kesedaran. Kita hendaklah mengelakkan
diri daripada terlibat dalam
masalah sosial.