Anda di halaman 1dari 5

KASIH SI KECIL

Assalamualikum pembuka bicara,


Salam sejahtera penghias bahsa,
Kasih Si Kecil tajuk cerita,
Buat hiburan kita semua.

Yang saya hormati, tuan pengerusi majlis, panel hakim


yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan
sekalian.

Miaw... miaw... miaw... si comel itu sangat manja...


dengar ya kawan-kawan, begini kisahnya...

Terdapat sebuah ladang di hujung desa yang sangat


permai. Banyak binatang yang terdapat di dalam ladang
itu. Antaranya lembu, kuda, ayam, dan banyak lagi.
Semua binatang itu berasa mereka sangat berbakti
kepada tuan mereka, melainkan seekor anak kucing
yang sangat comel.
Pada suatu hari, anak kucing tersebut sedang
berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia
mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang
besar yang gagah itu memanggilnya. Binatang besar itu
mengejek dan mempersendakkan saiz anak kucing
yang comel itu. Dia menyatakan bahawa pemilik ladang
menyayanginya lebih daripada binatang yang lain
kerana dia mampu mengangkut banyak barang untuk
peladang itu. Katanya lagi, binatang sekecil kucing itu
tidak akan member manfaat kepada tuan mereka.

Tiba-tiba dari kandang sebelah, dia terdengar suara


seekor lembu pula. “Aku adalah binatang yang paling
terhormat di sini. Sebabnya, tuan kita membuat keju dan
mentega dari susu aku. Kamu tentu tidak berguna bagi
keluarga di sini”. Si comel menjadi sangat sedih
mendengar cemuhan daripada kedua binatang yang
besar itu.

Belum lagi kesedihannya hilang, dia mendengar


teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih
tinggi dari aku. Aku memberi bulu kepada pemilik
ladang ini. Aku memberi kehangatan kepada seluruh
keluarga tuan. Tapi kata-katamu tentang kucing kecil itu,
memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di
sini.”

Satu demi satu binatang di ladang itu mencemuh


dan memandang rendah akan si anak kucing sambil
menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di
ladang itu.

Dengan hati yang pilu, kucing kecil itu pergi ke


tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya.
Sedih rasanya, sudahlah yatim piatu, dianggap tak
berguna pula. Kucing bernyanyi di dalam hatinya,

Aduhai nasib diriku yang malang,


Oh tuhan.
Mengapa begini nasib yang ku terima,
Oh tuhan...

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan


dan nyanyian si kucing kecil itu. Lantas, kucing tua itu
menasihati kucing kecil supaya tidak menangisi sesuatu
yang tidak mampu dilakukannya. Walaupun kucing itu
terlalu kecil untuk berbakti seperti binatang lain, tetapi
dia tetap mempunyai kemampuan yang diberikan oleh
tuhan untuk membawa kegembiraan kepada manusia.

Malam itu pemilik ladang telah pulang dari


perjalanan yang sangat jauh. Beliau kelihatan amat letih.
Tiba-tiba, kucing kecil berlari menghampirinya, lalu
melompat ke pelukannya. Pemilik ladang dan kucing
kecil itu saling bermanja dan disertai tawa ria.

Pemilik ladang itu memeluk kucing comel itu erat-


erat dan mengelus-elus kepalanya, lalu berkata,
“Meskipun sekarang Aku sangat letih, tapi rasanya
semua jadi sirna apabila kau menyambutku semesra ini.
Kamulah yang paling berharga buatku. Kamu kecil, tapi
sangat mengerti ertinya kasih.”

Demikianlah kisah tentang “Kasih Si Kecil ” itu.


Kawan-kawan, daripada cerita yang saya sampaikan
tadi, dapatlah kita semua ambil akan pengajarannya
iaitu,
 Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan
sesuatu seperti orang lain kerana setiap orang
mempunyai kemampuan berbeza. Tetapi apa yang
kamu dapat lakukan, kerjakanlah dengan sebaik-
baiknya. Kita perlu bersyukur dengan setiap kurniaan
tuhan kepada diri kita.

 Selain itu, kita juga tidak boleh menghina kelemahan


orang lain kerana setiap ciptaan tuhan ada
keistimewaannya.

 Seterusnya, jangan sombong jika kamu merasa


banyak berjasa kepada orang lain, kerana orang
yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang
rendah hati akan ditinggikan.

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamalaikum


warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai