Anda di halaman 1dari 3

Memanaskan Badan dan Gerak Kendur

Aktiviti memanaskan badan yang bersesuaian, dapat mengurangkan risiko kecederaan


kepada tubuh badan. Selain itu, aktiviti memanaskan badan yang baik dapat menyediakan tubuh
badan untuk melakukan aktiviti yang lebih berat tanpa meletihkan.
SEJARAH BADMINTON

Sejarah menyatakan satu permainan menggunakan raket kayu dan bulu


tangkis dimainkan di China Kuno, di gelanggang Istana England pada abad ke-12, di
Poland pula pada awal abad ke-18, dan India pada penghujung abad ke -19. Satu
permainan yang dikenali sebagai battledore dan shuttlecock dengan memukul bulu
tangkis menggunakan raket kayu dikenali sebagai bet atau batedor telah
diperkenalkan di Eropah antara abad ke-11 dan ke-14. Pemain hanya perlu
memastikan bulu tangkis tidak hatuh ke gelanggang selama mungkin.

Battledore dan shuttlecock dimainkan dimainkan di dewan besar yang dikenali


sebagai Badminton House di Gloucestershire, England pada tahun 1860-an, dan
kemudian badminton menggantikan istilah battledore dan shuttlecock. Kawasan
pemainan di dalam dewan tersebut berbentuk hourglass, sempit di tengah dan lebih
besar di kedua-dua hujung. Ini menyebabkan permainan ini perlu dimainkan pada
paras ketinggian yang sederhana. Badminton dimainkan di gelanggang yang
berbentuk pelik ini sehingga tahun 1901. Tali kemudian diletak di tengah-tengah
untuk menjadikan jaring. Undang-undang permainan asal badminton telah
diseragamkan pada tahun 1887. Pada tahun 1899, pertandingan kebangsaan
Inggeris pertama telah diadakan (The First English National Championship). Ini
adalah kejohanan badminton pertama di dunia bagi permainan ini. Semakan semula
undang-undang dan peraturan permainan dibuat pada 1895 dan 1905. Undang-
undang asal ini telah diguna pakai sehingga hari ini dengan sedikit pembaharuan
dan penambaikkan.

Pada tahun 1921 persatuan badminton Kanada telah ditubuhkan. Pada tahun yang
sama juga petandingan kebangsaan telah dikelolakan oleh Persatuan Badminton
Kanada. Seterusnya pada tahun 1936, Persatuan Badminton Amerika ditubuhkan.

Pada tahun 1934, Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Presiden


pertama pesatuan ini adalah Sir George Thomas, bekas jaguh badminton England.
Beliau memegang jawatan sebagai Presiden IBF dari 1934-1955.
Pada tahun 1939, Presiden IBF telah menghadiahkan satu piala perak untuk
pertandingan yang dinamakan Piala Thomas. Malangnya, perang dunia kedua
tercetus jadi Kejohanan Piala Thomas pertama hanya diadakan pada tahun 1949 di
Preston, England.

PIALA THOMAS

Pertandingan Piala Thomas diadakan tiga tahun sekali untuk pemain lelaki sahaja.
Setiap pasukan hanya boleh diwakili oleh tujuh orang pemaian sahaja.

Pada tahun 1982 pertandingan Piala Thomas diadakan pada dua tahun sekali. Pada
tahun 1984 format pertandingan telah berubah iaitu dari Sembilan perlawanan
kepada lima perlawanan, tiga acara perseorangan dan dua acara beregu
dipertandingkan. Semua acara mesti dihabiskan dalam masa sehari.

PIALA UBER

Pertandingan Piala Uber dianjurkan oleh Persatuan badminton antarabangsa (IBF)


khas untuk pemain wanita. Piala Uber dihadiahkan oleh Puan Betty Uber, seorang
pemain badminton yang terkenal di England. Kejohanan Piala Badminton pertama
pada tahun 1957. Seterusnya pada tahun 1984, kejohanan Piala Uber juga mengikut
format Piala Thomas.

Anda mungkin juga menyukai