Anda di halaman 1dari 11

UNTUK RENUNGAN AYAH / BAPA / WALID / PAPA / DADDY..

.
.
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah
mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru
memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak
imbang bola itu..
.
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh
anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astaghfirullah. Maaf ye macam
kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama
isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah di
atasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..( tak kiralah berapa isterinya ).
.
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan
memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin
ATM. Di datangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah
diriku..
.
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak
AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak
perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
.
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang
durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
.
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya,
berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan
agama..
.
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah
memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
.
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri
AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-
kanak diisi dan di kuasai oleh kaum ibu sahaja.
.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia
kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
.
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan
mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan
komputer...
.
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab
AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat
sibuk dengan dunia ayah.
.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran
mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal
Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah
contoh AYAH yang prihatin.
.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi
kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
.
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu.
Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah
meminta dipertanggung jawapan kelak.
.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya.
Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok
dan ayah saudaranya sendiri..
.
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat
dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat
terbaik.
.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak.
14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih
banyak disebut di dalam alquran!
.
Tahukah anda di dalam al-Quran ada lebih banyak kisah mengenai ayah
dan anak berbanding ibu dan anak?
.
Kisah Luqmanulhakim dan anaknya, Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
(serta anak-anak yang lain), Kisah Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf (serta
anak-anak yang lain), Kisah Nabi Nuh dan anak2nya, Kisah Nabi Luth
dan anak2 perempuannya, Kisah Sheikh Madyan dan 2 orang anak
perempuannya dan beberapa lagi yang lain.
.
Ini menunjukkan ayah memainkan peranan yang SANGAT PENTING
dalam Islam. Sudahkah kita memainkan peranan kita wahai bapa-bapa
sekalian?
.
Tepuklah dada dan tanyalah Iman sebelum Allah bertanya kepada kita
akan amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai ketua dalam
keluarga...
.
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam
pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
.
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAH yang
menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
.
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-
duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH
dan ibunya.
.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap
logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
.
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu
membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu
sikap utama.
.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri dan perkongsian ini agar makin
banyak AYAH-ayah yang prihatin dengan urusan pengasuhan yang
dikuasai oleh ibu-ibu dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat.
.
Allahuakbar.. !!!
Wallahua'lam.
*Begini doanya:*
*(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha
kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka
satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka
turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi
redhaku kpd mereka.*
Makaroni Bakar
Bahan-Bahan :

2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut)


500 gm daging kisar(cincang)
3 sudu rempah kari
5 biji bawang merah*
3 biji bawang putih*
1 sudu lada hitam*
1/2 inci halia*
Semua bahan bertanda * di tumbuk
Sedikit minyak jagung+sedikit mentega utk menumis
1 tin susu cair ideal+1 tin air
sedikit daun bawang/sup (pilihan)
sedikit bawang goreng
4biji telur - dipukul
Garam secukupnya
Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese
Cara-cara Menyediakan:
1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama rempah
hingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga
masak dan perasakan dgn garam.
3. Masukkan susu cair , air dan bawang goreng
kemudian dimasak sekejap.
4. Makaroni yang dah direbus ditoskan kemudian
masukkan dalam bekas yang bersih.
5. Masukkan bahan daging yang dah masak tadi ke
dalam bekas bersama makaroni n gaul rata.
6. Boleh tambah cheeddar cheeseyg dah diparut sekali.
7. Masukkan dalam dulang/loyang pembakar , tuangkan
telur diatas macaroni , tabur mozerella dan baki cheese
kalau suka.
8. Taburkan daun sup/bawang n bawang goreng.
9. Bakar selama 40 minit dgn suhu 170 darjah celcius
atau hingga masak.
10. *Boleh tambah lada bangla,cendawan dan tomato
yang dipotong dadu.

Anda mungkin juga menyukai