Anda di halaman 1dari 5

Program Pembangunan Bicara Berirama

SKSS 2017

1. PENDAHULUAN

Pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang adalah terbentuk dari gabungan intelek, jasmani,

rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah Pendidikan

Negara. Sehubungan itu, untuk tujuan pembentukan insan yang seimbang tersebut, maka Sekolah

Kebangsaan Salak South akan mengadakan program pembangunan bicara berirama yang

menjurus kepada pembentukan insan ini. Ia dilaksanakan secara permuafakatan ibu bapa untuk

merapatkan hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Latihan tarian akan diadakan di

Dewan Tabika, Kg Malaysia Tambahan.

2. MATLAMAT

Matlamat utama aktiviti ini dijalankan adalah berdasarkan ciri-ciri di bawah:

a. Melahirkan murid-murid yang cergas dan pintar bukan sahaja di dalam bidang

akademik malahan kokurikulum.

b. Mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah dengan ibubapa / penjaga melalui

kerjasama dengan PIBG sekolah.

c. Memupuk semangat yakin diri.

d. Menyemaikan semangat cintakan sekolah kepada murid dan guru.

e. Mempelbagaikan aktiviti sekolah supaya murid dan guru tidak tertumpu kepada

bidang kurikulum sahaja.

f. Menanam sikap ingin berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburi.

g. Memupuk minat murid-murid di dalam bidang bicara berirama.


3. RASIONAL / OBJEKTIF

Pihak sekolah mengharapkan melalui aktiviti bicara berirama sebegini dapat:

a. Memenuhi keperluan murid untuk beriadah.

b. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.

c. Memupuk semangat berkerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.

d. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang bicara berirama untuk

diserlahkan kepada peringkat yang lebih tinggi.

4. PELAKSANAAN

4.1. Tarikh, Masa, Tempat

a. Tarikh : 29 April 2017 – 21 Oktober 2017

b. Masa : 8.00 malam – 10.00 malam

c. Lokasi : Dewan Tabika Kemas Kg Malaysia Tambahan

d. Jurulatih : En. Sazali bin Mohamed Mokhtarudin

Pn. Norhanim bt Amir

Pn. Azian bt Mat Abu

4.2. Kumpulan Sasaran

a. Murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6

4.5. Jumlah ahli / peserta

a. 40 orang murid

b. 3 orang guru
5. SENARAI JAWATAN KUASA PROGRAM

JAWATANKUASA KERJA

LATIHAN PEMBANGUNAN BICARA BERIRAMA SKSS 2017

Penaung : En. Azlan bin Mohamed Ghazali (YDP PIBG SKSS)


Penasihat : Pn. Salmiah bt Jalil (Guru Besar SKSS)
Pengerusi : En. Sazali Bin Mohamed Mokhtarudin (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : Pn. Arpah Bt Said (GPK Tadbir & Kurikulum)
Pn. Nor Hayati Bt Talib (GPK HEM)
Setiausaha Kokurikulum : Pn. Noradibah bt Muhd Shuid

Ahli jawatankuasa:

1. JK Jurulatih
En. Sazali bin Mohamed Mokhtarudin
Pn. Norhanim bt Amir
Pn. Azian bt Mat Abu

2. JK Makanan
Pn. Julaila (PIBG)

3. JK Tempat
Pn. Salwanah (PIBG)

4. JK Dokumentasi
En. Zulkifli bin Manaf
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP JAWATANKUASA
LATIHAN PEMBANGUNAN BICARA BERIRAMA SKSS 2017

BIL AJK TUGAS / TANGGUNGJAWAB


 Menyediakan kertas kerja program
1. Setiausaha Kokurikulum
 Menyelaras program
 Menyediakan makanan dan minuman yang
2. JK Makanan
sesuai semasa sesi latihan dijalankan.
 Menyedia & melatih pelajar untuk persediaan
pertandingan BB WPKL dan HAC.
3. JK Jurulatih
 Memastikan peserta persembahan bersedia
sebelum persembahan bermula
 Menempah dewan Tabika Kemas Kg Malaysia
Tambahan sebelum sesi latihan dijalankan.
4. JK Tempat  Menyediakan dan memastikan kemudahan asas
yang sesuai dengan latihan seperti tandas, radio
dan sebagainya.
 Menyediakan laporan dan mendokumenkan
5. JK Dokumentasi segala yang perlu berkaitan dengan program
latihan bicara berirama.
7. PENUTUP

Diharapkan program ini akan dapat memberi manfaat kepada semua peserta khasnya kepada

murid-murid Sekolah Kebangsaan Salak South. Jawatankuasa Program Pembangunan Bicara

Berirama ini khasnya dan pihak SKSS amnya juga mengucapkan terima kasih kepada semua

guru, murid dan pihak PIBG di atas sokongan padu bagi menjayakan program ini.

“KL CERDIK DAN CEMERLANG”

Yang menjalankan tugas,

...............................................

(EN. SAZALI BIN MOHAMED MOKHTARUDIN)

Pengerusi,

Program Pembangunan Bicara Berirama SKSS 2017

Diluluskan oleh:

____________________________

Anda mungkin juga menyukai