Anda di halaman 1dari 1

‫الرحِ ي ِْم‬

َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َّ ِ‫س ِم هللا‬
ْ ‫ِب‬

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Dalam kesayuan kami rafa’kan kesyukuran ke atas Mu, dengan limpahan kurnia dan inayah Mu,
dapat kami anjurkan Majlis Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kali ke-51 juga Majlis
Persaraan Pensyarah khususnya buat tokoh yang banyak berjasa dalam dunia pendidikan ini,
iaitu En. Ahmad Puad Bin Abdul Rahman. Kami pohonkan kerahmatan dan keberkatan Mu yang
Maha Luas sepanjang majlis ini berlangsung.
Allahuma Ya Ngani Ya Amid
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Semoga hasil dan manfaat daripada usaha yang telah beliau curahkan, akan menjadi pedoman
buat kami, bagi meneruskan perjuangan memartabatkan dunia pendidikan di negara ini.
Ya Aziz, Ya Ghaffar, Ya Tohaa, Yaaa Muttakabbir
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, jadikanlah kami, pensyarah-
pensyarah kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti
membangunkan umat, masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah ya tuhan kami, jadikanlah negara kami, sebuah negara yang mendapat limpahan
rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

َ‫ َوالَ تَجْ عَ ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َمعَنَا َوال‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
‫ش ِقيًّا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‬ َ ‫َم ْن يَتْبَعُنَا‬
َ َ‫عذ‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬
َ‫ب ال َعالَ ِم ْين‬ َّ ِ ‫ َوا ْل َح ْمد‬، ‫سلَّ َم‬
ِِّ ‫َُلِلِ َر‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ ِب ِه َو‬
َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫َو‬