Anda di halaman 1dari 2

Pengorbanan wira negara

Pada minggu lepas, Imran dan kawan-kawannya menonton tayangan video

tentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM ). Selain mempertahankan negara,

mereka juga menghulurkan bantuan kepada masyarakat.

Dalam tayangan tersebut, anggota ATM berkumpuldi tempat

pemindahan. Mereka bersedia untuk menaiki bot bagi menyelamatkan

mangsa banjir. Mereka bekerjasama mengeluarkan bot daripada lori tentera.

Selepas itu, mereka membantu mangsa banjir yang terperangkap

untuk berpindah ke tempat yang selamat menggunakan bot tentera. Mereka

berhati-hati ketika membantu mangsa banjir.

Selain itu, anggota ATM juga memasak makanan untuk mangsa banjir.

Kerja-kerja memasak itu dilakukan secara gotong-royong dengan mangsa

banjir. Hal yang demikian dapat mewujudkan suasana yang harmoni.

Selepas banjir surut, anggota ATM membantu mangsa banjirdengan

mencuci rumah. Mereka juga mendirikan rumah baharu untuk mangsa yang

tiada rumah kerana dihanyutkan arus banjir.

Imran dan kawan-kawanya bertepuk tangan sambal bersorak riang

selepas menonton tayangan itu. Mereka sungguh bangga akan pengorbanan

wira negara.
menuntun basikal menatang dulang
mengandar bakul mendukung anak
memikul guni menjunjung bakul
menggoreng memandu kereta
menggergaji menjulang piala