Bincangkan.
Pada era millennium ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa manusia
terumatanya remaja semakin terpengaruh oleh sifat materialistik. Apabila
sebut perkataan materialistik, maka apa yang difahamkan oleh masyarakat
ialah sifat kebendaan dari segi mengutamakan soal-soal kekayaan harta
benda. Materialistik telah menjadi satu trend baru dalam kalangan remaja
secara umumnya untuk mempamerkan harta benda mereka. Namun begitu,
sikap hidup materialistik ini banyak memberikan kesan buruk yang kita sedar
mahupun kita buat-buat tidak sedar. Tepuk dada tanya selera.
Jika diteliti dengan lebih mendalam, kita boleh tahu bahawa sifat
materialistik juga boleh menyebabkan kita berasa gegas kerana tiada duit
guna semasa kecemasan. Remaja kebanyakkan bekerja ibarat “kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang”. Kalau mereka habiskan semua duit
untuk memenuhi sifat materialistik mereka, pasti mereka tidak ada simpanan
duit untuk menghadapi kecemasan. Contohnya, tiada duit simpanan untuk
kahwin, membeli rumah dan kereta, tidak ada duit jika tiba-tiba ahli keluarga
masuk hospital dan memerlukan duit yang banyak untuk menjalankan
pembedahan dan sebagainya. Kita tidak tahu bila akan berlakunya
kecemasan, tetapi jika kita mengamalkan sikap tabiat menabung kesemua
kecemasan ini tidak akan menjadi masalah untuk kita menyelesaikan.
Justeru, simpan duit untuk kecemasan bukan sekadar untuk memenuhi sifat
materialistik.
Rentetan itu, kita juga tidat dapat dinafikan bahawa sifat materialistik satu
perbuatan yang sangat membazirkan duit. Kita sepatutnya menggunakan duit
dengan betul seperti menggunakan duit untuk melanjutkan, beli barang
keperluan dan sebagainya. Namun, banyak yang sudi menghabiskan wang
untuk membeli iphone atau gajet yang canggih di pasaran demi mengikut
fesyen. Sebaik sahaja mereka mempunyai wang, mereka akan
menghabiskannya serta merta. Kadang-kadang tanpa apa-apa sebab
langsung, mereka lantas membazirkan duit untuk membeli benda yang tidak
memerlukan. Bak kata pepatah, baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-
lama matilah pokok. Pada akhir bulan, mereka akan seperti nyawa-nyawa
ikan sebab tidak duit untuk makan. Pendek kata, gunalah duit dengan bijak,
hanya beli barangan yang betul-betul kita memerlukan.