Anda di halaman 1dari 23

MISI

Untuk menjadi sebuah pasukan Sumber terulung, dinamik serta berdaya saing menerusi
pakatan berpasukan yang teguh dan mantap.

VISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas, dan fleksibel bagi mencapai tahap kepuasan
pengguna seratus peratus.

SLOGAN

LOGO

Tiga orang

Melambangkan tentang kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah dan mengeluarkan


pendapat masing-masing untuk dihujahkan sebagai yang terbaik.

Gigi gear

Melambangkan kemahiran berfikir di luar kotak dan tidak hanya terbatas untuk sesuatu
perkara.
Warna

Melambangkan kelembutan dan perpaduan di kalangan pasukan.

Adil

 Antara ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. ialah bersifat adil. Isteri baginda iaitu
Saidatina Aisyah binti Abu Bakar al Siddiq menyatakan baginda bersikap adil dalam
segala hal seperti percakapan dan perbuatan.

 Baginda telah menghapuskan diskriminasi kaum dengan menghapuskan semangat


assabiyah. Baginda juga membela kaum wanita serta memperkenalkan sistem
ekonomi yang adil. Amalan riba dan penipuan yang selama ini menjadi kebiasaan
para pedagang Arab telah diharamkan dan digantikan dengan ekonomi Islam.
Baginda berjaya menghapuskan semangat assabiyah dan diskriminasi kabilah. Dgn
mengamalkan keadilan, baginda berjaya mewujudkan perpaduan dan keharmosian
dalam kalangan masyarakat.

Bijak

 Baginda juga seorang yang bijak. Baginda pintar mengatur taktik dan strategi
peperangan.

 Contohnya, walaupun tentera Islam cuma seramai 313 orang dalam Perang Badar,
namun dengan adanya strategi bijak yang diatur oleh baginda, mereka berjaya
mengalahkan tentera Musyrikin/Quraisy Makkah yang seramai 1000 orang.

 Sebagai pemimpin tertinggi, baginda tidak sombong malah menerima pakai nasihat
para sahabat. Contohnya baginda menerima cadangan Salman al Farisi agar
menggali parit sekeliling kota Madinah untuk menyekat kemaraan tentera musuh
dalam Perang Khandak. Baginda jg bijak berpolitik apabila menghantar perutusan
dari Madinah ke Rom, Parsi dan Habsyah. Kuasa-kuasa besar ini mengakui Madinah
sebagai negara yg berdaulat.

Berani dan Tegas

 Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berani dan tegas. Baginda bukan sahaja
seorang nabi dan rasul yang diutuskan malah juga seorang pahlawan yang tiada tolok
bandingnya.

 Baginda mengetuai setiap ekspedisi perang walaupun jumlah tenteranya kecil malah
baginda berasa bertanggungjawab meniupkan semangat jihad dalam kalangan tentera
Islam. Ketegasan baginda pula terserlah dengan menyingkirkan kaum Yahudi Bani
Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah dari bumi Madinah setelah melanggar
Piagam Madinah. Mereka telah cuba menimbulkan keadaan huru-hara serta
memecahbelahkan penduduk Madinah. Kesannya, penduduk Madinah kini Cuma
terbatas kepada orang Islam sahaja.

Cekal

 Baginda juga seorang yang cekal. Walaupun menerima tentangan hebat seawal usaha
penyebaran Islam di Makkah, namun baginda tetap meneruskan dakwah
Islamiyah walaupun terpaksa berhijrah ke tempat lain.

 Contoh, baginda tetap tabah menghadapi tentangan walaupun penentang itu


datangnya daripada ahli keluarga terdekat seperti Abu Lahab yang merupakan bapa
saudara baginda. Pelbagai cara digunakan oleh Quraisy untuk menunjukkan protes
mereka namun usaha mereka itu menemui kegagalan dan akhirnya Nabi Muhammad
s.a.w. berjaya membina sebuah negara Islam Madinah yang mampu menyaingi kota
Makkah dari aspek ekonomi yang ketika itu dipegang oleh kaum Yahudi.
Berakhlak Mulia

 Nabi Muhammad s.a.w. juga seorang yang berakhlak mulia. Akhlak mulia mampu
menarik hati tidak kira kawan ataupun lawan. Dalam aspek kekeluargaan, baginda
merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi ekoran sifat pengasih dan
penyayang.

 Contohnya, baginda sering membantu isteri memasak, menampal pakaian yang


koyak, melayan anak-anak serta membersihkan rumah. Orang Arab Quraisy
menggelarkan baginda ‘al-Amin’ kerana segala perkataan dan perbuatan baginda
sentiasa dipercayai. Baginda juga seorang pemaaf seperti memaafkan Saidina Umar
al Khattab yang pernah menjadi musuh ketat Islam malah pernah cuba membunuh
baginda. Akhlak baginda dapat mempersaudarakan masyarakat Arab yang berpecah-
belah. Baginda juga memperkenalkan etika peperangan yg dpt menarik hati pihak
kawan dan lawan.

Berakidah

 Nilai kepimpinan Nabi Muhammad SAW berteraskan akidah dan tauhid. Baginda
menyeru manusia supaya beriman kepada Allah dan mematuhi syariatnya. Selagi
manusia melakukan suruhannya-Nya, maka mereka akan mencapai kebahagiaan di
dunia dan akhirat.

 Buktinya, dalam usaha menegakkan Islam, Nabi Muhammad SAW menanam


semangat jihad. Keimananan mereka membawa kejayaan dalam medan peperangan,
Orang Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berjaya mengalahkan
musuh-musuh Islam. Nabi Muhammad SAW membina kekuatan orang Islam
berlandaskan akidah, tauhid dan berpaksi kepada al-Quran dan sunah.

Akal dan Ilmu Pengetahun

 Imu pengetahuan yg ada pd NM SAW membantu baginda membuat keputusan yg


bijak. Kepimpinan baginda berdasarkan wahyu Allah. Akal yg dikurniakan oleh
Allah mendorong manusia berfikir secara rasional dan ilmu pengetahuan membantu
manusia membuat keputusan dgn bijak.

Kepahlawanan

 Memiliki sifat kepahlawanan dlm ekspedisi peperanga

 Menjamin keselamatan nyawa dan harta benda penduduk.

 Berjaya membuka semula kota Makkah tanpa pertumpahan darah

Toleransi

 Sedia memaafkan orang Quraisy

 Memperkenalkan etika perang

 Mengamalkan prinsip syura


Kesimpulan

 Ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. telah diimplementasi


dalam dasar-dasar negara. Sebagai seorang pemimpin, baginda amat dihormati
sehinggakan baginda dianggap seorang negarawan yang ulung.

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BAIK

1. Jujur

Kejujuran dalam diri seseorang tentunya menjadi point khas yang harus dimiliki oleh seorang

manusia, terutama oleh seorang pemimpin. Pemimpin yang jujur menjanjikan keterbukaan

dan keluwesan dalam memberikan segala maklumat yang merangkumi kepentingan

kelompok. Kejujuran yang ada dalam diri seorang pemimpin akan menjadi ciri khas

tersendiri yang mampu dipercayai oleh ahli. Pemimpin yang sesuai dengan tahap kejujuran

tinggi akan mendapat kepercayaan yang luas dari kelompoknya.

2. Cerdas

Kecerdasan adalah titik tentu idealnya yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin.

Kecerdasan merupakan point utama yang menentukan seberapa baik langkah yang diambil

oleh seorang pemimpin jika dihadapkan oleh suatu masalah kumpulan. Pemimpin yang sesuai

adalah pemimpin yang bijak dalam membawa diri yang disokong dengan keunggulan berfikir

dan peka terhadap hal-hal sekitar. Dalam menjalankan tugasnya, seorang pemimpin yang

sesuai akan mampu berfikir luwes dan mempunyai idea-idea segar untuk keberlangsungan

kepentingan kelompoknya.
3. Percaya Diri

Seorang pemimpin yang hebat itu punya rasa percaya diri yang baik. Di saat-saat genting

sekalipun, seorang pemimpin boleh mengangkat moral pasukannya sehingga masalah yang

muncul boleh diatasi dengan baik.

4. Mampu Berkomunikasi

Kemampuan komunikasi amat penting bagi Leader atau seorang pemimpin. Sehingga mesej

yang disampaikan boleh jelas. Kemampuan berkomunikasi yang jelas ini juga penting agar

pemimpin boleh menyelarasakan semua anggota pasukannya menuju destinasi yang diingini

dan harus mampu berkomunikasi dengan cara yang baik dan tepat kepada siapa dia berbicara

dan bagaimana dia bercakap.

5. Mampu Mendelegasi

Seorang pemimpin harus mampu mewakilkan beberapa pekerjaannya. Dia tidak boleh

menjadi "One Man Show" atau ingin menjadi yang terdepan. Pemimpin mau dan mampu

mendelegasikan pekerjaan-pekerjaannya atau sebahagian tanggungjawabnya kepada orang di

sekitarnya. Percayakan kepada pasukan yang anda bentuk dan beri mereka tanggungjawab

seperti yang anda mahu lakukan. Mampu mendelegasikan suatu tugas adalah suatu keahlian

khusus yang tidak boleh dimiliki ramai orang.

6. Komitmen

Jangankan seorang pemimpin, seorang bawahan atau follower sahaja harus harus mempunyai

komitmen yang tinggi terhadap apa yang dia kerjakan. Apalagi bagi seorang pemimpin. Itu

adalah perkara wajib yang perlu dimiliki. Tujuan tanpa komitmen adalah sia-sia. Mungkinkah

seorang pemimpin tersebut berjaya jika dia tidak mempunyai komitmen dalam dirinya untuk

meraih kejayaan tersebut? Jika anda mempunyai komitmen yang kuat, dan anda berusaha
sekuat tenaga untuk mewujudkanya, maka anda akan mendapat respek dari ahli anda.

Komitmen timbul dari hati yang paling dalam, sehingga sangat sulit menggoyahkan

komitmen yang sudah sungguh-sungguh. Komitmen yang memberikan perubahan tanpa

camput tangan orang lain.

7. Kreativiti dan berinisiatif

Biasanya keputusan yang diambil seorang pemimpin tidaklah mudah. Mereka harus

memikirkan kesan positif dan kesan negatifnya. Itu sebabnya para pemimpin selalu punya

pertimbangan yang matang untuk memutuskan sesuatu. Di sinilah butuh kreatifitas dari

seorang pemimpin. Cara belajar untuk mempunyai kreatifitas ini adalah dengan berfikir out

of the box. Ertinya berfikir dengan cara yang berbeza. Atau istilahnya mempunyai sudut

pandang yang lain dan berbeza tetapi dengan tujuan yang tetap sama.

Tidak hanya keretaif pemimpin yang ideal adalah pemimpin yang berani mengambil inisiatif

jika dihadapkan dengan suatu masalah. Inisiatifme diri jelas diperlukan oleh seorang

pemimpin demi terciptanya penyelesaian yang bersifat nyata dan menjanjikan. Pemimpin

yang berinisiatif adalah pemimpin yang mampu menggerakkan dirinya sendiri terlebih dahulu

untuk memulakan segala-galanya tanpa adanya paksaan. Dengan sifat inisiatif yang ada

dalam diri pemimpin, kekuatan diri dari tiap anggota untuk menjalankan misi kumpulan pun

akan terjamin dengan baik.


8. Menjadi Inspirasi

Anda boleh bayangkan apabila anda seorang pemimpin yang mempunyai sifat kurang baik.

Anda akan menjadi inspirasi yang buruk bagi orang disekitar anda. Oleh karenanya milikilah

sifat baik, dewasa, berwibawa dan mengayomi agar anda menjadi Inspirasi bagi banyak

orang. Fokuslah kepada masa depan dan bekerjalah sekuat tenaga untuk mencapai matlamat

yang telah anda komitmenkan dari awal. jangan terpengaruh hal-hal yang fana atau

sementara, walaupun kelihatan menyeronokkan dan menggiurkan tapi ciri seorang pemimpin

besar adalah "Selalu ada bahagian yang lebih baik di depan sana".

9. Bertanggung jawab dan dapat dipercaya

Bertanggung jawab bererti berani untuk menanggung kesan dari segala keputusan yang

timbul akibat tindakan yang telah dilaksanakan. Selain bijak dan berinisatif, seorang

pemimpin yang sesuai tentunya perlu mempunyai sifat bertanggungjawab. Pengambilan

keputusan terhadap cara kerja dan pelaksanaan misi suatu kelompok tentunya diputuskan

dengan tidak tergesa-gesa. Pemimpin yang bertanggung jawab adalah pemimpin yang tetap

teguh dan dan mampu berfikir taktikal untuk menerima segala risiko yang timbul dari

keputusan yang diambil.

Pemimpin yang boleh dipercayai adalah pemimpin yang mampu mendamaikan hati semua

ahli. Dengan pemimpin yang boleh dipercayai, setiap ahli akan merasa lebih terpacu untuk

menyatukan hati dan mewujudkan keseragaman kumpulan demi terciptanya keutuhan. Watak

yang satu ini tentunya timbul dari seberapa berhasilnya seorang pemimpin dalam

menggerakkan anggotanya dan bijak dalam mengambil keputusan. Pemimpin yang sesuai

adalah pemimpin yang tanpa perlu berfikir semula, anggotanya akan dengan kesungguhan

hati mampu mempercayai pemimpin tersebut untuk mengambil keputusan.


10. Rela Berkorban

Rela berkorban bermakna rela menerjunkan diri dalam kepentingan kelompoknya berbanding

dengan kepentingan peribadi. Pemimpin yang rela berkorban akan mampu memfokuskan diri

untuk mencapai visi kumpulan secara terperinci. Sifat rela berkorban ini pun tentunya harus

didasari dengan kecerdasan dan dasar dari seorang pemimpin. Pemimpin yang sesuai yang

rela berkorban akan mampu mengambil keputusan secara tepat tanpa merugikan banyak

pihak.

11. Dicintai dan mencintai kelompoknya

Cinta hadir dalam diri seorang pemimpin yang sesuai dan juga kumpulan yang dipimpinnya.

Segala bentuk tingkah laku yang hadir dari seorang pemimpin yang sesuai akan selalu

diiringi dengan unsur cinta yang akan meminimakan bentuk kecurangan juga hal-hal buruk

lain. Kumpulan yang dipimpinnya pun akan mampu mencintai pemimpin tersebut tanpa

adanya unsur paksaan yang berlebihan. Pemimpin yang ideal jelas akan mampu mencipta

tindakan dengan cinta yang terkoordinir rapi untuk kemajuan.

12. Intuisi

Persoalan dan permasalahan tidaklah selalu mudah diselesaikan. Selalu ada jalan terjal yang

paling sukar untuk dilalui. Bagi seorang pemimpin sejati, mereka pasti mempunyai gerak hati

yang peka. Mereka mampu melihat risiko-risiko apa yang terberat ketika mereka mengambil

suatu keputusan. Milikilah intuisi yang baik dalam mengambil keputusan penting.
13. lucu

Seorang pemimpin (Leader) yang hebat itu biasanya juga dilengkapi dengan sense of humor

yang baik. Mereka boleh membuat pasukannya tetap tertawa sekalipun mungkin sedang

dilanda masalah. Ini penting agar masalah yang timbul tidak menjadi beban, namun tetap

boleh diselesaikan dengan hati senang.

PEMIMPIN YANG TIDAK BAIK

1. Tidak Memberikan Kepercayaan

Seorang pemimpin yang baik boleh memberikan kepercayaan kepada pasukannya untuk

bekerja. Hal ini juga berguna untuk meningkatkan rasa percaya diri pasukannya. Sebaliknya,

pemimpin yang buruk tidak mampu memberikan kepercayaan itu. Akibatnya akan muncul

rasa tak percaya di antara atasan dan bawahannya.

2. Tidak Memberikan Pujian

Tak sedikit atasan di pejabat, syarikat / agensi yang merasa enggan untuk memuji

bawahannya. Padahal, hal tersebut sekali-kali perlu dilakukan demi memberikan penghargaan

pada orang bawahannya. Ini yang membuat mereka boleh termotivasi untuk menjadi pasukan

yang lebih baik dan maju.

3. Konflik

Apabila bawahan anda ditegur oleh penyelia dari bahagian lain, jangan hanya diam saja dan

membiarkan orang bawahan anda menghadapinya sendirian. Pemimpin yang baik akan

berusaha untuk memberi sokongan pada pasukannya, bukan malah ikut menyalah-

nyalahkannya juga.
4. Tidak Terbuka

Hubungan baik dengan bahagian yang berbeza perlu dibina dalam syarikat / agensi. Jika anda

merupakan pemimpin yang kerap tertutup dan tidak mendedahkan kehebatan kerja pasukan

anda, itu menandakan bahawa anda bukan termasuk pemimpin yang baik.

5. Tidak Bertanggungjawab

Jika anda selalu menyerahkan tugas pada bawahan, padahal seharusnya pekerjaan tersebut

dikerjakan oleh anda, itu membuktikan bahawa anda bukanlah pemimpin yang baik.

Pemimpin yang benar akan bertanggung jawab dengan pekerjaannya, bukan malah menyuruh

bawahan untuk menyelesaikannya.

6. Pemimpin yang Tidak Memiliki Visi, Tidak Akan Dapat Menjalankan Tim.

Pemimpin tanpa visi akan gagal. Pemimpin yang tidak mempunyai visi tidak boleh memberi

inspirasi kepada pasukan, memberi motivasi kepada prestasi, atau mencipta nilai yang

berterusan. Miskin visi, visi yang berubah-ubah, atau tidak ada visi akan menyebabkan para

pemimpin gagal. Tugas pemimpin adalah untuk menyelaraskan organisasi sesuai dengan visi

yang jelas dan boleh dicapai. Ini tidak boleh terjadi apabila orang buta menuntun orang buta,

yang artinya pemimpin yang tidak mempunyai visi membawa ahli dalam pasukan yang juga

tidak mempunyai tujuan dan arah.

7. Apabila Pemimpin Gagal Memimpin Dirinya Sendiri

Seorang pemimpin yang mempunyai karakter atau integriti tidak akan bertahan dalam ujian

masa. Tidak peduli seberapa cerdas, ramah, dan persuasive seseorang, jika mereka terdedah

terhadap rasionalisasi tingkah laku yang tidak beretika berdasarkan keperluan pada masa ini

atau masa depan, mereka akhirnya akan menjadi mangsa kehancuran mereka sendiri. Optik

atas etika bukanlah formula untuk berjaya.


8. Terlalu Bergantung Pengalaman Masa Lalu

Sydney Finkelstein, profesor di Dartmouth Tuck School mengatakan dalam Wall Street

Journal 2009, "Pemimpin cenderung untuk bergantung kepada pengalaman masa lalu yang

seolah-olah berguna, tetapi sebenarnya berbahaya. ... kerana tidak benar-benar sesuai dengan

situasi saat ini dan itu tidak akan menjadi bermanfaat. "

Pemimpin harus memperhatikan keadaan kerja, rakan kerja, sumber daya, dan bagaimana

mencipta momentum di persekitaran yang baru.

9. Terlibat Politik Pejabat

Motivasi politik membuat orang sukar membuat keputusan secara objektif dan fokus pada

menguruskan tanggung jawab. Pemimpin yang terperangkap dalam politik pejabat kehilangan

identiti mereka dan terjebak dalam agenda dan motivasi orang lain.

10. Tak Ada Tujuan Kerja

Bila anda tidak tahu apa yang anda perjuangkan, anda akan sukar membuat keputusan yang

baik. Kejelasan tujuan membolehkan anda membuat keputusan yang betul dan konsisten

sesuai dengan misi. Ketika tujuan "terganggu", anda akan kehilangan hubungan dengan

naluri dan mula membuat keputusan tanpa kebergantungan yang tepat dan sumber daya.
11. Menyalahgunakan Sumber

Memimpin bukan hanya tentang memotivasi orang dan pasukan inspirasi, tetapi juga

memerlukan anda untuk mengetahui alat dan sumber yang tersedia dan atau yang harus

diperoleh untuk bersaing.

Pemimpin yang membuat keputusan baik terus meningkatkan pedoman sumber. Mereka

memperkuat kemampuan untuk mendapatkan akses kepada maklumat yang benar, statistik,

trend, dan hal lain yang boleh didapati dari luar dan dalam pejabat / syarikat. Mereka tahu

kapan harus melibatkan semua sumber itu dalam rangka membuat keputusan tepat yang

memberi kesan positif bagi perusahaana atau bagi masa yang akan datang.

12. Tidak Melihat Peluang

Pemimpin tidak mengerti dengan visi yang disebut Wide-angle, melihat peluang dari segala

arah. Visi ini membuat pemimpin ahli dalam menjangka krisis dan menguruskan perubahan

jika keadaan memburuk. Ini juga dapat memperluaskan pengamatan dan membolehkan

mereka melihat sekitar, di dalam dan luar syarikat, sehingga keputusan-keputusan yang

dibuat pun tepat.

13. Tidak Percaya Diri

Pemimpin yang tidak percaya diri sering menjadi putus asa dan membuat keputusan tiba-tiba.

Mereka tidak memikirkan akibat saat membuat keputusan.


Kerja berpasukan

 kerja berpasukan bermaksud kerjasama antara pengurus/ketua jabatan yang


bertanggungjawab merancang , manakala kakitangan menjalankan tanggungjawab
dengan baik
 satu suasan dan persekitaran yang kondusif

FAEDAH KERJA BERPASUKAN

Antara kebaikan dan manfaat kerja berpasukan kepada pekerja termasuklah:

 mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja


 memberikan keyakinan diri pekerja tentang potensi dan kebolehan mereka
 Mendorong sikap ingin bekerjasama dan saling bantu membantu di kalangan pekerja
 menanam perasaan saling percaya mempercayai dan hormat menghormati di kalangan
pekerja
 Menjadikan diri pekerja lebih berguna, lebih bermanfaat dan dihargai
 memupuk kebolehan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan kemahiran memimpin
di kalangan pekerja
 melahirkan minat pekerja untuk meneroka idea-idea baru dan kesediaan menerima
perubahan
 Memberi peluang kepada pekerja menyertai proses membuat keputusan
 melahirkan golongan pekerja yang sentiasa mementingkan budaya kerja dan hasil
kerja yang berkualiti
 Kebaikan dan manfaat kerja berpasukan kepada pihak pengurusan dan organisasi
termasuklah:

 mewujudkan perasaan percaya mempercayai dan saling hormat


menghormati di antara pekerja dan pihak pengurusan
 Memupuk semangat kekitaan dan semangat kepunyaan di kalangan
pekerja yang menguntungkan organisasi
 membolehkan pihak pengurusan memimpin pekerja tidak sebagaimana
pendekatan tradisional
 Mewujudkan suasana harmoni dan selesa dalam organisasi
Idea bersama

 Dalam tradisi, pemikiran dan budaya orang melayu, nilai kerjasama, bantu membantu
dan kerja berpasukan sangat dititikberatkan.
 bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
 Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Aktiviti pembentukan pasukan

.Kepimpinan mempunyai peranan penting untuk dimainkan di dalam prestasi pasukan. Kerja
berpasukan termasuk komunikasi, persefahaman dan penyelarasan di kalangan ahli pasukan
bersama-sama dengan saling mempercayai. Di sini kita memberikan anda aktiviti-aktiviti
yang membantu membina beberapa kemahiran yang diperlukan untuk kepimpinan yang baik
dan kerja berpasukan.

 Bola sepak
 Sepak takraw
 Badminton
 Pimpong
 Aktiviti perkemahan
Kaedah ketua sebagai pemimpin menyelesaikan masalah dalam kumpulan

1)Bekerja Dengan Orang.

 Boleh berhubung dan bekerja dengan orang, berbincang, mendengar pandangan,


merangsang ahli-ahli, menggalakkan ahli mengambil inisiatif dan menyerlahkan bakat
dan potensi mereka.

2) Kebolehan Menganalisis.

 Kemampuan memahami dan menghuraikan sesuatu isu/persoalan dari pelbagai sudut


serta merumusnya.
 Dapat berfikir dengan menggunakan berbagai-bagai teknik(kreatif/kritikal/lateral)

3) Pengorganisasian/Penyusunan/Penggemblengan Tenaga.

 Memahami bagaimana organisasi beroperasi, cara-cara yang sesuai dan berkesan


untuk menggerakkan tenaga-tenaga di dalam pertubuhan serta mendapatkan
sokongan masyarakat.

4) Komunikasi.

 Dapat menyampaikan sesuatu denganbaik, berhujah dengan meyakinkan dan


merangsang ahli.

5) Penggunaan Sumber.

Tahu tentang kewujudan pelbagai sumber di dalam dan di sekitar organisas (individu,
kumpulan,budaya,agama), sedar tentang pelbagai institusi dan pertubuhan di sekeliling dan
dapat bekerjasama dengan mereka.
6) Mesyuarat.

 Menguruskan mesyuarat dengan berkesan.

7) Penulisan.

 Boleh menulis ucapan, kenyataan media, menyediakan cadangan dan laporan.

8) Kewangan.

 Tahu bagaimana mendapatkan wang yang diperlukan pertubuhan, merangka


belanjawan dan menguruskan dana.

9) Kajian/Penyelidikan.

 Tahu bagaimana melakukan penyelidikan asas, faham kegunaan maklumat dan


bagaimana mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

10) Isu. Dapat mengenal pasti isu-isu penting dan dapat menilai potensi sesuatu isu bagi
kepentingan organisasi.
TEKNIK MENANGANI KONFLIK DI TEMPAT KERJA

Di dalam soal kepimpinan, selain dari mempraktikkan gaya kepimpinan dan

menguasai teknik memotivasikan pekerja, salah satu kemahiran yang penting untuk

dikuasai oleh anda ialah kemahiran mengendalikan konflik. Menurut Stephen P.

Robbins (2000), konflik adalah proses satu pihak merasakan pihak lain telah

menyebabkan kesan kepada sesuatu yang pertama pentingkan atau dengan kata

lain ia bermaksud ketegangan hubungan antara dua atau lebih pihak yang

bertentangan. Konflik adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan oleh mana-mana

organisasi. Pendek kata, ianya adalah lumrah. Kegagalan anda sebagai ketua

dalam mengendalikan konflik akan menyebabkan produktiviti unit / jabatan /

organisasi anda yang diketahui akan terjejas teruk. Keberkesanan kepimpinan anda

juga akan dipersoalkan.

PUNCA BERLAKUNYA KONFLIK

Berikut merupakan punca berlakunya konflik:

a. Pengorganisasian Tidak Dinamik


 Struktur organisasi dan agihan kuasa yang tidak relevan dengan persekitaran kerja
boleh menyumbang kepada konflik hasil daripada bebanan kerja yang tinggi dan
tidak setimpal.

b. Perancangan Tidak Komprehensif


 Merujuk kepada perancangan yang kurang teliti dan tidak lengkap
sehinggamenyebabkan proses kerja akansering berubah-ubah.
 Ketidaktentuan kerja ini akan menyebabkan hubunganekerja dan majikan akan
terjejas kerana ketidakpuasan hati mereka yang menerima tempiasnya.
c. Kepimpinan Lemah
 Pemimpin yang tidak bijak mengendalikan situasi
 takut berdepan dengan masalah
 enggan membuat keputusan yang berat akan menyebabkan sesuatu masalah tidak
dapat diselesaikan.

d. Sukar Menerima Perubahan


 Pekerja sudah terbiasa berada dalam zon selesa
 enggan menerima perubahan yang di buat oleh pengurusan
 cenderung untuk memberontak dan mengelak dari melakukan kerja

e. Tidak Memahami Skop Kerja


 Kegagalan pemimpin memastikan pekerjanya memahami skop kerja akan
menyebabkan masalah tuding-menuding berlaku sesama pekerja tentang sesuatu isu
pekerjaan seperti siapa yang bertanggungjawab dan sebagainya.

f. Budaya Negatif
 budaya negatif ini telah ada dalam diri pekerja sejak sebelum memasuki alam
pekerjaan
 dipengaruhi oleh rakan sekerja yang lain
 Budaya seperti malas, suka bergosip, lepas tangan,prasangka, tikam belakang,
penting diri dan sebagainya akan mewujudkan suasana yang tidak harmoni kerana
persengketaan yang berlaku.

TANDA-TANDA AWAL KONFLIK


Anda sebagai ketua harus sentiasa peka dengan tanda-tanda konflik yang berikut. Kegagalan
anda mengesannya dengan lebih awal akan menyebabkan anda perlu memikirkan jalan
penyelesaian yang lebih sukar.

a. Nada suara dan gurauan melampau sesama pekerja.

b. Kekerapan tidak hadir yang tinggi.

c. Usaha pemulauan dan sabotaj.

d. Saling menuding jari antara 2 pihak atau lebih.

e. Wujud sikap tidak percaya antara satu sama lain.

f. Mengelak dari melakukan kerja berkumpulan.

g. Amalan berpuak-puak.

h. Penindasan terhadap pekerja / rakan sekerja.

Jika anda dapat mengesan tanda-tanda berikut di dalam organisasi anda, maka

anda harus bertindak sesegera mungkin untuk mengatasinya. Terdapat 2 pilihan

yang ada iaitu:

a. Langkah Mencegah.

b. Langkah Mengatasi.
Langkah Mencegah

Umum menerima bahawa langkah mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Ianya boleh dilakukan sebelum berlakunya konflik:

a. Penerapan budaya positif


 tidak menikam belakang
 bertanggungjawab
 semangat berpasukan
 profesional dan sebagainya.

b. Sikap berterus terang


 setiap ahli perlu disemaikan sikap berterus terang dan memberi kritikan
membina supaya masalah tidak diperap terlalu lama.
 Teguran dan kritikan boleh dibuat secara peribadi atau berkumpulan.

c. Semai sikap terbuka dalam diri majikan dan pekerja terhadap teguran dan cadangan
yang di buat.

d. Wujudkan lebih banyak ruang untuk berkongsi cadangan dan idea

e. Konsisten tehadap prosedur/ undang-undang


 semua prosedur kerja perlu dipatuhi bagi meningkatkan rasa
bertanggungjawab dan jguga meningkatkan disiplin pekerja.

f. Mengambil tindakan segera jika terdapat potensi konflik

g. Melayan pekerja dengan adil dan saksama

h. Mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa.


Langkah Mengatasi

a. Semak semula perancangan awal, pengorganisasian dan pendekatan kepimpinan


 kemungkinan besar masalah dan konflik terjadi kerana wujudnya masalah
dalam ketiga-tiga perkara di atas.

b. Bersemuka
 pendekatan ini akan memberikan signal kepada pihak berkenaan mengenai
komitmen pihak pengurusan terhadap keperluan mewujudkan situasi kerja
yang baik.
 akan memberi pengajaran kepada pihak lain tentang pentingnya mewujudkan
situasi kerja yang lebih harmoni.

c. Kaedah Win Win Situation


 kaedah ini merupakan penyelesaian jalan tengah yang memberikan lebih
kepuasan kepada kedua-dua belah pihak
 Ini juga mengelakkan tanggapan bahawa majikan tidak adil.

d. Menyelesaikan masalah mengikut peraturan sedia ada bagi memberikan mesej jelas
kepada pekerja tentang kewujudan peraturan yang perlu merekapatuhi.

e. Mengadakan program ramah mesra seperti aktiviti pot luck, team building dan
program kerohanian.