Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan

ke arah lebih memperkembangkan potensi individu


secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Daripada TUAN GURU BESAR

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia...

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya serta semangat kerjasama yang tak
pernah luntur di kalangan warga pendidik sekolah ini telah membolehkan Buku Pengurusan UPSR
2016 ini dihasilkan. Buku ini mengandungi visi dan misi sekolah, unit kurikulum, perancangan
program-program utama, sokongan dan program-program tambahan dari setiap panitia
matapelajaran dalam usaha meningkatkan kualiti pencapaian prestasi UPSR bagi tahun ini. Buku
ini juga boleh dijadikan bahan rujukan untuk menganalisa dan membandingkan pencapaian UPSR
dalam tahun - tahunsebelumnya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan setinggi-tinggi terima kasih
kepada semua individu yang telah memberi kerjasama yang serius dan bersungguh-sungguh
dalam membincangkan idea dan bertindak bagi kecemerlangan pelajar sekolah ini. Saya sekali
lagi merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua warga SKJ2 atas
kesungguhan yang ada ini. Dan untuk tahun ini, tidak mustahil untuk kita menggenggam satu lagi
kejayaan. Usaha yang luarbiasa akan memberikan hasil yang luarbiasa. In ShaaAllah !

“YAKIN BOLEH 6A, PASTI BOLEH 6A”

Sekian, wassalam

………………………………………….
EN.MOHD YASSIN B ABDULLAH
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jelawat 2
16370 Bachok, Kelantan.
Misi Sekolah

Melaksanakan Pendidikan Dan Memperkembangkan Potensi


Warga Sekolah Kebangsaan Jelawat 2
Untuk Melahirkan Insan Cemerlang Dan Seimbang Selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Moto Sekolah

Kreatif , Inovatif Dan Produktif


TENAGA PENGAJAR TAHUN 6
2017
TAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3

TAHUN 4

TAHUN 5

TAHUN 6
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan
murid mendapat pengalaman pembelajaran secara
berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan
literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri
dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang
terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap
kesihatan optimum.
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal
kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup
sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan
hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan
penyakit; dan
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani
masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
AKTIVITI PANITIA KESIHATAN 2017
BIL AKTIVITI TINDAKAN CATATAN
1 Mesyuarat Panitia 1/2017 AJK Jan 2017
2 Penubuhan AJK Panitia AJK Jan 2017
Kesihatan
3 Sudut Kesihatan Semua AJK Sepanjang
Tahun
4 Mesyuarat Panitia Bil 2/2017 AJK Mei
5 Pertandingan Kebersihan (Diri Semua AJK Mei
& Kelas)
6 Mesyuarat Panitia Bil 3/2017 AJK Julai
7 Pertandingan Kuiz Kesihatan Murid Ogos
Tahap 2
8 Pertandingan Buku Skrap Murid Oktober
Kebersihan Tahun 6
9 Mesyuarat Panitia Bil 4/2017 AJK November
BIL PERKARA 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
1 Mesyuarat Panitia 1/2017 X x x x
2 Penubuhan AJK Panitia X
Kesihatan
3 Sudut Kesihatan X X X X X X X X X X X
4 Mesyuarat Panitia Bil 2/2017 X
5 Pertandingan Kebersihan (Diri X
& Kelas)
6 Mesyuarat Panitia Bil 3/2017 X
7 Pertandingan Kuiz Kesihatan X
8 Pertandingan Buku Skrap X
Kebersihan
9 Mesyuarat Panitia Bil 4/2017 X
STRATEGI PROGRAM PENINGKATAN
Memberi penekanan yang lebih baik terhadap strategi
pengajaran Kesihatan.

Memberi pendedahan kepada guru-guru mengenai


maklumat terkini tentang pengajaran kesihatan di
sekolah.

Mengadakan kursus atau bangkel pendedahan asas


KSSR untuk matapelajaran kesihatan.

STRATEGI MENINGKATKAN PRESTASI`


Mengadakan kursus dalaman”In House Training”.

Mengadakan perbincangan secara berkala sebarang


perubahan.

Membuat analisis berkaitan dengan kesihatan.

Mengadakan taklimat dalam AJK panitia.

Anda mungkin juga menyukai