Anda di halaman 1dari 3

Watak Utama

1. Wa Usin
2. Chu Nah – isteri Wa Usin
3. Khamis – anak Wa Usin

Terkenal di sebelah utara semenanjung. Apakah ringgi itu? Ringgi adalah sejenis makanan,
diproses dari padi pulut jenis 'gantung alu'.

Ketika padi sedang bunting susu, di'ketam' disebelah pagi, kemudian dibawa balik ke rumah,
dikukur menggunakan tempurung kemudian sebelah petang padi tersebut di'rendang' sehingga
susunya menjadi menjadi sedikit pejal.

Sebelah malam, padi kemudian ditumbuk menggunakan lesung hindik sehingga keluar isi dalam
disebut ringgi. Proses berjalan sering berganti antara menumbuk dan menampi sehingga
mendapat ringgi. Hampa padi yg masih hijau pulak boleh dibuat umpan ketika menangkoi udang
di sungai.

Ringgi yg terhasil boleh dimakan dengan susu. Atau dengan air kopi, milo dsbnya. Ringgi
bukannya emping dan jarang dimakan dengan nyioq kukuq.

Di daerah Kubang Pasu, ada bbrp kampung dulu yg terkenal dengan pengeluaran ringginya.

Antaranya kampong Pulau Timbul. Ringgi juga diusahakan di Perlis dan Selatan Thai di daerah
Setol dan Terang.

Tetapi kini susah untuk mendapatkan ringgi.


Saya bernasib baik semalam dapat sekepoi ringgi. Harga ringgi satu kepol RM16. Bermakna
satu gantang RM256.

Sejenis makanan yang popular di kalangan masyarakat tani di negeri ini iaitu 'ringgi'
dan 'emping' kini mula menjadi perhatian semua golongan apabila musim timur
melanda Perlis.
Keenakan rasanya yang sedap ini hanya dapat dirasai setahun sekali sahaja iaitu pada
musim timur atau kini sedang popular dengan sebutan 'winter wind' di kalangan
penduduknya.
Bagi kebanyakan petani yang menanam benih padi pulut ini, masa sekarang adalah
masa yang sesuai untuk membuat ringgi dan emping sementara menunggu padi di
sawah masak atau menguning.
Menurut kebanyakan petani yang menanam dan membuatnya, tidak semua petani
menanam benih padi ini memandangkan kepada kesukaran untuk menghasilkannya,
tambahan jika tiada peralatan yang lengkap.
''Untuk menghasilkan rasanya yang sedap, cara buatan tradisional hendaklah
dikekalkan iaitu memerlukan penggunaan lesung batang atau indik, '' kata Rokiah
Ismail yang ditemui di Pesta Musim Timur Negeri Perlis baru-baru ini.
Menurutnya, ringgi dibuat sewaktu padi pulut masih hijau menggunakan lesung batang,
manakala emping pula dibuat sewaktu padi tersebut telah menjadi sedikit kuning
dengan menggunakan lesung tangan.
Minah Ahmad yang telah lama membuat ringgi berkata, kebiasaannnya emping dibuat
setelah padi pulut tersebut tidak sempat dibuat ringgi atau terlebih tempoh akibat
kesibukan petani ataupun padi itu terlalu banyak dan tenaga pembuatnya sedikit.
Katanya untuk membuat ringgi atau emping yang telah diketam (dikerat) tangkainya
memerlukan antara empat hingga enam orang. Selalunya terdiri daripada ahli keluarga
atau jiran tetangga.
Ada yang ditugaskan untuk meleraikan padi tersebut daripada batangnya sebelum padi
itu digoreng di dalam belanga (kuali) oleh yang lain.
Setelah padi tersebut berbunyi dan kekuningan, ia akan diangkat dari atas api untuk
ditumbuk menggunakan lesung indik atau lesung tangan sebelum ditampi antahnya
secara begilir.
Bagi golongan petani yang membuat makanan istimewa mereka ini, sudah menjadi
tradisi dan budaya di kampung pak tani, ahli keluarga dan jiran tetangga akan
berkumpul untuk memeriahkan suasana sambil mewujudkan semangat kerjasama.
''Sudah menjadi kebiasaan kami apabila tiba musim untuk membuat ringgi atau
emping, semua akan berkumpul dan sama-sama bekerja sambil menyiapkan hidangan
tengah hari yang terdiri daripada masakan kampung sambil menunggu ringgi siap
dibuat menjelang petang hari, '' kata mereka mesra.
Ringgi atau emping yang siap dibuat akan dimakan bersama isi kelapa yang sudah
diparut dan juga gula sebelum ia dibahagikan untuk dibawa pulang ke rumah masing-
masing.
Selalunya pembahagian dibuat menggunakan kaedah sukat secara lama atau tradisional
iaitu menggunakan kepoi ataupun gantang. Jika padi yang diketam segantang, mungkin
ringgi yang boleh dihasilkan ialah empat kepoi (secupak).
Ketika membuat tinjauan ke kampung-kampung yang membuat ringgi di Perlis baru-
baru ini, penulis banyak mempelajari sejarah masyarakat tani yang begitu unik di
samping menikmati keindahan pokok-pokok padi yang nyata begitu memukau dan
mengasyikan.
Jauh dari kesibukan kota, Indera Kayangan tetap gah dengan pembangunan dan
pembaharuannya. Masa yang beredar pergi tidak pernah melupakan tentang tradisi,
adat dan budaya.
Diperbuat daripada padi pulut muda (yang maseh hijau dan bersusu). Direlai daripada tangkai
dan digoreng2 dalam kuali tanpa minyak sehingga susu padi tadi sudah membeku.Kemudian
angkat dari kuali dan sejukkan(satu malam) Kemudian barulah ditumbuk didalam lesung, untuk
menanggalkan kulit padi tersebut. Lepas tu ditampi, untuk mengasingkan Isi padi (ringgi)
daripada kulitnya.Kalau nak sedap bungkuslah dengan daun pisang.Wangi dan lembut rasanya,
dimakan begitu saja bersama kopi panas...ommmm

Read more: http://tokpengulu.blogspot.com/2010/04/ringgi.html#ixzz50vtuKWA5