Anda di halaman 1dari 9

0

Permasalahan Dan Pendekatan Pendidikan


Bagi Pelajar Disleksia
1
Nik Aida Suria Nik Zulkifli Ami dan 2Haslinah Abdullah
¹Jabatan Hospitaliti, IPG Kampus Pendidikan Teknik
²Jabatan Sains, IPG Kampus Pendidikan Teknik
71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan

Abstrak
Setiap ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah bermula dari tahap satu lagi, tentunya mengharapkan
anak-anak mereka dapat menguasai pelajaran yang diikuti oleh semua pelajar mengikut kurikulum yang telah
ditetapkan. Ibubapa dan guru mengharapkan murid-murid akan dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu
kemahiran membaca, menulis dan mengira pada jangka waktu yang tertentu. Ini kerana kemahiran tersebut
adalah kemahiran asas bagi seseorang murid untuk mencapai dan menguasai kemahiran lain dalam kurikulum
yang disediakan di sekolah. Namun demikian tidak semua murid yang diharapkan tersebut akan dapat
menguasai kemahiran asas 3M. Guru dan ibubapa pastinya merasa kurang selesa apabila mendapati murid di
bawah jagaannya mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas tersebut. Terdapat dalam kalangan
murid ini mereka yang dikatakan mengalami disleksia. Kertas konsep ini membincangkan jenis-jenis
permasalahan yang dihadapi oleh murid berkenaan dan mencadangkan langkah serta usaha yang perlu diambil
bagi memenuhi keperluan pendidikan mereka.

Kata kunci: permasalahan pembelajaran, pendekatan pendidikan

1.0 Pengenalan
Pada peringkat awal persekolahan, kanak-kanak ini dianggap biasa oleh guru dan ibubapa tetapi
setelah lama bersekolah mungkin satu atau dua tahun, kanak-kanak ini masih lagi belum menguasai
kemahiran asas 3M yang sepatutnya. Murid-murid ini akan dianggap sebagai lembam, tidak berminat
dengan pelajaran, malas, nakal, bermasalah disiplin dan seterusnya akan menghadapi keciciran dalam
mata pelajaran. Ada sesetengah ibubapa yang sanggup menghabiskan banyak wang untuk menghantar
anak-anak mereka ke kelas tuisyen untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M. Walaupun telah
mengikuti kelas tuisyen namun murid tersebut tetap gagal menguasai kemahiran asas 3M. Sebenarnya
ramai guru dan ibubapa tidak menyedari kemungkinan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah
pembelajaran spesifik disleksia.

Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia merupakan salah satu bidang pendidikan khas yang telah
diwujudkan dalam sistem pendidikan khas di Malaysia untuk membantu guru, murid dan ibubapa
dalam menangani masalah yang dihadapi supaya masalah tersebut dapat diatasi atau sekurang-
kurangnya diminimumkan. Walaupun di Malaysia kini sudah terdapat pendidikan khas spesifik
disleksia, tetapi masih lagi terdapat ramai murid di dalam bilik darjah arus perdana yang mengalami
disleksia yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Ini adalah kerana masih terdapat para
ibubapa dan guru yang kurang memahami serta tidak dapat mengenal pasti ciri-ciri murid disleksia
(Ness & Southall, 2010).

1.1 Disleksia
Disleksia dari perkataan Greek , iaitu ‘dys’ yang bermaksud kesukaran dan ‘lexia’ yang bermaksud
perkataan. Apabila diterjemahkan secara terus yang bermaksud kesukaran dengan perkataan
bertulis. World Federation of Neurologist (1968) mendefinisikan disleksia adalah kekacauan yang
terang melalui kesukaran dalam membaca meskipun telah mengikuti pengajaran biasa. Manakala
definisi yang diberikan oleh Pertubuhan Dyslexia British (1996) adalah satu keadaan saraf yang rumit,
1

tanda-tanda ini memberi kesan yang banyak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Bold (2000)
menyatakan disleksia adalah disebabkan oleh perbezaan otak memproses maklumat terutama sekali
mengenai bahasa yang melibatkan penggunaan bunyi, simbol dan pembelajaran. Roger & Weller
(2000) mendefinisikan disleksia sebagai suatu keadaan yang berpunca dari neurology, kematangan
dan genetik. Sebagai rumusannya definisi disleksia adalah keadaan yang ada kaitan dengan masalah
menguasai kemahiran membaca, mengeja, menulis walaupun mempunyai kebolehan intelek yang
normal dan telah menerima pendidikan yang mencukupi.

Disleksia terdiri daripada beberapa kategori iaitu disleksia visual, disleksia auditori dan disleksia
visual Auditori. Disleksia Visual merujuk kepada individu yang dapat melihat dengan baik tetapi tidak
dapat membuat perbezaan, interpretasi, atau mengingat perkataan yang dilihat. Tahap terjejasnya
bacaan bergantung pada masalah yang dihadapi oleh individu. Ada yang teruk sehinggakan tidak
dapat membaca langsung, dan ada yang hanya mengalami masalah menyebut perkataan dengan suku
kata yang banyak. Murid disleksia auditori pula dapat melihat persamaan antara perkataan tetapi
menghadapi masalah dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fungsi auditori seperti
membezakan bunyi, mengenal pasti bunyi dalam setiap perkataan, pengadunan bunyi untuk menjadi
perkataan dan membahagi perkataan ke dalam suku kata. Darjah atau tahap keterukan disleksia pula
terbahagi kepada tiga iaitu tahap teruk, sederhana dan ringan.

1.2. Implikasi ciri-ciri disleksi terhadap pembelajaran


Sebarang masalah atau kesukaran yang dialami oleh murid sama ada dari segi kognitif atau fizikal
akan memberi kesan terhadap pembelajaran. Secara umumnya ciri-ciri disleksia adalah spesifik dan
khusus. Menurut Payne dan Tuner (1999), terdapat kesan utama dan kesan sampingan kepada murid
yang mengalami ciri-ciri disleksia terhadap pembelajaran. Kesan utama adalah seperti berikut:
a. Membaca
Kesukaran membaca akan menyebabkan murid tidak boleh belajar secara sendirian. Ini akan
menyebabkan kebolehan mendapatkan maklumat terhad daripada bahan rujukan yang berkaitan.
Kesannya akan timbul rasa rendah diri dantidak berkeyakinan terhadap kebolehan sendiri.
b. Mengeja
Kelemahan mengeja akan memberi kesan yang lebih negatif daripada kelemahan membaca pada
waktu jangka panjang. Kelemahan mengeja akan menghadkan kebolehan murid belajar di dalam bilik
darjah dan akan menyebabkan murid menghadapi masalah dalam aktiviti latihan dan sentiasa
mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan.
c. Menulis
Kekurangan keupayaan menulis adalah saru kepincangan antara kebolehan murid untuk menzahirkan
pemikiran secara lisan dan bertulis.
d. Tulisan
Tiga faktor penting yang mencerminkan keberkesanan dalam tulisan, iaitu; boleh dibaca, kepantasan
dan kematangan tulisan. Kekurangan mana-mana dari tiga faktor ini memberi kesan yang buruk
kepada kebolehan murid untuk belajar di dalam bilik darjah. Murid yang menghadapi masalah yang
teruk dalam tulisan di panggil “dysgraphia”
e. Nombor
Kesukaran yang dihadapi di dalam numerasi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia adalah
serupa seperti kesan yang dialami di dalam literasi. Contoh, masalah membaca teks, menulis bentuk,
arahan dan urutan nombor. Murid yang mengalami masalah yang melibatkan nombor dipanggil
“dyscaculia”
Kesan sampingan yang akan dihadapi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah:
f. Pengurusan
Kesukaran menguruskan masa, ruang dan susunan adalah yang paling merumitkan. Contoh, murid
tidak membawa peralatan seperti buku teks yang betul mengikut jadual waktu sekolah dan tidak
menghantar kerja rumah pada masa yang telah ditetapkan.
g. Penumpuan atau konsentrasi
Kebolehan memberi penumpuan sangat penting dalam situasi pembelajaran. Kesukaran memberi
tumpuan seperti perhatian mudah terganggu atau singkat dalam menghadapi pembelajaran akan
menjejaskan prestasi kemajuan murid dengan teruk.
2

h. Bahasa
Kebiasaanya murid akan mengalami kesukaran untuk menyatakan pemikiran kepada perkataan,
kesukaran menamakan sesuatu, kesukaran untuk mengingat susunan sukukata ketika menyebut
perkataan yang panjang. Kesukaran ini dikenali sebagai kecacatan yang tersembunyi yang kesannya
merentasi kurikulum.
i. Ingatan
Kesukaran ini dianggap menjadi asas kepada kesukaran-kesukaran yang lain. Ianya menjadi lebih
ketara yang disebabkan kesukaran menulis selain daripada mengingat hari-hari dalam seminggu atau
membawa keperluan pendidikan jasmani atau masalah congak dalam pelajaran matematik.
j. Emosi dan tingkah laku
Kesukaran ini lebih cenderung memberi kesan daripada punca. Pencapaian prestasi yang rendah akan
menyebabkan timbul rasa rendah diri dan kecewa. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah
tingkahlaku, diikuti dengan pencapaian yang lebih rendah dalam akademik dan menjadi masalah
tingkahlaku yang lebih buruk.

2.0 TUJUAN KERTAS KONSEP

3.0 METODOLOGI PENULISAN

Kajian ini menggunakan kaedah rujukan perpustakaan dengan membuat pembacaan buku dan artikel
berkaitan kesantunan berbahasa, pragmatik, dan sosiolinguistik. Hasil pembacaan tersebut dianalisis
dan dirumuskan untuk mendapat satu kesimpulan umum selaras dengan objektif penulisan kertas
konsep ini.

4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

PERNYATAAN MASALAH

Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Mahadhir Mohd Khir dalam ucapan
Perasmian Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas (1/10/2003). Beliau melaporkan dianggar seramai
520,000 orang pelajar menghadapi disleksia iaitu 1% daripada 5.1 juta penduduk Malaysia. Manakala
dalam Persidangan Nasional Pendidikan Khas pada 13 Julai 2004, Menteri Pelajaran Malaysia, YB.
Dato’ Hisyammuddin Tun Hussein melaporkan dianggar 5% daripada populasi iaitu 1:20 orang
daripada penduduk Malaysia adalah disleksia.Bilangan orang yang menghadapi disleksia di Malaysia
adalah tinggi berbanding dengan bilangan golongan Sindrom Down iaitu sekitar satu dalam 600 orang
dan spastik sekitar satu dalam 700 orang. Jumlah ini juga jauh lebih besar dari jumlah yang
mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran. Walaupun jumlah kanak-kanak yang menghadapi
disleksia ramai tetapi disebabkan mereka kelihatan begitu ‘normal’ sehingga keperluan mereka
selalunya terabai dan dinafikan.

Sehingga kini masih terdapat ramai guru atau para pendidik yang masih keliru tentang ciri-ciri pelajar
lemah atau lembam dengan ciri-ciri pelajar disleksia. Diantara ciri-ciri pelajar lembam ialah mereka
mempunyai IQ pada tahap 70-80 atau kurang, mengalami kesukaran 3M , lemah dalam semua mata
pelajaran, jarang bertanya soalan dan tidak menunjukkan hasrat ingin tahu. Manakala ciri-ciri pelajar
disleksia iaitu mempunyai IQ pada tahap sederhana atau melebihi sederhana, lemah dalam bacaan,
ejaan tunggang-langgang serta tidak betul, bagus dalam sesetengah matapelajaran seperti matematik
atau sains, cemerlang dalam matapelajaran oral, menunjukkan kefahaman, ada sikap ingin tahu dan
berpengetahuan. Selama ini ramai murid-murid disleksia yang mengikuti alam persekolahan dalam
3

bilik darjah bersama rakan mereka yang normal dan telah diajar oleh guru yang tidak terdedah dengan
pengetahuann tentang disleksia. Apabila murid-murid disleksia ini mengalami kesukaran dalam 3M
iaitu menulis, membaca dan mengira maka murid tersebut akan selalu dimarahi guru, dianggap
lemah, bodoh, pemalas, degil, pelupa dan sebagainya sehingga menjejaskan moral mereka untuk
belajar.

Falsafah Pendidikan Khas yang berbunyi:


“Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan
produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”

Persoalannya bagaimanakah corak perkembangan serta halatuju pendidikan untuk pelajar disleksia
ini? Apakah usaha-usaha yang telah, sedang dan akan dibuat untuk pendidikan disleksia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Khas dan Falsafah Pendidikan Negara? Adakah sistem pendidikan serta
kurikulum pendidikan di Malaysia sekarang selaras dengan keperluan pendidikan untuk kanak-kanak
disleksia? Menurut Torgesen (2002) menyatakan mereka yang membesar ke alam dewasa dengan
paras literasi yang rendah akan sentiasa ketinggalan kerana pekerjaan yang terdapat pada hari ini
memerlukan kebolehan membaca yang efektif. Oleh itu tanpa kaedah pengajaran yang khusus, maka
pelajar disleksia adalah merupakan golongan yang berpotensi dan cenderung untuk terlibat dalam
aktiviti negatif. Reschly (2010) menegaskan bahawa kegagalan membaca dalam kalangan murid
sekolah adalah bukannya kegagalan individu semata-mata, tetapi ianya adalah juga kegagalan
persekitaran secara menyeluruh.

Kesedaran masyarakat sekolah tentang kehadiran pelajar disleksia

Pelajar yang mengalami disleksia tiada sebarang kecacatan dari segi fizikal yang dapat dilihat oleh
mata kasar. Mereka kelihatan begitu normal dan sempurna fizikal seperti pelajar-pelajar normal yang
lain. Oleh itu mereka tidak dapat dibezakan daripada pelajar yang normal jika berdasarkan keadaan
fizikal semata-mata. Masyarakat sekolah seperti guru dan kawan-kawan mereka tidak menyedari
kehadiran pelajar disleksia di sekolah dan di dalam bilik darjah, walaupun pelajar disleksia tersebut
berada di tempat duduk disebelah mereka.

(Sofiah Ali,2000; Zabidi Husin,2000) kajian mereka mendapati kehadiran murid-murid yang
mengalami ciri-ciri disleksia di sekolah tidak disedari oleh guru, kerana mereka tidak mendapat
pendedahan yang secukupnya mengenai ciri-ciri tersebut semasa mengikuti latihan perguruan sama
ada di institusi-institusi pendidikan awam atau swasta. Dari segi fizikal murid-murid yang mengalami
disleksia ini tiada sebarang kecacatan yang dapat dilihat oleh mata kasar dan tahap kecerdasan mereka
juga adalah normal . Oleh itu guru sering melabel murid-murid ini sebagai lembab, bodoh, malas,
dungu dan nakal. Ini akan menyebabkan keyakinan diri dan motivasi untuk meneruskan pelajaran
semakin merosot.

Pengetahuan guru tentang disleksia

Kajian yang telah dilakukan oleh Mohd Anuar Abdullah (2001) mendapati masih terdapat ramai guru
pemulihan khas yang masih kabur tentang ciri –ciri murid disleksia dan hanya 37% sahaja yang
pernah melakukan Pengesanan Awal. Di sekolah guru adalah orang yang utama akan berdepan dengan
murid-murid tersebut, sekiranya guru tidak tahu atau masih kabur tentang ciri-ciri disleksia, maka
besar kemungkinan guru tidak menyedari atau tidak dapat mengenal pasti siapakah diantara murid
mereka adalah disleksia.

Rokiah Roohana (1999) mendapati bahawa guru-guru yang terlibat secara langsung dengan
murid-murid disleksia sepatutnya mempunyai pengetahuan yang meluas mengenai disleksia. Mereka
seharusnya tahu tentang mengendalikan murid-murid sedemikian kerana sikap guru-guru
mempengaruhi minat pelajar-pelajar disleksia ini untuk belajar. Murid-murid disleksia mempunyai
4

gaya pembelajaran yang unik dan berbeza daripada pelajar normal (Denton & Hasbrouck, 2009). Oleh
yang demikian ketika mengajar guru-guru tidak digalakkan memberi tekanan dengan memaksa
mereka menyiapkan kerja-kerja yang diberikan pada waktu tertentu. Intervensi awal dalam membaca
pada usia muda akan memberi kesan yang positif terhadap pembangunan sistem saraf yang
menyokong kemahiran membaca murid (Torgesen et al. 2010).

Ramai guru yang tidak mendalami dan mengetahui apakah pengetahuan sedia ada dikalangan
murid yang menghadapi masalah membaca. Guru perlu terlebih dahulu mendalami teknik membaca
bagi membantu mengatasi masalah buta huruf. Blaskey et al (1990) melaporkan bahawa kesan
‘Scotopic Sensitivity Syndrom’ (SSS) menyebabkan kesukaran menbaca berpunca dari ciri-ciri
hipersensitiviti terhadap cahaya dan perkara yang hendak dirujuk adalah lemah. Kesan disleksia
semakin meningkat akibat kejadian semasa dan selepas bersalin, bersalin tidak cukup bulan, penyakit
dan kemalangan. Ini menyababkan ‘Central Nervous System’ (CNS) kurang berfungsi (Kavvale dan
Forness, 1985). Guru seharusnya mengetahui bagaimana untuk mengenal pasti dan menyediakan
pengajaran di bilik darjah untuk murid-murid disleksia. (Foorman et.al 2010; Moat 2009; Torgesen et
al.2010)

Kesesuaian pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar disleksia

Azizah (1993) menyatakan bahawa punca kegagalan perlaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran disebabkan kurangnya pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tentang perubahan dan
inovasi dikalangan guru. Disinilah menunjukkan tentang pentingnya aspek latihan guru dalam
menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru. Aspek ini meliputi latihan pra
perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan.

Persoalannya sejauhmanakah pengetahuan guru-guru tentang kaedah pengajaran yang


bersesuaian bagi pelajar disleksia? Sehingga ke hari ini, guru-guru yang terlibat dengan kelas
pemulihan disleksia hanya dibekalkan dengan kursus 5 hari oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
ataupun menghadiri kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu di MPIK. Adakah pendedahan
yang diberikan telah memberi bekalan pengetahuan dan keyakinan kepada guru untuk mengajar
pemulihan pelajar disleksia?

Disleksia boleh dirawat melalui pendidikan. Rawatan ini penting bagi murid-murid disleksia
memperoleh kejayaan seperti murid-murid lain dalam peningkatan pembelajaran. Menurut Orton
(1937) beliau telah menyatakan bahawa rawatan bagi disleksia ialah melalui pendidikan. Ini adalah
disebabkan betapa sukarnya dalam menggambarkan semula atau membina semula susunan huruf-
huruf abjad dan bunyi abjad. Belaiu menghubungkan elemen yang melibatkan penggunaan
pendekatan pengukuhan bagi konsep yang mudah. Dalam pendidikan, kaedah huruf – perkataan boleh
digunakan oleh guru yang mempunyai latihan khas dalam disleksia.

Pendekatan ketika mengajar mestilah mudah dan sistematik. Guru-guru perlu kreatif dan
inovatif dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan tanpa rasa jemu. Sistem
pengajaran yang sistematik memudahkan murid-murid memahami cara atau kaedah yang guru mereka
praktikkan. Murid bermasalah disleksia ditahap pra-bacaan dan analisis tentang persepsi ruang
menghadapi kesukaran dalam proses mengaitkan bentuk abjad dengan susunan perkataan berbentuk
ayat dan peosa. Oleh itu bahan-bahan sokongan yang digunakan oleh guru perlu benar-benar
menimbulkan minat kepada murid-murid disleksia ini. Selain dari penggunaan warna-warna dan
gambar-gambar yang menarik, guru-guru mestilah pandai merancang aktiviti yang sesuai.

Moats (1994) mencadangkan sepatutnya guru selalu berusaha untuk memilih pelbagai sumber
untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Mengajar murid-murid menbaca seharusnya
mempunyai banyak pengetahuan dan teknik pengajaran. Murid-murid sukar memberi tindak balas
terhadap pengajaran guru yang stereotaip. Untuk memperolehi pelbagai teknik dan pendekatan
pengajaran, guru sebaliknya perlu mengikuti latihan-latihan tertentu.
5

Bagi menghadapi cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid disleksia,
guru-guru perlulah memantapkan diri dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
bagi pelajar disleksia. Ott (1997) menyatakan bahawa guru kelas boleh membantu pelajar-pelajar
disleksia melalui latihan-latihan yang disediakan. Ini adalah demi menghadapi cabaran yang sangat
besar dalam profesion perguruan.

Program pendidikan khas atau pemulihan bagi pelajar disleksia

Tidak semua sekolah mempunyai program pendidikan khas atau menjalankan progrm pemulihan khas
bagi pelajar disleksia. Pada 16 Jun 2004 Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan projek
rintis untuk kelas pemulihan khas bagi masalah pembelajaran spesifik disleksia. Sebanyak dua buah
sekolah disetiap negeri yang terpilih untuk menjayakan program ini, dimana jumlah keseluruhannya
adalah sebanyak 30 buah sekolah di seluruh Malaysia. Tetapi sehingga pada tarikh yang terkini
jumlahnya masih kekal dan tidak bertambah. Jumlah kelas pemulihan untuk pelajar disleksia yang
berjumlah 30 kelas adakah mencukupi untuk anggaran bilangan pelajar disleksia yang seramai 5%
dari jumlah penduduk 5.1 juta orang?

Bilangan guru yang benar-benar dilatih dan terlatih dalam bidang disleksia juga adalah amat
kurang jika dibandingkan dengan jumlah bilangan pelajar yang begitu ramai. Kelas pemulihan khas
bagi pelajar disleksia yang telah dibuka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini hanyalah untuk
pelajar tahun satu. Jadi bagaimanakah nasib pelajar disleksia yang lain? Kemanakah pelajar yang
mengalami disleksia ini akan pergi untuk mendapatkan pemulihan dalam bentuk pendidikan?

Sekiranya pelajar yang mengalami disleksia ini terus terbiar, mereka akan terus kekal menjadi
rakyat Malaysia yang buta huruf, merka akan menjadi insan yang kecewa dan rendah diri. Mereka
akan merasa terpinggir dan masalah ini jika tidak ditangani dengan bijak akan menggalakkan berlaku
gejala sosial, pemberontakan samada secara intrinsik atau ekstrinsik. Pelajar disleksia yang tidak
terbimbing berpotensi untuk menjadi manusia dewasa yang sukar mendapatkan pekerjaan dan
sanggup melakukan jenayah.

Kesedaran pentadbir sekolah tentang pelajar disleksia

Sesetengah pentadbir sekolah hanya menumpukan kepada murid yang pandai sahaja untuk
meningkatkan prestasi sekolah. Murid tercicir yang berkemungkinan mengalami disleksia ini akan
terbiar tanpa ada pihak yang sanggup berusaha untuk mengatasinya. Malah ada pentadbir yang
berusaha memasukkan murid disleksia ini ke dalam kelas khas masalah pembelajaran dengan harapan
murid berkenaan tidak perlu menduduki peperiksaan.

Kebanyakan pentadbir di seluruh Malaysia mengamalkan budaya bersaing sesama mereka


dari segi prestasi akademik sekolah. Oleh itu mereka sangat bimbang dengan kehadiran murid-murid
yang lemah dalam 3M kerana murid ini akan berpotensi untuk gagal, seterusnya akan menurunkan
prestasi akademik sekolah dibawah tadbiran mereka. Dengan sikap pentadbir yang sedemikian, maka
nasib murid disleksia sekali lagi tidak akan terbela.

Ibu bapa

Bagi sesetengah ibubapa, mereka beranggapan tugas mendidik atau mengajar anak-anak mereka
membaca, menulis dan mengira adalah tugas guru seratus peratus. Apa yang mereka tahu hanyalah
memastikan anak-anak masing-masing pergi ke sekolah, tanpa mengambil tahu perkembangan
tentang kesukaran pembelajaran anak-anak.

Sekiranya anak-anak mereka masih belum boleh menguasai kemahiran membaca, menulis
dan mengira dalam tempoh yang tertentu, ada dikalangan ibubapa yang sanggup memarahi serta
mempersalahkan pihak guru dan menuduh pihak guru tidak tahu mengajar anak-anak mereka. Malah
6

ada dikalangan ibubapa yang tidak dapat menerima kenyataan atau hakikat sekiranya pihak guru
memberitahu ibubapa bahawa anak-anak mereka mengalami disleksia.
Perbincangan

Cadangan-cadangan bagi menangani semua isu dan permasalahan serta kekurangan yang wujud di
dalam sistem pendidikan di Malaysia, khususnya di dalam sistem pendidikan Khas bagi pelajar
disleksia adalah seperti berikut:

a. Kelas Pemulihan Khas Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia

Kelas Pemulihan Khas bagi masalah pembelajaran spesifik disleksia perlu ditambah dan
diperbanyakkan bilangannya selaras dengan bilangan murid disleksia di seluruh Malaysia. Sekiranya
anggaran bilangan murid yang mengalami disleksia adalah 1:20 orang, maka sepatutnya kelas
pemulihan tersebut perlu diwujudkan disemua sekolah yang terdapat di Malaysia.

b. Pendedahan ciri, kategori dan kaedah P&P

Pendedahan tentang ciri, kategori dan kaedah pengajaran dan pembelajaran murid disleksia perlulah
diberikan oleh mereka yang pakar. Supaya segala perkembangan dan maklumat yang diberikan adalah
terkini dan tepat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menjemput pakar-pakar disleksia dari
negara-negara yang lebih maju dalam pendidikan disleksia.

c. Semua guru di Malaysia perlukan pendedahan.

Pendedahan yang berkaitan dengan disleksia ini perlu diberikan bukan sahaja kepada guru-guru
pendidikan khas atau pemulihan, tetapi perlu diberikan pendedahan kepada semua guru di Malaysia.
Tujuannya ialah supaya semua guru tahu, faham serta sedar tentang kehadiran murid disleksia di
dalam kelas mereka. Seterusnya guru boleh membuat saringan keatas murid disleksia ini untuk
diberikan kelas pemulihan khas. Semakin awal kelas pemulihan diberikan kepada murid ini maka
semakin cerah harapan murid ini dapat dipulihkan.

d. Perbanyakkan kursus dalam perkhidmatan oleh KPM dan MPIK

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah memperbanyakkan kursus dalam perkhidmatan.


Guru-guru pemulihan khas khususnya perlukan sebanyak mungkin maklumat dan latihan tentang
kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk murid disleksia. Kepelbagaian kaedah pengajaran dan
pembelajara adalah sangat perlu untuk menjalankan sesi pemulihan murid disleksia yang mempunyai
berbagai kategori dan tahap disleksia.

e. Wujudkan kursus/ bidang p&p disleksia di Institusi Pengajian Tinggi

Di seluruh Institusi Pengajian Tinggi perlu diwujudkan kursus Pengenalan Pendidikan Khas atau
Pengenalan Pendidikan Disleksia. Di samping itu perlu diwujudkan kursus Khas Pengajaran dan
Pembelajaran Disleksia untuk semua bakal guru. Sekiranya guru Pendidikan Khas bagi murid buta
ada kursus kaedah mengajar menggunakan Braille, guru Pendidikan Khas bagi murid pekak ada
kursus kaedah mengajar menggunakan bahasa isyarat, maka guru Pendidikan Khas yang mengajar
murid disleksia perlu ada subjek atau kursus khas yang mengkhusus kepaada kaedah mengajar murid
disleksia.

Kesimpulan

Isu pelajar dan pendidikan disleksia ini bukanlah isu peribadi seseorang pelajar atau seseorang guru
atau ibubapa tetapi ia adalah isu nasional. Bagi menangani isu ini ia memerlukan lebih dari simpati
dan deskripsi tugas, tetapi motivasi dalaman amat perlu dalam diri setiap pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung. Semua pihak perlu memainkan peranan dengan penuh
7

tanggungjawab dan dedikasi. Sekiranya bantuan pada peringkat awal diberikan kepada kanak-kanak
yang mengalami ciri-ciri disleksia, kajian-kajian lepas telah membuktikan kesukaran pembelajaran
yang dialami akan dapat dibimbing, dikawal dan seterusnya diatasi.

RUJUKAN

Azizah Hamzah. 1993. Kesan 2 kaedah pengajaran bahasa Melayu menggunakan bahan
sastera terhadap pelajar-pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis
Sarjana. Universiti Malaya.

Blaskey ,P., Scheiman, M., Parisi, M., Ciner, E.B., Gallaway, M., & Selznick, R.1990. The
effectiveness of Irlen filters for improving reading performance: A pilot study. Journal
of Learning Disabilities 23: 604-612.

Bold. 2000. Disleksia: Kit penerangan asas. Bureau on Learning Difficulties: Pulau Pinang.

Denton, C. A., & Hasbrouck, J. (2009). A description of instructional coaching and its
relationship to consultation. Journal of Educational and Psychological Consultations,
19, 150-175

Foorman, B.R., Petscher, Y., Lefsky, E.B., & Toste, J.R. (2010). Reading first in Florida:
five years of improvement. Journal of Literacy Research, 42, 71-93

Kavvale, K.A.dan Forness, S.R. 1985 The Science of Learning Disabilities. Windsor: NFER
– Nelson. British Journal of Special Education 20(1): 30-34.

Moats, L. 1994. The missing foundation in teacher education: knowledge of the strukture
of spoken and written language. Annals of Dyslexia 44: 81-84

Moats, L. (2009). Knowledge foundations for teaching reading and spelling. Reading
and Writing, 22, 379-399

Ness, M. K., & Southall, G. (2010). Preservice teacher's knowledge of and beliefs about
dyslexia. Journal of Reading Education, 36(1), 36-43.

Ott, P. 1997. How to Detect and Manage Dyslexia. A Refference and Manual. London
Heinemann.

Payne, T. and Turner, E. 1999. Dyslexia. A parents’ and teachers’ guide (3). U.K.
Multilingual Matters Ltd.
8

Reschly, A. (2010) Reading and school completion: Critical connections and matthew effects.
Reading and Writing Quarterly, 26, 67-90

Rokiah Roohana Mohamad Tahir. 1999. Modul kaedah-kaedah dalam mengenal abjad bagi
kanak-kanak dyslexia. Kajian ilmiah program pensiswazahan. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Sofiah Ali. 2000. Anak lembab... mungkin disleksia. Utusan malaysia, 13 November.

Torgesen, J.K., Wagner, R.K., Rashotte, C.A., Herron, J., & Lindamood, P. (2010).
Computer-assisted instruction to prevent early reading difficulties in students at
risk for dyslexia: Outcomes from two instructional approaches. Annuals of Dyslexia,
60, 40-56.

Zabidi Husin. 2000. Disleksia: Kanak-kanak boleh dirawat. Utusan Malaysia, 20 November.