Anda di halaman 1dari 5

BIL PERKARA CATATAN

Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila ambil tempat


tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja
lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-
puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Dimuliakan, Pn Norinah bt


Awang, Pemerhati dari PPD Sandakan /
_________________________

dengan diiringi oleh Puan Rokiah Hj Sindrang, Guru Besar


SKSTP2 , En. Alvin Hussein, Yang Dipertua PIBG, guru-guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan dua


LAGU buah lagu, Lagu pertama, Negaraku.
NEGARAKU Lagu kedua, Sabah Tanah Airku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi
Kompang Bergema Pusaka Bangsa
Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫العالمي والصالة والسالم عىل رأشف األنبياء والمرسلين‬
‫ن‬ ‫الحمد هلل رب‬
‫وعىل آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dimuliakan Pn Norinah bt Awang, Pemerhati dari PPD


Sandakan

Yang Berusaha Puan Rokiah Hj Sindrang, Guru Besar SKSTP2

Yang Dihormati, En. Alvin Hussein Yang Dipertua PIBG


SKSTP2
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan ROsliah Rosmin

Guru Penolong Kanan HEM, En. Adenan Empi

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Hasni astan


Guru Penolong Kanan petang, En Husin Juri,

AJK PIBG SKSTP2,, barisan Guru-guru, tuan-tuan dan puan-


puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua
maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan
deria rasa, dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk
sama-sama berkumpul di Dewan ini ini bagi MESYUARAT
AGUNG PIBG SKSTP2

Hadirin Yang Dimuliakan,


Bacaan Doa
Kayu jati si kayu cendana
Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat
dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Fairuz b Mat Taib untuk
memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada ustaz Fairuz atas


pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang
berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.
Warga dewan yang dimuliakan,
Ucapan Guru
Besar Majlis dimulakan dengan ucapan daripada penasihat PIBG,
merangkap Guru BEsar SKSTP2 Puan Rokiah Hj Sindrang.
Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas
ucapan sbentar tadi.

Mesyuarat Seterusnya, saya serahkan kepada ………………………………..


bermula untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SKSTP2
bagi tahun 2017. Dipersilakan
Ucapan Kini dijemput pengerusi PIBG, __________________
pengerusi En Alvin hussein untuk memberikan ucapan
beliau.Dipersilakan
Mengesahkan Sekarang kita ke agenda 2, iaitu mengesahkan minit
minit mesyuarat agung sesi 2017. Ibu bapa dan guru-guru boleh
mesyuarat mencadangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang
lalu. Majlis membuka peluang untuk berbuat demikian.
PErkara Syukur minit mesyuarat telahpun disahkan, jadi majlis akan
berbangkit bergerak ke agenda 3 iaitu perkara berbangkit. Hadirin
sekalian, saya dengan sukacitanya menjemput
____________________ untuk menyempurnakan agenda
ini.

LAporan
aktiviti 2017

Laporan sekarang dijemput pula En. Awang MOhd Azri bagi


kewangan membentang penyata kewangan yang berakhir pada
2017 31.12.2007
Ucapan Berakhirlah pembentangan. Dijemput sekali En Alvin Hussei
penangguhan selaku YDP PIBG bagi mengumumkan secara rasmi
pembubaran AJK PIBG 2015-2017 bagi memberi laluan
kepada perlantikan AJK baru. Dipersilakan

Sekarang majlis mempersilakan AJK 2015-2017


meninggalkan tempat duduk dan mengambil tempat di
bawah untuk undian AJK baharu. Dengan ini, saya
menyerahkan majlis kepada Cikgu AShrol bin AliDaud bagi
melaksanakan pelantikan AJK bagi tahun 2018-2020.
Dipersilakan.

Selepas habis HAdirin yang dimuliakan,


hal-hal lain.
Diharap semua bertenang. AJK makanan akan bergerak
ssbentar lagi bagi mengedarkan makanan kepada ibu
bapa.

Untuk itu, kita akan ke acara seterusnya iaitu cabutan tiket


bertuah. Terlebih dahulu saya ingin maklumkan hanya ibu
bapa sahaja yang dibenarkan untuk naik dan mengambil
hadiah. Anak-anak tidak dibenarkan sama sekali.

Untuk itu, dijemput wakil PPD puan norinah bt Awang


untuk membuat cabutan nombor-nombor yang bertuah.

Terima kasih diucapkan kepada puan norinah.

Seterusnnya, dijemput Guru besar SKSTP2 untuk


membuat cabutan nombor bertuah. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada puan Rokiah Hj Sindrang.

Bagi cabutan terakhir, dijemput MAntan YDP PIBG, en


Alvin b Hussin untuk mencabut nombor yang bertuah.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada en Alvin Hussein..


Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SKSTP2, merakamkan


penghargaan terima kasih kepada Pn Norinah Awang,
selaku pemerhati dari PPD Sandakan atas kesudian
meluangkan masa pada pagi ini. Tidak dilupakan juga
kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan Puan-puan.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..