Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

LARIAN MERENTAS DESA DAN


PROGRAM BERJALAN KAKI
SK FAJAR HARAPAN
2018
PENDAHULUAN

Kejohanan merentas desa merupakan salah satu program tahunan sekolah. Kejohanan ini
dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan bagi tahun 2017.

MATLAMAT

Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi dan minat
pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Selain itu, program ini juga
bermatlamat untuk melibatkan seluruh warga sekolah dalam menjalani gaya hidup yang sihat.
Program merentas desa ini juga membolehkan murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani,
intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

OBJEKTIF

Adalah diharapkan program ini akan dapat :

2.1 Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih
optimum.
2.2 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam gerakerja yang
diceburi.
2.3 Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.
2.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih berjaya dengan
lebih cemerlang.
2.5 Melahirkan pelajar yang boleh mewakili sekolah dalam kejohanan merentas desa ke
pringkat yang lebih tinggi.
PELAKSANAAN

Kejohanan merentas desa SK. Fajar Harapan kali ini akan dilaksanakan pada tarikh, masa
dan lokasi berikut:

Tarikh : 06 April 2018 (Jumaat)

Masa : 7.30 pagi

Tempat : Kg Fajar Harapan, Lahad Datu.

KATEGORI

Kejohanan merentas desa ini akan dijalankan dalam empat kategori iaitu:

Kategori LA: Tahun 4, 5 dan 6 (Lelaki)

Kategori PA: Tahun 4, 5 dan 6 (Perempuan)

Kategori LB: Tahun 2 dan 3 (Lelaki)

Kategori PB: Tahun 2 dan 3 (Perempuan)

Program berjalan kaki pula akan diadakan bagi murid Pra-Sekolah dan Tahun 1.

LALUAN

Dua laluan akan dibuka iaitu laluan bagi kategori merentas desa (Tahun 2, 3, 4, 5 dan 6) dan kategori
berjalan kaki (Pra-Sekolah dan Tahun 1).
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH(RM)


1 Mineral Water (Murid) 20 RM10.00 RM 200

Jumlah Keseluruhan RM 200

JAWATANKUASA PROGRAM

Rujuk lampiran di sebelah

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Disediakan Oleh,

…………………………………………
(ELLYE ORNELLA SULIMAN)
Setiausaha Sukan
SK Fajar Harapan

Diluluskan

………………………………………..
(SAABI BINTI HASIN)
Guru Besar
SK Fajar Harapan.