Anda di halaman 1dari 20

1.

NASI ARAB MAQLUBAH

Bahan-bahan untuk nasi :

1 kg - daging kambing (direbus biasa dengan sedikit air guna


'pressure cooker') boleh tukar kpd ayam @ daging lembu.
4-5 btg - cili hijau (dipotong tidak terlalu nipis)
1-2 pkt - rempah beriani Maggi
2 cwn - beras basmathi (selalu guna yang Moghul Faiza
Basmathi, basuh dan rendam dalam 15 mnt sblm dimasak)

2 bj kentang - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)


2 biji terung - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
Sedikit bunga kobis - dipotong dan digoreng *(optional)

Cara-cara memasak :

- Masukkan air sehingga melepasi lebih kurang 1 inci dari paras


daging kambing yang telah direbus empuk dalam periuk tadi
- Masukkan 1-2 paket rempah beriani Maggi, dikacau & masukkan cili
hijau yang dah dipotong tadi
- Masukkan garam secukup rasa dan rasa.
- Sediakan periuk nasi dan susun daging kambing paling bawah
sekali beserta kentang, terung & bunga kobis (Shiela jarang letak
sayuran ni semua sebab nanti nasi akan jadi sangat berminyak, tu
yang tulis optional tu...)
- Masukkan beras dan 4 cawan air rebusan tadi & ready to cook!
- Setelah masak, telangkupkan periuk dalam pinggan atau dulang
besar & ready to eat! (Maksud maqlubah itu sendiri ialah 'upside
down' maka haruslah menelangkupkannya!)

Bahan untuk sambal :

5 cili padi, 2 cili merah, 2 cili hijau, 4 biji tomato, Sedikit cuka, Garam & gula -
secukup rasa >> Di kisar kesemuanya hingga hancur & ready to eat!

Bahan untuk salad :

Mentimun, Carrot, Tomato dipotong dadu


Bawang besar, Cili hijau, Cili merah dipotong kecil
Sedikit minyak zaitun.
>> Campurkan kesemua bahan di atas dengan minyak zaitun & ready to eat!
Beberapa batang cili hijau - sebagai ulaman dan dimakan mentah
Cara Mudah buat Nasi Arab
Bahan2 untuk Nasi
*1/2 sudu makan jintan manis/jintan putih/bunga cengkih/lada
hitam/buah pelaga
* 1 sudu makan biji ketumbar
2 1/2 cawan beras basmathi (apa2 jenama pun boleh)
4 cawan air rebusan ayam (boleh guna kiub pati ayam @ guna air
biasa kalau xbuat stok ayam)
1/2 sudu besar garam, 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih
5 biji buah pelage, kulit kayu manis, bunga lawang
2 sudu besar minyak sapi
pewarna kuning & oren (kalau xdak ganti ngan serbuk kunyit bancuh
ngan air)

Cara-caranya:
-goreng tanpa minyak semua bahan * kemudian blend kering
-sampai hampir jadi serbuk
-cuci bersih beras basmathi dan rendam 1/2 jam atau 1 jam
- panaskan minyak sapi,masukkan kayu manis,buah pelaga & bunga
lawang.
-kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yg dihiris
nipis (nak tumbuk/blend pun boleh)
-bila dah kekuningan, masukkan serbuk rempah yg di blend tadi.
gaul sebati.. kemudian masukkan beras.
-masukkan air stok ayam perasakan garam dan masak sampai nasi
kering air.
-titik2kan pewarna dan biar seketika sebelum padamkan api...bila
nak hidang baru gaul nasi biar bercampur warna
*boleh tambah daun ketumbar kalau nak bau lagi harum..potong
daun & tabur atas nasi yg dah siap hidang

Resepi ayam (kambing pun boleh, perap kena lama sikit


lebih kurang 3-4 jam)
bahan untuk diperap (blend semua bahan)
3 inci halia, 2-3 biji kunyit (saiz apa pun takpa)
1 smkn jintan manis/jintan putih/buah pelage / 2 sudu makan biji
ketumbar
1 sudu besar garam / 2 sudu besar gula
1 biji bawang besar / 6 ulas bawang putih
* 1 ekor ayam dibelah 2 ( kelar2 isi ayam supaya rempah meresap
ke dalam isi)

Cara masak ayam:


-blend semua bahan perap. gaulkan pada ayam dan perap lebih
kurang 2-3 jam dan disimpan dalam peti ais.
-masukkan ayam dalam pemanggang, klu yg ada Magic Pan pun
bole guna jugak.
-panggang sampai masak / *masa hidang potong ayam tu kecik2

Resepi salad/acar:-
-buah tomato/-timun/-lobak merah/-bawang/-Lada bengala/cili hijau
*garam/*gula/*cuka (1 sudu kecil)/*perahan limau nipis
*4-5 sudu besar air masak /air tapis
-potong dadu semua bahan bertanda( - )
-cili hijau tumbuk kasaq (nak hiris ja pun boleh)
-campur bahan dadu dan cili,tambah air,perasakan garam,gula,cuka
dan perahan limau nipis/lemon
-nak lagi sedap blend sedikit buah tomato (sebiji lebih kurang) pastu
gaul sekali dgan salad nih

Air asam:-
-3 biji cili merah
-5 biji cili padi
-1 biji buah tomato
-1 biji bawang besar
- sedikit ja belacan (secubit ja)
-garam
-gula
-perahan limau nipis (boleh ganti ngn jus asam jawa)
-air masak (air tapis pun boleh)
cara:
blend semua bahan dengan air masak (agak2 air dalam 1/2 cawan)

Salatah Har / sos arab (adaptasi dari buku Pn. Roza Roslan Bukan
Sekadar Resipi)
2 biji tomato/2 biji cili merah
1/2 biji bwg besar
Bbrpa tangkai daun ketumbar
1 biji lemon di ambil jusnya
Garam & gula secukup rasa

Kisar kering (tanpa air) semua bahan kecuali garam, gula & lemon.
Apabila sudah hancur, masukkan gula & garam secukupnya bersama jus
lemon.

Salatah / Hadrowat / salad sayuran :


Timun (dipotong dadu)
Tomato (dipotong dadu)
Kobis (hiris halus)
Apple Vinegar (sedikit sahaja untuk bagi rasa)

*Gaulkan semua bahan di atas.


resepi Nasi Arab Noxxa

Bahan-bahan: (utk perap Ayam) :


4 ketul ayam part peha
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar/serbuk jintan manis/serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit / Garam
Sedikit warna kuning/saffron / 1 kiub ayam-ltk masa rebus ayam

utk Nasi:
2kg beras basmathi ( 1kg beras = 4 cawan)
2 sudu minyak sapi / 4 cawan air per 1 kg beras
2 biji bawang besar /6 ulas bawang putih / 2 inci halia -dikisar
Rempah tumis - kayu manis, bunga lawing, pelaga, bunga cengkih

Sos:
1 biji tomato / 5 biji cili besar / 1 tangkai ketumbar ]
Garam/Gula/Perahan Lemon ] (Semua ini dimesin halus)

Salad Arab:
1 biji timun / 2 biji tomato- potong dadu ]
perahan lemon (cuka pn boleh) ]
garam/gula ] Gaulkan semua bahan.

cara-cara:-

1. Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning.
- perap 30 minit.
2. Ayam di rebus, masukkan air secukupnya sbb air rebusan ayam ni akan
digunakan utk masak nasi, masukkan kiub ayam, rebus jgn lama. Toskan.
3. Tumis bahan rempah dengan bahan kisar dlm kuali dulu smp naik bau.
4. Kuah ayam rebus tadi ditapis utk digunakan dlm penyediaan nasi.
5. Beras dibasuh dan di tos.
6. Masukn beras, stok ayam, bahan yg ditumis, ayam rebus dlm Periuk Noxxa
Setting Periuk Noxxa:

-Tutup periuk Noxxa sehingga bunyi 'klik' kedengaran.


-Tetapkan pelaras pada penunjuk 'Pressure', -Tekan 'High Pressure' 7 minit.
-Tekan button ON/OFF utk hidupkan periuk Noxxa.
-Tamat masa 7 minit, tunggu Release steam, tetapkan pelaras pada penunjuk
'Steam'. -Keluar periuk dari Noxxa untuk mengelakkan nasi berkerak
(hidangan 2 kg beras ni bole mkn 2x lebihkurang 12 dewasa 8 kanak2 pastu
kambing & ayam bakar boleh dijadikan side dishes :)

1. DAGING GORENG KUNYIT NOXXA

Bahan-bahan:
250 gram daging pinang – dipotong kecil
3 biji ubi kentang – dibuang kulit dan dipotong wedges
1/4 cawan air
1 biji bawang besar saiz besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan ditumis:
1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan satu sudu kecil garam. Perap selama
30 minit.
2. Masukkan minyak ke dalam periuk dalaman. Tekan fungsi STIR-FRY dan
`ON’. Tidak perlu tudung periuk.
3. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga
bawang kekuningan.

2. HOMEMADE POPCORN NOXXA


Sumber: mamaqairis
Bahan-bahan:
1. Marjerin
2. Biji Jagung pop corn
3. Madu manuka

Cara-cara:
1. Panaskan pressure cooker dgn menekan button ‘stir fry’ (ingat periuk jgn
ditutup)
2. Cairkan 2 sudu besar marjerin.
3. Marjerin dah betul cair masukkan biji jagung pop corn. Byknya bergantung
pada marjerin yg dicairkan tu. Biar semua biji jagung tu di seliputi marjerin.
4. Offkan pressure cooker (langkah ini kena buat x blh miss)
5. Tutup periuk. (Kena keluarkan angin panas baru blh tutup periuk)
6. Tekan button High Pressure dgn bacaan 1 minit dan on.
7. Akan dengar bunyi “pop” dlm periuk menandakan biji jagung tlh pecah. Kalau
bunyi “pop” dh x de walau pun masa blm tamat off kan sahaja, utk mengelakkan
biji jagung dari hangus.
8. Proses biasa sebelum buka penutup pressure cooker kena keluarkan angin
panas dulu.
9. Tuang pop corn dlm bekas lain.
10. Panaskan semula periuk dgn button stir fry.(INGAT! jangan tutup periuk bila
guna function stir fry)
11. Cairkan satu sudu besar marjerin.
12. Masukkan 3 sudu besar madu manuka.
13. Masukkan pop corn semula kedalam periuk dan kacau rata. Masa ni boleh
offkan pressure cooker tp masih gaulkan pop corn supaya gulanya melekat pada
pop corn.
14. Dah siap. Makanlah panas2…

3. AYAM PERCIK NOXXA

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ korang nak kerat pun boleh.. tapi aku syorkan kerat la yer.. ni aku
just nak tunjukkan sekor ayam ni boleh muat dalam noxxa
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit halia
3 batang serai
10 sudu besar cili kisar
1/2 cup gula
1/2 kotak santan

Cara-cara:
1. Blender bawang besar, bawang putih, halia, serai, & cili kisar tu.
2. Tumiskan dalam noxxa.. korang guna mode stir fry tau
3. Masak sehingga pecah minyak, setelah itu masukkan gula & santan..
4. Masukkan sekor ayam tu.. hambek.. dalam noxxa leh sumbat 2 ekor tau..
5. Korang mandikan ayam tu dengan kuah percik tu.. pehtu korang HP dalam 10
minit..
6. Setelah siap 10 minit, korang stir fry lah ayam tu.. dan korang terbalikkan yer..
dah la ayam tu besar adehh lenguh tangan aku nak godek untuk terbalikkan dia
tau.. nyesal pulak rasa….
7. Siap ayam percik Noxxa.. makan dengan nasi panas pun sedap.. tapi aku
meratah jer.. hahhaha

4. KEK LUMUT KUKUS NOXXA

Bahan-bahan: ( loyang 7 ” x 7 “)
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla

Cara-cara:
1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan
dgn sedikit tepung.
2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan
kelajuan maksima.
3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana).
Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga
habis.
4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan
gaulkan sebati.
6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik

5. PULUT KUNING NOXXA

Sumber: cookingwithummizz
Bahan-bahan:
1 kilo pulut, dicuci dan direndam 1 jam bersama sekeping asam keping
1 liter air
Kunyit/pewarna kuning
daun pandan

Cara-cara:
1. Masukkan kesemuanya di atas dalam innerpot Noxxa dan HP 6 minit
2. Offkan periuk, release pressure
3. Masukkan 1 cawan santan, gula, garam secukupnya
4. Tutup periuk dan STEAM 2 minit.

Note: Untuk 500 gram pulut, airnya 500ml. Nisbah 1:1


6. DAGING MASAK KICAP NOXXA

Bahan-bahan :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
2 tangkai serai diketuk
1 biji cili merah
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
kicap manis
sos tiram
Lobak merah & tomato

Cara-cara :
1. Selepas daging sudah empuk, simpankan air rebusan tadi untuk stok. Kalau
nak masak bubur anak ke apa-apa masakan bolehlah masukkan air rebusan
daging ini ya.
2. Kemudian setkan periuk #Noxxa ke mod fry (menggoreng), masukkan sedikit
minyak dan tumis bawang merah, bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis
bersama rempah 4 serangkai tu sampai naik bau, kemudian campakkan serai.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis secukupnya.
4. Masukkan daging dan kacau-kacau.
5. Masukkan lobak merah, cili merah, tomato dan tutup sekejap tutup periuk
untuk bagi sayuran cepat masak.
6. Siap untuk dihidangkan bila rasa dah kena dengan selera masing-masing.

7. AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS ROASTERS NOXXA

Sumber: allaarief
Bahan-bahan:
Seekor ayam yang telah dibersihkan
1 biji buah lemon
2 sudu mentega
Kertas Aluminium

Bahan – Bahan yang perlu dikisar:


2 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar
1 biji bawang besar
1 inci halia
sedikit herba campuran
sedikit lada hitam
oregano
2 kiub ayam
2 sudu madu
sedikit serbuk kunyit
sedikit sos tiram
lada putih
3 sudu gula perang
sedikit garam.

Cara-cara:
1. Perap ayam dengan bahan kisaran dan perahkan lemon. Peram selama 3 jam
untuk hasil yang memuaskan.
2. Masukkan mentega ke dalam periuk
3. On ‘stir=fry’ selama 4 minit
4. Masukkan ayam (ayam dibalut kertas aluminium)
5. On ‘High Pressure’ selama 30 minit
6. Keluarkan ayam dan sapukan minyak atau lebihan perapan tadi (supaya ayam
tidak terlalu kering)
7. On ‘High Pressure ‘selama 1 jam.

8. KEK COKLAT CHEESE KUKUS NOXXA


Bahan A : Di ayak:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil baking soda
Bahan B: di pukul sehingga kembang :
1 biji telur
1 cawan gula perang
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
Bahan C : lapisan cheese : dipukul
2 biji telur
250gram cream cheese
30gram tepung gandum (anggaran 2 sudu makan)
100grm white choc (dicairkan)
Cara-cara:
1. Campurkan bahan A dan B. Gaul sehingga sebati
2. Lumur loyang dengan minyak masak. Masukkan separuh adunan coklat ke
dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya bila kita steam air x
jatuh semula dalam adunan
3. Masukkan lapik steamer di dalam periuk noxxa masukkan air sehingga paras
bawah lapik steamer
4. Letakkan loyang adunan coklat di atas lapik steamer di dalam periuk noxxa
5. Tutup tudung periuk dan set kan tombol kepada Steam. Tekan function Steam
15 kali = 15 minit
6. Selepas 20 minit bebaskan steam dari periuk dan buka penutup.
7. Masukkan adunan cheese ke dalam loyang. Tutup balik dengan aluminium foil
8. Tambahkan air untuk steam sebab by this time air dah kurang
9. Pusing tombol ke Steam. Tekan function Steam 15 kali = 15 minit
10. Selepas 15 minit, bebaskan steam buka tudung dan masukkan adunan
coklat selebihnya ke dalam loyang.
11. Tutup semula loyang dengan aluminium foil, set kan tombol kepada Steam
dan tekan function Steam 15 kali = 15 minit
12. Check untuk menentukan kek dah masak menggunakan lidi. Jika lidi yang
dicucuk ke dalam kek keluar tanpa terlekat its means dah masak la tu
13. Dah masak dan sejuk keluarkan dari loyang. Curahkan coklat ganache

9. BIHUN GORENG NOXXA

Bahan-bahan:
2 tsb minyak untuk menggoreng
1 Bungkus bihun (basuh dan toskan—tak perlu rendam)
10 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit)
2 camca besar cili kisar (nak lagi pedas..sila tambah)
4 tsb sos cili
6 tsb kicap lemak manis (boleh diabaikan)
3 biji bawang merah-dihiris halus
2 ulas bawang putih-dihiris halus
3 pokok sawi (cuci besih dan potong)
2 cwn taugeh (cuci bersih dan buang ekornya)
1 keping tauhu (goreng dan dadu)
2 biji telur (dibuat telur hancur)
Fish ball dan fish cake- boleh ditambah…
Segenggam udang kering-diblender kering
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang dihiris halus
Cili merah-dihiris halus
bawang goreng untuk hiasan

Cara-cara:
1. Masukkan minyak kedalam periuk
2. Tekan fungsi “STIR FRY” dan ON untuk memanaskan minyak
3. Bila minyak telah panas, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga
naik bau dan kekuningan
4. Kemudian masukkan cili kisar, sos cili dan kicap
5. Kacau rata dan masukkan udang kering, biar masak sekejap
6. Masukkan udang dan kacau (juga boleh ditambah serbuk lada hitam, jika
suka)
7. Masukkan 2 cwn air kedalam periuk dan biar mendidih..perasakan dengan
garam dan serbuk perasa..
8. Kemudian masukkan bihun dan sayur , kacau rata…
9. OFF kan fungsi “STIR FRY”
10. Tutup periuk dengan ketat dan pastikan tombol berada dikedudukkan
STEAM (tombol akan terangkat)
11. Tekan fungsi “STEAM” selama 2 minit dan tekan ON
12. Biarkan sehingga 0, secara automatik akan berada di fungsi
WARM/PREHEAT
13. Buka penutup periuk, sekiranya tidak boleh buka biarkan seketika sehingga
semua wap keluar atau OFF terus, selepas itu baru buka penutup (sekiranya
tekanan atau wap masih ada didalam periuk, penutup agak sukar dibuka)
14. Kacau bihun sehingga rata, dan kalau inginkan bihun agak kering sedikit,
tekan fungsi STIR FRY dan ON dan kacau bihun semula (seperti menggoreng
bihun secara guna dapur biasa.)
15. Bila telah betul-betul berpuas hati dengan kejadiannya, bolehlah hidangkan
bihun dengan taburan tauhu, telur hancur, daun sup dan daun bawang serta
bawang goreng
16. Boleh tambah cili kicap atau sos…terpulang pada selera masing-masing

10. NASI ARAB AYAM MANDY NOXXA

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. Ana belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
Cara-cara penyediaan ayam:
Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah.
Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin
halus. Garam dan pewarna kuning.

Bahan-bahan Nasi:
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah
diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus
HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan nasi:


1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis.
2. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit.
3. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan
tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON.
4. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada
STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan.
5. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi.
6. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi
hangus.

Bahan-bahan sos:
1 biji tomato -hiris / 5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar / Garam/Gula/Perahan lemon

Cara-cara penyediaan sos:


(Semua bahan ini dimesin halus)

11. KEK NUTELLA CHEESE NOXXA

Sumber: cookingwithummizz
Bahan-bahan:
10 oz biskut cracker
5 sudu mentega
1/3 Nutella
3/4 cawan kacang hazel yang dibakar (dicincang)
1 lb krim keju
1/2 cawan gula yang dikisar (diayak)

Cara-cara:
Pecahkan biskut cracker ke dalam mangkuk, tambah mentega dan sesudu besar
Nutella, gaulkan sehingga sebati. Kemudian, tambahkan kacang hazel tadi dan
gaulkan sehingga adunan menjadi lembap dan seolah-olah berpasir.
Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai, tekan adunan dengan tangan
anda dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Ambil krim keju dan gula yang diayak, dan campurkan dengan baki Nutella.
Pukul kesemuanya sehingga campuran menjadi lembut.
Keluarkan adunan daripada peti sejuk dan ratakan campuran Nutella yang
diadun tadi dengan berhati-hati. Taburkan kisaran kacang hazel di atasnya dan
masukkan kembali ke dalam peti sejuk sehingga 4 jam atau lebih.
Sedia untuk dihidang.
12. RENDANG AYAM NOXXA

Bahan-bahan:
1.5 kg. daging ayam
1/2 kilo santan pekat
150 gram kerisik
2 batang serai – diketuk
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Beberapa helai daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula perang
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
4 senduk nasi cili kering kisar
3 biji buah keras
3 biji bawang besar saiz sederhana
10 gram bawang putih
20 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
20 gram halia muda
4 batang serai – dihiris
10 gram cili padi
Air secukupnya

(Bahan-bahan di atas disatukan di dalam blender dan dikisar halus)

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan yang dikisar di dalam periuk dalaman.
2. Kemudian masukkan ayam dan serai yang dititik.
3. Masukkan santan pekat.
4. Kacau rata dengan menggunakan senduk kayu atau senduk plastik.
5. Tutup periuk dan putar tombol pengawal tekanan ke PRESSURE.
6. Sentuh fungsi HIGH PRESSURE dan masukkan 8 minit. Sentuh butang ON.
7. Selepas 8 minit berlalu, putar tombol pengawal tekanan ke STEAM. Tujuannya
adalah untuk membebaskan wap dan membolehkan tudung boleh dibuka
(sekiranya wap tidak dibebaskan, tudung tidak boleh dibuka). Sentuh butang
OFF. Tanggalkan tudung.
8. Kacau rata. Pada masa ini kondisi ayam telah empuk tetapi masih berkuah.
Masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam gelugor, kerisik, gula perang dan
garam secukup rasa.
9. Sentuh STIR-FRY, dan tekan ON. Masak sehingga kuah kering (ikut citarasa
masing-masing).
10. Selepas kuah agak kering, tekan butang OFF.
11. Rendang pedas ayam ini boleh dialihkan ke periuk lain atau biarkan sahaja di
dalam periuk Noxxa. Sekira inginkan rendang berada dalam keadaan panas
bolehlah guna fungsi WARM-REHEAT.

Asam pedas ayam noxxa

What is required
5 ketul ayam
2 sudu besar cili kisar (I precooked my chilli paste)
1 batang serai, diketuk
1 genggam daun kesom
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 camca teh asam jawa
2 biji terung ungu, kerat 2, belah 2 setiap keratan, rendam
1 biji tomato dibelah 4
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Frying
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
1/2 camca teh lada hitam biji
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-) (This is purely a cut and paste from CMG)
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai titik dan bahan kisar halus
hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil
dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau hingga rata.
2. Masukkan ayam, gaul dan biar hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya
dan biar mendidih hingga ayam empuk. Masukkan daun kesom dan bunga
kantan. Kacau dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula.
3. Tambah terung (toskan) dan masak hingga terung lembut. Akhir sekali
masukkan tomato ceri, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.

My method (since I am using the Noxxa Pressure Cooker - almaklum la orang baru dapat
mainan).

1. Turn on the 'Stir Fry" function. Heat the cooking oil. Fry the lemon grass and
blended ingredients till you can smell the nice aroma and fragrant.
2. Add the chilli paste and stir fry for another few seconds till the oil came to the
surface (pecah minyak).
3. Turn off the SF function. Add chicken while the pot is still hot. Also add the daun
kesum and bunga kantan.
4. Add water to cover the chicken (or to as how much gravy that you want).
5. Put the lid on. Make sure the knob is set to pressure. Set the 'High Pressure' for
10 minutes. And let it do it's work. Meanwhile you can start with other courses (vege. for
example).
6. After 10 minutes, you will hear the bip sound. Release the pressure by turning
the knob to steam.
7. Add tamarind juice, salt, sugar, tomato and brinjal. Set to SF till boil.
8. Done.
HOME MADE SARDIN

Bahan-bahan :

- 1 kg ikan sardin (kalau orang Kelantan panggil ikan selayang) pastikan yang
segar-segar sahaja
- 1 tin tomato puree (aku gunakan jenama Kimball saiz sederhana)
- 3 biji tomato (boleh kisar atau belah-belah sahaja)
- Garam & gula secukup rasa
- Dalam resepi tak masukkan sos cili tapi aku kan suka pedas jadi aku
tambahlah sedikit ;)

Cara-caranya :

Masukkan ikan yang telah dibersihkan ke dalam periuk Noxxa. Masukkan


tomato puree, tomato yang dikisar dan garam gula secukup rasa. Oh sos cili
juga. Kemudian setkan mod tekanan tinggi selama 90 minit. Siap untuk
dihidangkan.

Sebenarnya aku haritu tak sempat nak tunggu 90 minit pun, buat 50 minit
sahaja tapi tulang ikan dah lembut. Hermm, sedapnya sebab rasa ikan yang
segar manis-manis bercampur dengan kuah tomato. Lepas ini boleh buat lagi,
nak buat banyak-banyak dan bekukan dalam peti ais :)
Nasi Daging Istimewa Noxxa

Bahan-bahan:

2 cawan beras basmathi- rendam 1/2 jam dan toskan


1 1/2 cawan air rebusan daging/ air+ 1/2 ketul kiub daging
1/2 cawan susu cair
300gm daging- potong dadu
1 labu bawang besar- hiris
2 ulas bawang putih- hiris
1/2 inci halia- mayang halus
1/2 sudu kecil jintan manis biji
3 kuntum bunga lawang/3 biji buah pelage/1 kulit kayu manis
1 helai daun bay
1 sudu besar kismis- cincang halus
Sedikit kunyit dan garam
Minyak jagung/ sapi

Caranya: -

1) Tekan butang STIR FRY dan tekan ON. Panaskan minyak. Masukkan
bawang, bunga lawang, pelaga, kayu manis, halia dan kayu manis. Bila wangi
masukkan daging dan jintan manis. Kacau sekejap dan tekan butang OFF.
Tutup penutup dan halakan tombol kepada PRESSURE. Setkan butang HIGH
PRESSURE selama 40 minit dan tekan butang ON.

2) Bila dia dah berbunyik tit tit tu maknanya dah masak la tu. Tekan butang
OFF dan bebaskan tekanan pada tombol. Masukkan air, susu cair, garam,
kunyit, kismis dan beras. Tutup penutup dan halakan tombol kepada
PRESSURE. Setkan butang HIGH PRESSURE selama 7 minit dan tekan ON.
Selepas 7 minit dia akan berbunyik tit tit lagi menandakan nasik dah siap!
Bebaskan tombol tekanan dan biarkan selama 5 minit. Lepas tu hidanglah!