Anda di halaman 1dari 2

Seorang miskin telah membina sebuah pondok berdekatan dengan dapur seorang

kaya.
Si miskin itu tidak dapat memasak Iauk yang sedap-sedap kerana dia tidak ada wang
hendak membelinya.

Tiap-tiap hari apabila tukang masak orang kaya itu sedang memasak di dapurnya,
maka Si miskin pun mula menyuap nasi dengan menghidu bau lauk-pauk itu.

“Em………… wah …… bukan main sedapnya makanan ini” . sehingga lima enam
mangkok habis dimakannya.

Oleh itu, Si miskin itu semakin hari semakin gemuk rupanya.

Sebaliknya orang kaya itu walaupun mempunyai makanan yang enak-enak, tetapi tidak ada
selera hendak makan, jadi badan orang kaya itu semakin hari semakin kurus lagi.

Pada suatu hari, Si miskin berjalan lalu .di hadapan rumah orang kaya:

Tiba, tiba , Si miskin ditahan oleh orang kaya. Kata orang kaya, "Hai! Si miskin, apa
yang kau makan sehingga badan kau gemuk begini? Lihalah badan ku ini makin hari makin
kurus. Kau mencuri makanan aku ye!?".

Dengan perasaan yang terperanjat Si miskin menjawab, "Oh ti…tidak tuan, sebenarnya tidaklah
saya tahu bagaimana badan saya menjadi gemuk kerana tiap-tiap hari saya hanya makan
nasi dan sambal-sambal sahaja….”
*

Ah , Cukup! Cukup! Kamu jangan berbohong dengan aku!' Cakaplah benar, kalau
tidak aku panggil polis menangkap engkau.”

Si miskin berasa takut lalu berkata,"Tolong Tuan, jangan panggil polis, saya akan
cakap,”

“Tuan,sebenatnya tiap-tiap hari saya makan nasi. Nasi itu sangatlah sedap rasanya dan
saya sangatlah lalu pula hingga beberapa kali bertambah.”

"0h begitu, jadi tentulah kau curi daging aku ye?".


"Tidak, saya cuma menghidu bau sedikit daging sahaja sebab tiap-tiap hari sewaktu
tukang masak tuan memasak lauk-pauk yang sedap-sedap itu, waktu itulah saya makan nasi
berhampiran dengan dapur tuan. Bau yang sedap lagi wangi itulah yang membuka selera
saya, tuan.............................................................."•

"Sudah!..... sudah! Berani sungguh engkau mencuri zat-zat makanan ku hhinggakan


badan kau gemuk gedempong tetapi badan ku kurus kering. kerana aku hanya makan sisa-
sisa makanan sahaja".

Orang kaya itu membawa kes itu kepada mahkamah. Tuan hakim menghukum Si
miskin ganti rugi harga makanan sebanyak seribu ringgit.
Si miskin berasa susah hati atas hukuman yang dijatuhkan dia lalu menangis teresak-
esak,

"Saya tak salah, tuan hakim, wu••…wu••… wu...” saya tak ada duit wu wu
wu•••••”

Akhirnya, Tuan Hakim sendiri meminjamkan wang kepada Si miskin dan disuruhnya
lepaskan sekeping demi sekeping ke dalam tempayan,

lalu berkata, "Hai! orang kaya, dengarlah bunyi dan kiralah wang ganti rugi itu.

'Ting, ting. ting, satu demi satu dikiranya sehingga genap seribu ringgit.
Maka orang kaya pun meminta wang itu diserahkan kepadanya.
Tetapi Tuan Hakim menghalang lalu berkata. "Hai! orang kaya.

Si miskin hanya makan bau makanan tuan sahaja. 0leh itu ganti rugi pun dibayar
dengan bunyi wang itu sahaja.”

Maka selesailah perbicaraan ini, tuan-tuan bolehlah pulang".

Demikianlah berakhirnya kisah “ orang Kaya yang bongkak” ini


Sekian, terima kasih.