Anda di halaman 1dari 10

4/12/2018 17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu.

| | Perawat Islam Dot Com


Perawat Islam Dot Com
(http://perawatislam.com/)
PERUBATAN BERLANDASKAN SYARAK

17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu.


12/06/2015 (HTTP://PERAWATISLAM.COM/ALAM-JIN/17-FAKTA-TENTANG-SAKA-YANG-PERLU-ANDA-TAHU/) AKIDAH
(HTTP://PERAWATISLAM.COM/CATEGORY/AKIDAH/), ALAM JIN (HTTP://PERAWATISLAM.COM/CATEGORY/ALAM-JIN/), SAKA
(HTTP://PERAWATISLAM.COM/CATEGORY/SAKA/) NO COMMENTS (HTTP://PERAWATISLAM.COM/ALAM-JIN/17-FAKTA-
TENTANG-SAKA-YANG-PERLU-ANDA-TAHU/#COMMENTS)

Antara perkara yang paling disukai oleh syaitan ialah apabila ada manusia yang menyeru golongan
mereka (jin dan syaitan) untuk dijadikan pendamping. Bukan sekadar itu, golongan jin dan syaitan ini
dijadikan tempat oleh sebahagian manusia untuk meminta pertolongan. Ini kerana Iblis laknatullah
telah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan manusia sepertimana yang dirakamkan oleh
Allah di dalam al-Quran:

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan aku sebagai sesat, pasti aku akan jadikan
mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan
mereka semuanya”. (Surah al-Hijr ayat 39)

http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/ 1/10
4/12/2018 17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu. | | Perawat Islam Dot Com

Saka adalah satu perbuatan yang banyak diamalkan oleh masyarakat terdahulu, khususnya masyarakat
Melayu. Istilah saka adalah merujuk kepada segolongan manusia yang mengadakan perjanjian dengan
golongan jin untuk membantu golongan manusia tersebut melaksanakan segala impiannya.

Antara tujuan diambil jin saka ini ialah:

menjaga binatang ternakan.


menjaga keselamatan rumah.
perubatan (bomoh).
perbidanan.
ilmu mempertahankan diri contohnya ilmu kebal.

Banyak kesan buruk yang akan berlaku disebabkan oleh pengambilan saka ini dan kemuncaknya boleh
menyebabkan manusia tersebut terjerumus ke dalam dosa paling besar, iaitu mensyirikkan Allah. Syirik
adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah dosa pelakunya. Seperti di dalam rman
Allah:

“Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah
melakukan dosa yang besar.”(Surah An Nisaa’: 48)

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan pula dengan anda 17 fakta tentang saka yang perlu anda
ketahui.

Fakta Tentang Saka

1) Jika nak dibandingkan dengan sihir (http://perawatislam.com/sihir/bagaimana-mengenalpasti-tanda-


sihir-kerasukan-atau-penyakit-ain/) dan santau, saka merupakan gangguan jin yang paling sukar sekali
untuk dirawat. Lebih lama seorang manusia itu berdamping dengan saka peliharaannya, lebih sukarlah
untuk dikeluarkan saka dari tubuh badan tuannya. Pengalaman saya merawat kes saka ialah saka
pahlawan, di mana ketika merawatnya, tenaga tujuh orang lelaki diperlukan untuk memegangnya
kerana kuatnya amukan saka yang berada di dalam badan pesakit yang dirawat.

2) Pewaris saka akan mengalami penderitaan dan seksaan yang amat berat ketika menjelangnya saat
sakaratul maut. Ini disebabkan jin saka yang berada di dalam badan manusia itu tidak mahu
melepaskan tuannya. Mungkin juga seksaan ini adalah azab dari Allah kerana melakukan perbuatan
syirik kepada-Nya.

3) Biasanya proses memanggil jin yang akan dijadikan saka dimulai dengan upacara yang bertentangan
dengan syariat Islam seperti memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca ayat-ayat suci
al-Quran secara terbalik dan sebagainya. Ini disebabkan biasanya jin yang sanggup menghambakan diri
kepada manusia hanyalah jin yang jahat. Dan jin jenis ini biasanya memerlukan balasan sebelum
bersedia untuk menghambakan diri kepada manusia.

4) Upacara memanggil saka ini biasanya akan disertai dengan mentera dan jampi serapah. Jampi
serapah itu pula akan disertai dengan ucapan-ucapan yang membawa kepada syirik. Apabila jin saka
hadir, ketika itulah syarat dan perjanjian akan dilakukan antara manusia dan juga jin.

http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/ 2/10
4/12/2018 17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu. | | Perawat Islam Dot Com

5) Selepas persetujuan dicapai, ketika inilah jin tadi akan sentiasa mendampingi tuannya. Dan ketika ini
manusia itu akan mempunyai pelbagai kelebihan yang asalnya dimiliki oleh jin saka tadi. Kelebihan ini
pula akan digunakan untuk kepentingan diri manusia itu.

6) Manusia yang menggunakan saka (bantuan jin) untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga
keselamatan diri, ahli keluarga dan harta, menjadi kuat, berharta,disayangi atau digeruni ramai pihak
selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.

7) Permulaannya Saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti
melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka
bagi menyesatkan manusia.

8) Apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan
tuannya. Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan “menumpang” pada jasad tuannya sehingga
pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah
meninggal dunia.

9) Jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan
hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Dan gangguan saka juga
menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.

10) Syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain
apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan
darah,kemenyan atau sebagainya.

11) Saka akan mengganggu apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka
berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga
serta orang lain.

12) Anak yang mewarisi saka tetapi tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian
dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan
kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah. (Hukum
mengguna atau mewarisi saka adalah haram disisi Islam.)

13)  Syaitan adalah jin yang ka r dan ketua syaitan adalah Iblis, Saka yang dipelihara wanita digelar
“pelesit” dalam budaya Melayu manakala saka yang dipelihara lelaki digelar “hantu raya”. Hantu raya
terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).

14) Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain
termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat Al-Quran.

15) Antara jenis-jenis saka ialah, Saka Harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-
lebih lagi musuh, Saka Buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya, Saka Ular: Mampu mengawal
dan menjinakkan ular,Saka Bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan
makhluk halus. (Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit
dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.), Saka

http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/ 3/10
4/12/2018 17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu. | | Perawat Islam Dot Com

Kuat atau Saka Penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat
berat atau menjadi kebal, Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik dan Saka Toyol: Jin
dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

16) Untuk merawat atau membuang saka, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang
berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal
perubatan yang berasaskan jin, mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti
mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus
adalah haram.

17) Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk
halusadalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97
dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa
panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.

Kredit info: Klik di sini (http://hasnulhadiahmad.com/fakta-mengenai-saka-yang-perlu-kita-tahu/#)

(Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Abdullah bin Idris (http://perawatislam.com/about/). Jika berminat dengan
artikel di atas, anda boleh mengikuti penulisan artikel terbaru beliau melalui facebook
(https://www.facebook.com/PerawatIslamDotCom), google+
(https://plus.google.com/104259896161429439474/posts) ataupun melalui emel
(https://feedburner.google.com/fb/a/mailverify?uri=Perawatislamcom). Jika anda ingin mendapatkan khidmat
rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini (http://perawatislam.com/perkhidmatan/).)

Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah


Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-
mangsa sihir
Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/ 4/10
4/12/2018 17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu. | | Perawat Islam Dot Com

(https://i2.wp.com/perawatislam.com/wp-content/uploads/2014/08/3.jpg)

(http://perawatislam.com/6-teknik)

Kongsikan artikel ini:

 Email (http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/?share=email&nb=1)

Tweet Share 70

Like this:

 Like
Be the first to like this.

Artikel Berkaitan

Apakah Perbezaan Diantara Jin, Syaitan & Iblis? (http://perawatislam.com/alam-jin/apakah-


perbezaan-diantara-jin-syaitan-iblis/)
In "Alam Jin"

Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah. 1) (http://perawatislam.com/alam-jin/mengapa-jin-


mengganggu-manusia-bah-1/)
In "Alam Jin"

Bagaimana Jin Merasuk Tubuh Manusia? (http://perawatislam.com/alam-jin/bagaimana-jin- 


merasuk-tubuh-manusia/)
http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/ 5/10
4/12/2018 17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu. | | Perawat Islam Dot Com

In "Alam Jin"

CARA MER AWAT SAKA (HT TP://PERAWAT ISLAM.C O M/T AG/C ARA-MERAWAT -S AKA/)

G ANGG UA N SAK A (HT T P://PERAWAT ISLAM.COM/TAG/GANG GUAN-S AKA/)

JIN SAK A (HTTP: //PERAWAT IS LAM.COM/T AG/JIN-SAK A/) SAKA ( HTT P://PERAWAT IS LAM .C OM/T AG/S AKA/)

SAK A HAR IMAU (HT T P://PERAWAT ISLAM.C OM/T AG/S AKA-HARIM AU/)

SAK A KE TURUNAN (HT T P://PERAWAT ISLA M.C OM/TAG/S AKA-K ET URUNAN/)

SAK A WARIS AN ( HTTP: //PER AWATISLAM.C OM/T AG/S AKA-WARISAN/)

TA NDA SAKA ( HTTP: //PERAWATISLAM.C OM/T AG/TANDA-S AKA/)

Ustaz Abdullah Idris (http://perawatislam.com/author/admin/) (162 Posts)


Saya berkemahiran membantu anda yang menghadapi sihir, saka dan gangguan jin yang lain dengan cara
melakukan terapi Ruqyah Syariah agar dalam tempoh 7 hari gangguan yang anda hadapi dapat
(http://perawatislam.com/author/admin/)
disembuhkan beransur-ansur.

View all author’s posts  (http://perawatislam.com/author/admin/)

 Apakah Enam Ayat Syifa? Bagaimana Nak Mengenali Bomoh? 


(http://perawatislam.com/tip-petua/apakah-enam- (http://perawatislam.com/akidah/bagaimana-nak-
ayat-syifa/) mengenali-bomoh/)

ADA PERTANYAAN?

http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/ 6/10
4/12/2018 17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu. | | Perawat Islam Dot Com

Enter your comment here...

CARI ARTIKEL…

Search … 

ARTIKEL TERBARU

Perbuatan Sihir Dan Perbomohan Akan Merosakkan Akidah


(http://perawatislam.com/akidah/perbuatan-sihir-dan-perbomohan-akan-merosakkan-akidah/)
12/04/2018

10 Tanda Ini Menunjukkan Gangguan Jin Semakin Lemah (http://perawatislam.com/alam-jin/10-tanda-


ini-menunjukkan-gangguan-jin-semakin-lemah/) 19/01/2018

9 Langkah Lindungi Anak Dari Gangguan Jin (http://perawatislam.com/tip-petua/9-langkah-lindungi-


anak-dari-gangguan-jin/) 18/01/2018

Bolehkah Saya Tahu Siapa Penghantar Sihir & Di mana Barang Sihir Tersebut?
(http://perawatislam.com/sihir/bolehkah-saya-tahu-siapa-penghantar-sihir-di-mana-barang-sihir-
tersebut/) 12/01/2018

Bagaimana Cara Melindungi Diri Dari Gangguan Jin & Sihir? (http://perawatislam.com/tip-
petua/bagaimana-cara-melindungi-diri-dari-gangguan-jin-sihir/) 23/12/2017


ARTIKEL POPULAR

http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/ 7/10
4/12/2018 17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu. | | Perawat Islam Dot Com

Bagaimana Mengesan Jin Dalam Badan? (http://perawatislam.com/ruqyah-syariah-2/bagaimana-


mengesan-jin-dalam-badan/)

Kenali 5 Jenis Santau & Bagaimana Merawatnya. (http://perawatislam.com/sihir/kenali-5-jenis-santau-


bagaimana-merawatnya/)

4 Cara Bagaimana Sihir Dihantar Kepada Mangsa (http://perawatislam.com/sihir/4-cara-bagaimana-


sihir-dihantar-kepada-mangsa/)

3 Cara Pagar Rumah Yang Boleh Anda Lakukan Sendiri (http://perawatislam.com/tip-petua/3-cara-


pagar-rumah-yang-boleh-anda-lakukan-sendiri/)

Santau Angin & Bagaimana Rawatannya? (http://perawatislam.com/sihir/santau-angin-bagaimana-


rawatannya/)

ARKIB ARTIKEL

April 2018 (http://perawatislam.com/2018/04/) (1)

January 2018 (http://perawatislam.com/2018/01/) (3)

December 2017 (http://perawatislam.com/2017/12/) (3)

November 2017 (http://perawatislam.com/2017/11/) (2)

October 2017 (http://perawatislam.com/2017/10/) (4)

September 2017 (http://perawatislam.com/2017/09/) (5)

August 2017 (http://perawatislam.com/2017/08/) (2)

July 2017 (http://perawatislam.com/2017/07/) (4)

June 2017 (http://perawatislam.com/2017/06/) (6)

May 2017 (http://perawatislam.com/2017/05/) (13)

April 2017 (http://perawatislam.com/2017/04/) (11)

March 2017 (http://perawatislam.com/2017/03/) (7)

February 2017 (http://perawatislam.com/2017/02/) (2)

January 2017 (http://perawatislam.com/2017/01/) (3)

December 2016 (http://perawatislam.com/2016/12/) (4)

November 2016 (http://perawatislam.com/2016/11/) (6)

October 2016 (http://perawatislam.com/2016/10/) (4)



September 2016 (http://perawatislam.com/2016/09/) (3)

http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/ 8/10
4/12/2018 17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu. | | Perawat Islam Dot Com

August 2016 (http://perawatislam.com/2016/08/) (1)

July 2016 (http://perawatislam.com/2016/07/) (5)

June 2016 (http://perawatislam.com/2016/06/) (2)

May 2016 (http://perawatislam.com/2016/05/) (2)

December 2015 (http://perawatislam.com/2015/12/) (2)

November 2015 (http://perawatislam.com/2015/11/) (6)

October 2015 (http://perawatislam.com/2015/10/) (6)

August 2015 (http://perawatislam.com/2015/08/) (3)

July 2015 (http://perawatislam.com/2015/07/) (18)

June 2015 (http://perawatislam.com/2015/06/) (9)

May 2015 (http://perawatislam.com/2015/05/) (6)

April 2015 (http://perawatislam.com/2015/04/) (6)

March 2015 (http://perawatislam.com/2015/03/) (1)

February 2015 (http://perawatislam.com/2015/02/) (3)

August 2014 (http://perawatislam.com/2014/08/) (7)

July 2014 (http://perawatislam.com/2014/07/) (2)

KATEGORI ARTIKEL

Akidah (http://perawatislam.com/category/akidah/) (33)

Al-Quran (http://perawatislam.com/category/al-quran/) (14)

Alam Jin (http://perawatislam.com/category/alam-jin/) (38)

Bomoh (http://perawatislam.com/category/bomoh/) (2)

Doa-Doa (http://perawatislam.com/category/doa-doa/) (6)

download (http://perawatislam.com/category/download/) (1)

Kesihatan (http://perawatislam.com/category/kesihatan/) (2)

Kisah Rumahtangga (http://perawatislam.com/category/kisah-rumahtangga/) (2)



Mimpi (http://perawatislam.com/category/mimpi/) (2)

http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/ 9/10
4/12/2018 17 Fakta Tentang Saka Yang Perlu Anda Tahu. | | Perawat Islam Dot Com

Perkara Ghaib (http://perawatislam.com/category/perkara-ghaib/) (6)

Perkhidmatan (http://perawatislam.com/category/perkhidmatan/) (1)

Ruqyah Syariah (http://perawatislam.com/category/ruqyah-syariah-2/) (15)

Saka (http://perawatislam.com/category/saka/) (5)

Sihir (http://perawatislam.com/category/sihir/) (42)

Tafsir (http://perawatislam.com/category/tafsir/) (2)

Tazkirah (http://perawatislam.com/category/tazkirah/) (17)

Tip & Petua (http://perawatislam.com/category/tip-petua/) (41)

Umum (http://perawatislam.com/category/umum/) (10)

Video Bacaan (http://perawatislam.com/category/video-bacaan/) (3)

(http://rahsiakasturi.com)

Proudly powered by WordPress (https://wordpress.org/) | Theme: Doo by ThemeVS


(http://themevs.com/).

http://perawatislam.com/alam-jin/17-fakta-tentang-saka-yang-perlu-anda-tahu/ 10/10

Anda mungkin juga menyukai