Anda di halaman 1dari 5

PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK SEKOLAH KEBANGSAAN TITI TERAS

LAPORAN PROGRAM KEM LENCANA KERIS PERAK& KERIS GANGSA

LENCANA KERIS GANGSA DAN KERIS PERAK 2018


TARIKH : 31 MAC- 1 APRIL 2018
TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN GENTING, BALIK PULAU, PULAU PINANG.

AKTIVITI PROGRAM.

Kesetiaan Menyanyi Lagu Kebangsaan “Negara Ku” dan memahami bagaimana


menghormati lagu itu ketika dimainkan.
Mengenal Bendera Malaysia dan Bendera Negeri di mana pengakap itu berada .

Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia.

Mengenal nama penuh Kuasa Penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin
Pengakap kanak-kanak kumpulannya.

Mengetahui agama-agama di Malaysia serta tempat-tempat ibadat di kawasan sekitar


tempat tinggalnya.

Kesihatan Dan Keselamatan


Mengetahui kepentingan kesihatan dan kebersihan diri.

Mengetahui / menyedari bahayanya menelan apa jua jenis pil atau gula-gula yang diberi oleh
orang yang tidak dikenali.

Mengetahui bahaya bermain benda-benda tajam.

Mengetahui bahaya bermain sebarang alat yang mengandungi bahan letupan seperti
mercun, mercun buatan sendiri, meriam buluh dan bunga api.
Mengetahui bagaimana mendapat bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan;
mendapatkan alamat dan nombor telefon Balai Polis, Balai Bomba, Doktor dan Rumah Sakit,
tempat kerja ibu bapa dan keluarga rakan sebaya yang tinggal berhampiran.

Mengetahui peraturan berjalan dan menyeberang jalan raya, di tempat menunggu bas,
melintas jalan di lampu isyarat, berjalan melalui terowong, jejantas dan lintasan lain-lain.
Kecekapan

Mengetahui Latihan Asas Kawad Kaki.

Mengetahui cara memanjat tali (tinggi tali tidak lebih dari 3 meter).

Mengetahui kedudukan tempat-tempat awam di kawasan tempat tinggalnya dan dapat


menunjukkan arah tempat-tempat itu kepada orang yang memerlukan bantuan seperti :
perhentian bas, kereta api, teksi, balai bomba, hospital, balai polis, pejabat pos dll.

Menunjukkan cara yang betul memakai dan menjaga pakaian seragam pengakapnya dan
mengetahui peraturan memakai lencana dan lain-lain seperti Lencana Keahlian, Lencana
Malaysia, Lencana Wajib, Nombor Kumpulan, Nama Daerah dan Negeri.

Mengetahui segala isyarat pengakap dan mengetahui arah tempat yang hendak dituju
dengan menggunakan tanda isyarat Sulit Pengakap seperti ”ikut arah ini”, ”jangan ikut arah
ini”, ”di sini ada air”, ”tunggu di sini” dan ”saya sudah pulang”.

Mengetahui cara mengikat Simpul Buku Sila dan kegunaannya.


Perkhidmatan :

Membantu ibu bapa di rumah setiap hari dengan menyempurnakan tugasnya itu dengan
memuaskan (pengesahan dan perakuan ibu bapa dalam buku log).

Membantu guru / kakitangan sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
(pengesahan dan perakuan guru/kakitangan sekolah dalam buku log).

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan Oleh,

_______________ _______________ ______________

HARMIZI B. MUSA AZIZI BIN BAHARI HJH NORAINI BT.


HJ ARSHAD
Pengerusi Pengakap Pen. Kanan Kokurikulum Guru Besar
SK TITI TERAS SK TITI TERAS SK TITI TERAS