Anda di halaman 1dari 7

1. Apakah matlamat kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah?

A. Menghargai keindahan alam persekitaran


B. Meyumbangkan ke arah pembangunan individu
C. Memupuk keharmonian pelbagai kaum di Malaysia
D. Melibatkan diri dalam aktiviti luar dan dalam bilik darjah

2. Perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah mempunyai


objektif tertentu untuk kepentingan pengajaran dan pembelajaran.
Antara berikut yang manakah menjelaskan objektif berkenaan?

A. Untuk menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui catan


B. Membantu mengenal dan menghargai seni budaya antarabangsa
C. Untuk mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat
menggunakannya
D. Membantu murid menguasai kemahiran asas sukatan Pendidikan Seni
Visual

3. Antara yang berikut bidang manakah yang terkandung dalam Kurikulum


Pendidikan Seni Visual sekolah rendah?

A. Membuat Corak dan Rekaan

B. Membentuk dan Membina Arca

C. Menggambar dan Membuat Corak

D. Kraf Tradisional dan Dimensi Baru

4. Salah satu peranan Seni Visual ialah dapat membantu dan membentuk kreativiti
kanak-kanak.

Apakah faktor tepat mempengaruhi peranan tersebut?


A. Diri sendiri, rakan dan masyarakat

B. Rakan guru, ibu bapa dan masyarakat

C. Alam persekolahan, keluarga dan masyarakat

D. Guru, alam sekeliling, keluarga dan masyarakat

5. Tujuan asas konsep Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah melatih
murid untuk melihat sesuatu dengan lebih luas berdasarkan dua aspek iaitu

A. keindahan dan warna.


B. harmoni dan kesatuan
C. estetik dan aspek gunaan.
D. perspektif dan aspek ruang aspek

6. Huraian yang manakah paling tepat mengenai konsep Pendidikan Seni Visual?

A. Perlu membuat amali sepanjang masa

B. Kebolehan memperkembangkan persepsi visual

C. Mempunyai ketelitian dan penghasilan sepanjang hayat

D. Melibatkan pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis

7. Penyataan yang manakah benar mengenai prinsip penegasan dalam Asas Seni
Reka?
A. Jenis ilusi dan khayal

B. Bersifat jelas dan nyata

C. Guna objek yang kukuh dan jitu

D. Boleh menarik perhatian dan tumpuan

8. Pilih komponen yang betul mengenai unsur seni dalam asas seni reka ?

A. Garisan, warna, ruang, bentuk, jalian dan ruang

B. Garisan, warna, ruang, bentuk, imbangan dan kontra

C. Garisan, warna, ruang, penegasan, kontra dan imbangan

D. Garisan, warna, jalinan, imbangan, harmoni dan kesatuan

9. Manakah yang bukan fungsi strutur rekaan?

A. menentukan komposisi

B. memperindahkan hasilan

C. memilih warna dan jalinan yang sesuai

D. memberikan kesan keseimbangan karya

10. Unsur jalinan sangat berkait rapat dengan benda alam.

Kumpulan yang manakah paling tepat menunjukkan sifat-sifat jalinan?


A. Halus, kasar, lembut, tajam

B. Ilusi, tampak, kejituan, keberatan

C. Keras, pencahayaan, pelicin, comot

D. Kepejalan, mampat, keberatan, penuh jisim

11. Huraian yang manakah paling tepat mengenai konsep Pendidikan Seni Visual?

A. Perlu membuat amali sepanjang masa

B. Kebolehan memperkembangkan persepsi visual

C. Mempunyai ketelitian dan penghasilan sepanjang hayat

D. Melibatkan pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis

12.
 Kontras pada suatu elemen
 Penumpuan pada suatu komposisi
 Pergerakan mengarah kepada satu titik

Prinsip Rekaan yang manakah merujuk kepada penyataan di atas?

A. Rentak

B. Perspektif

C. Penegasan

D. Keseimbangan

13. Pilih alat dan bahan yang sesuai untuk menghasilkan corak pualaman.

A. Kertas lukisan, lilin dan warna air

B. Kertas lukisan, warna gloss dan air


C. Kertas lukisan, warna akrilik dan air

D. Kertas lukisan, lilin dan warna minyak

14. Manakah yang bukan fungsi struktur rekaan?

A. menetukan komposisi

B. memperindahkan hasilan

C. memilih warna dan jalinan yang sesuai

D. memberikan kesan keseimbangan karya

15. Penyataan manakah antara berikut dapat menerangkan tentang jalinan.

A. Isi padu pada sesuatu objek

B. Teknik pembuatan sesuatu objek

C. Sifat permukaan yang terdapat pada sesuatu objek

D. Penampilan yang eksklusif pada benda buatan manusia

16. Dalam Prinsip Rekaan, imbangan simetri dapat diaplikasikan jika kita
menghasilkan produk seni seperti

A. Membatik

B. Membuat wau

C. Melukis pokok

D. Membuat kolaj dan montaj

17. Melalui aktiviti membuat roda warna, warna apakah yang mempunyai kuasa
terhebat?

A. Warna asas
B. Warna sejuk

C. Warna tertier

D. Warna sewarna

18. Rupa adalah unsur seni penting dalam kegiatan mereka corak.

Manakah kenyataan yang benar mengenai rupa?

I. Bersifat 2 Dimensi

II. Permukaan yang rata

III. Mempunyai struktur

IV. Tidak mempunyai jisim

V. Mempunyai satu garisan luar

A. I, II dan III Sahaja

B. II, III dan IV sahaja

C. I, II, IV dan V sahaja

D. I, III, IV dan V sahaja

19. Berikut adalah konsep yang benar mengenai membentuk dan membuat binaan
kecuali

A. Membina arca dan origami

B. Membuat topeng dan tembikar

C. Membuat kenderaan dan bangunan


D. Menggubah model ukiran “plaster of paris”, dan kad ucapan

20. Antara penyataan berikut yang manakah benar mengenai unsur bentuk?

A. Jenis ilusi dan maya

B. Bersegi-segi dan bulat

C. Komposisi simetrikal dan berat

D. Mempunyai struktur jisim dan isi padu

Jawapan:

1. A 11. B

2. C 12. C

3. A 13. B

4. C 14. C

5. C 15. C

6. B 16. B

7. D 17. A

8. A 18. C

9. C 19. C

10. A 20. D