Anda di halaman 1dari 3

Takrifan Ikhtiar Hidup:

"USAHA UNTUK TERUS HIDUP DALAM SUATU KEADAAN GENTING"

1. Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup


2. Pisau/parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am.
3. Mata pancing - menangkap ikan, sumber makanan(protein)
4. Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat
5. Mancis/pemetik api - masak, haba, cahaya
6. Garam - gantikan mineral badan yang hilang

Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (cuba rasa)

CIUM ATAU HIDU

 Potong sampel yg diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi


deria bau, otak membuat penilaian/tindak balas yg berbau busuk atau
tengik mungkin beracun/berbahaya dan memabukkan.

GATAL KULIT

 Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut
seperti lengan/perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau
miang, tumbuhan itu mungkin beracun.

BIBIR, LIDAH, MULUT

 Seterusnya lakulan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut.
Tumbuhan tadi yg dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja.
Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam
10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.

MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM)

 Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah


dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem
pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala,
sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi
tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat
dimakan selepas direbus.

Biasanya, dalam keadaan ikhtiar hidup, seseorang akan berasa takut,


antara ketakutan yang timbul ialah:

 Bimbang/takut akan perkara yang akan berlaku seterusnya


 Takut kepada ancaman hidupan liar
 Takut kepada ketiadaan sumber makan dan minum
 Takut kepada persekitaran itu sendiri
 Takut kepada benda yang aneh, tidak pernah lihat atau ditemui
(makhluk halus, jin, hantu dan lain-lain)

Untuk mengatasi ketakutan, seseorang bolehlah:

 Berdoa kepada Tuhan


 Bertekad untuk terus hidup, kemandirian

Dalam keadaan IH, seseorang akan memerlukan banyak keperluan untuk


terus hidup. Antaranya:

 Air
 Rehat
 Perlindungan
 Makanan
 Kecergasan
 Psikologi, mental
 Penjagaan dan rawatan
Sentiasanya, dalam keadaan IH, seseorang itu akan kekurangan bekalan
air, antara cara yang bagus untuk mengelakkan kehilangan air ialah:

 Banyak berehat
 Bekerja hanya pada waktu malam
 Kekalkan kesejukan badan dengan berehat di bawah teduhan
 Bernafas melalui hidung
 Jangan merokok
 Jangan berbaring di atas tanah yang panas
 Makan dalam kuantiti yang minimum
 Elakkan makanan berlemak/alkohol