Anda di halaman 1dari 7

1.

0 Pengenalan

Evolusi masa telah menjadikan pemikiran manusia lebih peka kepada kehendak
teknologi terkini. Terdapat pelbagai teknologi baru telah dihasilkan bagi memudahkan
kehidupan manusia. Menurut Faridah (2017), dalam penyediaan sajian, terdapat pelbagai
kaedah memasak yang boleh digunakan. Sajian dapat dihasilkan dengan lebih cepat, menarik
dan mempunyai kepelbagaian dari segi warna, tekstur, rupa, dan rasa. Penyediaan makanan
bertambah mudah dan efisien dengan penggunaan pelbagai jenis alat penjimat masa.

Alat penjimat masa digunakan untuk menjimatkan masa dan tenaga supaya
perancangan kerja, masa rehat dan masa lapang dalam penyediaan makanan dapat
dipenuhi. Alat penjimat masa terdiri daripada jenis elektrik dan jenis menggunakan gas. Alat
penjimat masa hendaklah digunakan dengan cermat dan dijaga dengan baik supaya dapat
menjalankan kerja penyediaan makanan dengan lebih efisien.

2.0 Pilihan Alatan

Terdapat pelbagai jenis alat penjimat masa yang mampu memberikan kemudahan
kepada manusia selaras dengan kefungsian berteknologi tinggi. Antara alat penjimat masa
yang sering digunakan dalam kehidupan seharian manusia adalah pengisar, periuk nasi
elektrik, ketuhar, periuk tekanan dan stand mixer.

Selaras dengan soalan tugasan, kami diminta untuk menghasilkan satu makanan
dengan menggunakan salah satu alat penjimat masa. Alat penjimat masa yang kami pilih
adalah stand mixer bagi mendapatkan tekstur adunan yang lembut justeru memudahkan
proses penyediaan makanan serta menjimatkan tenaga.
2.1 Lakaran Berlabel

Antara alatan peralatan penting dalam stand mixer ialah hook, paddle dan whisk. Dengan
bentuk berbeza, tentunya penggunaannya juga turut berbeza. Hook yang berbentuk seperti
mata kail lebih sesuai untuk kerja-kerja pengadunan pelbagai jenis doh roti. Dengan
bentuknya yang sedemikian rupa membolehkan adunan digaul dengan sebati dan tidak
melekat pada hook. Manakala paddle atau K beater digunakan untuk mengadun bahan-
bahan seperti mentega dan gula dalam penyediaan kek yang memerlukan proses mengkerim
seperti membuat kek mentega, kek coklat dan lain-lain. Ia juga sesuai untuk mengadun doh
biskut, tat, pai dan lain-lain pastri. Alat ketiga iaitu whisk lebih sesuai untuk mengadun bahan-
bahan yang perlukan proses pengembangan seperti kaedah membuih. Umpamanya dalam
proses membuat kek span, kek lapis, kek sifon dan lain-lain. Alat ini bertindak memerangkap
udara dengan lebih banyak dan menjadikan adunan kembang dan naik dua kali ganda. Oleh
itu, penggunaan alat yang betul dapat memastikan hasil produk yang terbaik.

3.0 Pilihan Masakan Yang Dipilih

Terdapat pelbagai makanan yang boleh dihasilkan dengan menggunakan stand mixer ini.
Ianya lebih menjurus kepada penghasilan adunan makanan seperti kek, roti dan biskut.
Dengan menggunakan alat penjimat masa stand mixer ini, kami telah memilih untuk
menyediakan kek mentega. Hal ini kerana, alat penjimat masa stand mixer amat sesuai dalam
menghasilkan tekstur adunan kek mentega yang lembut dan gebu.
4.0 Langkah-langkah Penyediaan dan Memasak Masakan

Untuk memasak kek mentega, kaedah putar digunakan dan akan dibakar ke dalam ketuhar.

Bil. Pilihan Masakan Ramuan Utama Kaedah


1. Kek Mentega 1. 100 gm tepung gandum Membakar
2. 100 gm gula kastor
3. 100 gm merjerin
4. 2 biji telur
5. 1 tsp baking powder
6. 1 tsp esen vanila

Cara memasak

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C.


2. Alaskan tin pembakar dengan kertas minyak dan griskan
3. Ayak tepung bersama serbuk penaik.
4. Putar marjerin dengan gula sehingga kembang
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji serta esen vanila dan pukul sebati.
6. Kaup balikkan campuran tepung dan adunan sebati
7. Tuang adunan ke dalam tin pembakar ayng telah dialas dan digriskan
8. Bakar adunan selam 20-25 minit.

5.0 Hasil Masakan

Kek mentega yang telah dimasak direhatkan di atas redai. Didapati kek yang
dihasilkan dalam keadaan yang baik. Dari segi porsinya, kek ini dapat dihidangkan kepada 5-
6 orang. Kandungan bahan yang lengkap menghasilkan kek yang baik. Tambahan pula dari
segi rasa, kek mentega ini mempunyai rasa yang enak dan cukup manis serta rasa
menteganya mencukupi.

Selain itu, rupa kek ini dalam keadaan yang baik. Kek ini kembang dan tidak merekah
serta mempunyai tekstur yang lembut. Ini memudahkan orang yang memakannya. Tambahan
pula, kek menjadi lebih ringan dan gebu membuatkan rupa kek ini menarik. Warna kek ini
kuning pada bahagian dalam, manakal bahagian luar atau keraknya berwarna kuning
keemasan. Namun begitu kek ini tidak dihias dengan sebarang hiasan.
6.0 Refleksi

Setelah melihat hasil masakan yang menggunakan alat penjimat masa, didapati
bahan masakan dapat disediakan dengan masa yang singkat dan tidak memerlukan
tenaga yang banyak. Hal ini telah memudahkan urusan pengguna dalam kehidupan
seharian.

Kekuatan hasil masakan

Hasil masakan yang dihasilkan berada dalam keadaan yang memuaskan, di mana
kek terzebut gebu dan ringan. Oleh itu, tekstur kek menjadi lembut dan mudah dimakan.
Selain itu, rasa mentega kek tersebut cukup dan rasa manis kek yang tidak begitu manis
menjadikan kek ini enak dimakan. Dalam masa yang sam, penggunaan hand mixer dalam
proses mengadun kek telah menjadikan kek ini menjadi lembut dan gebu. Oleh itu
penggunaan alatan ini telah menjadikan kek ini dalam kondisi yang terbaik sekaligus
menjimatkan masa untuk memasaknya.

Kelemahan hasil masakan

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki. Antaranya kek
yang dihidang langsung tidak dihias. Ini menyebabkan kek yang dihidangkan kelihatan
kusam. Selain itu, rasa kek yang dihasilkan agak hambar. Hal ini disebabkan kek ini tidak
ditambah dengan sesuatu yang unik dan menarik menjadikan kek tersebut agak hambar
ketika dimakan.

Cadangan penambahbaikan

Untuk memastikan kek yang dihidang menarik perhatian si penjamu selera, kek
tersebut perlu dihias dengan hiasan yang sesuai. Sebagai contoh dengan menambahkan
krim dan buah-buahan pada permukaan atas kek. Selain itu, untuk membolehkan kek ini
dikomersialkan atau dijual, kek ini perlu dibungkus dengan pembungkus makanan yang
sesuai seperti pek plastic atau bekas makanan.
6.0 Rujukan

Faridah Mariani Johari. 2017. Alat Penjimat Masa Memberi Kemudahan Dalam Hidup Manusia.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Lampiran