Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


71760 BANDAR ENSTEK
NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

KEMPEN DERMA DARAH

UNIT BERUNIFORM PISMP SEMESTER 6 AMBILAN JUN 2015

TEMPAT:
BILIK TUTORIAL TVET
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK,
BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN.

TARIKH:
18 JANUARI 2018

1
IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK
UNIT KOKURIKULUM
KERTAS CADANGAN

Kempen Derma Darah


Kumpulan Unit Beruniform PISMP Semester 6 Ambilan Jun 2015

Pendahuluan

Kertas kerja ini disediakan oleh kumpulan Unit Beruniform PISMP Semester 6
Ambilan Jun 2015 untuk memohon kelulusan cadangan dari Majlis Profesional,
Pengurusan dan Pentadbiran, IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk mengadakan
Kempen Derma Darah untuk semua warga IPG Kampus Pendidikan Teknik dan
sukarelawan dari luar IPG.

Latar Belakang

2. Matlamat Kempen Derma Darah ini adalah untuk mengumpul seberapa banyak
darah dalam kalangan semua warga IPG dan juga sukarelawan dari luar IPG untuk
menderma darah di samping meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma
darah. Darah yang dikumpul akan dikendalikan oleh Pusat Darah Negara Kuala Lumpur
untuk membantu pesakit yang memerlukan darah.

3. Sehubungan dengan itu, dalam usaha memberikan pendedahan kepada warga


IPGKPT, Kempen Derma Darah ini akan mengintegrasikan guru pelatih Semester 6
dalam pelaksanaan kempen tersebut. Kempen ini akan dikendalikan oleh pihak Pusat
Darah Negara Kuala Lumpur dan dibantu oleh ahli BSMM dan Pengakap Semester 6
IPG Kampus Pendidikan Teknik. Penglibatan guru pelatih untuk menolong akan
memantapkan kefahaman serta kemahiran guru pelatih. Kempen tersebut akan
berlangsung pada 18 Januari 2018 (Khamis) bertempat di Bilik Tutorial TVET, IPG
Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.

2
Rasional
4. Secara keseluruhannya, objektif Kempen Derma Darah ini adalah untuk
memberikan pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan dengan derma darah
kepada guru pelatih Semester 6. Kursus ini juga akan memberi peluang serta
pengalaman kepada warga IPG dan luar IPG untuk menderma darah. Di samping itu,
kempen ini juga akan meningkatkan sifat sukarelawan untuk memberi kepada mereka
yang memerlukan.

5. Selain itu, objektif Kempen Derma Darah ini adalah:

5.1 Penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas kempen derma darah


untuk diaplikasikan di sekolah.

5.2 Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran asas dan kemahiran pengurusan


dalam melaksanakan kempen derma darah.

5.3 Mengembangkan potensi diri, bakat kepimpinan sepanjang perancangan


dan perlaksanaan kempen.

5.4 Menerapkan nilai dan kefahaman mengenai kepentingan pendermaan


darah.

5.5 Menunjukkan komitmen sepanjang merancang, melaksanakan dan


mengurus kempen.

5.6 Menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga IPG di kampus dan
juga warga luar IPG untuk membentuk warganegara yang berguna dan
bersemangat sukarelawan.

3
Cadangan Pelaksanaan

6. Cadangan pelaksanaan Kempen Derma Darah ialah pada 18 Januari 2018


(Khamis) bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang. Sila rujuk Lampiran A untuk Senarai
Ahli Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana.

Penyertaan

7. Kempen ini ditujukan kepada semua warga luar dan dalam IPG untuk menderma
darah. Untuk barisan pelaksana pula, guru pelatih Semester 6 yang berjumlah 26 orang
terlibat dalam kempen ini untuk membantu pihak Pusat Darah Negara Kuala Lumpur
sepanjang proses kempen derma darah.

Implikasi Kewangan

8. Berhubung dengan perkara di atas yang dinyatakan bahawa kursus ini akan
diadakan mengikut Peruntukan Perbendaharaan OS 42000 (Aktiviti Pelajar). Anggaran
perbelanjaan adalah seperti berikut:

BIL PERKARA JUSTIFIKASI/UNIT JUMLAH CATATAN


1. Air mineral 4 kotak - Stor IPG
2. Sijil penghargaan 45 helai - Stor IPG
3. Kertas A4 putih 1 rim - Stor IPG
4. Kertas Warna 1 rim - Stor IPG
5. Laminating Film 1 rim - Stor IPG
6. Double-tape 2 unit - Stor IPG
JUMLAH KESELURUHAN -

4
9. Penggunaan van IPGKPT adalah sebagai pengangkutan untuk pelajar
sukarelawan penderma darah antara Blok TVET, Blok Akademik dan Blok Kolej
Kediaman.

Kesimpulan

10. Usaha untuk melaksanakan Kempen Derma Darah ini sangat relevan bagi
menyediakan guru pelatih yang mampu menguasai kemahiran dan pengalaman
pengurusan dengan lebih efektif dan memupuk sifat sukarela demi kesejahteraan
semua.

11. Namun begitu, perancangan serta cadangan ini seharusnya memerlukan


perhatian dan komitmen semua pihak khususnya Unit Kokurikulum, IPG Kampus
Pendidikan Teknik dengan kerjasama warga luar.

Syor

12. Ahli mesyuarat adalah dipohon untuk menimbang dan meluluskan cadangan
untuk melaksanakan Kempen Derma Darah ini.

5
PENGESAHAN DAN ULASAN

14.2 Ulasan Ketua Jabatan/ Unit


____________________________________ ---------------------------------------------
____________________________________ ( )
____________________________________
____________________________________

14.3 Ulasan Unit Kewangan


____________________________________ -----------------------------------------------
____________________________________ ( )
____________________________________
____________________________________

14.4 Ulasan Ketua Unit Khidmat Pengurusan:


____________________________________ ----------------------------------------------
____________________________________ ( )
____________________________________
____________________________________

14.5 Ulasan Pengarah/ Timbalan Pengarah


____________________________________ ----------------------------------------------
____________________________________ ( )
____________________________________
____________________________________

6
Lampiran A

Senarai Ahli Jawatankuasa Induk


Kempen Derma Darah
IPG Kampus Pendidikan Teknik

Penaung : Dr. Yazid bin Abdul Manap


Penasihat : Dr. Tajul Ariffin bin Yang Hussein
Ketua Unit Kokurikulum : En. Roslan b. Khalid
Pensyarah Penyelaras : En. Rohaizad b. Agil

7
Lampiran A

Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana


Kempen Derma Darah
IPG Kampus Pendidikan Teknik
JAWATANKUASA NAMA
Pengerusi MUHAMMAD SHARIFF BIN ARIFIN
Naib Pengerusi MUHAMMAD NADZMI BIN MAD SALEH
Setiausaha NAZATUL MASURI BINTI BASTARI
Naib Setiausaha NADIAH BINTI SAMIAN
MUHAMMAD AQIL BIN ASH’ARI
AJK Publisiti & Hubungan Luar
MUHAMMAD SAFWAN BIN ABDULLAH
MUHAMMAD NIZAM BIN ABDUL TAIB
AJK Peralatan
CARLPANE ANPAR ANAK TENIE
MOHD. NIZARMAN BIN MOHD. IKHWAN
AJK Dokumentasi
SITI NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD. ZIN
AMMAR AMRULLAH BIN ISMAIL
AJK Pendaftaran MUHAMMAD ALIF AKRAM BIN SUKRI
AGNES LUNCHA ANAK LAWAI
SHARIFAH NORUMI UMAIRAH BINTI SYED JAMALUDDIN
AJK Sambutan
NORNATASHA BINTI GURAHMAN
SITI RADZIAH BINTI ZAINAL MOKHTAR
AJK Makanan
MOHD. NASHA HAFIZULHILMI BIN MISLIN
MUHAMMAD NUR AIMAN BIN ISMAIL
ROSLAN BIN PADU
AJK Persiapan Tempat
ZAKWAN BIN NOR DIN
ARIF FARHAN BIN OTHMAN
NURUL HAKIMAH BINTI SUDIN
AJK Kebersihan
AISYAH BINTI HAMDAN
STEPHANIE LAWAS ANAK JAMES
AJK Sudut Foto MIRANDA ANAK MUSA
JUDITH JOESLEY