Anda di halaman 1dari 7

MPU 3123 SEPTEMBER 2015

SULIT
Arahan : Jawab SEMUA soalan pada kertas saranan jawapan yang disediakan.
Markah : 40
1. Berikut ialah bukti-bukti pengaruh hegemoni budaya Barat ke atas masyarakat
Islam dan Asia, KECUALI
A. kebanjiran filem-filem Barat di pasaran dunia Islam dan Asia.
B. jenama barangan Barat dianggap berkualiti dan menjadi pilihan masyarakat.
C. syarikat-syarikat konglomerat Islam dan Asia banyak melabur di negara Barat.
D. jenama makanan Barat begitu popular dalam kalangan masyarakat Islam dan
Asia.

2. Manakah antara berikut BUKAN tahap-tahap penyebaran Islam ke Alam Melayu


berdasarkan teori Islam dari Arab?
A. Pertapakan.
B. Penyebaran.
C. Perkahwinan.
D. Persinggahan.

3. Apakah bahasa yang digunakan oleh masyarakat Indo-Arya?


A. Urdu.
B. Tamil.
C. Suryani.
D. Sanskrit.

4. Perbuatan baik akan membawa kesan baik, manakala perbuatan jahat akan
membawa padah. Hukum apakah yang menekan prinsip ini?
A. Adat.
B. Kanun.
C. Himsa.
D. Karma.

5. Di manakah terletaknya pusat pertumbuhan Tamadun China?


A. Canton.
B. Sanyang.
C Chong Jiang.
D. Sungai Kuning.

6. Berikut ialah ancaman utama yang dihadapi masyarakat Islam dan Asia,
KECUALI
A. globalisasi.
B. hegemoni Barat.
C. kebangkitan China.
D. imperialisme baharu.

7. Sistem kekeluargaan masyarakat Hindu di India berteraskan empat peringkat


kehidupan utama. Apakah nama peringkat-peringkat tersebut?
A. Porul, karma, moksha dan atman.
B. Dharma, moksha, nirvana dan karma.
C. Ashramadharma, purusartha, dharma dan brahma.
D. Brahmacharya, ghastya, vanaprastha dan sannyasa.

8. Apakah pergunungan yang menjadi sempadan pemisah antara India Utara


dengan India Selatan?
A. Visnu.
B. Vindhya.
C. Vanaspati.
D. Hindu Kush.

9. Proses Islamisasi di Alam Melayu berlaku dengan hebat kerana faktor-faktor


berikut, KECUALI
A. penaklukan dan perluasan kuasa.
B. peranan pemimpin dan pembesar.
C. perkahwinan dan hubungan diplomatik.
D. keunggulan dan kemurnian ajaran Islam.

10. Antara kepercayaan yang melibatkan alam semesta dalam masyarakat Cina
ialah Tian. Apakah yang dimaksudkan dengan Tian?
A. Syurga.
B. Asas benda hidup.
C. Cara atau kelakuan baik/buruk.
D. Dewa tertinggi yang disembah.

11. Manakah antara berikut merupakan cabaran peradaban abad ke-21 Masihi?
I. Kemunculan Barat sebagai kuasa hegemoni.
II. Kuasa Barat melaksanakan dasar pre-emptive war.
III. Perpindahan nilai-nilai hidup masyarakat Barat secara maya.
IV. Konspirasi kuasa Barat untuk melumpuhkan sistem kewangan Islam.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas.

12. Pilih ciri-ciri keistimewaan Tamadun China.


I. Bertahan lama.
II. Pentingkan unifikasi.
III. Berinteraksi dan dinamik.
IV. Pentingkan keharmonian dan moral.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. Semua di atas

13. Nyatakan kuasa Barat yang pertama datang ke India.


A. Inggeris.
B. Portugal.
C. Perancis.
D. Sepanyol.
14. Manakah bahasa berikut yang terhasil melalui interaksi antara Tamadun Islam
dengan Tamadun India?
A. Parsi.
B. Urdu.
C. Tamil.
D. Sanskrit.

15. Apakah ajaran yang tidak mempercayai konsep kasih sayang dan belas
kasihan?
A. Dao.
B. Taoisme.
C. Legalisme.
D. Konfusiunisme.

16. Masyarakat Islam kurang mendapat manfaat daripada proses globalisasi kerana
faktor-faktor berikut, KECUALI
A. kurang daya saing.
B. kurang persediaan.
C. dihalang oleh kuasa Barat.
D. kurang peka terhadap perkembangan semasa.

17. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah membuktikan tamadun Melayu


merupakan teras pembinaan tamadun Malaysia. Apakah ciri-ciri yang terkandung
dalam dasar ini?
I. Islam tonggak kebudayaan kebangsaan.
II. Kepelbagaian imej masyarakat Malaysia.
III. Kebudayaan lain tertakluk dalam amalan budaya Malaysia.
IV. Dasar Kebudayaan tertakluk kepada kebudayaan masyarakat asal rantau
Melayu.
A. I dan II
B. III dan IV
C. I, III dan IV
D. Semua di atas

18. Apakah masyarakat yang tinggal di India Selatan?


A. Arya.
B. Dravida.
C. Indo-Arya.
D. Indo-muslim.

19. Apakah cabaran paling UTAMA yang dihadapi oleh umat Islam kini?
A. Masalah kesihatan.
B. Masalah perpaduan.
C. Masalah pendidikan.
D. Masalah kemiskinan.

20. Empat penciptaan agung Tamadun China adalah membuat kertas, pencetakan
dan bahan letupan. Namakan satu lagi penciptaan agung tamadun China.
A. Kompas.
B. Kapal korek.
C. Kincir angin.
D. Alatan memburu.

21. Mengapakah orang Hindu dan Islam menentang cara Portugis dalam
menyebarkan agama Kristian?
A. Mengaburi mata rakyat dengan kemewahan.
B. Menggalakkan perkahwinan dengan wanita tempatan.
C. Membina gereja di setiap kawasan baharu yang ditakluki.
D. Menggunakan kekerasan dengan memaksa penduduk memeluk agama Kristian.

22. Siapakah yang berada dalam kategori ksatria dalam tamadun India?
A. Hamba.
B. Pekerja.
C Pendidik.
D. Bangsawan.

23. Apakah karya yang membincangkan tentang aspek pemikiran falsafah orang
Indo-Arya?
A. Samsara.
B. Upanishad.
C. Athavarved.
D. Bhagawadgita.

24. Mengapakah kehidupan beragama sangat penting dalam tamadun manusia?


I. Agama menjadi penawar kehidupan.
II. Agama boleh membentuk pekerti mulia.
III. Agama dapat membentuk pandangan semesta.
IV. Agama memberi kuasa kepada golongan agama atau pendeta.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, III dan IV
D. II,III dan IV

25. Apakah isu UTAMA yang perlu difokuskan dalam dialog peradaban?
I. Interaksi antara tamadun yang terhad.
II. Mengenal pasti tamadun yang benar dan unggul.
III. Tanggapan yang salah terhadap sesuatu peradaban.
IV. Langkah untuk mengurangkan prasangka antara tamadun.
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

26. Apakah nama laluan yang digunakan untuk menyebarkan agama Islam ke China
pada abad ke-13 Masihi?
A. Laluan Emas.
B. Laluan Kapas.
C. Laluan Sutera.
D. Laluan Pedagang.
27. Apakah matlamat utama yang mendorong seseorang penganut Hindu berusaha
mencapai nirvana atau moksha?
A. Melepaskan diri daripada hukum karma.
B. Mencapai kedudukan sosial yang lebih tinggi.
C. Mendapat kedudukan setaraf dengan dewa-dewa.
D. Membebaskan diri daripada dilahirkan semula ke dunia.

28. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam


memperkembangkan dialog peradaban?
I. Menganjurkan pelbagai program yang boleh memperkuatkan jati diri etnik dan
budaya setiap kaum.
II. Pengenalan subjek Hubungan Etnik dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia di
Institusi Pengajian Tinggi.
III. Memperbanyak program-program dialog peradaban untuk disiarkan di media
elektronik pada waktu puncak.
IV. Menubuhkan Akademik Pengajian Peradaban di Pusat Pengajian Tinggi yang
mengkaji dan merumuskan nilai masyarakat Malaysia.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas.

29. Pilih takrifan hegemoni yang PALING TEPAT.


A. Penguasaan Amerika Syarikat ke atas dunia.
B. Penguasaan negara Barat ke atas negara Timur.
C. Pemisahan antara blok Timur dengan blok Barat.
D. Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain.

30. Manakah antara berikut merupakan hasil sumbangan Islam dalam aspek
ekonomi di Alam Melayu?
I. Perdagangan yang menggunakan sistem barter.
II. Kemunculan pelabuhan Aceh, Demak dan Melaka.
III. Surat-surat perdagangan antara sultan Melayu dengan para saudagar.
IV. Kegiatan pedagang-pedagang dari negara India, China, Arab dan Eropah.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

31. Antara berikut, manakah BUKAN kesan feudalisme pra-Islam di Alam Melayu?
A. Mewujudkan status yang sama.
B. Melahirkan budaya yang berlainan.
C. Melahirkan perbezaan undang-undang.
D. Mewujudkan dua kelompok manusia berbeza.

32. Manakah antara berikut merupakan faktor penyumbang kepada kegemilangan


Tamadun Melayu Islam pada abad ke-15 M?
I. Ajaran tauhid mempengaruhi kehidupan.
II. Sistem tadbir feudal yang adil dan mutlak.
III. Undang-undang berdasarkan prinsip Islam.
IV. Masyarakat yang berakhlak dan bersatu padu.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

33. Pada 1 Oktober 1949, pengasas Parti Komunis China telah mengumumkan
China sebagai Republik Rakyat China. Siapakah beliau?
A. Mao Tzu.
B. Ma Huan.
C. Zho En Lai.
D. Mao Zedong.

34. Jalan Lapis Kebenaran Mulia yang terdapat dalam ajaran agama Buddha
mengandungi prinsip-prinsip berikut, KECUALI
A. fikiran yang benar.
B. konsep yang benar.
C. perbuatan yang benar.
D. pandangan yang benar.

35. Pernyataan manakah yang TIDAK BENAR mengenai fenomena globalisasi?


A. Penyebaran maklumat berlaku secara mudah, meluas dan pantas.
B. Negara-negara kecil menghadapi serangan budaya dari negara maju.
C. Rakyat dari mana-mana negara Islam bebas bergerak ke mana-mana sahaja.
D. Berlaku lambakan barangan berteknologi rendah ke negara Dunia Ketiga.

36. Pernyataan di bawah menyokong hegemoni budaya Barat, KECUALI


A. masyarakat Islam dan Asia kini lebih suka berpakaian ala-Barat.
B. bahasa Inggeris dianggap bahasa dunia dan diajar di semua negara Islam dan
Asia.
C. terdapat ramai penganut Islam yang tinggal dan bermastautin di negara-negara
Barat.
D. mereka yang mengikut budaya Barat dianggap moden sementara yang
mengekalkan budaya asal dianggap tradisional.

37. Berikut ialah faktor-faktor kelemahan masyarakat Islam kini, KECUALI


A. ukhuwah Islamiah yang kurang mantap antara negara-negara Islam.
B. majoriti negara Islam adalah miskin dan kurang mempunyai sumber alam.
C. kurang memberi tumpuan kepada aspek pembangunan sains dan teknologi.
D. sumber-sumber ekonomi dunia dikawal oleh kuasa Barat yang mencurigai Islam.

38. Apakah kekangan UTAMA untuk menghidupkan dialog peradaban?


A. Tahap pemikiran dan kefahaman masyarakat berlainan kaum yang jauh berbeza.
B. Dialog peradaban akan membuka ruang kepada sesuatu pihak untuk menguasai
pihak lain.
C. Dialog boleh membuka ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk menyebarkan
isu-isu sensitif.
D. Sikap segolongan masyarakat yang menganggap dialog sebagai ancaman
kepada kepentingan mereka.
39. Pilih pernyataan yang BENAR mengenai implikasi penjajahan Barat terhadap
Tamadun Melayu.
I. Pemencilan undang-undang Islam.
II. Pengukuhan sistem pendidikan bersepadu.
III. Berlakunya polarisasi antara kaum dan suku.
IV. Penyebaran ideologi dan politik sekular dalam negara.
A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. Semua di atas

40. Hukum Kanun Melaka Undang-Undang 99 Perak Undang-Undang Kedah


Apakah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas dalam konteks pengaruh
Islam di Alam Melayu?
A. Hubungan luar negara.
B. Ekonomi dan perdagangan.
C. Kerajaan dan pemerintahan.
D. Sistem sosial dan kemasyarakatan