Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PEMBELAJARAN
1
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
Inovasi Kosata 4 ialah akronim bagi Kompilasi Sajak Tahun 4 merupakan bahan
bantu belajar secara elektronik yang menunjukkan cara bagaimana untuk
mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik
hibur berbantukan visualisasi, audiotari dan kinestetik. Bahan inovasi ini digunakan
untuk membantu murid Tahun 4 menguasai Standard Pembelajaran 4.4.1
Mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik
hibur serta memahami maksud sajak tersebut. Penggunaan bahan bantu belajar ini
diaplikasikan dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) berbantukan
penggunaan alat-alat teknologi maklumat dan komunikasi kepada murid Tahun 4
yang mempunyai masalah dalam mendeklamasikan sajak. Inovasi ini dibangunkan
dengan menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint secara percuma.
Pembinaan Kosata 4 dibangunkan dalam tiga fasa dan telah dilaksanakan selama
15 hari. Hasil daripada pelaksanaan tersebut, didapati penggunaan Kosata 4 dapat
meningkatkan kefahaman murid terhadap cara mendeklamasikan sajak dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Perkara tersebut dapat dibuktikan
menerusi pelaksanaan ujian lisan pra dan ujian lisan pasca yang telah dilaksanakan
yang mana menunjukkan peningkatkan kebolehan dalam mendeklamasikan sajak
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas dalam kalangan murid Tahun 4.
2
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
ABSTRACT
3
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
3.0 PENGENALAN
Sufean Hussin (2004) menyatakan bahawa bidang pendidikan sering kali berubah
mengikut kehendak semasa. Bertepatan dengan pernyataan tersebut, sistem
pendidikan di Malaysia juga turut mengalami perubahan yang drastik melalui
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang telah
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 11 September 2012.
Menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025),
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan beberapa anjakan ke
arah meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara berdasarkan standard sistem
pendidikan antarabangsa (Goay Teck Chong et al., 2013). Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) melakarkan visi sistem pendidikan dan murid
yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Untuk melahirkan
murid yang dapat memenuhi aspirasi negara, pengimplementasian elemen
pembelajaran abad ke-21 adalah relevan seperti mana yang telah diaplikasikan oleh
beberapa buah negara yang maju dalam bidang pendidikan. Secara amnya,
terdapat beberapa ciri pembelajaran abad ke-21 yang perlu difokuskan untuk
meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara Malaysia seperti yang ditunjukkan
oleh rajah 1.
Kreativiti dan
Inovasi
Pembelajaran
Konstruktivisme Secara Koperatif
Ciri-ciri
Kemahiran Berfikir Pembelajaran Pembelajaran
Aras Tinggi (KBAT) Abad ke-21 Berpusatkan Murid
4
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
5
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
i. Murid tidak dapat melafazkan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan jelas.
ii. Murid kurang berminat ketika guru mendeklamasikan sajak secara lisan di
hadapan kelas.
iii. Murid kurang memahami penerangan yang disampaikan oleh guru berkaitan
maksud bagi setiap rangkap sajak.
iv. Penggunaan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) ketika sesi
PdPc adalah pada tahap yang minimum.
i. Murid tidak dapat melafazkan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan jelas.
ii. Murid kurang memahami maksud sajak.
iii. Penggunaan bahan bantu belajar yang kurang menarik.
iv. Strategi Pengajaran konvensional iaitu berpusatkan guru.
6.0 OBJEKTIF
i. Murid dapat melafazkan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
jelas.
ii. Murid menunjukkan minat dalam menggunakan bahan pembelajaran yang
bersifat digital.
iii. Murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdPc.
6
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
Inovasi Kosata 4 ini merupakan inovasi yang dihasilkan untuk menunjukkan cara
mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Inovasi
tersebut dihasilkan untuk mengumpul semua sajak yang terdapat dalam buku teks
Bahasa Malaysia Tahun 4 ke dalam bentuk digital iaitu video. Selain itu, inovasi ini
juga akan dilengkapi dengan latihan interaktif berkaitan sajak bagi meningkatkan
tahap kefahaman murid terhadap sajak yang akan dipelajari. Kedua-dua bahan
tersebut iaitu video dan latihan interaktif tentang sajak akan digabungkan menjadi
satu aplikasi menggunakan perisisan Microsoft Office Powerpoint. Menerusi aplikasi
tersebut, murid akan dapat belajar puisi moden iaitu sajak menggunakan bahan
pembelajaran elektronik. Menurut Mok Soon Sang (2009), pembelajaran elektronik
atau e-pembelajaran ialah satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem
atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk
meningkatkan kebolehcapaian dan keberkesanan pembelajaran. Menerusi
pengaplikasian e-pembelajaran dalam proses PdPc, minat dan tahap penguasaan
murid dalam pembelajaran dapat ditingkatkan. Hal ini selari dengan anjakan ketujuh
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu memanfaatkan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia. Oleh itu, Inovasi Kosata 4 ini sememangnya amat relevan untuk
diimplimentasikan dalam konteks PdPc Bahasa Melayu.
7
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
dalam Mok Soon Sang (2009) iaitu daripada mudah kepada sukar. Perkara ini dapat
dilihat menerusi langkah pertama dalam inovasi Kosata 4 iaitu murid melihat video
berkaitan cara mendeklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
jelas. Kemudian, murid akan mendeklamasikan sajak yang telah dipelajari tadi
menggunakan video deklamasi sajak yang terdapat pada langkah kedua inovasi
Kosata 4. Video tersebut hanya mengandungi teks sajak dan iringan muzik latar
sahaja. Oleh itu, murid perlu mendeklamasikan sajak mengikut cara yang telah
dipelajari menerusi video pada langkah satu. Setelah itu, murid akan menjawab
latihan interaktif berkaitan sajak yang telah dipelajari. Latihan tersebut telah dibina
mengikut aras iaitu daripada soalan mudah kepada soalan yang sukar. Dalam
konteks latihan Kosata 4, soalan sukar yang dimaksudkan ialah soalan yang
menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ringkasnya, Kosata 4
telah dibangunkan mengikut pemeringkatan prinsip kognitif iaitu daripada mudah
kepada sukar.
Deskripsi Keterangan
8
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
Klik pada fail yang mengandungi Kosata 4 untuk log masuk ke Kosata 4 tersebut.
Klik tajuk sajak pada inovasi Kosata 4 untuk melihat menu yang terdapat di
bawah tajuk sajak.
Klik pada menu video sajak untuk melihat cara mendeklamasikan sajak.
Klik pada menu deklamasi sajak untuk murid mendeklamasikan sajak dengan
iringan muzik latar.
Murid boleh merakam deklamasi sajak yang mereka lakukan dengan mengklik
pada aplikasi Recordpad Sound Recorder.
Klik pada menu latihan untuk masuk ke paparan latihan soalan beraras tinggi
berdasarkan sajak.
Klik butang jawab soalan menjawab latihan soalan beraras tinggi berdasarkan
sajak.
Klik butang semak jawapan menyemak jawapan latihan soalan beraras tinggi
berdasarkan sajak.
9
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
LANGKAH
KETERANGAN
Melakukan uji kaji dan Inovasi Kosata 4 telah diuji di Sekolah Kebangsaan Batu
membuat refleksi 4, Jalan Apas, Tawau. Berdasarkan pengujian tersebut,
jelaslah bahawa Kosata 4 dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam mendeklamasikan sajak
menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.
10
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
11
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
a. Kumpulan Sasaran
12
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
b. Kos
c. Carta Gant
Berikut merupakan carta Gant yang dihasilkan untuk dijadikan panduan dalam
pembinaan inovasi Kosata 4.
13
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
d. Penyebarluasan
i. Cakera Padat
Inovasi Kosata 4 disalin ke dalam cakera padat untuk dibekalkan kepada guru dan
murid di sekolah.
14
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
ii. Blog
Inovasi Kosata 4 telah dimuat naik menerusi blog dunia pendidikan iaitu
www.Cikgusuhaimin.com. Pemilihan blog ini sebagai medium penyebarluasan
inovasi Kosata 4 adalah kerana blog ini merupakan blog pendidikan yang mendapat
kunjungan ramai iaitu sekitar sejuta pengunjung. Secara tidak langsung, inovasi ini
akan dapat dikenali dengan lebih meluas di seluruh negara. Pemuatnaikan Kosata 4
di blog tersebut telah disetujui sendiri oleh pemilik blog tersebut iaitu Mohd.
Suhaimin bin Isnen.
15
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
16
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
17
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
18
BMMB3152 INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN 2018
PEMBELAJARAN
LAMPIRAN
19