Anda di halaman 1dari 12

TAJUK

Ekosistem tanah

TUJUAN

Mengkaji ekosistem tanah iaitu biota tanah dan jaringan makanan

PENGENALAN

Ekosistem ialah interaksi antara komponen biotik dan abiotik dengan persekitaran dalam
membentuk sistem fizikal untuk membentuk suatu kesembangan. Konsep ekosistem merujuk
kepada interaksi hidupan dengan unsur-unsur yang merupakan asas kepada alam dalam
hubungan yang saling berkait rapat. Eugene Odum, salah seorang pengasas pengajian
ekologi sains berpendapat, "Mana-mana unit atau organisma dalam komuniti yang
berinteraksi dalam alam fizkal akan menghasilkan satu kitaran tenaga yang jelas
menerangkan struktur tropik (trophic structure), biodiversiti dan kitaran hidupan.

Komponen abiotik adalah komponen tidak hidup yang elemen fizikal dan kimia pada
suatu ekosistem tanah, air, matahari, udara, dan tenaga (Eldon, 2003). Komponen biotik
merupakan komponen benda hidup yang terbahagi kepada dua iaitu organisma autotrof dan
heterotrof. Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya
matahari untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang
banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakan
tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam
bentuk haba metabolism (Freeman, 2005). Proses interaksi antara komponen biotik dengan
komponen abiotik akan membentukkan satu jaringan ekosistem. Interaksi tersebut
merupakan cara untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Organisma-organisma yang tinggal di dalam tanah memerlukan air dan udara untuk
hidup. Bahan-bahan seperti air, udara, dan bahan-bahan organik yang terkandung di dalam
tanah membolehkan flora, bakteria, fungi, dan fauna kecil seperti cacing dan serangga dapat
hidup dalam tanah. Semua benda hidup atau organisma yang terdapat dalam tanah serta
elemen-elemen mineral penting untuk membentuk sesuatu sistem tanah, atau lebih dikenali
sebagai ekosistem tanah. Sementara itu, biota pula adalah merujuk kepada semua flora dan
fauna yang berada di dalam sesebuah kawasan. Biota tanah adalah kumpulan jasad hidup
yang menjadikan tubuh tanah sebagai ruang hidup untuk menjalankan seluruh kegiatan
ekologinya (Campbell, 2006). Ekosistem tanah merupakan bahagian yang tidak dapat
dipisahkan antara flora dan fauna serta persekitarannya. Kedua-duanya ini saling berhubung
kait dan mempengaruhi antara satu sama lain.
OBJEKTIF

 Mengenalpasti jenis makrofauna dan mikrofauna ke atas dua lokasi yang berbeza.
 Mengkaji kesan kehadiran makrofauna dan mikrofauna ke atas ekosistem di dalam
tanah.

HIPOTESIS

Jenis tanah yang berbeza terdiri daripada makrofauna yang berbeza

Pembolehubah:
a) Dimanipulasikan : Jenis tanah, isipadu tanah
b) Bergerak balas : Jumlah makrofauna, jenis makrofauna
c) Dimalarkan :Teknik yang digunakan untuk mengumpul makrofauna, suhu persekitaran

BAHAN DAN RADAS

Bikar 100 ml, sudip, kanta pembesar, corong turas, kertas turas, kertas pH, kerajang
aluminium, forsep, piring petri, corong Tullgren, kertas label, spatula, besen, beg plastik, pita
pelekat, etanol 4 %.

PENYEDIAAN RADAS
PROSEDUR

Prosedur:

1. Dua lokasi yang berbeza dipilih


2. Lokasi 1 di kawasan asrama IPG Kampus Tawau, Lokasi 2 di Taman Bukit Tawau
3. Lokasi pertama ialah di bawah teduhan atau redup manakala lokasi kedua ialah di tempat
yang terbuka.
4. Sampel tanah di setiap lokasi diambil dan dimasukkan ke dalam beg plastik.
5. Beg plastik ditutup dan dilabel dengn nama kumpulan dan lokasi.
6. Ciri-ciri tanah dan jenis tumbuhan yang terdapat di setiap lokasi direkodkan.
7. Ph tanah bagi kedua lokasi diuji menggunakan kertas pH
8. Masukkan sejumlah isipadu tanah ke dalam corong Tulgren. Sampel tanah ditinggalkan
selama dua hari.
9. Kemudian fauna yang dijumpai diasingkan ke dalam ‘petri dish’ untuk pengenalpastian
dengan menggunakan kanta pembesar atau mikroskop. Fauna yang dijumpai dimasukkan
ke dalam etanol untuk mematikannya. Mereka dikelaskan ke dalam order atau kumpulan
fauna yang berlainan..
10. Bilangan organisma yang dijumpai disusun mengikut peringkat spesies.
11. Kira jumlah individu setiap kumpulan yang diperolehi daripada lokasi 1 dan 2. Rekodkan
ke dalam jadual 2 dan 3.
12. Guna keputusan dari Jadual 2 dan 3. Kira bilangan order atau kumpulan bagi seliter tanah
dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan
litupan daun.
KEPUTUSAN

Jadual 1: Perbandingan Ciri-Ciri Lokasi Sampel Tanah

Ciri-ciri Lokasi Lokasi 1 Lokasi 2

Jenis tanaman Rumput, Rumput, bokok berkayu

Panas (Terdedah kepada cahaya


Redup (Terlindung dari cahaya
tahap naungan
matahari) matahari)

Kelembapan/Kekeringan Agak lembap lembap

pH Tanah 6 5

Kemampatan Tanah Lebih padat Kurang padat

Tekstur Tanah liat liat

Jadual 2: Makrofauna Besar

Bilangan Individu
Individu Lokasi 1
Lokasi 2
isipadu tanah
isipadu tanah = 200 cm3
3
= 200 cm

1 0

Cacing besar
1 1

Cacing halus

4 3

Anai-anai

0 1

Siput

0 1

Lipan
2 3

Semut

Jumlah individu 7 9

Jadual 4: Bilangan Makrofauna bagi seliter tanah

Bilangan @ lokasi 1 isipadu Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah=


Induvidu
tanah = 200 cm3 200 cm3

Cacing besar 5 unit 0 unit


Anai-anai 20 unit 15 unit

Cacing halus 5 unit 5 unit


Siput 0 unit 5 unit
Semut 10 unit 15 unit
lipan 0 unit 5 unit
PERBINCANGAN

Berdasarkan eksperimen yang dijalankan ini, kami mendapati lokasi yang dipilih terdiri
daripada ekosistem tanah yang terbahagi kepada dua komponen utama iaitu kompenen
abiotik dan komponen biotik. Lokasi pertama adalah di kawasan asrama manakala lokasi
kedua pula di kawasan berair di Taman Bukit Tawau. Komponen abiotik tanah terbahagi
kepada kelembapan tanah, kepadatan tanah, tekstur tanah. Manakala komponen biotik tanah
ialah makrofauna yang dapat dikenalpasti melalui eksperimen corong Tullgren. Kedua-dua
sampel tanah yang diambil dari lokasi berbeza menunjukkan kelembapan tanah, kepadatan
dan tekstur tanah yang berbeza.

Kelembapan tanah di lokasi kedua (kawasan Taman Bukit Tawau) adalah lebih tinggi
berbanding di lokasi pertama (kawasan penanaman pokok belimbing). Manakala kepadatan
tanah di lokasi pertama (kawasan asrama IPGKT) adalah lebih padat berbanding lokasi kedua
(Taman Bukit Tawau). Seterusnya tekstur tanah yang diambil di lokasi pertama adalah
berjenis tanah lempung iaitu tanah yang mempunyai kandungan liat tinggi, saliran kurang baik
serta sukar digembur, begitu juga untuk lokasi dua. Walaubagaimanapun,tekstur tanah bagi
lokasi 2 tidak begitu mampat.

Makrofauna dapat dikelaskan kepada dua kelompok iaitu besar dan kecil. Makrofauna dalam
kelompok besar ialah cacing besar dan halus, siput, semut, dan anai-anai. Tedapat 1 cacing
besar, 1 cacing halus dan 4 anai-anai dijumpai di lokasi A manakala 1 cacing halus, 2 anai-
anai, 1 siput, 1 lipan dan 3 semut dijumpai di lokasi 2. Tiada mikrofauna kecil dijumpai dalam
tanah bagi kedua-dua lokasi. Jumlah keseluruhan makrofauna tanah yang dijumpai ialah 16
ekor.

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah


anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka.Apakah parameter yang
anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan- perbezaan
tersebut?

Tanah mempunyai sifat yang berbeza-beza pada pelbagai tempat menunjukkan ianya
dipengaruhi oleh banyak faktor iaitu iklim, organisme (termasuk manusia), dan juga bentuk
permukaan muka bumi atau topografi (Zulkifli, 2001). Berdasarkan dengan faktor-faktor
tersebut, maka terbentuklah pelbagai jenis tanah yang berbeza kepadatan, kelembapan,
tekstur dan kadar pendedahan tanah kepada cahaya matahari.
Kandungan tanah liat, nutrien dan keadaan saliran juga boleh menyumbang kepada
perbezaan tanah. Berdasarkan keputusan yng sudah kami kumpul, lokasi 2 mempunyai
jumlah mikrofauna lebih banyak dari lokasi 1. Lokasi 1 terletak di kawasan asrama IG Kampus
Tawau manakala lokasi 2 terletak di Taman Bukit Tawau. Terdapat beberapa faktor biotik dan
abiotic yang menyebabkan perbezaan jumlah mikrofauna di lokasi tersebut.

Faktor Abiotik

 Cahaya matahari
Lokasi 2 terletak di kawasan yang lebih redup dan kurang mendapat cahaya matahari.
Kebanyakkan makrofauna tidak suka hidup dihabitat yang dapat disinar oleh matahari.
Contohnya, cacing tanah, siput, semut dan sebagainya. Serangga-serangga tersebut
lebih suka mendiami tempat yang teduh, kerana suhu lebih rendah.

 Kelembapan tanah
Seperti yang disebut diatas, lokasi 2 berada pada kedudukan yang redup dan kurang
mendapat sinaraan matahari. Oleh sebab itu, matahari tidak dapat mencapai ke tanah
secara lansung. Tanah di lokasi 2 mempunyai kelembapan yang tinggi berbanding
lokasi 1. Hal ini bermaksud kandungan airnya lebih tinggi dan keaadan tersebut
digemari kebanyakan organisma.

 Nilai pH tanah
pH tanah sangat mempengaruhi proses mekanisma dalam tanah tersebut seperti
kadar kesuburan dan kesesuaian medium untuk kehidupan. Kedua-dua tanah lokasi
tersebut mempunyai perbezaan, kerana proses pereputan bahan organik seperti
daun-daun, rumput dan sebagainya, oleh makrofauna. Semasa proses tersebut
dijalanakan, asid organik akan dihasilkan. Asid tersebut kemudian akan merendahkan
nilai pH kawasan tanah tersebut. Selain itu, karbon dioksida yang dihasilkan oleh
makrofauna semasa proses respirasi juga akan menghasilkan asid karbonik. Asid
karbonik ini juga boleh merendahkan nilai pH tanah. Tanah lokasi 2 mempunyai nilai
pH yang lebih rendah kerana terdapat makrofauna.
Parameter yang digunakan untuk menerangkan perbezaan tersebut, adalah tahap
naungan matahari, kelembapan, pH tanah, kemapatan dan tekstur, bahan organik,
dan populasi biodiversity. Kawasan yang mempunyai naungan matahari yang sedikit,
pH tanah yang ideal, bahan organik yang banyak, kelembapan tanah yang sederhana
dan suhu yang diigin, akan menyebabkan populasi biodiversiti dikawasan tersebut
bertambah.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.

Tanah merupakan bahagian dari ekosistem terrestrial yang dihuni oleh banyak organisma.
Makrofauna tanah adalah kelompok fauna dari biodiversiti tanah yang berukuran 2mm
sehingga 20mm. Makrofauna tanah berperanan penting dalam pengangkutan tanah.
Makrofauna tanah merupakan haiwan tanah yang dapat dilihat secara dengan mata kasar
tanpa bantuan mikroskop seperti tikus, cacing tanah, Arthropoda, Chilopoda (kelabang),
Diplopoda (kaki seribu), Arachnida (lebah, kutu, dan kala jengking), serangga (belalang,
jangkrik, semut). Makrofauna tanah merupakan bahagian dari biodiversiti tanah yang
berfungsi dalam proses baik pulih sifat fizik, kimia dan biologi.

Makrofauna tanah banyak berperanan dalam proses fragmentasi iaitu dengan


kata lain memecahkan komponen besar kepada kecil. Tanpa makrofauna, proses
penguraian berlaku dalam keadaan perlahan walaupun dibantu mikrofauna. Selain itu, ia
memberi sokongan yang lebih baik bagi proses dekomposisi yang akan dilakukan oleh
kumpulan makrofauna dan mikrofauna tanah seperti bakteria dan fungi. Disamping itu,
makrofauna tanah juga berperanan penting dalam peralihan tenaga tumbuhan dan haiwan
yang telah mati, pengangkutan bahan organik dari permukaan ke dalam tanah seperti
kitaran sulfur dan nitrogen, perubahan struktur tanah dan proses pembentukan tanah.
Oleh yang demikian, makrofauna penting dalam menjaga kesuburan tanah.

Malahan struktur tanah juga akan berubah disebabkan oleh pergerakan


makrofauna tanah seperti cacing, semut, siput dan lain-lain. Ia menukarkan struktur tanah
yang padat ke tanah yang sesuai untuk berkebun. Pergerakan mereka akan mengacau
tanah yang lembab dibahagian bawah dengan tanah yang kering dibahagian atas. Hal ini
menyebakan struktur tanah menjadi halus dan sesuai untuk tumbuh-tumbuhan hidup.
Melalui percampuran tanah yang pelbagai lapis, mineral yang tenggelam di dalam tanah
akan dibawa ke bahagian atas. Selain itu, lubang yang telah digali oleh makrofauna dapat
membaiki sistem pengudaran dibawah tanah.
Akhir sekali, ia juga berfungsi sebagai bioindikator kualiti tanah yang bersifat
sensitif terhadap perubahan, dan mempunyai respon spesifik. Sebagai contoh, biomasa
cacing tanah merupakan indikator yang baik untuk mengesan perubahan pH, lokasi
molekul organik, kelembapan tanah dan kualiti humus. Penentuan bioindikator kualitai
tanah penting untuk mengetahui perubahan dalam sistem tanah akibat proses
pengelolaan yang berbeza. Perbezaan penggunaan bahan akan mempengaruhi populasi
dan komposisi makrofauna tanah.

3. Pada rajah jaringan makanan yang disediakan, labelkan jenis-jenis biota


(contohnya,fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa,
pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh,
dimanakah bermulanya pembentukan tanaga dan dimanakah ianya berakhir
(puncak rantai makanan). Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien
apabila organisma pada puncak rantai makanan mati?

Cahaya matahari

Shredders
(arthropod) Predator (arthropod)
Cacing tanah
(nematod)
Burung
(pemangsa)

Nematode
pemangsa (makan
Fungi bakteria dan fungi) Tikus
(pemangsa)

Protozoa (amoeba,
Bahan-bahan organik flagella, cilllia)
Bakteria
Berdasarkan rajah jaringan makanan di atas, pengeluar pertama (primary
producer) merupakan rumput. Rumput memerangkap tenaga daripada cahaya
matahari dan menggunakannya untuk proses fotosintesis dimana pengeluar akan
membuat makanannya sendiri dalam bentuk glukosa (tenaga). Peratusan tenaga solar
ke tenaga kimia yang dijalankan oleh autotroph tersebut hanya sebanyak 1% hingga
5% iaitu tenaga solar kepada biomas (Raven, 2008). Konsumer (consumers)
merupakan organisma yang bergantung kepada pengeluar (producers) dalam
memperoleh tenaga. Ia termasuklah haiwan, pengurai (decomposer) dan detritivores.
Dalam rajah rantaian makanan di atas, ianya merupakan kombinasi daripada jaringan
makanan parasitik dan jaringan makanan pemangsa.

Pada peringkat pertama tenaga dialirkan daripada tumbuhan kepada pengurai.


Tumbuhan merupakan bahan organik dimana akar tumbuhan akan dimakan oleh
nematode seperti cacing tanah. Bahan organik yang terhasil dari tumbuhan dan
haiwan yang telah mati pula dihuraikan oleh fungi dan bacteria. Pada peringkat kedua
tenaga dipindahkan dari pengurai kepada arthropod iaitu ‘shredder’, ’grazers’ dan
arthropod pemangsa. Pada peringkat terakhir tenaga dipindahkan dari arthropods
kepada pemangsa kecil seperti burung dan tikus.

Apabila organisma yang berada pada bahagian atas mati iaitu burung dan
tikus, nutrien dan tenaga tidak akan hilang tetapi ia akan kembali semula ke tanah
sebagai sumber nutrien tanah itu sendiri. Hal ini dijelaskan dengan lebih jeas dalam
kitaran karbon dan sulfur. Dalam situasi ini, ulat-ulat memainkan peranan sebagai
pengurai semula jadi. Organisma seperti ulat memainkan peranan sebagai pengurai
semulajadi mereka dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang mati. Sepanjang
proses pemindahan tenaga dari satu tahap ke tahap yang lain 90% daripadanya
terbebas ke persekitaran dalam bentuk haba (Silberberg, 2013).

KESIMPULAN

Kesimpulanya antara faktor yang mempengaruhi ekosistem tanah yang baik ialah tahap
kelembapan, kepadatan dan tesktur tanah serta kandungan dan bilangan makrofauna yang
terdapat di lokasi yang dipilih. Faktor biotik dan faktor abiotik beriteraksi antara satu sama lain
untuk membentuk satu ekosistem yang stabil, khususnya ekosistem tanah dalam kes ini.
Berdasarkan pemerhatian yang diperolehi daripada eksperimen ini, tanah di kawasan Taman
Bukit Tawau dapat mewujudkan satu ekosistem tanah yang sangat baik berbanding dengan
kawasan IPG Kampus Tawau untuk tujuan penilaian makrofauna.

RUJUKAN

Eldon D Enger, Frederick C Ross. (2003). Concepts in Biology Tenth Edition. New York: Mc
Graw Hill Companies.

Freeman, S. (2005). Biological Science Volume 2. New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Neil A Campbell, J. B. (2006). Biology Concepts and Connections. San Frasisco: Pearson
Benjamin Cummings.

Raven, J. M. (2008). Biology Sixth Edition. Singapore: the Mc Graw Hill Companies.

Silberberg, M. S. (2013). GLOBAL EDITION. In M. S. Silberberg, Biology and Its Life (p. 1015).
Penn Plaza, New York: McGraw-Hill Global Education Holding.

Zulkifli, Z. (1 August, 2011). EKSPERIMEN FAKTOR KADAR TINDAK BALAS : KESAN


MANGKIN. Retrieved 1 February, 2018, from
http://cikguzainida.blogspot.com/2011/08/eksperimen-biota-tanah - _01.html