Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

KM 36, Jalan Balung, Beg Berkunci No. 27,

91009 Tawau.

KERJA KURSUS

NAMA : NOR AIN BINTI AHMAD SUHAIMI

TUGASAN : TUGASAN 1 PENULISAN ESEI

NO KAD PENGENALAN : 960909065382

NO MATRIKS : 8098

UNIT : PISMP SAINS AMBILAN JUN 2015

NAMA KURSUS : PENGAJIAN KURIKULUM TMK SEKOLAH RENDAH

KOD : TMKS 3072

NAMA PENSYARAH : ENCIK ISMAIL HUSIN

TARIKH TERIMA : 13.1.2017

TARIKH HANTAR : 10.03.2017


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 TAJUK TUGASAN

2.0 PENGHARGAAN

3.0 PENGENALAN

4.0 PENULISAN ESEI

4.1 LITERASI MAKLUMAT

4.2 LITERASI MEDIA

4.3 LITERASI TMK

5.0 PENUTUP

6.0 RUJUKAN
1.0 TAJUK TUGASAN

1. Pembelajaran Abad 21 atau ringkasnya PAK 21 merupakan pendekatan yang semakin


ditekankan di Malaysia sejak kebelakangan ini. Apatah lagi dengan keperluan guru untuk
bergerak seiring dengan kehendak pelajar masa kini, maka pembelajaran abad ke-21
wajar diberi perhatian seius bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara. Bincangkan
elemen kemahiran pembelajaran abad ke-21 yang berteraskan teknologi maklumat dan
komunikasi.
2.0 PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan Pengajian
Kurikulum TMK Sekolah Rendah TMKS 3072 ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin
mengucapkan sejuta penghargaan kepada pensyarah TMK, Encik Ismail Husin di atas tunjuk
ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi pemudahcara kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral sehingga saya berjaya
menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan sekelas yang
sentiasa memberi tunjuk ajar dan kerjasama kepada saya. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.
3.0 PENGENALAN

Amalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua
pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam senario
pekerjaan masa kini (Abdullah, 2009). Oleh itu persekitaran pembelajaran masa kini perlu
melibatkan pelbagai strategi-strategi, media, perisian dan alat yang berkaitan TMK khususnya
yang bakal menyediakan murid untuk masa depan mereka. Kemajuan dalam bidang
pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK).

Di Malaysia, Kementerian telah mengenal pasti kemahiran abad ke-21 yang


sesuai dengan konteks tempatan dan dapat menyediakan warga Malaysia untuk bersaing
pada peringkat antarabangsa. Untuk itu, kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk
melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi, dan bekerja
secara berpasukan (Adlina, 2012)

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah


(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras
keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia
mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

Antara elemen-elemen yang turut terkandung dalam kemahiran teknologi


maklumat dan. Komunikasi adalah literasi maklumat, literasi media dan literasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kemahiran ini menggunakan teknologi untuk mengakses,
mengurus, mengintegrasi dan menilai maklumat baru dan berkomunikasi dengan orang lain.
Perubahan kepada zaman k- ekonomi yang menekankan keperluan maklumat dan bercirikan
globally networked adalah sangat berkait rapat dengan perkembangan TMK. Oleh itu,
penerapan kemahiran TMK adalah sangat releven untuk diperkasakan pada pembelajran
abad ke 21 ini.
4.0 PENULISAN ESEI

4.1 LITERASI MAKLUMAT

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu
yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa
jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan
sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat
pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif (Jamaluddin, 2003). Kemahiran TMK
yang diaplikasikan semasa menjalankan literasi maklumat adalah seperti pencarian maklumat
digital, pangkalan data dan enjin carian, menghasilkan laman web, broser, dan risalah dan
menggunakan perisian-perisian multimedia.

Penguasaan kemahiran literasi maklumat boleh dijalankan melalui pelbagai


strategi pengajaran melalui Kerja kursus, Projek khusus mata pelajaran Tertentu, Aktiviti
kelas, Aktiviti ko-kurikulum, Kerja kendiri dan Program membaca (Wood, 2002). Strategi
Pencarian Maklumat haruslah dimulakan dengan mengenalpasti sumber maklumat yang
mungkin dipilih mengikut keutamaan. Seterusnya, kenalpasti lokasi maklumat yang akan
dicari dan cari maklumat yang relevan. Kemudian, maklumat digunakan dengan
mengenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat, meringkaskan maklumat yang
panjang lebar, mencatat sumber maklumat yang diperolehi, membaca dan mendengar.
Seterusnya, sintesis maklumat melibatkan pengurusan, persembahan dan pelaporan
maklumat. Akhir sekali, penilaian dibuat untuk menilai keberkesanan hasil pencarian
maklumat dan cadangan penambahbaikan.

Sebagai contoh, murid dikehendaki menjalankan Projek Membaca dalam


kumpulan. Mereka haruslah menggunakan teknologi untuk mengakses, mengurus,
mengintegrasi dan menilai maklumat baru dan berkomunikasi dengan orang lain. Pencarian
maklumat akan dimulakan dengan pengenalpastian lokasi sumber buku yang hendak dibaca.
Pemilihan lokasi boleh dipilih daripada sumber web, jurnal atau mana-mana sumber
pencarian elektronik. Kemudian mereka akan menggunakan maklumat dengan cara
meringkaskan maklumat yang dibaca dan mencatat sumber yang diperolehi. Akhir sekali,
mereka akan sintensis maklumat dengan mengurus dan mengurus maklumat dalam bentuk
dibuat untuk menilai keberkesanan Program Membaca. Pengintegrasi literasi maklumat
adalah sangat penting agar murid dapat membuat gambaran mental dan penyususnan idea
secara sistematik dan terancang.
4.2 LITERASI MEDIA

Literasi media adalah kemampuan untuk memahami, menganalisis, dan mendekonstruksi


media. Selain itu, ia adalah kemampuan untuk berkomunikasi dengan segenap kemampuan
dalam semua media, cetakan dan elektronik seperti mengakses, meneliti dan menilai gambar,
perkataan atau bunyi yang membentuk media massa (Sing, 2002). Media massa boleh
dipecahkan kepada media elektronik dan media cetak. Contoh media elektronik adalah
televisyen, radio, internet, telefon bimbit dan penggunaan komputer manakala media cetak
adalah buku, majalah, surat khabar, novel dan bahan bertaip yang lain.

Antara kecekapan yang muncul dalam literasi media adalah menganalisis,


menilai, mengelompokkan, induksi, deduksi, sintesis dan abstrak (Wood, 2002). Sebagai
contoh, setiap pelajar diberi satu buku skrap yang dipenuhi dengan maklumat dan imej-imej
berkaitan objek yang mempunyai sifat bahan alkali, asid dan neutral. Mereka dikehendaki
membuat analisis untuk proses pengecaman dan pengenalan maklumat. Seterusnya,
penilaian dibuat untuk menghubungkan informasi yang ada di media massa dengan keadaan
sebenar dan akhirnya kesimpulan dibuat daripada korelasi tersebut. Pengelompokan dibuat
untuk menentukan setiap unsur yang sama berada pada kumpulan yang sama bagi
menentukan perbezaan dalam beberapa cara.

Kemudian, aplikasi deduksi dilaksanakan dengan menggunakan prinsip-


prinsip umum untuk menjelaskan perkara khusus (Ragbir, 2013). Pengelompokan dibuat
setelah analisis objek asidik dan alkali dibuat secara terancang. Akhir sekali, proses sintesis
dan abstrak dilakukan untuk mencipta gambaran jelas yang menghuraikan kepentingan idea.
Hal ini adalah proses membuat akomodasi ke dalam struktur baru. Guru boleh meminta murid
membuat abstrak idea dengan menyuruh pelajar membuat dokumentasi penilaian buku dalam
bentuk persembahan elektronik, video atau e-pembelajaran. Ia sekaligus meningkatkan
produktiviti dan akauntibiliti setiap ahli dalam kumpulan.

Pengaplikasian literasi media adalah sangat penting untuk membuat penilaian


dan berpikir secara kreatif dan kritis terhadap konten media massa. Ia merangkumi
kemampuan mengkritik media, kemampuan memproduksi media, kemampuan mengajarkan
tentang media, kemampuan mengeksplorasi sistem pembuatan media, kemampuan
mengeksplorasi berbagai posisi dan kemampuan berpikir kritis atas isi media. Dengan kata
lain, penggunaan media sangat membantu guru membantu dan memudahkan pengajaran
abad ke 21 sekaligus menyempurnakan elemen pengajaran abad ke 21 iaitu adaptabiliti dan
fleksibiliti.
4.3 LITERASI TMK

Literasi TMK merangkumi penggabungan peralatan teknologi komunikasi, media elektronik,


media komunikasi dan rangkaian elektronik yang boleh digunakan untuk mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampaikan maklumat secara pantas dan
tepat (Abdullah, 2009). Sebagai contoh, Pembelajaran berasaskan projek (PBL) adalah salah
satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam negara Malaysia
mampu memupuk kemahiran abad ke 21. PBL adalah pendekatan pengajaran yang
memerlukan masa yang lama dan memerlukan pengintegrasian pelbagai sumber untuk
melaksanakannya (Adlina, 2012). Tugasan menerusi PBL menggalakkan komunikasi
interaktif.

Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti


kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima
bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity
(penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian
seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.
Kemahiran ini menggunakan teknologi untuk mengakses, mengurus, mengintegrasi dan
menilai maklumat baru dan berkomunikasi dengan orang lain.

Sebagai contoh, guru memberikan tugasan projek pembinaan arca bangunan yang
kukuh dan stabil. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan masa
menyiapkan projek adalah selama 3 minggu. Mereka telah diberi penerangan tentang apakah
aspek yang perlu diutamakan dalam pembinaan projek seperti luas tapak dan ketinggian
bangunan. Pencarian maklumat haruslah disentesiskan dan diurus dengan baik agar
maklumat yang dipilih adalah menepati projek. Mereka digalakkan mencari maklumat di media
massa seperti Internet, buku, majalah, jurnal dan lain-lain. Sumber pencarian maklumat
adalah tidak terhad dan mengikut kreativiti masing-masing.

Melalui projek ini, mereka belajar akan elemen tanggngjawab dan akautibiliti
diamana setiap pelajar berperanan menjalankan kerja masing-masing bermula dari pencarian
maklumat sehingga akhir. Akhir sekali, murid dikehendaki berkomunikasi dan bekerjasama
dalam mempersembahkan projek dan membuat pendokumentasian hasil daripada binaan
arca bangunan yang telah dibuat. Hasil dokumentasi boleh dibuat dengan cara memuatnaik
video dokumentasi projek ke Youtube, persembahan elektronik PowerPoint, Powertoon ,
Prezi, dan laporan bertulis.
Dalam usaha untuk pelajar-pelajar kita bersedia untuk mengemudi dunia abad
ke-21 ini, mereka mesti menjadi celik dalam literasi abad ke-21 termasuk media, budaya,
maklumat, emosi, ekologi, kewangan dan siber. Bekerjasama dengan pelajar dari seluruh
dunia dalam projek adalah alat yang diperlukan untuk membangunkan literasi ini. Pelajar
boleh mempelajari bahawa melalui kerjasama, mereka boleh bekerjasama untuk menjadikan
dunia tempat yang lebih baik.

(1200 patah perkataan)


5.0 PENUTUP

Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting.
Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan keperluan
kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang
pendidikan. Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah
tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan
inovatif. Kajian lepas mendapati bahawa tahap kesediaan guru dalam menguasai kemahiran
masih pada tahap memuaskan. Kegagalan guru dalam menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran menyebabkan kemahiran ini
sukar digarap dikalangan guru. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala
reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan
perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan.

Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar
dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring
dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Namun, kesediaan guru
dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi masih lagi berada pada tahap
sederhana. Ini menyebabkan guru memerlukan latihan yang lebih bagi membantu mereka
merealisasikan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan
keperluan pelajar. Dengan peningkatan penggunaan ICT dikalangan guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan dan
memajukan lagi tahap penggunaan ICT terhadap guru seiring dengan keperluan kemahiran
abad ke-21 yang perlu diterapkan di kalangan guru dan pelajar.
6.0 RUJUKAN

(-). (2013). Pelan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan


Malaysia
Abdullah, N. (2009). Teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Adlina, S. (23 November , 2012). Peranan dan cabaran guru. Retrieved from blogspot:
http://cikgusuepkhas.blogspot.co.uk/2012/11/peranan-dan-cabaran-guru-pendidikan-
khas.html
Jamaluddin, R. (2003). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Ragbir Kaur Joginder Singh. (2013). Selangor, Subang Jaya, Malaysia: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Sing, G. O. (2002). Kamus Komputer dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
Sulaiman, S. B. (2004). Teknologi Maklumat untuk IPG. Selangor : Federal Publication.
Wood, J.W. 2002. Adapting instruction to accommodate students in inclusive setting:
Including all students. New York: Pearson Education Inc.

Lima, M., Koehler, M., & Spiro, R. 2004. Collaborative Interactivity and Integrated Thinking in
Brazilian Business Schools Using Cognitive Flexibility Hypertexts: The Panteon
Project. Jurnoul Educational Computing Research, 31(4), 371-406.