Anda di halaman 1dari 32

Pentadbiran Undang-Undang Dalam Pendidikan

oleh Helmi pada 02 Sep 2004

Pengertian Legal Literacy

Para pendidik, pengetua, guru besar dan pegawai perkhidmatan pendidikan yang lain
sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar
peraturan dan undang-undang pendidikan. Ini adalah disebabkan mereka tidak faham,
atau tidak tahu tentang adanya peraturan dan undang-undang dalam pendidikan.
Kadang-kadang mereka terperangkap dengan arahan-arahan yang bertentangan dengan
undang-undang pendidikan. Pentadbir pendidikan di sekolah khasnya pengetua dan
guru besar tidak peka peraturan-peraturan yang sedia ada dan tidak mengambil
tindakan yang sepatutnya ke atas pelajar-pelajar. Kejahilan pentadbir dan pengurus
sekolah adalah antara faktor yang dikenal pasti sebagai punca sekolah sering didakwa
oleh ibu bapa. Oleh itu, Tie Fatt Hee (2002) menyebut mentaliti yang sedia mengambil
tindakan mahkamah ke atas guru adalah suatu unsur yang sudah meresap masuk ke
dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Namun demikian, para pendidik adalah terdiri daripada mereka yang sentiasa patuh
kepada peraturan dan undang-undang. Ini terbukti daripada laporan kes-kes di
mahkamah yang amat kecil bilangannya yang membabitkan para pendidik. Malah
terdapat juga ibu bapa atau pelajar yang mengheret guru-guru ke mahkamah kerana
‘kecuaian’ yang dilakukan oleh mereka. Profesion perguruan ini sentiasa menerima
tekanan daripada orang awam dan masyarakat yang mengharapkan segala yang terbaik
daripada golongan ini, dan apa sahaja yang kurang menyenangkan berlaku dalam
masyarakat, sekolah, guru sentiasa dipersalahkan. Walaupun begitu, tidak dapat
dinafikan para pendidik memberi sumbangan yang tidak sedikit dalam pembangunan
negara.

Di samping itu, pegawai perkhidmatan pendidikan seharusnya celik undang-undang


pendidikan iaitu legal literacy yang sepatutnya dipelajari ataupun didedahkan di maktab-
maktab perguruan ataupun institusi pendidikan tinggi sebelum berkhidmat di sekolah.
Dengan cara ini, mereka lebih bertanggungjawab dan bertindak mengikut peraturan
semasa mendidik pelajar-pelajar di sekolah.

Penguasaan sistem pendidikan di Malaysia terletak di bawah kerajaan pusat dan


pendidikan adalah proses jangka panjang. Oleh itu, pendidikan menduduki tempat
teratas dalam perancangan ekonomi dan masyarakat bagi negara moden. Di Amerika
Syarikat keputusan yang paling penting mengenai undang-undang pendidikan sudah
dibuat oleh Supreme Court dalam kes Brown v. Board of Education.

Today, education is perhaps the most important function of state and local
governments. Compulsory school attendance laws and the great expenditures for
education both demonstrate our recognition of the importance of education to our
democratic society. It is required in the performance of our most basic public
responsibilities, even service in the armed forces. It is the very foundation of good
citizenship. Today it is a principal instrument in awakening the child to cultural values, in
preparing him for later professional training, and in helping him to adjust normally to his
environment. In these days, it is doubtful that any child may reasonably be expected to
succeed in life if he is denied the opportunity of an education. Such an opportunity,
where the state has undertaken to provide it, is a right which must be made available to
all on equal terms.1

Di Malaysia Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dengan memasukkan satu seksyen
baru, iaitu seksyen 29A yang menetapkan kuasa Menteri bagi mewajibkan pendidikan
rendah di negara ini. Seksyen 29A (2) juga menjelaskan:

Setiap ibu bapa yang merupakan warga negara Malaysia hendaklah memastikan
bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari
dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah
rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh
pendidikan wajib.2

Ibu bapa yang melanggar subseksyen (2) di atas adalah melakukan suatu kesalahan
dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara
selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.3

Legal Literacy

Legal Literacy digunakan bagi menerangkan sejauh manakah seseorang itu memahami
undang-undang persekolahan. Ia termasuk juga langkah-langkah yang perlu diambil
oleh pengetua berkaitan dengan undang-undang persekolahan (Rossow L.F,1990).
Kajian yang dijalankan mendapati ramai para pendidik dan pentadbir sekolah tidak
mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai keputusan yang diambil oleh
Mahkamah yang bersabit dengan kes-kes dalam pendidikan. Oleh sebab itu katanya
lagi,
“....The dispensing of information on school law should begin in teacher preparation
programs, should continue in programs preparing school administrators, and should
become a regular part of inservice programming for educators at all levels and in all
locations…4

Di negara maju seperti United Kingdom, mata pelajaran Undang-Undang dimasukkan ke


dalam sukatan mata pelajaran pada peringkat ‘A’ Level dan pelajar-pelajar boleh memilih
komponen mata pelajaran sama ada English Legal System ataupun Law Of Contract.5
Tujuan diperkenalkan mata pelajaran ini adalah supaya pelajar-pelajar meneruskan
pengajian dalam bidang perundangan pada peringkat universiti atau mengambil kursus
dalam bidang sastera yang mereka minati.

Undang-undang pendidikan penting bagi setiap warga negara, tua ataupun muda dan
mereka sepatutnya memahami proses bagaimana undang-undang tercipta dan
bagaimana ia boleh dipinda oleh sesuatu pihak dan dalam keadaan yang bagaimana.
Selain daripada itu, hak seseorang warganegara dan tanggungjawabnya mestilah
dijelaskan dan difahami dengan betul.

Kita juga sedar, masyarakat kini semakin kompleks dan tanggung jawab yang
dibebankan ke atas bahu para pendidik semakin berat dan mencabar. Seiring dengan
itu, taraf pendidikan ibu bapa dan ahli masyarakat semakin tinggi. Justeru, dakwaan di
mahkamah ke atas guru dan sekolah menjadi perkara yang tidak asing lagi.

Mengapa Pendidik dan Sekolah Didakwa?

Sekolah terdiri daripada pelajar yang datang daripada latar belakang yang pelbagai
ragam. Dan suasana sekolah penuh dengan tingkah laku manusia yang berbeza.
Sekiranya sekolah mengambil sesuatu tindakan ke atas pelajar disebabkan oleh
pelanggaran peraturan sekolah, maka ia mengundang interpretasi yang bermacam-
macam. Tindakan yang diambil oleh sekolah seperti merotan, ‘Ketuk ketampi’ 6 boleh
disalahertikan sebagai deraan atau seksaan.

Guru-guru sekolah kadang-kadang mengenakan hukuman yang melampau ke atas


pelajar-pelajar dengan tujuan mendisiplinkan mereka. Sebagai contoh, seorang pelajar
di salah sebuah sekolah menengah di Langkawi didakwa ditampar dan ditumbuk oleh
seorang guru manakala di Kota Bharu, Kelantan seorang guru agama didakwa
menyepak, menumbuk dan menghentak seorang pelajar dengan kerusi.7 Di Terengganu
pula, dilaporkan beberapa orang pelajar sekolah menengah didakwa dirotan lebih 100
kali manakala di Selangor, seorang ibu mengadu anaknya telah dirantai kakinya dan
lehernya dimangga oleh pihak sekolah.8

Sebenarnya Kementerian Pendidikan sudah menyedari perkara-perkara seperti di atas


berlaku di sekolah-sekolah tertentu sejak beberapa tahun dahulu, dan sudah pun
mengeluarkan pekeliling pada 7 November, 19839 dan yang terkini pada 11 Oktober
1995.10 Akan tetapi, disebabkan oleh kejahilan guru-guru dan pengetua-pengetua
berkenaan, maka tindakan dan hukuman yang melampau masih berlaku hingga ke hari
ini.

Oleh sebab salah persepsi di kalangan ibu bapa mengenai tindakan dan hukuman yang
dikenakan ke atas pelajar-pelajar, maka ia menjadi mudah untuk ibu bapa mendakwa
sekolah. Pengetua atau guru besar yang mengambil tindakan yang tidak bertepatan
dengan prosedur atau peraturan yang ditetapkan sudah tentu menghadapi banyak
masalah.

Bagi membantu pihak sekolah melaksanakan tugas dengan lebih teratur dan sempurna
terutama apabila berhadapan dengan kes-kes disiplin di kalangan pelajar-pelajar,
Kementerian Pendidikan menyediakan pelbagai buku panduan, surat-surat pekeliling
ikhtisas daripada semasa ke semasa dengan tujuan meningkatkan kefahaman
pengetua atau guru besar dalam hal pengurusan disiplin ataupun hal ehwal pelajar di
sekolah.

Oleh sebab pentingnya dokumen-dokumen yang disebutkan tadi, pihak sekolah dan
guru-guru seharusnya merujuk semua dokumen yang dikeluarkan supaya tindakan yang
diambil adalah selaras dengan pekeliling dari Kementerian Pendidikan. Adalah menjadi
tanggungjawab pengetua dan guru besar sekolah menyebarkan dokumen itu kepada
warga sekolahnya.

Sebagai contoh Ordinan Pelajaran, 1957 Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin)


Sekolah, 1959. Peraturan ini masih diguna pakai walaupun Akta Pendidikan 1996 mula
berkuat kuasa mulai 1 Januari 1998. Ini terbukti dengan arahan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5 / 199811

Para 3 dalam surat pekeliling itu berbunyi, “Peraturan-peraturan di bawah Akta Pelajaran
1961 dan ordinan-ordinan sebelumnya yang tidak diliputi oleh peraturan-peraturan baru
di bawah Akta Pendidikan 1996 adalah masih terpakai sehingga selesai disemak dan
dimansuhkan.”
Peraturan-peraturan baru dalam Akta Pendidikan 1996 yang dikuatkuasakan mulai 1
Januari 1998 adalah:

1. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997,

2. Peraturan-peraturan Pendidikan (Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil atau Diploma


Politeknik) 1997,

3. Peraturan-peraturan Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian dan Persijilan) (Maktab


Pendidikan Guru) 1997,

4. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kursus Pengajian dan Program Latihan) (Maktab


Pendidikan Guru) 1997,

5. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di


Politeknik) 1997,

6. Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,

7. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas),

8. Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan),

9. Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) (Pindaan) 1998; dan,

10. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997.

Di antara peraturan-peraturan yang masih digunakan di sekolah adalah peraturan


mengenai disiplin di bawah. Sebagai contoh penyataan mengenai hukuman koperal
(corporal punishment) yang sangat sensitif berbunyi berikut;12

“Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, guru besar hendaklah


mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana
perlu atau bermanfaat:
Dengan syarat bahawa;
(a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan

(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang Guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan ditapak
tangan ataupun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan
hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya dalam hal yang
tertentu

(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah perenggan (1)
hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pendaftar.”

Oleh sebab adanya peraturan di atas, hukuman koperal digunakan sejak dulu lagi bagi
mengatasi masalah disiplin. Walau bagaimanapun, kesedaran masyarakat terutama di
kalangan ibu bapa mengenai hak mereka menyebabkan penggunaan bentuk hukuman
ini berkurangan (Tie Fatt Hee, 2002). Ancaman mengambil tindakan mahkamah ke atas
guru yang menyalahgunakan autoriti mereka semakin meningkat. Secara umum, ibu
bapa harus mengetahui polisi dan prosedur hukuman koperal. Ini kerana kekeliruan ke
atas tafsiran polisi dan prosedur hukuman ini boleh menimbulkan banyak masalah di
kalangan ibu bapa dan juga guru besar.

Namun demikian, daripada tinjauan yang dibuat di kalangan pegawai perubatan dan
jururawat mengenai disiplin pelajar, mereka lebih cenderung menyokong hukuman
merotan bagi pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan atau juvenile delinquents.13
Tinjauan ini amat mengejutkan dan oleh itu, Presiden Persatuan Kesihatan Malaysia
mencadangkan program latihan untuk pegawai perubatan dan jururawat dikaji semula.

Di negara lain, terdapat banyak pendapat mengenai hukuman koperal. Ada negara yang
mahu hukuman ini dihentikan sama sekali dan ada negara yang mahu hukuman ini
dijalankan bagi pelajar-pelajar yang nakal.14 Neville Harris (1992) menyatakan,

“The Education (No. 2) Act. 1986 banned the use of corporal punishment in the state
sector. At last the government recognized what many researches had been saying for
years: that corporal punishment did not address the causes of bad behaviour, caused
resentment among older pupils in particular.”
Oleh sebab hukuman koperal boleh dikenakan kepada pelajar-pelajar di negara ini, Tie
Fatt Hee (2002) menggariskan tiga jenis tindakan yang boleh diambil ke atas guru yang
melakukan hukuman koperal kepada pelajar iaitu:
(a) Dakwaan Jenayah;
(b) Tuntutan Ganti Rugi dalam suatu tindakan sivil;
(c) Tindakan Disiplin oleh pihak majikan.

Berdasarkan kepada Peraturan 5 (1) hukuman koperal hanya boleh dilakukan oleh guru
besar atau pengetua sekolah dan adalah salah sekiranya dilakukan oleh orang lain. Dan
guru besar atau pengetua tidak boleh menjalankan hukuman koperal ke atas pelajar
perempuan.

Walau bagaimanapun mengikut Peraturan 6; “Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari
semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut,
mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru
lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu;
tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh
menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu:

Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan
kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar.”

Sehubungan dengan perkara di atas, pentadbir sekolah, pengetua, guru besar dan guru-
guru hendaklah sedar dan memahami tentang undang-undang dan peraturan-peraturan
yang berkait dengan pendidikan dan implikasinya apabila mengambil tindakan disiplin
terhadap pelajar-pelajar di sekolah.

Sekolah sebagai ‘In Loco Parentis’

Pihak sekolah menjadi tanggungjawab yang penting apabila murid-murid berada dalam
kawasan sekolah. Oleh itu, semua guru dengan sendirinya menjadi ganti kepada ibu
bapa dan mereka hendaklah memastikan agar murid-murid sentiasa diberi penjagaan
yang rapi dan dilindungi daripada sebarang risiko yang boleh mendatangkan bahaya
kepada mereka. Tanggungjawab guru-guru di sekolah bergantung juga kepada faktor-
faktor berikut:
1. Bilangan pelajar di sekolah.
2. Umur, kemahiran, dan tanggungjawab mereka.
3. Aktiviti yang sering dijalankan.
4. Kelengkapan yang terdapat di sekolah.
5. Keadaan fizikal sekolah itu sendiri seperti bangunan dan bilik darjah.

Tanggungjawab Guru dalam Bilik Darjah

Adalah menjadi tanggungjawab guru berada di dalam kelas pada setiap masa ataupun
menyelia pelajar-pelajar sepanjang masa persekolahan mereka. Ini adalah bagi
mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Meninggalkan bilik darjah
tanpa kawalan boleh mengakibatkan kemalangan berlaku dan mendedahkan sekolah
kepada dakwaan di mahkamah.

Satu kes mahkamah berkenaan penyeliaan murid dalam bilik darjah adalah kes Zazlin
Zahira Hj. Kamarulzaman (budak) menuntut melalui bapa dan penjaganya
Hj.Kamarulzaman bin Mohd. Ali mln. Louis Marie Neube Rt. Ambrose a/l Ambrose & 2
lagi.15

Sinopsis kes

Pada 19 Mac 1985 seorang guru Muzik (defendan pertama) mengajar Muzik dalam
darjah satu. Semasa pengajaran, guru tersebut mengadakan gerakan “gerabak kereta
api” di mana murid-murid termasuk Zazlin (plaintif) membuat beberapa pergerakan
mengikut rentak muzik. Guru memberi penerangan yang jelas, dan mereka mengelilingi
bilik darjah mereka. Semasa pengajaran dilakukan, pelajar tersebut jatuh dan tangannya
patah. Guru (defendan) dengan bantuan guru yang lain memberi bantuan kecemasan
sebelum dihantar ke hospital atas arahan guru besar. Guru besar memaklumkan kepada
ibu bapa berkenaan apa yang berlaku dan tindakan yang sudah diambil oleh sekolah.
Plaintif kedua (bapa Zazlin) mengambil tindakan ke atas kejadian itu dan menuntut
ganti rugi.

Mahkamah putuskan seperti berikut:

1. Sebagai seorang guru, defendan pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga ke atas


plaintif dan berkewajipan bertindak dengan cara yang munasabah bagi menjaga
keselamatan murid-murid di bawah penyeliaannya.
2. Dalam kes ini, fakta menunjukkan tidak ada perkakas merbahaya diberikan kepada
murid-murid oleh defendan pertama, dan oleh hal yang demikian, tidak ada alasan
mengatakan kelas berkenaan adalah kelas yang merbahaya yang memerlukan
penjagaan yang luar biasa rapinya.

3. Pada setiap kali kelas hendak dimulakan adalah memadai pengawasan biasa dibuat
oleh guru berkenaan. Defendan sudah mengingatkan murid-muridnya supaya jangan
tolak-menolak, berlari ataupun keluar dari barisan. Arahan-arahan ini cukup dan
memadai untuk tidak berlaku kecuaian dipihak defendan.

4. Tuntutan ditolak.16

Oleh sebab adanya kes yang dibawa ke mahkamah, peralatan dalam bilik darjah juga
perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Kerusi meja yang rosak dan senang patah boleh
mendatangkan bahaya kepada pelajar-pelajar. Begitu juga alat elektrik seperti kipas,
lampu serta suis. Cermin tingkap yang pecah hendaklah segera digantikan.

Satu lagi kes mengenai penyeliaan dalam bilik darjah ialah ‘Kes Pensel.’

Dalam kes ini seorang pelajar berumur 11 tahun bersekolah di Sekolah Dato’ Kelana
Maarof Seremban, dalam darjah lima tercedera kerana tercucuk pensel yang dipegang
oleh kawannya bernama Azmi. Azmi seorang pelajar yang nakal dan sering
mengganggu rakan-rakannya di dalam kelas. Kelas itu diajar oleh Puan Kenny.

Dalam keputusan di Mahkamah Tinggi, hakim menyebelahi plaintif, tetapi setelah dirayu
di Mahkamah Rayuan dalam kes Government of Malaysia & Ors. v. Jumat bin Mahmud
& Anor17 Hakim memihak kepada perayu dengan alasan:

1. Guru tidak mendedahkan plaintif kepada kecederaan yang boleh dijangkakan.


Sebatang pensel bukanlah benda yang merbahaya dan semua murid menggunakan
pensel di dalam kelas.

2. Andaian yang menyatakan kecuaian guru mengawasi kelas menyebabkan


kecederaan pelajar tidak boleh diterima kerana:
a. Pengawasan guru belum pasti dapat mengelakkan kecederaan.
b. Apabila murid nakal menyebabkan kecederaan, ini tidak bererti pengurusan pada
pihak guru tidak wujud sama sekali.
c. Hubungan kurangnya pengawasan dan kecederaan yang dilakukan ke atas murid
bukanlah bererti kemungkinan, tetapi perkara itu adalah andaian semata-mata.

Yang Arif Hakim Raja Azlan memutuskan:

“ The duty of care owed by (the teacher) required only that he should take such
measures as in all the circumstances were reasonable to prevent physical injury to (the
pupil). This duty not being one to insure against injury, but to take reasonable care to
prevent it, required no more than the taking of reasonable steps to protect the plaintiff
against risks of injury which (the teacher) should reasonably have foreseen.”

Kawasan Sekolah

Banyak sekolah kini menumpukan kepada aspek keceriaan agar sentiasa cantik dan
bersih. Ada sekolah yang menjadikan tandas sebagai bilik stor ataupun bilik tertentu
supaya ia bersih dan tidak berbau busuk. Ini kadang-kadang merugikan kemudahan
untuk pelajar-pelajar menggunakan dengan betul. Sekolah-sekolah ditanam dengan
tanaman yang berduri dan beracun.

Apabila sekolah menumpukan kepada keceriaan, tentulah ada ‘rock garden’, kolam ikan
atau air terjun yang dapat mencantikkan kawasan sekolah dan kadangkala
mengundang bahaya kepada pelajar-pelajar. Tempat-tempat yang membahayakan
kepada pelajar-pelajar hendaklah sentiasa diberi amaran agar mereka dapat
mengelakkannya. Pekeliling mengenai kebersihan dan keceriaan sekolah adalah seperti
berikut:

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/ 198518


Rancangan Mencantik dan Mengindahkan Sekolah dan Kawasannya (Landscaping)

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/ 1989 19


Kebersihan Sekolah

Keselamatan Pelajar

Oleh sebab sekolah adalah ‘loco parentis’, keselamatan pelajar di sekolah adalah
tanggungjawab guru dan pengetua sekolah selagi mana mereka berada di dalam
kawasan sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pengetua juga bagi keselamatan
pelajar di luar kawasan sekolah apabila pelajar-pelajar mengambil bahagian dalam
aktiviti kokurikulum di luar atau terlibat dalam kes-kes jenayah ataupun disiplin di luar
kawasan sekolah. Terdapat beberapa pekeliling ikhtisas Kementerian Pendidikan
mengenai keselamatan pelajar. Antaranya adalah:

1. Surat Pekeliling Ikhtisas No. 1/ 197420


Keselamatan Dalam Makmal

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/ 1988 21


Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah

3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/199122


Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/199523


Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Serta
Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 21/199824


Persediaan Menghadapi Bencana Alam

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/199925


Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/200026


Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan
Sekolah.

Dengan adanya pekeliling-pekeliling di atas adalah diharapkan pengetua atau guru


besar mengambil langkah-langkah yang pro-aktif bagi mengelakkan pelajar-pelajar
daripada sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku di dalam dan luar kawasan
sekolah masing-masing.

Pada tahun lepas, Kementerian Pendidikan melaksanakan Polisi Sekolah Selamat. Polisi
ini bermaksud persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah berasa
selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun
luar.27 Polisi ini dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada 6 Mei 2002 di Sungai Petani,
Kedah dan mula dilaksanakan di dua puluh buah sekolah. Pada tahun ini semua sekolah
rendah dan menengah seluruh negara terlibat dalam pelaksanaan polisi berkenaan.

Antara lain objektif pelaksanaan Polisi Sekolah Selamat adalah meningkatkan


kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama
dalam semua aspek pendidikan di sekolah. Satu kes yang berkait dengan keselamatan
dibawa ke Mahkamah pada tahun 1982 yang melibatkan pengetua sekolah adalah kes:
Headmistress, Methodist Girls School & Ors v. Headmaster, Anglo-Chinese Primary
School & Anor 28

Dalam kes ini seorang murid berumur sembilan tahun dilanggar oleh bas sekolah
semasa berjalan di dalam kawasan sekolah, Anglo-Chinese Primary School untuk
pulang ke rumahnya. Oleh sebab dia mengalami kecederaan yang teruk, dia saman
pemandu bas dan pemiliknya serta menuntut kerugian. Pemilik bas kemudian
membawa responden (guru besar dan kerajaan) sebagai orang ketiga untuk sama-sama
bertanggungjawab membayar ganti rugi. Ini adalah kerana membenarkan bas
memasuki kawasan sekolah. Hakim memutuskan untuk dibayar ganti rugi kepada murid
tersebut berjumlah RM 20,000.00 dan tidak membenarkan sekolah sama-sama
membayar.

Pemilik bas merayu keputusan tersebut dan kes ini di bawa ke Mahkamah Federal.
Hakim mendapati sekolah tidak terlepas dari tanggungjawab menjaga keselamatan
dalam kawasannya. Keputusan yang diambil adalah pihak sekolah membayar 30%
sebagai ganti rugi dan pemilik bas membayar 70%.

Undang-undang TORT

Menurut Abd. Ghani (1985) Tort merangkumi soal tuntutan dan dakwaan berkaitan
kerugian, kecederaan dan kesakitan. Peranan undang-undang tort adalah menentukan
soal-soal liabiliti dan ganti rugi yang dituntut dalam kesalahan sivil.

Tort adalah satu daripada cabang undang-undang sivil yang menetapkan tindakan
undang-undang yang boleh diambil ke atas yang melakukan perbuatan ataupun
kecuaian bagi mendapatkan ganti rugi; tidak tertentu jumlahnya.
Secara mudah tort bermakna ‘salah’. Bidang ‘tort’ ini sangat luas dan mencakupi
pencerobohan, kacau ganggu, fitnah dan pernyataan silap atau misstatement.
Kecuaian atau negligence sebagai tort adalah pelanggaran kewajipan undang-undang
untuk berjaga-jaga oleh defendan yang mengakibatkan kerosakan yang tidak diinginkan
kepada plaintif (Rogers,W.V.H, 1994). Unsur-unsur kecuaian adalah;
a. kewajipan undang-undang di pihak A ke atas B untuk berhati-hati dalam segala
perbuatan,
b. pelanggaran kewajipan tersebut,
c. kerosakan berbangkit kepada B.

Unsur-unsur di atas tidak selalunya boleh dipisahkan dan ia hanya merupakan tiga cara
berlainan apabila melihat satu masalah yang serupa.

Kecuaian

Dalam pendidikan terdapat perbezaan di antara ‘kecuaian guru’ dan ‘kecuaian


pendidikan’. Kecuaian guru berpunca daripada konsep tanggungjawab berjaga-jaga
daripada segi undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepada guru. Biasanya
kecuaian guru dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang menimpa
pelajar. Guru terpaksa membayar denda dalam bentuk ganti rugi jika mahkamah
memutuskan wujud liabiliti guru dalam sesuatu keadaan. Biasanya ganti rugi dibayar
kepada ibu bapa pelajar berkenaan.

Di London, sekolah menjadi sasaran untuk disaman oleh ibu bapa kerana kecederaan-
kecederaan kecil. Pada bulan Mei 2002, Neil Primrose, Pengetua sekolah Norlington di
Timor London memohon agar kerajaan memberi per-lindungan kepada sekolah-sekolah
dan tempat-tempat awam daripada ancaman yang semakin bertambah.29 Neville
Harris (1992) menyatakan,

“ There is a general principle that where a teacher ( or indeed any other employee) is
negligent in the course of his/her duties, the employer may be vicariously liable……. In
many cases the injured party (known in a legal action as the ‘plaintiff’) may decide to
sue the employer because the latter’s financial resources available to satisfy any
judgment will be far greater than those of the teacher.”

Tie (2002) menyatakan empat elemen penting yang perlu wujud sebelum seseorang
guru itu boleh didakwa oleh pihak pendakwa:
1. Terdapat elemen berjaga-jaga seperti arahan yang diberikan oleh pengetua kepada
guru bagi mengajar sesebuah kelas pada sesuatu masa.

2. Tanggungjawab itu tidak dipatuhi dan guru meninggalkan kelas untuk berehat di bilik
guru menyebabkan pelajar-pelajar bertumbuk.

3. Akibat daripada pelanggaran tanggungjawab tadi, seorang pelajar cedera di muka


dan mengalami kerugian.

4. Terdapat kaitan yang rapat di antara tingkah laku defendan dengan kecederaan yang
dialami oleh plaintif.

Kecuaian pendidikan merujuk kepada kegagalan guru mendidik pelajar. Ada beberapa
faktor yang menyebabkan kegagalan pelajar memperoleh ataupun menguasai sesuatu
kemahiran dalam pendidikan. Namun dalam banyak situasi, usaha membuktikan
sesuatu kecederaan intelek berpunca daripada pengajaran guru yang kurang baik
adalah amat menyukarkan.

Oleh itu 99% daripada guru-guru tidak perlu bimbang kerana guru-guru yang bimbang
adalah mereka yang tidak cekap, yang tidak hiraukan murid-murid di bawah jagaan
mereka. Guru-guru yang bekerja sedikit, tidak terlatih dan kekurangan sumber adalah
lebih ‘cuai’ dalam pengajaran mereka.30

Sebagai contoh seorang guru dipertanggungjawabkan mengajar empat puluh orang


pelajar di tingkatan tiga sebuah sekolah menengah. Selepas peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) hanya sepuluh orang sahaja pelajar mendapat 8 A. Jika
dipandang daripada segi kecuaian pendidikan, adakah semua guru mata pelajaran
gagal mendidik tiga puluh orang pelajar di kelas itu? Atau, adakah pelajar-pelajar itu
sendiri gagal mempelajari apa yang disampaikan oleh guru-guru?

Keadaan di atas perlu dilihat dan dikaji dengan teliti sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Ini amat merumitkan. Contoh-contoh kecuaian yang lain yang dapat meng-akibatkan
pihak sekolah bertanggungjawab secara tort adalah:

1. Gagal menyediakan kawalan pada alatan yang digunakan oleh pelajar.


2. Meninggalkan bahan-bahan kimia yang merbahaya yang dapat dicapai oleh pelajar.
3. Membiarkan pelajar bermain dengan alat-alat yang merbahaya tanpa kawalan.
Tanggungjawab sekolah tidak berakhir apabila loceng terakhir berbunyi dan sekolah
berakhir. Tanggungjawab ini perlu diteruskan bagi menjalankan pengawasan dan
penyeliaan yang baik dan rapi ke atas murid-murid sehingga ibu bapa atau penjaga
datang untuk mengambil mereka pulang.

Dalam kes-kes kecuaian di sekolah di mana kecenderungan menyabitkan pihak sekolah


bertanggungjawab bagi sesuatu kecuaian, bergantung banyak kepada keadaan-keadaan
tertentu. Neville Harris (1992) menegaskan;

“Having established who may be responsible for a teacher’s negligent act (or omission),
the question of when negligence occurs must be considered. It has been said that it is
not for every careless act that a man may be held responsible in law, nor even for every
careless act that causes damage.”
Satu lagi kes kecuaian dalam pendidikan ialah kes:

Mohamed Raihan Bin Ibrahim & Anor. V. Government Of Malaysia & Ors 31

Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Port Dickson mengalami kecederaan
di kepala kerana terkena cangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas amali
Sains Pertanian. Beliau mendakwa kecederaan berlaku kerana responden, guru mata
pelajaran Sains Pertanian gagal membuat penyeliaan ke atas pelajar yang mengikuti
kelas perkebunan dan gagal memberi penerangan berkenaan penggunaan cangkul.
Tuntutan beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Plaintif membuat rayuan kepada
Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Rentetan peristiwa adalah seperti berikut:

• Pelajar-pelajar tingkatan satu yang terdiri daripada 37 atau 38 orang mengikuti kelas
amali pertanian di bawah pengawasan guru perempuan Mrs. Hau Kan Yong.

• Selepas berbaris bagi mengambil peralatan pertanian dari stor, mereka terus ke kebun.

• Pelajar-pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan diberikan


satu batas. Ukuran batas adalah 15 kaki panjang dan 3 kaki lebar.
• Plaintif meninggikan batasnya dengan menggunakan penyodok dan rakannya, Raja
Aminuddin membuat kerja yang sama di batas sebelah dengan menggunakan cangkul
yang pemegangnya sepanjang 5 kaki.

• Oleh sebab jarak mereka terlalu dekat, plaintif memberitahu Raja Aminuddin supaya
jangan menggunakan cangkul sehingga beliau selesai kerjanya. Akan tetapi, Raja
Aminuddin terus mengangkat cangkul tanpa menghiraukan kata-kata plaintif.

• Akhirnya cangkul Raja Aminuddin terkena kepala plaintif dengan luka 2 � inci dan
retak pada tulang tengkorak kanan.

• Semasa kemalangan, guru sedang duduk di bawah pokok, beberapa ela dari batas
pertanian.

Kesimpulan daripada hujah dalam perbicaraan di Mahkamah Persekutuan, terdapat


kecuaian dan gagal mengambil tindakan munasabah dan langkah-langkah yang
sepatutnya bagi mengelakkan perayu yang di bawah jagaan beliau daripada
menanggung kecederaan. Guru tidak memeriksa peralatan kebun dan tidak
menyediakan sistem keselamatan semasa kelas pertanian. Guru mempercayai pelajar
dan tidak menguruskan peralatan kebun dengan baik. Guru tidak memberi peringatan
dan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan mengikut keadaan pelajar termasuk
jarak antara mereka, bagi mengelak berlakunya kecederaan.

Hakim Salleh Abas F.J menegaskan;

“It is a settled law that a school teacher is under a duty to exercise supervision over his
pupils when they are in the school premises, either in the classroom or the playground.
The degree of supervision depends on the circumstances of each case, such as the age
of the pupils and what they are doing at the material time. If the teacher knows that the
pupils are engaged in doing acts which are likely to cause injuries to one another, the
teacher is under a duty to take steps to ensure the safety of the acts.”32

Kes kecuaian yang seterusnya dilaporkan ialah, Yogeswari Nadarajah & Anor v.
Government of Malaysia.33

Pada 7 November 1975 lebih kurang pukul 7.25 pagi, iaitu sebelum sekolah bermula,
plaintif pertama, seorang murid tahun dua SRJK (T) Gemas, Negeri Sembilan sedang
berdiri di padang sekolah. Pada masa itu dua orang murid lelaki sedang bermain
membaling ranting kayu bunga raya. Ranting bunga raya itu terkena plaintif tadi dan
mencederakan mata kirinya sehingga matanya itu terpaksa dikeluarkan.
Plaintif pertama dan ibunya mendakwa defendan pertama iaitu kerajaan Malaysia,
Lembaga Pengurus Sekolah dan guru besar sekolah berkenaan. Pihak defendan
mengatakan dalam kes ini, tidak terdapat alasan yang kukuh untuk membolehkan
plaintif membuat dakwaan.

Bukti daripada plaintif adalah, dia merupakan seorang murid tahun dua sekolah itu.
Apabila dia pergi ke sekolah pada 7 November, dua orang murid lelaki membaling
ranting kayu dan terkena mata kirinya. Selepas kejadian itu, matanya terpaksa
dikeluarkan.

Bukti juga menunjukkan ranting pokok bunga raya dipotong dan dibiarkan berselerak di
bawah pokok. Sebelum kejadian itu berlaku, murid-murid bermain dengan ranting kayu
pokok itu.

Peguam bela plaintif mengusulkan, defendan sepatutnya membuang semua ranting


kayu dari kawasan sekolah. Kegagalan berbuat demikian adalah suatu kecuaian pada
pihak defendan kerana mereka mempunyai tanggungjawab memastikan kawasan
sekolah sentiasa dalam keadaan selamat.

Daripada bukti yang didapati, perkara yang perlu diberi pertimbangan adalah sama ada
defendan sudah melepaskan tanggungjawab menjaga plaintif, iaitu ada ataupun tidak
pihak defendan memikirkan risiko yang mungkin ditanggung oleh murid. Sekiranya ada,
apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan daripada risiko berkenaan.

Bukti yang jelas adalah dua orang murid sedang membaling ranting kayu di antara satu
sama lain di belakang tandas dalam kawasan sekolah. Dan ranting kayu tadi terkena
mata kiri plaintif.

Yang Arif Wong Kim Fatt, J.C mengatakan, ranting kayu itu bukanlah benda yang
merbahaya sama juga seperti kerusi, meja yang terdapat di sekolah. Adalah tidak
munasabah meletak seorang guru menyelia aktiviti-aktiviti permainan murid. Dalam kes
itu, tidak terdapat bukti yang menunjukkan defendan mengetahui risiko kecederaan
yang ditanggung oleh plaintif.
Sama juga dengan kes Government of Malaysia & Ors v. Jumat bin Mahmud & Anor34,
Yang Arif menjelaskan, undang-undang dianggap tidak meletakkan liabiliti yang tegas
ke atas guru apabila pelajar-pelajarnya cuai dalam undang-undang tort. Undang-undang
hanya memerlukan bukti yang menunjukkan guru gagal mengambil langkah yang
munasabah mengawasi muridnya daripada kecederaan yang sepatutnya dapat
dielakkan. Keputusannya adalah tuntutan plaintif ditolak tanpa kos.

Ordinan-ordinan yang Masih Diguna Pakai

Ordinan Pelajaran, 1957


Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959

Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah), 1959


dan hendaklah bagi semua sekolah selain daripada:-
(a) sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen 114(2) Ordinan
dan,
(b) sekolah gaya pos.

Dalam peraturan ini peranan Lembaga Pengurus / Pengelola sekolah bagi sekolah-
sekolah kerajaan dimansuhkan.

Beberapa peraturan dalam Ordinan Pelajaran 1957 telah dipinda atau dimansuhkan dan
digantikan dengan Peraturan 1980 dalam Akta Pelajaran 1961.

Semua pengetua sekolah dan guru besar telah diberi arahan supaya mematuhi
Peraturan-peraturan Tatatertib Sekolah seperti dalam surat pekeliling Kementerian
Pelajaran Malaysia (ketika itu) Bil. 1/ 1972, bertarikh 4 hb. Februari, 1972. Sebelum itu
surat pekeliling dari Kementerian Pelajaran pernah dikeluarkan mengenai tatatertib di
sekolah seperti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/68 bertajuk ‘Pembuangan Murid-murid
daripada sekolah kerana Kelakuan Curang’ dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/ 68
bertajuk ‘Tatatertib di Sekolah’.

Satu kes yang boleh diambil contoh berkenaan pembuangan seorang pelajar yang
melanggar disiplin di sekolah dan dibawa ke mahkamah adalah seperti di bawah:

Mahadevan v. Anandarajan & Ors.35


( O.C.J. (Abdul Hamid J.) September 5, 1969)
Dalam kes ini, seorang pengetua sekolah dalam keterangannya menyatakan seorang
pelajar dibuang sekolah kerana terdapat laporan daripada guru berkenaan tingkah laku
pelajar itu pada masa pertunjukan talentime yang diadakan pada 1 April 1968. Laporan
berkenaan perangai pelajar itu juga diberikan oleh ketua pengawas dan Pengerusi Kelab
Interact. Laporan itu juga menyebut, pelajar itu menduduki tempat duduk berharga
RM3.00 walaupun hanya membayar RM2.00 sahaja. Selain daripada itu, dia ketawa dan
meninggalkan pertunjukan itu beberapa kali bagi mengganggu pertunjukan. Laporan
juga menyebut, dia menyalakan mancis api dan berperangai tidak senonoh dalam
kumpulannya.

Pengetua memanggil pelajar itu bersama dua orang rakannya yang lain ke dalam
pejabatnya pada 2 April 1968. Beliau memberi amaran kepada mereka. Pengetua
memanggil pelajar itu juga secara bersendirian pada hari itu dan memberitahu
perangainya yang kurang sopan pada masa yang lepas. Pelajar itu menyangkal
beberapa tuduhan tetapi mengaku kesalahan yang lain.

Pada masa yang lain, pelajar itu membawa surat sakit daripada doktor tetapi pada
petang itu dia bermain badminton. Apabila disoal, dia menyatakan dia tidak datang bagi
aktiviti sekolah tetapi sakitnya itu tidak teruk bagi membolehkan dia bermain
badminton.

Selepas menemui pelajar itu, pengetua berpuas hati dan merasakan pelajar itu patut
diambil tindakan buang sekolah bagi menjaga disiplin di sekolahnya. Pengetua
membincang berkenaan perkara itu dengan rakan sejawatnya dan pada 10 April, 1968
dia bertekad membuang pelajar itu. Oleh sebab ketika itu sekolah akan tutup, pengetua
menyampaikan keputusannya pada 6 Mei 1968. Bapanya merayu kepada Lembaga
Pengurus Sekolah tetapi rayuannya ditolak.

Pelajar itu bersama bapanya membawa kes itu ke Mahkamah bagi membatalkan
tindakan pengetua agar dia disekolahkan semula. Dalam pengakuannya, ia menyatakan
tuduhan yang dibuat ke atasnya tanpa memberi peluang yang mencukupi untuk dia
menjawab pertuduhan yang dibuat. Dan pertuduhan dibuat dengan cara yang tidak
tepat dan tidak mengikut undang-undang keadilan asasi atau natural justice.

Mahkamah Tinggi mendengar keterangan yang diberikan dan berpuas hati bahawa
pelajar itu tidak diberi peluang yang mencukupi untuk didengar. Mahkamah menyatakan
dengan memberi amaran yang pelajar akan dibuang tidak memadai untuk menerima
sebagai keadilan asasi. Mahkamah berpendapat, pengetua tidak memberi notis yang
secukupnya kepada pelajar untuk dia menikmati kehendak keadilan asasi. Mahkamah
mendapati terdapat pelanggaran aspek tersebut dan keputusan yang diambil oleh
pengetua sebagai batal dan tak sah iaitu null and void dan pelajar itu diterima
bersekolah semula.

Pengetua merayu kes ini ke Mahkamah Federal. Mahkamah Federal mendapati tindakan
yang diambil oleh pengetua adalah mengikut peraturan dan menepati keadilan asasi.
Mahkamah menetapkan, bagi menjaga disiplin di sekolah, pengetua tidak perlu
mengadakan sesi pertemuan yang panjang lebar sebelum bertindak. Sekolah tidak
tertakluk kepada alteram partem atau the right to be heard. Mahkamah Federal berpuas
hati dengan tindakan pengetua yang sudah memberi peluang yang mencukupi kepada
pelajar itu dan pelajar itu dibuang dari sekolah.

Tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Federal , pelajar itu merayu kesnya ke
Majlis Privy atau Privy Council. Majlis Privy menolak rayuan itu. Majlis Privy menyatakan,
dalam hal pentadbiran seperti penyingkiran pelajar, adalah tidak sama kesnya dengan
kes jenayah. Keadilan asasi itu adalah mengambil tindakan secara yang adil dan
saksama. Apa yang adil bergantung kepada keadaan dan mengikut pemikiran biasa
Majlis Privy tidak ada sebarang ketidakadilan dalam tindakan yang diambil oleh
pengetua sekolah. Rayuan ditolak

School (General Regulations), 195136

Selain daripada peraturan berkenaan disiplin, terdapat peraturan yang disebut sebagai
Schools (General) Regulations, 1951. Walaupun peraturan ini adalah lama, tetapi ia
masih sesuai dan berguna untuk pentadbir sekolah. Penekanan yang diberikan dalam
peraturan ini adalah antara lain:

Keperluan untuk bangunan sekolah

Dalam peraturan ini, semua aspek yang berkaitan dengan bangunan sekolah seperti
keluasannya, bilangan bangunan, bilik darjah serta tempat rekreasi sama ada dalam
bentuk pelan ataupun gambar hendaklah diberi kepada pendaftar sekolah apabila
dikehendaki.
Bangunan itu hanya boleh digunakan apabila ia didaftarkan dan sesuai digunakan.
Apabila sekolah itu didaftarkan, nama sekolah yang didaftarkan itu hendaklah ditulis
dengan jelas di depan pintu masuk sekolah itu.

Bangunan tambahan untuk sekolah tidak boleh dibuat selagi tidak mendapat kebenaran
daripada pendaftar sekolah. Tandas untuk bangunan hanya akan dibenarkan sekiranya
ia sesuai pada pandangan pendaftar atau pegawai perubatan.

Keperluan kesihatan

Tiap-tiap bilik darjah hendaklah sesuai pembinaannya agar udara dan cahaya dapat
masuk dengan senang melalui tingkap atau lubang, dan ruang terbuka ini hendaklah
luasnya satu perlima daripada keluasan lantai.

Peraturan ini juga menentukan kawasan tempat duduk seseorang itu tidak boleh kurang
daripada 15 kaki persegi, dan sekiranya ketinggian siling bilik itu kurang daripada 12
kaki, maka sijil pengesahan daripada pegawai perubatan hendaklah diperolehi bagi
mengesahkan penggunaan bilik itu agar tidak menjejas kesihatan pelajar.

Penggunaan bilik darjah

Di bahagian depan tiap-tiap bilik darjah hendaklah ditandakan dengan jelas nombor atau
huruf pengenalan bilik itu. Bilangan pelajar yang dapat dimasukkan ke dalam tiap-tiap
bilik hendaklah dikira pada 180 kaki padu ruang dalaman untuk setiap pelajar. Cahaya
untuk bilik darjah hendaklah mencukupi supaya tidak mengganggu penglihatan pelajar.

Peraturan ini juga memerlukan sijil supaya dipaparkan di tiap-tiap kelas yang
menunjukkan bilangan pelajar yang dimasukkan ke dalam kelas itu. Mengikut peraturan
ini juga tidak lebih daripada 40 orang yang boleh diajar pada satu-satu masa oleh
seorang guru kecuali untuk pengajaran Pendidikan Jasmani atau Nyanyian atau
kegunaan lain yang di luluskan oleh pendaftar. Orang lain daripada guru tidak boleh
menggunakan bilik darjah. Buku kedatangan pelajar yang dibenarkan oleh pendaftar
hendaklah disimpan di tiap-tiap bilik darjah.

Bagi memelihara penglihatan pelajar, meja-meja hendaklah disusun supaya cahaya


dapat jatuh di bahagian kiri pelajar dan huruf-huruf yang ditulis di papan hitam atau
hijau tidak kurang daripada satu inci tinggi.
Kebersihan dan kesihatan

Peraturan ini juga menetapkan guru-guru dan pelajar-pelajar hendaklah sentiasa bersih.
Bilik darjah hendaklah dibersihkan tiap-tiap hari lepas persekolahan. Lantai dibasuh
seminggu sekali dan bangunan lain, padang serta parit dan longkang dibersihkan setiap
hari.

Meludah dalam kawasan sekolah adalah dilarang. Pegawai perubatan atau yang
mempunyai autoriti daripadanya boleh pada sesuatu masa memeriksa sekolah bagi
melihat kebersihan dan tandas sama ada dalam keadaan bersih ataupun tidak dan satu
laporan akan dihantar kepada pendaftar.

Pengetua atau guru besar perlu memastikan sebab seseorang pelajar itu tidak hadir ke
sekolah selama lebih dari sehari. Dan dia patut melaporkan kepada pegawai perubatan
sekiranya terdapat penyakit berjangkit di kalangan guru, pelajar dan pekerja lain di
sekolahnya.

Sekiranya terdapat mana-mana sekolah yang di dalamnya guru-guru, pelajar dan pekerja
lain mengidap penyakit berjangkit, pendaftar atas nasihat pegawai perubatan
mengarahkan supaya sekolah itu ditutup bagi jangka masa yang sesuai.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/98 37: Menjaga Kesihatan Pelajar di Sekolah,
menekankan berkenaan pentingnya menjaga kesihatan pelajar di sekolah. Antara
tindakan yang dicadangkan adalah:

1. Elakkan aktiviti yang mendedahkan pelajar, untuk jangka masa yang lama kepada
keadaan cuaca yang dapat menjejaskan kesihatan mereka seperti jerebu dan cuaca
panas.

2. Pastikan premis dan persekitaran sekolah, termasuk asrama dan kantin sentiasa
dalam keadaan bersih, selesa dan selamat, supaya pelajar tidak dijangkiti penyakit.

3. Melaporkan semua kes penyakit berjangkit kepada pejabat kesihatan berhampiran


dan tidak membenarkan pelajar yang disahkan menghidapi penyakit hadir ke sekolah
bagi suatu tempoh yang difikirkan wajar.
4. Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan di kantin dan asrama supaya
kejadian keracunan makanan di sekolah dapat dielakkan.

5. Mengawasi secara berterusan penjualan makanan di kantin, supaya makanan untuk


pelajar mencukupi, harga jualan dipatuhi seperti dalam perjanjian, dan sesuai dengan
kemampuan perbelanjaan harian pelajar.

6. Menangani masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan persekitaran sosial sekolah


yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang sihat.

7. Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensi-
agensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai dengan konsep dan
matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat yang dilancarkan oleh Y.B. Menteri
Pendidikan Malaysia pada tahun 1997.

8. Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam surat-surat siaran,


pekeliling-pekeliling ikhtisas dan buku panduan yang disediakan dan disiarkan dari
semasa ke semasa.

Surat Pekeliling Ikhtisas Berkait dengan Kesihatan

i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1981 38


Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-kantin Sekolah untuk Murid-murid Berbilang
Agama.

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas No. 4/198139


Kebersihan di Sekolah-sekolah

iii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/198240


Kempen Anti Denggi di Sekolah-sekolah.

iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983 41


Garis Panduan Kempen Anti Merokok di Sekolah-sekolah.

v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/198342


Kantin Sekolah.
vi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/198543
Rancangan Mencantik dan Mengindahkan Sekolah dan Kawasannya(Landscaping)

vii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/198844


Penyakit Demam Kepialu (Tifoid), Taun (Kolera), Penyakit Kuning (Hepatitis B), dan
Keracunan Makanan.

viii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 45


Keselamatan Diri Pelajar di Sekolah.

ix. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/1988 46


Penyenggaraan dan keceriaan Maktab Perguruan/ Politeknik/ Sekolah.

x. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1989 47


Rancangan Kesihatan Sekolah.

xi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/1989 48


Kebersihan Sekolah.

xii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1995 49


Keselamatan Diri Pelajar semasa Pengajaran Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan
Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di luar Sekolah.

xiii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995 50


Keracunan Makanan di Sekolah-sekolah.

xiv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1996 51


Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Kerapian Berpakaian.

GARIS PANDUAN

i. Garis Panduan Kantin Sekolah


Cetakan Pertama 1989

ii. Amalan Kebersihan Sekolah – Garis Panduan


Cetakan Pertama 1997
iii. Amalan Kebersihan Sekolah – Panduan Aktiviti
Cetakan Pertama 1997

iv. Program Bersepadu Sekolah Sihat


Cetakan Pertama 1997

v. Rekod Kesihatan Murid

Disiplin: Jadual waktu dan kurikulum:


Latihan kecemasan

Peraturan ini juga menetapkan jadual waktu, sukatan pelajaran hendaklah dihantar
kepada pendaftar supaya diluluskan. Perubahan pada jadual waktu dan sukatan
pelajaran tidak dibenarkan kecuali dengan persetujuan pendaftar.

Guru besar atau pengetua hendaklah membuat rancangan untuk pelajar-pelajar


meninggalkan bangunan sekolah apabila berlaku kebakaran. Rangka atau pelan kawad
kecemasan perlu dipaparkan di sekolah dan semua guru perlu membiasakan diri
dengan rangka itu.

Semua kelas hendaklah diadakan kawad kecemasan supaya pelajar-pelajar tahu


kedudukan mereka dan tugas yang ditetapkan kepada mereka. Latihan perlu diadakan
pada waktu yang sesuai.

Sijil berhenti sekolah

Semua pelajar kecuali yang tidak menjelaskan yuran sekolah hendaklah diberi sijil
berhenti sekolah menggunakan borang yang diluluskan oleh pendaftar dan mempunyai
nama sekolah yang tercatat sama ada sekolah kerajaan atau sekolah swasta.

Pelajar-pelajar yang dibuang sekolah disebabkan oleh kes disiplin juga diberi sijil
berhenti sekolah dengan ada catatan daripada guru besar.52

Penggunaan sekolah atau Use of school premises


‘Tiada seorang pun boleh tanpa sebab yang munasabah masuk atau cuba masuk atau
tinggal di premis itu atau di mana-mana bahagian premis itu yang digunakan sebagai
atau berkaitan dengan sesebuah sekolah yang mana suatu perintah yang dibuat di
bawah perenggan (1) adalah berkuat kuasa.’53

Tidak seorang pun orang luar dibenarkan menggunakan premis sekolah pada bila-bila
masa bagi menghimpunkan pelajar-pelajar atau guru bagi tujuan mengajar, bersyarah,
memeriksa ataupun mengedarkan risalah atau bahan bacaan ataupun mengambil
bahagian dalam aktiviti sekolah atau memeriksa aktiviti pendidikan kecuali ia mendapat
kelulusan daripada pendaftar.

Penggunaan premis sekolah sebagai tempat propaganda politik dengan tujuan


mempengaruhi pelajar tidak dibenarkan.

Premis sekolah atau sebahagian daripada sekolah tidak boleh digunakan untuk
permainan haram seperti judi ataupun loteri.
Rujuk:

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1976 54


Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi di Sekolah-sekolah.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1991 55


Penggunaan Kemudahan Sekolah oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia.

Peraturan-peraturan dalam Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahagian XIII bagi menjelaskan peraturan-


peraturan yang boleh dibuat oleh menteri. Antara peraturan itu boleh diringkaskan
seperti berikut:

1. Pendaftaran pelajar
2. Tempoh penggal persekolahan
3. Penubuhan institusi pendidikan
4. Yuran yang dikenakan untuk pendaftaran
5. Disiplin di institusi pendidikan
6. Kurikulum kebangsaan
7. Persatuan murid-murid dan ibu bapa
8. Peralatan persekolahan
9. Bahan-bahan pengajaran
10. Penyimpanan akaun
11. Piawaian kesihatan dan keselamatan
12. Perkara-perkara lain yang suai manfaat untuk Akta ini.

Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998

Dengan terbitnya peraturan di atas, peraturan-peraturan di bawah Seksyen 92 Ordinan


Pelajaran 1952 dibatalkan, dan peraturan ini mula berkuat kuasa pada 21 Mei 1998.

Penubuhan persatuan sekolah

Guru besar atau pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah
menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:

(a) Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;

(b) hobi dan rekreasi;

(c) sukan dan permainan;

(d) badan beruniform; atau

(e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Laporan persatuan

Jawatankuasa tiap-tiap persatuan sekolah hendaklah mengemukakan secara bertulis


kepada guru besar atau pengetua, laporan yang lengkap mengenai perkara-perkara yang
berikut:

(a) perlembagaan dan peraturan persatuan;

(b) senarai ahli jawatankuasa persatuan; dan


(c) senarai aktiviti utama persatuan.

Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas hari mula berkuat
kuasanya peraturan-peraturan ini atau dalam hal persatuan yang ditubuhkan selepas
Peraturan-peraturan ini berkuat kuasa, dalam tempoh empat belas hari selepas
mesyuarat pertama persatuan itu.

Perlembagaan dan peraturan persatuan sekolah hendaklah diluluskan oleh guru besar
atau pengetua.

Selain daripada penasihat persatuan yang dilantik oleh guru besar atau pengetua serta
rekod persatuan yang perlu disimpan dengan rapi, akaun persatuan hendaklah diawasi
dengan baik oleh pengetua atau guru penasihat.

Pembubaran persatuan

Pendaftar, guru besar atau pengetua boleh, secara bertulis mengarahkan mana-mana
persatuan sekolah dibubarkan jika dia berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin
digunakan bagi maksud;

a. yang tidak memberi manfaat kepada guru atau murid;

b. propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam;

c. yang memudaratkan kepentingan murid; atau

d. yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.

PEKELILING-PEKELILING IKHTISAS MENGENAI PERSATUAN (KOKURIKULUM)

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1971 56


Permainan Catur di Sekolah-sekolah Menengah

2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/77 57


Pengelolaan Walkathon di Sekolah-sekolah
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1982 58
Permainan Pin-table, Video Game, Game Watch

4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1984 59


Garis Panduan berkenaan Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-sekolah

5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986 60


Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar

6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1986 61


Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum “Pengenalan Kepada Komputer” dan Kegiatan
Kelab Komputer Sekolah

7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1986 62


Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah.

8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1988 63


Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Pereka Cipta Sekolah

9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988 64


Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau
Badan Induk Sukan

10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1989 65


Penyertaan Pelajar dalam Kegiatan Sukan di Sekolah

11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1992 66


Panduan Penubuhan dan Pengurusan Persatuan Silat Sekolah

12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1994 67


Pelaksanaan Kokurikulum pada Tahun 5 dan Tahun 6 KBSR

13. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995 68


Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah (KRS)
14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1995 69
Penyertaan Pelajar dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau
Badan Induk Sukan

15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1995 70


Rancangan Kegiatan Sekolah selepas Peperiksaan UPSR bagi Murid-murid Tahun 6

16. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1997 71


Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.

17. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998 72


Penglibatan Guru dan Murid dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi
Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

18. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2000 73


Panduan Penubuhan dan Pengurusan Kelab Komputer/Teknologi Maklumat Sekolah

19. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 74


Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah-sekolah

20. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000 75


Penggalakan Aktiviti Fotografi di Kalangan Murid

21. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 20/2000 76


Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam di Sekolah-sekolah.

Satu kes yang dilaporkan berkenaan kecuaian guru dalam menguruskan aktiviti
kokurikulum ialah kes Chen Soon Lee melawan Chong Voon Pin dan Lain-lain (O.C.J.
Lee Hun Hoe J.) June 13 1966.77

Tindakan diambil disebabkan oleh kecuaian pada pihak defendan. Defendan terdiri
daripada seorang pengetua dan dua orang guru di sebuah sekolah di Miri, Sarawak.
Mereka mengiringi beberapa orang pelajar sekolah itu untuk aktiviti perkelahan di tepi
pantai di Tanjong Lobang. Semasa pelajar-pelajar bermain bola di dalam air, ada di
antara mereka yang pergi ke tempat yang dalam dan mereka tenggelam. Guru-guru dan
pelajar lelaki cuba menyelamatkan mereka dan didapati seorang daripada mereka
hilang. Akhirnya pelajar itu dijumpai dan tidak dapat diselamatkan. Waris mangsa
menuntut ganti rugi atas alasan bahawa defendan bertindak cuai.

Defendan pertama ialah Guru Besar Sekolah Chung San, Riam Road, Miri, Sarawak.
Defendan kedua dan ketiga adalah kedua-dua orang guru di sekolah yang sama.
Peristiwa berlaku pada hari Ahad, 6 Disember 1964.

Yang Arif Lee Hun Hoe berpendapat, perkelahan itu dikelolakan oleh pelajar sendiri pada
hari Ahad. Defendan berhak menolak permintaan pelajar mengiringi mereka ke
perkelahan itu. Pelajar mungkin meneruskan aktiviti mereka walaupun tanpa penyertaan
defendan.

Aktiviti perkelahan itu dijalankan pada hari Ahad. Oleh itu, guru besar dan guru tidak
berkewajipan membuat penyeliaan yang cukup kepada mereka. Dalam kes ini, tiada
seorang pun yang tahu atau sedar bahawa mereka sedang berkelah di suatu kawasan
yang merbahaya.

Yang Arif juga menyatakan defendan mempunyai kewajipan menjaga pelajar-pelajarnya.


Defendan didapati sudah mengambil langkah tertentu bagi memastikan pelajar-pelajar
itu mematuhi arahan mereka.

Menurut defendan pertama, pelajar-pelajar tahun 6 sudah memohon melalui guru darjah
mereka untuk pergi berkelah di Tanjong Lobang dan dia membenarkan. Dia
mengeluarkan arahan kepada tiap-tiap pelajar. Daripada jumlah dua belas orang guru di
sekolah itu, enam orang bersetuju menyertai perkelahan itu.

Pelajar-pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diselia oleh guru dan guru
besar. Semasa bermain di dalam air, guru dan guru besar ada bersama menyelia murid-
murid. Tujuannya adalah bagi memastikan murid-murid tidak bergerak ke kawasan
perairan yang dalam. Permainan di dalam air diselia dengan rapi. Tidak ada bukti yang
menunjukkan guru besar dan guru cuai dalam tanggungjawab mereka yang
menyebabkan kematian pelajar itu kerana penyeliaan yang berterusan sudah diberikan
sepanjang permainan itu.

Yang Arif menyatakan, pihak pendakwa gagal menunjukkan bukti yang kukuh defendan
cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Anda mungkin juga menyukai