Anda di halaman 1dari 17

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tun Hussein Onn


Batu Pahat, Johor

Kertas Cadangan
Program Bina Insan Guru 2012
(KPLI / PISMP /KDC)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat
Johor

Disediakan Oleh:
Unit Ko Kurikulum
IPG, Kampus Tun Hussein Onn
Jan 2012
KERTAS CADANGAN
PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU 2012
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn
BATU PAHAT, JOHOR

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru dilaksanakan adalah sebagai memenuhi keperluan Latihan
Perguruan Praperkhidmatan. Program ini dirancang dengan teliti dan penekanan diberikan kepada
unsur-unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan
guru yang berpaksikan kepada Prinsip Rukun Negara. Pembinaan insan guru adalah asas kepada
pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan negara berdaulat.

Elemen-elemen intelek, jasmani, rohani, dan emosi adalah kekuatan dalam Falsafah
Pendidikan Negara dan Model Konseptual Pendidikan Guru ke arah membentuk insan guru yang
seimbang dan menyeluruh. Profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina
generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat justeru guru
harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi.

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Bina Insan
Guru yang digubal khusus bertemakan Konsep dan Ciri Pembinaan Insan Guru, Pembangunan
Insan Guru dan Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga tema ini direalisasikan dalam
program perkhemahan empat hari tiga malam melalui penglibatan secara langsung dalam pelbagai
aktiviti fizikal, latihan pembangunan minda berkumpulan dan lain-lain aktiviti yang terancang
mengikut ketetapan institut pengelola.
Di samping itu, perlaksanaan Program Bina Insan Guru juga adalah selaras dengan Teras
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu :

1. Membina Negara Bangsa: Melalui aktiviti Bina Insan Guru seperti Latihan
dalam kumpulan, aktiviti fizikal , ceramah dan kerohanian diharap mampu untuk
membantu pelatih untuk membentuk diri yang mampu bersatu padu, mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dan mampu menikmati kehidupan yang demokratik,
liberal dan bertolak ansur serta berdaya tahan.

2. Membangunkan Modal Insan: Pelaksanaan aktiviti Bina Insan Guru ini di harap
mampu untuk memberi sumbangan terhapan pembangunan modal insan kelas
pertama melalui kaedah berkerjasama, koperatif dan kolaborasi sepanjang
melaksanakan aktiviti. Disamping penggunaan kaedah penyelesaian masalah dan
pengintegrasian aspek kemahiran berfikir dan kemahiran-kemahiran generik yang
lain.

3. Memartabatkan Profesion Perguruan : Program Bina Insan Guru yang


dirancang juga menitik beratkan penyediaan bakal guru yang berketrampilan,
berkemahiran, berilmu pengetahuan serta berperibadi mulia yang mampu
memartabatkan profesion perguruan.

4. Melonjakkan Kecermerlangan Institusi Pendidikan : Melalui pembentukan


insan guru yang mantap program Bina Insan Guru diharapkan mampu untuk
menyediakan individu yang berkualiti dan akhirnya mampu melonjakkan
kecermerlangan institusi pendidikan bukan sahaja di institusi perguruan tetapi juga
apabila bertugas di sekolah nanti.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM

2.1 Matlamat
Program ini merupakan satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri,
keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan yang jitu.
2.2 Objektif:
Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat;
i. menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan
patuh kepada ajaran agama.
ii. meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan.
iii. membina semangat juang yang tinggi dan ketahanan fizikal dan mental,
iv. menguasai kemahiran asas interpersonal,
v. memperkembangkan potensi diri sebagai insan dengan mengamalkan
refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

3.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru mengutamakan pembelajaran yang


menitikberatkan pembangunan afektif, kognitif dan psikomotor. Pembangunan afektif meliputi aspek
insan guru yang berakhlak mulia, semangat dan patuh kepada agama. Oleh itu pelaksanaan
program adalah berasaskan kepada strategi berikut;
3.1 Program perkhemahan Bina Insan Guru adalah kelolaan Unit Ko Kurikulum Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
3.2 Program Bina Insan Guru menetapkan pakej wajib iaitu perkhemahan empat hari
tiga malam termasuk waktu perjalanan. Masa pelaksanaan dan tapak
perkhemahan adalah ketetapan atau pilihan institut sendiri. Setiap pelajar akan
dipastikan telahpun mengikuti Program Bina Insan Guru sebelum tamat pengajian
mereka.
3.3 Aktiviti yang dirancang merangkumi aktiviti fizikal di darat dan di air dengan
mengambil kira langkah-langkah keselamatan. Aktiviti kerohanian dan khidmat
masyarakat juga dilaksanakan sepanjang perkhemahan tersebut.
3.4 Pendekatan penyampaian menekankan kepada penggunaan pelbagai kaedah
pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan
i. aktiviti
ii. pengalaman,
iii. kreativiti, kritis dan inovatif
iv. penyelesaian masalah
v. koperatif dan kolaboratif.

3.5 Strategi penyampaian dan pengelolaan;


i. perbincangan / perbahasan
ii. sumbang saran
iii. bengkel berkumpulan
iv. ceramah
v. tunjukcara
vi. persembahan
vii. permainan
viii. lawatan
ix. khidmat masyarakat
x. perkhemahan

Diharapkan melalui program ini guru-guru pelatih akan dapat mengetahui, menghayati dan
mempamerkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia, menghayati semangat bekerja sepasukan,
memiliki ketahanan fizikal dan mental yang tinggi, menguasai kemahiran asas interpersonal,
mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan di samping memupuk kebolehan memimpin
dan memperkembangkan potensi diri sebagai insan guru dalam semua aspek kehidupan seharian.

JAWATANKUASA PELAKSANAAN
4.1 Jawatankuasa Induk:

Pengerusi: Pn. Hjh. Zaleha binti Onn


Pengarah, IPG, Kampus Tun Hussein Onn
Naib Pengerusi: En. Koh Kok Hwee
Timb. Pengarah, IPG, Kampus Tun Hussein Onn
Setiausaha: En. Mohd Nahar bin Muhammad Wazir
Ketua Unit Ko Kurikulum , IPG,
Kampus Tun Hussien Onn

Penyelaras: En. Abdul Latif bin Ahmad


Pen. Penyelaras : En. Mohd Razali bin Hashim
Bendahari: Pn. Norfaizah binti Mat Hairy

Ahli-ahli: 1. Utz. Md. Isa bin Man JK Kerohanian & Moral


2. En Lukman b. Sa’adon JK Peralatan
3. Pn. Fuziah bt. Ishak JK Makanan
4. En. Mohamad Daud b. Abu Yamin JK Aktiviti Fizikal
5. En. Mohd Shahreen b. Abdullah JK Penilaian
7. En. Abd. Latif Abdullah JK Kebajikan/Keselamatan
9. En. Mohtari b. Mesron JK LDK

4.2 Jawatankuasa kerja

1. Jawatankuasa Kerohanian dan Moral


Pengerusi : Ustaz Md Isa bin Man

Ahli: Ustaz Zainuddin b. Abd. Hamid


En. Dzulkifli bin Abdul Jalil

2. Jawatankuasa Alatan :

Pengerusi: En Lukman b. Sa’adon

Ahli: En. Khalid bin Hassan


En. Mohd Shahril bin Abdul Manaf
En. Abd. Halim b. Hassan
En. Ishak bin Adam
En. Kassim Bin Mohd Ibrahim

3. Jawatankuasa Aktiviti Fizikal :

Pengerusi : En. Mohamad Daud b. Abu Yamin

Aktiviti Air

Ketua air : Pn. Czarina Law binti Abdullah

Ahli : En. Suhaimi bin Sahat


En. Abdul Rahim bin Mohammad
En. Abu Bakar bin Kassim

Aktiviti Darat

Ketua : En. Mohamad Daud b. Abu Yamin

Ahli : En. Mohd Sidek bin Muhamad


En. Ahmad Shukri bin Ahmad
En. Abd Sukor bin Kamsir

4. Jawatankuasa Aktiviti LDK

Pengerusi : En. Mohtari bin Mesron

Ahli : En. Zaharuddin bin Mohd Talip


En. Mohd Roslan bin Aroff

5. Jawatankuasa Makanan

Pengerusi: Pn. Fuziah binti Ishak

Ahli : Pn. Zaharah binti Abdul Manaf


Ustazah Pauziah binti Omar
Cik Aliza binti Azhar
Pn. Jamaliah binti Che Abd. Samad

6. Jawatankuasa Penilaian

Pengerusi : En. Mohd Shahreen bin Abdullah

Ahli : Pn. Zanariah binti Mahyun

7. Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan

Pengerusi: En. Abd. Latif bin Abdullah

Ahli : En. Hussin bin Yaacob


En. Kamarun bin Ishak

8. Jawatankuasa Asas Bantu Mula

Pengerusi: En. Hassan bin Ahmad

Ahli : En. Mohd Shukor b. Taiken

9. Jawatankuasa Program Khidmat Masyarakat

Pengerusi : En. Abdul Raof bin Ibrahim

Ahli : En. Hamizan bin Palil

10. Jawatankuasa Asas Perkhemahan

Pengerusi : En. Zulkafli bin Arifin

4.2 Senarai Cadangan Petugas


4. KEM KOMANDAN

i. En. A. Latif bin Abdullah


ii. En. Zulkafli bin Arifin
iii. En. Abdul Raof bin Ibrahim
iv. Tn. Hj. Abdul Rahman bin Selamat
v. Tn. Hj. Hassan bin Ahmad
vi. Pn. Czarina Law binti Abdullah
vii. En. Mohan a/l Palaniandy

5. JURULATIH (LELAKI)

i. En. Sallehudin bin Sahrone


ii. En. Mohd Razali bin Hashim
iii. Hj. Abdul Kadir bin Abdul Rahim
iv. Dr (Mejar) Tay Chong Seng
v. En. Baharuddin bin Salleh
vi. En. Abdul Rahim bin Mohamad
vii. En. Kamarun bin Ishak
viii. En. Abdul Sukor bin Kamsir
ix. En. Abu Bakar bin Kassim
x. En. Hussin bin Yaacob
xi. En. Mohamad Sidek bin Muhammad
xii. En. Hamizan bin Palil
xiii. En. Suhaimi bin Sahat
xiv. Hj. Ahmad bin Ariff
xv. En. Vespanathan a/l Supramaniam

6. JURULATIH WANITA

i. Cik Ong Chiek Pin


ii. Cik Lee Lin Tee
iii. Cik Khalidah binti Khalid
iv. Pn. Melati binti Yaacob
v. Pn. Izzatul Asyikin bt. Hj. Ibrahim
vi. Pn. Saedah bt. Sukiran
vii. Pn. Noraini bt. Salim
viii. Jamia’aton Sofiah bt. Harun
ix. Pn. Hjh. Fatimah bt. Abd. Kadir
x. Pn. Haslina binti Mohamad
xi. Pn. Idawati binti Moin
xii. Dr. Kamisah binti Buang

4. JURULATIH ASAS BANTU MULA

i. Hjh. Normah binti Mat Daut


ii. En. Tokiap bin Tukiman
iii. En. Mohd Shukor bin Taiken
iv. Hj. Muhammad bin Abu Daud
v. Dr. Kan Fong Kuen

5. QUARTER MASTER MAKANAN & MASAKAN

i. Pn. Radziah binti Muhammad


ii. Cik Aliza binti Azhar
iii. Hjh Norashikin binti Ismail
iv. Pn. Zaharah binti Abdul Manaf

6. FASILITATOR

i. En. Mohamad Roslan bin Arof


ii. En. Zaharuddin bin Talip
iii. En. Said bin Sulaiman
iv. Cik Nizatuledayu binti Jamal
v. Pn. Norfazilah binti Mohd Sajat

7. JURULATIH KEROHANIAN DAN MORAL


i. Ustaz Zainuddin bin Abdul Hamid
ii. Dr. Mohd Hairuddin bin Amin
iii. Ustaz Mohamad Anuar bin Hayan
iv. Ustaz Ibrahim bin Mohamad
v. Ustazah Sharifah Mastura binti Syed Ahmad
vi. Dr. Choong Kee Fong
vii. Ustazah Pauziah binti Omar
viii. Ustaz Abdul Rahman b. Siraj
ix. Ustaz Khairul Anuar b. Abu Bakar

8. Senarai peserta Program

Sila rujuk Lampiran 1

5.0 ASAS PERTIMBANGAN

Mesyuarat Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian Pendidikan Guru Bil 1/2005
telah mencadangkan supaya Program Bina Insan Guru dan Pendidikan Jasmani dilaksanakan
sebagai program wajib diikuti oleh semua pelajar latihan perguruan berasaskan keperluan
sebagaimana berikut;
5.1 Kemahiran generik adalah sangat ditekankan dan salah satu daripadanya
adalah berpaksikan jasmani. Sehubungan itu adalah wajar mewajibkan setiap
pelajar menggunakan tubuh badan mereka melakukan kegiatan fizikal untuk
kesejahteraan jasmaninya. Usaha mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis akan sempurna dengan adanya penekanan ke atas aspek jasmani
di samping aspek-aspek intelek, rohani dan emosi.
5.2 Usaha mewujudkan masyarakat pendidik yang penyayang bertoleransi tinggi,
saling hormati menghormati dan dapat hidup dalam suasana muhibah dan
kemesraan, intergrasi nasional diberi kepada pelajar berinteraksi dan
mengenali budaya pelbagai kaum dengan lebih dekat.

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

6.1 Tempat:
a) Tapak perkhemahan:
Pantai Teluk Gorek,
Kampung Tanjung Resang,
Mukim Endau, Mersing

b) Kembara / Aktiviti Darat:


Hutan Simpan Gunung Arong,
Kampung Tanjung Resang,
Mersing.

c) Keyakinan Air / Berkayak:


Pantai Telok Gorek,
Kampung Tanjung Resang,
Mukim Endau, Mersing

Asas Pemilihan Tempat


Pemilihan tempat ialah berdasarkan persetujuan mesyuarat BIG 1/2012 atas
sebab-sebab berikut:

i. Permukaan pantai yang landai, menjamin keselamatan untuk mengadakan


aktiviti apungan terutama bagi peserta yang melakukan aktiviti buat pertama
kali. Selain dari itu pantai yang landai mengurangkan aktiviti ombak yang
boleh menjejaskan aktiviti.

ii. Kawasan yang dipilih juga mempunyai hutan simpan, yang berdekatan
memudahkan pelaksanakan aktiviti kembara. Kawasan ini mempunyai flora
dan fauna untuk kajian pelajar. Trek Gunung Arung yang dipilih juga mampu
memberi cabaran kepada pelajar.

iii. Kawasan tapak perkhemahan yang sesuai. Terdapat barisan tembok di


sepanjang pantai yang menjadi penghadang ombak. Melindungi kawasan
tapak perkhemahan daripada ombak besar.

iv. Terdapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan tandas bagi
keperluan peserta dan jurulatih.

6.2 Sasaran:
Sebanyak Lapan siri Program BIG akan dilaksanakan iaitu melibatkan seramai 417
peserta dari opsyen-opsyen sebagaimana berikut;
i. Program PISMP Semester 1 Ambilan Januari 2012
a) TESL 1 26
b) TESL 2 27
c) TESL 3 24
d) TESL 4 25
e) RBT 1 19
f) RBT 2 20
g) Math 1 22
h) Math 2 21
i) Peng. Agama 1 19
j) Peng. Agama 2 19
k) PSV 21
l) Peng. Cina 1 25
m) Peng. Cina 2 24
n) Peng. Pra Sekolah 20
ii. Program KDC- LPBS Kemas/Perpaduan ( November 2011)
a) Pra sekolah 25
iii. Program LPBS-jQAF Ambilan Januari 2012
a) Bahasa Arab 1 20
b) Bahasa Arab 2 20
c) Pengajian Agama 1 20
d) Pengajian Agama 2 20
e) Pengajian Agama 3 20

(Jumlah: 437 peserta)


6.3 Tentatif Tarikh:

siri tarikh Kumpulan/ opsyen Bilangan


pelajar
i. 1/201 19 – 22 Mac TESL 2
2 48
Matematik 2
ii 2/201 22 – 25 Mac TESL 1
2 45
Pengajian Agama 1
iii 3/201 25 – 28 Mac KDC Kemas/Perpaduan
2 46
PSV
iv 4/201 28 - 31 Mac l Pengajian Cina 1
2 RBT 1 63
Pengajian Agama 2
V 5/201 31 Mac – Matematik 1
2 3 April TESL 3 66
RBT 2
Vi 6/201 3 - 6 April Pengajian Cina 2
2 Pra Sekolah 69
TESL 4
vii 7/201 6 – 9 April j-QAF Bahasa Arab 1
2 j-QAF Bahasa Arab 2 60
j-QAFPengajian Agama 1
siri tarikh Kumpulan/ opsyen Bilangan
pelajar
viii 8/201 9 – 12 April j-QAFPengajian Agama 2
2 40
j-QAFPengajian Agama 3
jumlah
437

6.4 : Jadual Aktiviti :


Lampiran 2

7.0 ANGGARAN KEPERLUAN PERBELANJAAN:

Rujuk Lampiran 3

8.0 BILANGAN PETUGAS


Setiap siri program akan dilaksanakan oleh sekumpulan pegawai yang
terdiri daripada;

7.1 Kem Komandan 1


7.2 Jurulatih aktiviti air (laut) 3
7.3 Jurulatih aktiviti kembara (darat) 2
7.4 Fasilitator ( LDK / Bengkel dll ) 1
7.5 Tutor (dari setiap unit peserta) 3
7.6 Fasilitator Kerohanian dan Moral 1
7.7 QM Makanan 1
7.8 QM Alatan ( Drp salah seorang jurulatih) -
7.9 Urusetia (staf sokongan) 2

Jumlah: 14 petugas

( Bayaran elaun dan tuntutan perbatuan petugas adalah mengikut kadar yang dibenarkan
mengikut pekeliling yang berkuatkuasa semasa )

Rumusan pegawai yang terlibat :

Rujuk Lampiran 4

9.0 PENGANGKUTAN

9.1 Bas ( bagi setiap 40 peserta ) 2


9.2 Kereta (persendirian)
a) Kem Komandan 1
b) QM Makanan 1
c) Petugas ( 3 petugas / kereta ) 3
d) Pemantau 1 6

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :

( ABDUL LATIF BIN AHMAD ) (EN. MOHD NAHAR B. MUHAMMAD WAZIR)


Setiausaha BIG Ketua Unit Ko Kurikulum
Institut Pendidikan Guru , Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussien Onn Kampus Tun Hussien Onn
Batu Pahat, Johor. Batu Pahat, Johor

Diluluskan / Tidak diluluskan

( HJH. ZALEHA BINTI ONN )


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru
KampusTun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor.
LAMPIRAN 1

SENARAI NAMA PELAJAR YANG TERLIBAT


LAMPIRAN 2

JADUAL AKTIVITI PROGRAM


LAMPIRAN 3

PERBELANJAAN SEPANJANG PROGRAM BIG FASA 1


PERKHEMAHAN 4HARI 3 MALAM
LAMPIRAN 4

SENARAI PEGAWAI YANG TERLIBAT