Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN RINGKAS PENDAFTARAN

PEPERIKSAAN SPM (NOVEMBER) DAN SPM ULANGAN (JUN)


CALON PERSENDIRIAN
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Masa Pendaftaran : 8.00 pagi hingga 5.00 petang


Tempat : Kaunter SPP
Aras Bawah, Blok Duta 2
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
50604 Kuala Lumpur

SENARAI MATA PELAJARAN TERAS (6)


1. 1103 Bahasa Melayu**
2. 1119 Bahasa Inggeris
3. 1223 Pendidikan Islam* (bagi calon beragama Islam)
4. 1225 Pendidikan Moral** (bagi calon bukan beragama Islam)
5. 1249 Sejarah**
6. 1449 Mathematics*
7. 1511 Science**

PENDAFTARAN MATA PELAJARAN

1. Tarikh Pendaftaran peperiksaan SPM bermula 01 hingga 31 Mac tahun peperiksaan.


2. Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
3. Calon hanya dibenarkan mendaftar maksimum 10 mata pelajaran termasuk mata pelajaran teras
dan elektif. Calon boleh menambah 2 mata pelajaran sebagai mata pelajaran tambahan dari
senarai mata pelajaran elektif. Jumlah pendaftaran mata pelajaran tidak melebihi 12 mata
pelajaran.
4. Calon hendaklah memastikan mata pelajaran yang didaftar tidak bertindih waktu
peperiksaannya. Sila rujuk Jadual Waktu SPM yang dipaparkan di portal rasmi Lembaga
Peperiksaan – http://lp.moe.gov.my
5. Mata pelajaran 1223 hendaklah digugurkan sekiranya calon mendaftar dua mata pelajaran
berikut 5227 dan 5228. (Pendidikan Islam - 1223 bertindih masa dalam Jadual Waktu dengan
Pendidikan Syari'ah Islamiah - 5228)
6. Mata pelajaran 1511 hendaklah digugurkan sekiranya calon mendaftar dua mata pelajaran
berikut 4531, 4541, 4551. (Science - 1511 bertindih masa dalam Jadual waktu dengan Physics -
4531)
7. Mata pelajaran Chemistry – 4541 bertindih masa dalam Jadual waktu dengan – Additional Science
- 4561
8. Calon Persendirian yang pertama kali menduduki peperiksaan wajib melaksanakan Ujian Lisan
Khusus Calon Persendirian (ULKCP) bagi mata pelajaran 1103, 1119, 6351 dan 6354 serta
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) bagi 2361 dan 5227.
9. Calon diminta menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri jika belum menerima Jadual Waktu
SPM dalam tempoh sebulan sebelum tarikh peperiksaan dan surat pemberitahuan
ULKCP/PLBS.
10. Calon yang membuat Pembetulan Maklumat Mata Pelajaran (PMMP) antara 15 April hingga 15
Mei tahun peperiksaan akan dikenakan bayaran RM 30.00 bagi setiap mata pelajaran. Sebelum
15 April adalah percuma! Calon tidak dibenarkan membuat sebarang pembetulan maklumat mata
pelajaran selepas 15 Mei tahun peperiksaan.
11. Calon yang membuat Pembetulan Maklumat Calon (PMC) selepas 15 April tahun peperiksaan
juga akan dikenakan bayaran RM 30.00 bagi setiap permohonan pembetulan. Sebelum 15 April
adalah percuma!
12. Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Wang Pos /
Kiriman Wang / Bank Draf.
13. Maklumat tambahan seperti Nombor Angka Giliran, Nama dan Lokasi Pusat Peperiksaan,
Jumlah Mata Pelajaran daftar dan Tarikh Peperiksaan, boleh menghubungi Sektor Penilaian
dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di talian 03-6203 6196/
7830/ 7395
14. Calon Persendirian yang mendaftar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu (1103) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu (1103), Bahasa Inggeris (1119), Bahasa Cina (6351), Bahasa Tamil
(6354), Bahasa Arab (2361) serta Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (5227) wajib
melaksanakan Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) / Pentaksiran Lisan
Berasaskan Sekolah (PLBS) sekiranya calon termasuk dalam satu daripada kategori berikut:
14.1 Calon persendirian yang pertama kali mendaftar peperiksaan SPM;
14.2 Calon persendirian yang mengulang selepas tempoh tiga tahun daripada tarikh akhir
menduduki peperiksaan SPM;
14.3 Calon persendirian yang mengulang dalam tempoh tiga tahun daripada tarikh akhir
menduduki peperiksaan SPM dan mendapat keputusan G (Gagal) atau T (Tidak Hadir).
15. Calon persendirian tidak wajib melaksanakan ULKCP/PLBS sekiranya calon mengulang dalam
tempoh tiga tahun (2014, 2015 atau 2016) daripada tarikh akhir menduduki peperiksaan SPM atau
SPMU dan LULUS mata pelajaran tersebut.
16. Calon pekak dan bisu dikecualikan daripada melaksanakan ULKCP tanpa memohon kelulusan
daripada Pengarah Peperiksaan.

17. Ujian lisan peperiksaan SPMU


Ujian lisan peperiksaan SPM
Tarikh, masa dan tempat ujian lisan akan dimaklumkan kepada calon dua minggu sebelum ujian
lisan dijalankan.
Sebarang pertanyaan berkaitan ULKCP, sila hubungi 03-6203 7438/ 7383/ 7374.

Anda mungkin juga menyukai