Anda di halaman 1dari 1

Saya Farra Iresya Zaiba Binti Zuhaire.

Dilahirkan pada 27 Oktober 1997 dan sekarang berumur


21 tahun. Saya merupakan anak sulung dari 4 adik beradik. Bapa saya seorang juruteknik
manakala ibu saya tidak bekerja.

Mengenai latar belakang pendidikan, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Kosas
dan memperoleh 3A 2B untuk keputusan UPSR saya. Setelah itu, saya menyambung pengajian
saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas. Saya memperolah 1A, 1A-, 3B+, 1B
dan 3E untuk keputusan SPM. Kemudian, saya meneruskan pembelajaran saya dalam program
Diploma in Information & Communication Technology di Kolej Antarabangsa Inovatif yang
terletak di Petaling Jaya selama 3 tahun 6 bulan. Ini kerana saya ada mengambil mata pelajaran
Teknologi Maklumat semasa SPM.

Sekarang, saya melanjutkan pembelajaran saya di UniKL yang bertempat di Kampung Baru,
Kuala Lumpur iaitu Malaysia Institute of Information Technology (MIIT) bagi program
Bachelor of Software Engineering (Hons) selama 4 tahun dari Januari 2018 hingga Disember
2021.

Saya memilih unutk menyambung pengajian dalam jurusan ini kerana minat saya terhadap
pengaturcaraan komputer dan saya ingin mempelajari pelbagai bahasa pengaturcaraan lagi
yang belum diajar semasa diploma.

Apabila saya telah menamatkan pengajian saya dengan baik, saya akan mencari kerjaya yang
bersesuaian dengan jurusan saya pada masa akan datang demi meningkatkan lagi taraf teknolgi
negara Malaysia agar teknologi Malaysia semakin maju. Saya akan mencari pengalaman
bekerja selama beberapa tahun untuk menyara kehidupan keluarga. Saya akan berbakti dan
bekerja dalam Malaysia supaya pakar IT dalam Malaysia meningkat.

Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri dan perancangan kerjaya yang saya ingin
lakukan.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai