Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KANCHONG DARAT

42700 BANTING, SELANGOR


______________________________________________________________________________

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA JARING TAHUN 6 2017

1.0 Tajuk
”Pertandingan Bola Jaring Tahun 6 2017”

2.0 Hari, Tarikh, Masa dan Tempat


Hari : Isnin hingga Khamis
Tarikh : 2 hingga 5 Oktober 2017
Masa : 8.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat

3.0 Anjuran
Kelab Bola Jaring 1M 1S dan Aliran Tahun 6

4.0 Rasional
Pertandingan ini diadakan untuk memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid
perempuan Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat dalam sukan bola jaring.
Melaluinya, bakat murid-murid dapat dicungkil dan memberi pendedahan kepada murid
yang bukan pemain pasukan bola jaring sekolah serta menonjolkan kemahiran yang
terpendam.

Pertandingan ini juga dapat mengembangkan potensi murid secara seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, ia bertujuan menyemai budaya bersukan
sebagai satu cara hidup dan dapat membentuk individu yang cergas dan cerdas.

5.0 Objektif
Pertandingan bola jaring ini diadakan berlandaskan beberapa objektif utama, iaitu:
a) mengisi masa selepas peperiksaan UPSR dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan
mengelakkan gejala ponteng sekolah
b) memupuk semangat kerjasama dan setiakawan dalam kumpulan
c) memberi pengalaman baru, mengasah bakat, dan menonjolkan kemahiran yang
terpendam
d) menggalakkan interaksi sosial yang lebih positif
e) menarik minat dan membantu memajukan bakat yang ada pada murid supaya dapat
digunakan di sekolah menengah

1
6.0 Kumpulan Sasaran
Murid perempuan Tahun 6

7.0 Pelaksanaan Program


TARIKH PERKARA
Isnin Taklimat peraturan permainan dan peraturan pertandingan
2 Oktober 2017 Pembahagian kumpulan dan pendaftaran ahli pasukan
Aktiviti hantaran, gerak kaki, menjaring, pertahanan, taktik serangan
Selasa
Pertandingan antara kumpulan
3 Oktober 2017
Rabu
Pertandingan antara kumpulan
4 Oktober 2017
Khamis
Pertandingan separuh akhir dan akhir
5 Oktober 2017

8.0 Senarai Pemenang


Rujuk Lampiran

9.0 Impak
9.1. Output
Murid-murid diberi pendedahan sukan bola jaring. Selain itu, semangat kesukanan
dan daya saing yang tinggi dalam diri murid dapat ditingkatkan serta bakat murid
dapat dipertengahkan.

9.2. Outcome
Murid-murid yang tiada pengalaman bermain bola jaring dapat mengetahui
peraturan dan undang-undang bola jaring dan ada yang dapat bermain dengan baik.

10.0 Penilaian Program


10.1. Kekuatan
a) Komitmen yang tinggi dari semua pihak dalam menjayakan aktiviti yang
dirancang.
b) Pegawai kejohanan menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.

10.2. Kelemahan
Hujan lebat turun pada hari Khamis dan pertandingan tidak dapat dijalankan. Oleh
itu, pertandingan dibuat pada hari Jumaat dalam keadaan padang yang basah.

2
10.3. Peluang
a) Memberi peluang kepada murid yang tidak tahu bermain bola jaring bermain
dalam pertandingan ini.

10.4. Ancaman
Cuaca yang tidak menentu dan hujan menyebabkan padang basah dan licin.

11.0 Cadangan penambahbaikan


Murid didedahkan dengan sukan bola jaring pada waktu Pendidikan Jasmani. Guru-guru
Pendidikan Jasmani diharap dapat melatih murid membuat hantaran asas seperti hantaran
paras bahu, hantaran lob dan hantaran atas kepala serta beberapa peraturan bola jaring.

12.0 Penutup
Pertandingan bola jaring berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga program ini dapat
memberi manfaat dan ilmu baru kepada semua murid. Semangat kesukanan yang tinggi
juga dapat dipupuk di kalangan murid. Gejala ponteng juga dapat dikurangkan.

Kelab Bola Jaring 1M 1S mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru atas
komitmen yang diberikan dalam menjayakan pertandingan ini. Semoga kejohanan ini
dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.

Disediakan oleh:

……….................................
(Noormala Binti Md Yusof)
Penolong Penyelaras 1Murid 1Sukan

3
GAMBAR – GAMBAR SEPANJANG PERTANDINGAN

4
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLA JARING
TAHUN 6 2017

JADUAL KUMPULAN
KUMPULAN A KUMPULAN B
A1 – MERAH B1 – KUNING
A2 – OREN B2 – BIRU
A3 – UNGU B3 – HIJAU

JADUAL PERLAWANAN
PERLAWANAN 1 PERLAWANAN 2
A1 vs A2 B1 vs B2
A1 vs A3 B1 vs B3
A2 vs A3 B2 vs B3

PUSINGAN AWAL
KUMPULAN A
A1 A2 A3
MATA KEDUDUKAN
MERAH OREN UNGU
A1 (5 – 5) (3 – 5)
MERAH 1 0
1 3
A2 (5 – 5) (6 – 1)
OREN 1 3
4 1
A3 (5 – 3) (1 – 6)
UNGU 3 0
3 2

KUMPULAN B
B1 B2 B3
MATA KEDUDUKAN
KUNING BIRU HIJAU
B1 (3 – 6) (2 – 4)
KUNING 0 0
0 3
B2 (6 – 3) (0 – 5)
BIRU 3 0
3 2
B3 (4 – 2) (5 – 0)
HIJAU 3 3
6 1

5
PUSINGAN KEDUA

SEPARUH AKHIR

OREN (9 – 1) AKHIR

OREN (7 – 8)
BIRU (1 – 9)

HIJAU
HIJAU (6 – 0)
HIJAU (8 – 7)

UNGU (0 – 6)

KEPUTUSAN RASMI

JOHAN : HIJAU

NAIB JOHAN : OREN

TEMPAT KETIGA : UNGU

TEMPAT KEEMPAT : BIRU

TEMPAT KELIMA : MERAH

TEMPAT KEENAM : KUNING

Anda mungkin juga menyukai