Anda di halaman 1dari 2

Latian 1(Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Guru disiplin menahan pelajar itu selepas pehimpunan kerana melanggar


peraturan sekolah.

2. Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada anak sejak kecil lagi.

3. Guru Bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya
memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM.

4. Polis telah menangkap penculik kanak-kanak itu pada pagi tadi.

5. Kamu mestilah mematuhi undang-undang negara agar hidup kita aman.

Latihan 2:Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.


1. Mereka ke sekolah dengan menaiki bas.

2. Pihak berkuasa telah berjaya membanteras aktiviti pembalakan haram itu.

3. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membantu pengusaha industri kecil itu.

4. Ketua kampung menegur sikap Karim dan Derus yang suka menghabiskan masa di warung.

5. Penduduk setempat mempertikaikan keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah.
• Keputusan untuk membina tapak pelupusan sampah dipertikaikan oleh penduduk setempat

Latihan 3.Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.



2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.
• Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Hanis di kantin.

3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.


4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.

5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.
Latihan 4:Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.



2. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan.

3. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang berjaya
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

4. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat tergempar.

5. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih jurusan
perubatan.

Latihan 5 Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Kita seharusnya memperkemas diri kita dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar dapat
bersaing dengan bangsa lain.

2. Pesuruhjaya sumpah itu memperakukan segala dokumen yang diserahkan kepadanya
sebelum dihantar ke mahkamah.

3. Ah Meng telah menangkap ikan patin di sungai itu.

4. Mei Ling menggondol tempat pertama dalam acara merentas desa.

5. Beberapa kilang yang beroperasi di sepanjang sungai itu telah membuang sisa toksik ke
dalam sungai untuk menjimatkan kos operasi mereka.