Anda di halaman 1dari 2

Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat kita dalam media

massa di seluruh pelusuk negara. Sehubungan dengan itu, para pelajar mestilah menunjukkan
keiltizaman yang tinggi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh agar menjadi seorang yang
cemerlang. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya sangat mustahak
diamalkan oleh para pelajar di negara ini. Persoalannya, apakah ciri-ciri seorang pelajar cemerlang yang
perlu dihayati oleh para pelajar di negara ini?

Pada pandangan saya, antara ciri pelajar cemerlang ialah menumpukan perhatian semasa guru sedang
mengajar di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, para pelajar akan mudah memahami ilmu yang
disampaikan oleh guru- guru semasa belajar di dalam kelas tanpa sebarang gangguan.Sebagai contoh,
kejayaan Nik Nur Madihah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah kerana selalu
memberi tumpuan semasa belajar di bilik darjah. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih sangat sesuai diamalkan oleh para pelajar supaya sentiasa memberi tumpuan semasa
belajar di sekolah. Tegasnya, apabila para pelajar menumpukan perhatian kepada pengajaran guru setiap
hari sudah pasti mereka akan mudah menguasai ilmu untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

Selain itu, membuat ulang kaji dan menyiapkan latihan di rumah juga merupakah salah satu
ciri penting seorang pelajar cemerlang. Saya berpandangan demikian kerana, langkah ini akan
meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Tamsilnya,
setiap pelajar perlu memperuntukan selama tiga jam sehari untuk mengulang kaji di rumah seperti yang
pernah disarankan oleh Dr. Fadilah Kamsah seorang pakar motivasi pelajar. Orang-orang tua ada
berpesan, belakang parang kalau diasah lagikan tajam perlu diamalkan oleh para pelajar dalam
kehidupan seharian mereka. Jelaslah, mengulang kaji pelajaran di rumah wajib dilakukan oleh para
pelajar untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran.

Di samping itu, ciri lain sebagai seorang pelajar cemerlang ialah rajin membaca pelbagai bahan
bacaan seperti akhbar, majalah dan buku rujukan. Dalam konteks ini, para pelajar akan menjadi lebih
matang semasa berhujah dengan menjana pelbagai idea yang menepati perkembangan dunia sains dan
teknologi. Misalnya, Amalina pelajar cemerlang SPM telah menjadikan kamus dan majalah Siswa sebagai
bahan bacaan wajib baginya untuk peperiksaan.Oleh itu, budaya membaca tidak boleh dipisahkan
daripada para pelajar yang bercita-cita untuk menggapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

Tuntasnya, terdapat banyak ciri untuk menjadi seorang pelajar cemerlang dalam pelajaran
yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited
untuk melahirkan seramai yang mungkin pelajar cemerlang untuk membangunkan negara kita pada
masa akan datang. Orang-orang tua ada berpesan alang-alang berdakwat biar hitam perlu dihayati para
pelajar agar dapat mencapai hasrat murni ini., .Dengan ini, hasrat Pedana Menteri untuk melahirkan
generasi yang berilmu pengetahuan dan berwibawa akan dapat direalisasikan menjelang tahun 2020
nanti.

Anda mungkin juga menyukai