Anda di halaman 1dari 3

Keunikan dan kelebihan sesebuah desa dapat disebar luas kepada masyarakat

tempatan dan pelancong asing dengan cepat dengan menggunakan media yang sesuai,
misalnya media alternatif. Dengan memanfaatkan kecanggihan teknologi yang ada
pada masa kini, kerajaan boleh membina laman sesawang yang mengandungi pelbagai
informasi tentang keistimewaan sesebuah desa di negara kita. Sekiranya pihak
kerajaan memandang enteng dan bersikap lepas tangan dalam usaha untuk
memajukan industri pelancongan desa, maka industri ini akan terus hilang ditelan
zaman atau sekadar indah khabar dari rupa sahaja. Oleh hal yang
demikian, mengadakan kempen yang berkesan merupakan langkah progmatik dalam
usaha memajukan pelancongan desa agar industri ini tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas ditelan arus kemodenan serta memanfaatkan masyarakat desa.

Minhaj seterusnya untuk memajukan Pelancongan Desa agar terus berkembang ialah
pihak kerajaan melalui Kementeriaan Pelancongan haruslah menyediakan dan
membangunkan prasarana pelancongan dalam negara. Dengan adanya prasarana
yang sempurna dan kondusif, sudah pasti negara kita akan menjadi destinasi utama
bukan sahaja kepada pelancong domestik malah pelancong-pelancong asing.
Kemasukan pelancong asing secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi di
desa. Pihak kerajaan juga seharusnya mengeluarkan dana untuk diagihkan kepada
wakil-wakil di setiap negeri bagi menaik taraf prasarana pelancongan rumah
penginapan, kafe siber , bekalan air bersih, kafe dan juga system perhubungan dan
pengangkutan. Cuba kita bayangkan bagaimana reaksi pelancong asing yang
melancong ke negara kita jika kerajaan tidak mengambil berat terhadap kemudahan
infrastruktur? Seandainya pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab seperti
melepaskan batuk di tangga, maka industry inap desa akan terus berada pada takuk
yang sama. Tegasnya, pihak Kementeriaan Pelancongan selaku agensi yang
bertanggungjawab dalam bidang pelancongan perlulah merangka program jangka
panjang ke arah meningkatkan prasarana bersangkutan dengan sector pelancongan.

Selain itu, pihak pengurusan ‘homestay’ atau pengusaha inap desa perlu
merangka pelbagai aktiviti rekreasi sebagai satu minhaj untuk memajukan industri
pelancongan desa di negara kita. Aktiviti-altiviti rekreasi perlu dilaksanakan dengan
lebih efektif kerana aktiviti tersebut merupakan daya tarikan utama kepada pelancong
asing mahupun pelancong tempatan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan sekaligus
meningkatkan industri pelancongan desa. Pihak pengurusan ‘homestay’ boleh
menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi seperti pertunjukan kesenian dan kebudayaan
untuk memperkenalkan permainan tradisional masyarakat Melayu seperti
gasing,congkak,wau,dan sebagainya. Mereka juga boleh mengadakan pertandingan
tarian, permainan tradisional, menuai padi,dan pertandingan membuat kraftangan.
Program sebegini bukan sahaja dapat memperkenalkan budaya tempatan kepada
pelancong asing tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan
mereka. Melalui aktiviti ini, banyak nilai murni dapat diserap dalam jiwa para
pelancong kerana ketika menyertai aktiviti-aktiviti tersebut mereka diasuh untuk saling
membantu ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Seandainya
aktiviti rekreasi tidak dilaksanakan dengan kreatif dan inovatif , sudah pasti industri
pelancongan desa akan terus mundur dan hilang serinya. Tegasnya, pihak pengurusan
‘homestay’ perlu menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi sebagai prasyarat untuk
memajukan industri pelancongan desa di negara kita.

Selanjutnya, kerajaan perlulah merangka dasar jangka panjang dan jangka


pendek untuk memajukan sektor pelancongan negara. Kempen “Cuti-Cuti Malaysia”
dan ‘Tahun Melawat Malaysia” perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh
dengan diwarnai pelbagai aktiviti sokongan seperti Pesta Flora Antarabangsa, Pesta
Wau Antarabangsa, Acara Sukan Peringkat Antarabangsa dan Pameran LIMA,
Pameran Buku dan sebagainya. Seterusnya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa
tempatan perlu membangunkan kawasan desa sebagai langkah untuk memajukan
industri pelancongan desa. Berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa
masih terdapat banyak tempat menarik di Malaysia yang mampu dieksploitasi sebagai
tempat pelancongan khususnya di kawasan-kawasan desa. Sehubungan itu, pihak
berkuasa tempatan seharusnya mengambil langkah proaktif dengan membangunkan
sesebuah desa menjadi sebuah pusat pelancongan. Pihak kerajaan bolehlah
mendirikan sekurang-kurangnya satu industri dalam sesebuah desa seperti industri
pemprosesan makanan, batik dan kraftangan. Industri desa haruslah diperkembangkan
supaya tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas serta dapat memberi pulangan yang
lumayan dalam industri pelancongan. Andainya kerajaan negeri melalui pihak berkuasa
tempatan mengambil langkah sebegini, maka industri pelancongan desa di negara kita
dapat terus berkembang maju.Tegasnya,untuk memajukan industri desa,kerajaan
negeri melalui pihak berkuasa tempatan hendaklah membangunkan kawasan desa
sebagai salah satu pusat pelancongan desa.

Intihanya, semua pihak haruslah memainkan peranan dan bekerjasama bagai ‘aur
dan tebing’ dalam merealisasikan modus operandi untuk memajukan pelancongan desa
di negara kita. Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu
pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan
sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad
ini. Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke
negara ini dengan sendirinya dapat memakmurkan Malaysia di mata dunia .Senario ini
secara tidak langsung dapat menangkis pandangan negatif negara-negara barat yang
suatu ketika dahulu pernah mengatakan negara kita sebagai sebuah negara yang
‘penduduknya tinggal di atas pokok dan bercawat’. Industri pelancongan secara tidak
langsung dapat menaikkan nama negara di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai