Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN
Agama Hindu merupakan salah satu agama di Malaysia yang mempunyai konsep
agama, kepercayaan dan amalan utama yang masih diamalkan sehingga sekarang. Dari segi
etimologi agama Hindu lahir dan berkembang pertama kalinya dilembah sungai suci ‘Sindhu’
dalam Bahasa Sanskrit yang merupakan nama sebuah sungai di sebelah barat daya benua
India. Agama ini merupakan lanjutan dari agama Veda (Brahmanisme) yang merupakan
kepercayaan sebangsa Indo-Iran (Arya). Agama Hindu diperkirakan muncul antara tahun
3102 SM sampai 1300 SM serta merupakan agama ketiga terbesar di dunia setelah agama
Kristendan Islam dengan jumlah umat sebanyak hampir 1 miliar jiwa. Walaubagaimanapun,
pada awalnya agama hindu dikenali dengan nama agama Brahma. Agama Hindu
dikelasifikasikan menerusi sekumpulan adat istiadat,budi pekerti dan gambaran kumpulan
Hindu. Agama ini dihidupkan dengan kewujudan kitab-kitab suci besar yang merangkumi
pegangan hidup bagi penganut agama hindu. Antaranya,ialah Veda,Undang-Undang Manu,
Mahabharata,Gita Yoga Bashistha,Ramayana.(rujuk lampiran 1) .Selain itu, terdapat juga
pelbagai pandangan dan pendapat tokoh tentang agama Hindu.(rujuk lampiran 2).

2.0 KEPERCAYAAN DALAM AGAMA HINDU

2.1 TUHAN HANYA SATU IAITU TRI SAKTI


Dalam agama hindu, konsep ketuhanan merupakan konsep yang paling utama
yang masih kekal dan diamalkan dalam kalangan masyarakat India. Menurut Hindu
Dharma, Tuhan hanya satu. Dengan itu kepercayaan yang masih dipercayai oleh
masyarakat India dalam konsep ketuhanan ialah “Tri Sakti’. Tri Sakti ini merujuk
kepada tiga dewa utama agama hindu. Antaranya, Dewa Brahma,Dewa Vishnu dan
Dewa Shiva.( rujuk lampiran 3). Dalam hal ini, Dewa Brahma menurut ajaran agama
Hindu dilihat sebagai salah satu Brahman (sebutan Tuhan dalam konsep Hinduisme),
yang bergelar sabagai Dewa Pencipta. Dewa Brahma juga dianggap sebagai Dewa
Pengetahuan dan Kebijaksanaan. Perwujudan yang dimiliki Dewa Brahma
aitu bermuka empat, dimana setiap muka menunjuk pada arah mata angin, memiliki
empat tangan, menunggangi angsa atau duduk diatas teratai. Dewa Vishnu
pula bergelar sebagai “shtiti “ atau Dewa Pemelihara yang melindungi segala benda
dan juga jiwa yang sudah diciptakan oleh Brahman. Dewa Vishnu memiliki
perwujudan iaitu bertangan empat sama seperti Dewa Brahma, memiliki warna kulit
yang kebiruan bahkan cenderung biru gelap, memakai mahkota dan memakai
sepasang giwang. Dewa Vishnu juga selalu membawa empat benda iaitu terompet
kulit kerang (panchajanya), cakram (sudharsana), gada (komodaki), dan bunga
lotus.Dewa ketiga iaitu,Dewa Shiva yang bertugas sebagai penghancur atau pelebur

1
alam semesta dan isinya. Dewa Shiva bertugas melebur segala sesuatu yang tidak
layak dalam dunia ini. Perwujudan Dewa Shiva iaitu bermata tiga (trinetra), terdapat
hiasan pada kepalanya yang berbentuk bulan sabit, memakai ikat pinggang dari kulit
harimau dan terdapat ular kobra yang melilit di lehernya.

2.2 KEPERCAYAAN MERAIKAN PERAYAAN MAHASHIVARATRI


Di samping itu, dengan konsep ini suatu amalan utama yang masih diamalkan
oleh kaum India bagi menyembah Dewa Shiva ialah, perayaan Mahashivaratri atau
'Malam Shiva'. Perayaan Mahashivaratri ini disambut dengan penuh kesetiaan dan
juga dengan semangat keagamaan Mahashivaratri sentiasa akan berlaku pada malam
ke-14 berbulan baru yang sepadan dengan bulan Februari hingga March di Kalendar
Inggeris. Meraikan perayaan penganut Shivaratri memelihara hari dan malam cepat
dengan melaksanakan ibadah ritual Shiva Lingam untuk menyenangkan hati Tuhan
Shiva. Penganut percaya bahawa ibadah ikhlas Dewa Shiva pada hari yang bertuah
Mahashivaratri, membebaskannya seseorang dosa dan membebaskan dia dari kitaran
kelahiran dan kematian. Shivaratri dianggap terutama bertuah untuk wanita. Walaupun
wanita yang sudah berkahwin mendoakan kesejahteraan suami mereka wanita yang
belum berkahwin berdoa untuk seorang suami seperti Lord Shiva, yang dianggap
sebagai suami yang ideal.( rujuk lampiran 4)

2.3 KEPERCAYAAN KEPADA HUKUM KARMA PAHALA


Seterusnya, kepercayaan yang masih dikekalkan dalam masyarakat India ialah
percaya kepada hukum Karma Pahala. Karma berasal dari bahasa Sanskrit yang
membawa maksud perbuatan dan Pahala pula maksud hasil. Oleh sebab itu, Karma
Pahala membawa maksud hasil yang diperoleh daripada perbuatan yang
dilakukan..Demikian ini, hukum karma, merujuk pada setiap karma mempunyai phala.
Daripada kepercayaan ini masyarakat agama hindu mempercayai terdapat kelahiran
selepas mati untuk menikmati perbuatan tersisa yang dibuat semasa kehidupannya.
Kelahiran dan kematian terus berlanjut, sampai mencapai perbuatan yang
kekal.Dalam konsep ini karma-karma yang baik membawa kepada kelahiran dalam
suasana yang lebih tinggi, dan karma buruk akan membawa ke suasana yang lebih
rendah. Selama karma-karma yang baik atau yang buruk tidak dilepaskan, manusia
tidak akan mencapai moksha iaitu kelepasan atau kebebasan dari ikatan duniawi.

Masyarakat agama Hindu juga mempercayai bahawa terdapat tiga bentuk


karma iaitu, Karma dalam bentuk pemikiran, karma dalam bentuk ucapan dan karma
dalam bentuk perbuatan atau tingkah laku seseorang. Dalam hal ini pemikiran jahat

2
seseorang seperti sifat cemburu terhadap peningkatan orang lain atau penipuan
dalam sesuatu perkara semasa kehidupannya akan mendapat karma atau dosa
selepas kematian. Karma dalam bentuk ucapan pula, kata-kata yang dikeluarkan oleh
manuisa perlulah dijaga tanpa menyakitkan hati orang lain dan perlu berucap secara
bersopan santun. Tuntasnya, karma tingkah laku atau perbuatan ialah perbuatan yang
baik seperti tolong-menolong, bantu-membantu akan mendapat pahala atau hasil
yang baik selepas kematian malah perbuatan jahat semasa kehidupan akan mendapat
dosa atau hasil buruk.

3.0 KESIMPULAN

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kepercayaan sesuatu agama memainkan


peranan penting dalam mengubah sikap dan sahsiah seseorang manusia. Dalam konteks ini,
kepercayaan dalam agama Hindu juga menyumbang tenaga untuk membentuk penganutnya
sebagai insan bermoral dalam semua aspek terutama sekali dalam sikap dan sahsiahnya.
Bukan itu sahaja, kepercayaan orang India mempunyai banyak contoh nilai-nilai murni yang
membantu untuk mengubah seseorang yang menganutinya supaya menjadi insan yang baik
dalam semua aspek.

Kepercayaan dalam agama Hindu berdasarkan kepada kitab Veda (1500 SM) di
samping mengandungi dasar-dasar ketuhanan dan juga mengajar prinsip-prinsip etika Hindu
yang wajib dipegang teguh oleh penganut-penganutnya. Prinsip tersebut ialah sifat patuh dan
disiplin dalam melaksanakan ajarannya serta kepercayaannya sepertimana perlu dipatuhi.
Penganut yang berpegang kepada kepercayaan percayai dengan kitaran kelahiran, kematian
dan kelahiran semula di mana sistem ini bergantung kepada kepercayaan iaitu karma yang
dilakukan. Kepercayaan-kepercayaan tersebut akan menentukan kehidupan seseorang itu.
Penganut agama Hindu akan melakukan kegiatan yang patut untuk hidup dengan lebih baik.

Pada era globalisasi ini, manusia pelu mengamalkan kepercayaan agama masing-
masing untuk menjadi insan yang seimbang dalam semua aspek. Bukan kepercayaan dalam
agama Hindu sahaja memainkan peranan penting dalam mengubah sikap dan sahsiah
seseorang manusia manakala agama lain juga turut membentuk insan yang keperibadian
mulia. Oleh hal demikian setiap individu perlu mengamalkan kepercayaan dalam ajaran
agama masing-masing untuk mempunyai sahsiah terpuji agar negara kita mempunyai insan
yang seimbang dalam semua aspek yang mana dapat membantu negara untuk mencapai visi
dan misi.

3
REFLEKSI

DHARRSHENI A/P ARUMUGAM

Saya telah menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Selepas menerima soalan daripada
pensyarah, saya dan rakan kumpulan saya mula mengumpul maklumat tentang tajuk soalan
ini. Kami mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Kami
telah berjaya menyiapkan tugasan ini kerana kami mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang
sepenuh dari pensyarah kami, Dr Balu a/l Subramaniam. Dapatan kajian menunjukkan setiap
manusia bertanggungjawab untuk berpegang kepada kepercayaan dalam ajaran agama
masing-masing untuk kebaikan semua pihak.

DHIVYA A/P MUNIANDY

Saya bersyukur kerana berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Saya
mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber seperti internet, buku, jurnal dan artikel selepas
menerima soalan tugasan dari pensyarah, Dr Balu a/l Subramaniam. Dengan bimbingan dan
tunjuk ajar pensyarah dan ibu bapa saya, saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Melalui kajian ini, saya mendapati bahawa setiap manusia harus berpegang teguh
kepada kepercayaan agama masing-masing untuk menjamin kesejahteraan semua pihak.

PAVITRA A/P MASLAMANY

Dengan keberkatan Tuhan, saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan kumpulan
saya menyiapkan tugasan dengan bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat pensyarah kami, Dr
Balu a/l Subramaniam. Kami bersama mencari dan mengumpul maklumat penting bagi
menyiapkan tugasan kami. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya
konsep kepercayaan dalam kehidupan seseorang manusia. Oleh hal demikian setiap individu
harus berpegang kepada kepercayaan dalam agama masing-masing demi memanfaatkan
kelebihannya.

4
BIBLIOGRAFI

Afifah Abu Yazid. (2003). Pengajian Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M)
Sdn.Bhd Huntington, S. P. 1997. The third wave: democratisation in the late twentieth
century. New York.

Eow Boon Hin. (2000). Pendidikan Moral. Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd.

Imam Ghazzali. (2006). Insan bermoral. PTS Profesional Publication Sdn.Bhd.

Ismail Yusof, Suhanim Abdullah, Mohd Nizho Abdul Rahman, Ismail Ishak, Azman Md Zain,
Kamarudin Ahmad, Mohamad Khadafi Rofie & Hazman Hassan. (2012). Hubungan
Etnik. Petaling Jaya, Selangor : Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Mardiana dan Hasnah. (2000). Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn
Bhd.

Mohd Nor Jusoh. (2011). Tamadun islam & tamadun asia. Kuala Lumpur: Sarjana Media Sdn.
Bhd.

Mohd Razimi Husin. (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur : Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

Muhammad Nubli. (2008). Agama dan Adat Resam. Terbitan Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Seshagiri Rao. (1990). Budaya dan Kepercayaan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Sufean Hussin. (1993). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon. (2010). Nilai Agama dan
Kepercayaan. Terbitan Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee Yok
Fee, Najeemah Mohd Yusof & Nazri Muslim. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala
Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zakiah Noordin. (2014, Julai 12). Asal-usul Lahirnya Agama Hindu. Diperolehi
daripadahttp://kisahasalusul.artikel.com/2014/07/asal-usul-lahirnya-agama-hindu-di-
dunia.html

5
Zulkifli. (2015, December 6). Kepercayaan Agama Hindu dan Sistem Kasta. Utusan Online.
Diperolehi daripada http://www.utusan.com.my/2015/12/kepercayaan-agama-hindu-
sistem-kasta.html

6
LAMPIRAN

7
Amalan
utama

Keperayaan
Kekuasaan Mematuhi ajaran-
Tuhan ajaran agama

Keyakinan
terhadap kebaikan

SUMBER : INTERNET

PETA BULAT

8
Nilai Kepercayaan
Kepada Tuhan

Nilai Rasional NilaiHemah Tinggi

Nilai yang
patut
diamalkan

Nilai Baik Hati Nilai Kepatuhan

SUMBER : INTERNET

PETA BUIH

9
Tuhan hanya
satu iaitu tri
sakti

Kepercayaan
dalam agama
Hindu

Kepercayaan
Kepercayaan
meraikan
kepada hukum
perayaan
karma pahala
mahashivaratri

SUMBER : INTERNET

PETA BUIH

10
Moksha

Dharma

Artha

Karma

SUMBER : INTERNET

11
Rig veda

KITAB VEDA
Atharva PEGANGAN Sama
veda AGAMA veda
HINDU

Yajur
veda

SUMBER : INTERNET

PETA BUIH

12