Anda di halaman 1dari 2

Seterusnya, agama hindu menyuruh penganutnya supaya mempercayai Tuhan sebagai

pencipta alam. Hal ini disebabkan sembahyang merupakan sesuatu perkara yang amat penting
dalam amalan agama Hindu. Setiap penganut agama Hindu perlu bersembahyang selama tiga
kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Sembahyang pada waktu awal
pagi amat baik kepada seseorang individu kerana dapat menenangkan minda dan fikiran.
Terutamanya, hari Jumaat merupakan hari yang paling khas untuk bersembahyang di rumah
ataupun di kuil. Selain itu, penganut agama Hindu juga membuat persediaan untuk
bersembahyang iaitu mengemaskan bilik sembahyang, alat- alat yang digunakan untuk
sembahyang sehari sebelum hari tersebut. Penganut agama ini juga digalakkan untuk
menyembah dengan meletakkan bunga yang berwarna- warni yang berbau harum pada gambar-
gambar dewa. Hal ini disebabkan perkaa tesebut dapat mewujudkan situasi yang lebih indah
semasa menyembah Tuhan. Semasa bersembahyang boleh mengatakan kata- kata suci ataupun
yang dikatakan sebagai ‘Mantram’. Hal ini kerana, kata- kata suci tersebut mempunyai kuasa
tertentu dan dapat memberi manfaat kepada inidividu yang bersembahyang. Tuntasnya, amalan
agama ini memainkan peranan yang amat penting bagi melahirkan masyarakat yang
berpegangan agama serta bermoral. Dengan ini mereka tidak akan terpengaruh dengan anasir
barat serta dapat mengelakkan berlakunya gejala sosial di negara kita.

Justeru, penganut agama Hindu juga mempunyai amalan yang patut diikuti sewaktu makan.
Seseorang individu yang baragama Hindu harus duduk bersila sewaktu makan dalam khalayak
orang ramai. Ini menunjukkan tanda hormat orang yang makan bersamanya dan perbuatan ini
merupakan perbuatan yang bersopan santun. Secara tidak langsung amalan ini juga membantu
sistm pencernahan seseorang inidividu berjalan dengan lancar. Mereka juga digalakkan
menggunakan daun pisang untuk menghidangkan makanannya supaya sajiannya menjadi lebih
enak untuk dimakan. Penganut agama Hindu juga mempunyai amalan untuk menyanyi satu lagu
suci sebelum mula untuk makan. Lagu ini dinyanyikan sebagai tanda untuk menghormati
makanan yang akan dimakan. Secara keseluruhannya, amalan pemakanan ini membentuk
seseorang individu untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat serta melahirkan individu yang
bersikap terima kasih dan menghargai sesuatu yang dikurniakan oleh TuhaNnya.

Di samping itu, seseorang perempuan Hindu perlu menyikat rambutnya dan membuat tocang
ataupun mengikatnya dengan kemas, terutama bagi perempuan yang berambut panjang. Hal ini
disebabkan perempuan yang beragama Hindu dilarang sama sekali untuk melepaskan rambut
mereka begitu. Ini merupakan satu perkara yang dipantang dan perbuatan sebegitu tidak baik
bagi keluarga perempuan tersebut. Selain itu, perempuan yang menganuti agama Hindu perlulah
meletakkan ‘Potthu’ pada dahinya. Potthu merupakan suatu benda yang berbentuk bulat yang
diletakkan pada dahi, iaitu antara kening. Potthu mempunyai pelbagai fungsi seperti fungsi sosial
dan agama. Amalan meletakkan Potthu ini dianggap sebagai warisan bagi kaum wanita. Potthu
diletakkan supaya seseorang tidak menjadi mangsa tuju kerana urat- urat tertentu berpusat di
tempat itu. Oleh sebab itu, potthu dapat menutup pusat itu dan akan menggagalkan usaha
pemukau. Potthu hitam diletakkan oleh perempuan yang belum berkahwin dan potthu berwarna
merah dilletakkan oleh wanita yang sudah kahwin. Konklusinya, amalan yang disebutkan di atas
menunjukkan penampilan diri seseorang individu yang baik dan melahirkan seseorang individu
yang berdisplin.