Anda di halaman 1dari 4

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat


1. Penulisan Esei 2-3
2. Bibliografi 4

1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dirangka untuk
meningkatkan kualiti modal insan dengan meletakkan sistem pendidikan pada tahap yang lebih
tinggi serta lebih efektif dan efisien.1 Sehubungan dengan itu, pendidikan Moral di Malaysia telah
dilaksanakan sejak tahun 1983 dan merupakan satu mata pelajaran teras yang diajar kepada
murid dengan tujuan untuk mendidik mereka menjadi insan yang berdisplin dan berakhlak mulia.2
Dengan ini jelaslah bahawa Panitia Pendidikan Moral dan guru Pendidikan Moral memainkan
peranan yang penting dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
dihasratkan oleh kerajaan.

Panitia Pendidikan Moral adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru
Pendidikan Moral. Antara cara yang digunakan oleh Panitia Pendidikan Moral bagi
merealisasikan PPPM ialah memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Selain itu, panitia juga berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-
strategi mengajar yang inovatif supaya boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan
para pelajar terhadap pembelajaran. Justeru, panitia juga telah memperbaiki prestasi pelajar-
pelajar dalam peperiksaan berpandukan kepada sasaran pencapaian yang ditetapkan dalam
rancangan akademik sekolah. Tambahan pula, panitia juga mewujudkan semangat bekerjasama
di antara Panitia Pendidikan Moral dengan persatuan-persatuan yang lain.

Dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara, tidak dapat dinafikan


peranan guru adalah paling utama.3 Misalnya, guru Pendidikan Moral memainkan peranan yang
penting dalam melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah dan meningkatkan
kualiti pencapaian murid seperti yang dihasratkan dalam PPPM. 4 Selain itu, guru Pendidikan
Moral harus mempunyai tahap pemikiran moral yang tinggi supaya dapat mempelbagaikan
strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu teknik perbincangan dalam kumpulan dan pengajaran

1
Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail. (2016). Kepimpinan Transformasional Dan Kualiti
Guru Generasi ‘Y’. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(1), 29-32.
2
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan Empat.
Putrajaya.
3
Guru Berperanan Lahir Pelajar Capai Standard Global. (2015, Ogos 13). Berita Harian Online.
4
Kalaiselvi Ettikan, Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul Manaf. (2015). Guru
Cemerlang Pendidikan Moral: Keperluan Menguasai Aspek Kandungan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Moral dan Implikasinya. International Journal of Education and Training,
2(1), 1-8.

2
dua hala.5 Secara tidak langsung hal ini dapat menggalakan proses berfikir dalam kalangan murid
dan meningkatkan pemahaman murid seperti yang disasarkan anjakan ketiga dalam PPPM iaitu
penghasilan murid yang mampu menghayati nilai dan mempunyai pemikiran rasional.

Justeru, guru Pendidikan Moral juga memainkan pelbagai peranan di sekolah seperti
pengajar, pengadil, penilai, pendisplin dan kaunselor. Misalnya, ketika memainkan peranan
sebagai pendisplin, guru perlu bersifat tegas manakala ketika berfungsi sebagai kaunselor, beliau
hendaklah bersifat mudah dihampiri. Dengan ini jelaslah bahawa guru Pendidikan Moral
bertanggungjawab menjaga displin murid-murid serta membantu mereka membentuk sahsiah
dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat seperti yang dinyatakan dalam
PPPM.6 Selanjutnya, guru Pendidikan Moral juga bertanggungjawab untuk menjadi contoh model
hidup di mana tingkah laku guru menjadi suri teladan kepada murid.7 Impaknya, niai-nilai murni
yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa murid dan
pasti sasaran PPPM dapat dicapai.

Sebagai intihanya, jelaslah bahawa Panitia Pendidikan Moral dan guru Pendidikan Moral
memainkan peranan yang penting dan mempunyai pengaruh yang besar dalam melahirkan murid
yang berpengetahuan, mahir berfikir, memimpin, mempunyai kemahiran dwibahasa, beretika dan
bersifat rohani serta mempunyai identiti kebangsaan seperti yang dihasratkan dalam PPPM. Oleh
sebab itu, guru-guru Pendidikan Moral haruslah bekerjasama, berkongsi fikiran, pengalaman dan
kepakaran dengan Panitia Pendidikan Moral di sekolah untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mutu pengajaran masing-masing dari
masa ke semasa. Melaluinya, murid-murid dapat dididik supaya berakhlak, bermoral dan
mengamalkan budaya hidup yang murni.8

5
Norzihani Saharuddin & Nur Surayyah Madhubala. (2015). Elemen Dalam Program Penyediaan
Guru Sebagai Pemudah Cara Pemikiran Moral Guru Pelatih Pendidikan Moral. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-13.
6
Mok Soon Sang. (2004). Pendidikan di Malaysia. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
7
Guru Ejen Pengubah Masyarakat. (2014, Ogos 15). Berita Harian Online.
8
Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan . Journal of
General Studies, 1(1), 117-130.

3
BIBLIOGRAFI

Guru Berperanan Lahir Pelajar Capai Standard Global. (2015, Ogos 13). Berita Harian Online.

Guru Ejen Pengubah Masyarakat. (2014, Ogos 15). Berita Harian Online.

Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail. (2016). Kepimpinan Transformasional Dan Kualiti
Guru Generasi ‘Y’. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(1), 29-32.

Kalaiselvi Ettikan, Nur Surayyah Madhubala Abdullah & Umi Kalthom Abdul Manaf. (2015). Guru
Cemerlang Pendidikan Moral : Keperluan Menguasai Aspek Kandungan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral dan Implikasinya. International Journal
of Education and Training, 2(1), 1-8.

Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohamad Khairi Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam
Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan . Journal of
General Studies, 1(1), 117-130.

Mok Soon Sang. (2004). Pendidikan di Malaysia. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Najeemah. (2006). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Norzihani Saharuddin & Nur Surayyah Madhubala. (2015). Elemen Dalam Program Penyediaan
Guru Sebagai Pemudah Cara Pemikiran Moral Guru Pelatih Pendidikan Moral. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-13.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan
Empat. Putrajaya.