Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pendapat)
Soalan:
Semangat patriotik dalam kalangan remaja kita semakin luntur. Pada pendapat anda,
apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan remaja.
Jawapan Isi:
Satu daripada usaha yang perlu dilakukan ialah meneruskan program bulan
penghayatan patriotisme sama ada pada peringkat sekolah, negeri, mahupun
peringkat kebangsaan. Program ini hendaklah diadakan pada setiap tahun. Program
ini diadakan selama sebulan untuk memberikan peluang kepada remaja bagi
menghayati erti patriotisme, erti kemerdekaan, dan mengenang jasa para perwira
yang telah mempertahankan agama, bangsa, dan tanah air. Sebagai contohnya,
bulan Ogos hendaklah diisytiharkan sebagai Bulan Penghayatan Patriotisme yang
perlu disambut pada setiap tahun. Dalam bulan ini, pelbagai program hendaklah
diadakan untuk membangkitkan dan menanamkan semangat patriotik dalam
kalangan remaja. Dengan wujudnya program sebegini pada setiap peringkat sekolah,
negeri, dan kebangsaan, secara tidak langsung semangat patriotik dalam diri remaja
akan lahir sedikit demi sedikit bak kata pepatah,”sedikit demi sedikit, lama-lama
menjadi bukit.” Sebagai negara yang terdiri daripada berbilang kaum, kita
seharusnya menyokong program seperti ini supaya hasrat kerajaan untuk memupuk
semangat patriotik dalam kalangan rakyat tercapai.