Anda di halaman 1dari 6

Sekolah Kebangsaan Ledang,

Jalan Sialang,
84900 Tangkak,
Johor Darul Takzim

Program Motivasi :

PENGURUSAN MASA

DAN

PERUBAHAN SIKAP

Tarikh : 12 April 2018


Tempat : Dewan SK Ledang
1.0 PENGENALAN

Program motivasi Tahun Enam merupakan salah satu program yang telah dirangka dan
dijadikan sebagai program tahunan SK Ledang. Program ini dirangka bagi memberi kesedaran
kepada pelajar tentang kepentingan masa dan membentuk sikap positif dalam diri. Program ini
banyak menyumbang kearah menyuntik semangat belajar para pelajar untuk mencapai
kecemerlangan dalam UPSR. Matlamat sebenar program ini adalah semata-mata untuk
mencetuskan kesedaran di kalangan pelajar tentang peranan dan tanggung jawab mereka
sebagai pelajar untuk belajar dan bertekad untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
UPSR

2.0 TEMA
"Ke Arah Kecemerlangan Bersama"

3.0 RASIONAL
Tema "Ke Arah Kecemerlangan Bersama" merupakan tema yang dipilih bagi program kali ini.
Tema ini begitu relevan dalam usaha membentuk murid – murid Tahun 6 yang bakal menduduki
UPSR tidak lama lagi. Atas kesedaran betapa pentingnya program sebegini perlu dilaksanakan,
maka program seperti ini berhasrat besar agar mampu memberi kesedaran dan pendedahan
kepada murid – murid agar mereka dapat mempersiapkan diri mereka dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelektual dan sosial tatkala melangkah ke menara gading kelak.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi kesedaran kepada murid – murid tahun 6 agar lebih berusaha dalam mencapai
keputusan akademik yang cemerlang.
4.2 Membentuk sikap pelajar yang positif dan seimbang dari aspek jasmani, emosi rohani
dan intelektual..
4.3 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang tips – tips pengurusan diri, masa dan juga
kemahiran belajar.

5.0 NAMA PROGRAM


Motivasi Pengurusan Masa Dan Perubahan Sikap

6.0 TARIKH & HARI


14 April 2018 (Khamis)

7.0 TEMPAT
Dewan SK Ledang
8.0 SASARAN
83 orang calon UPSR 2018
9.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK:

PENGERUSI
EN. KAMARUDIN BIN IBRAHIM
(Guru Besar SK Ledang)

NAIB PENGERUSI 1
PN. NOORI’IN BTE MAHBOB
(GPK 1 SK Ledang)

NAIB PENGERUSI 2
TUAN HJ. MOHD ALIAS BIN OMAR
(GPK HEM SK Ledang)

NAIB PENGERUSI 3
PN. RABIHAH BTE SALLEH
(GPK Kokurikulum SK Ledang)

SETIAUSAHA
PUAN JULIANA BTE SARJU
(PENYELARAS TAHUN 6)

BENDAHARI
EN. HANAFIAH BIN MOHD YUSOF
JAWATANKUASA PELAKSANA:

PERSIAPAN TEMPAT
Pekerja SK lEDANG

PENDAFTARAN
Pn. Azliza Bt Abu Samah

PENCERAMAH
EN. MOHD. ATAN BIN ALI
GPK KOKO SMKA Pagoh

MUTIMEDIA
En. Hanafiah Bin Mohd. Yusof

BUKU PROGRAM
Pn. Naimah Bte Asmadi

MAKANAN
Pn. Suziwana Bte Othman

DISIPLIN DAN KAWALAN MURID


Pn. Norlaila Bte Othman
Pn. Noridah Bte Tahir

CENDERAHATI DAN SIJIL


Pn. Suraya Bte Yahaya
10.0 TENTATIF PROGRAM

12 APRIL 2016 (KHAMIS)

7.30 pagi Pendaftaran peserta


8.00 pagi Taklimat
8.30 pagi Bacaan Yassin & Solat Hajat
9.00 pagi Slot Motivasi : Pengurusan Masa dan Perubahan Sikap
11.00 t/hari Majlis Penutupan
11.30 t/hari Bersurai

11.0 BELANJAWAN

Perbelanjaan
Perkara Jumlah (RM)
1) Alat Tulis RM 50.00
 Marker Pen
 Kertas Mahjong
 Pita Pelekat
 Gunting
 Kertas A4
2) Bayaran Penceramah RM 150.00
3) Jamuan Penceramah RM 50.00
JUMLAH RM 250.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN: RM 250.00


12.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami sekiranya program ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi
impak yang besar dalam kalangan murid – murid Tahun 6 dan mencapai objektif dalam usaha
melahirkan murid – murid yang bukan sahaja cemerlang akademik malahan cemerlang daripada aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelektual juga.. Oleh yang demikian, sokongan dan bantuan daripada
pihak-pihak lain samada dari segi moral, nasihat, tenaga, kewangan, dan lain-lain amatlah diperlukan.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, samada
secara langsung mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………….......
JULIANA BTE SARJU PN. NOORI’IN BTE MAHBOB
Penyelaras Tahun 6 GPK Pentadbiran
SK Ledang SK Ledang

Diluluskan oleh,

……………………………….......
EN. KAMARUDIN BIN IBRAHIM
Guru Besar
SK Ledang