Anda di halaman 1dari 2

Tan Ean Wuei

Refleksi

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugasan GKK Kesihatan dan
Kecergasan Diri ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas
seharian. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya
tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya
telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya.

Dalam tugasan 3 kerja kursus ini, kami dikehendaki merancang aktiviti sukan yang
perlu dilakukan sepanjang 4 minggu. Saya telah memahami dan mempraktikkan konsep
prinsip latihan FITT dalam perancangan aktiviti sukan. Selain itu, saya juga telah melatih
diri untuk mempunyai pengurusan masa yang baik. Saya telah bertekad untuk menjalani
aktiviti riadah setiap hari selepas membuat kajian tentang konsep FITT ini. Saya akan
mematuhi jadual yang telah ditetapkan untuk melakukan aktiviti. Dengan ini, saya juga
menjadi lebih berdisiplin dalam mematuhi masa.

Di samping itu, kemahiran bermain badminton saya telah bertambah baik. Asalnya,
saya tidak pandai bermain badminton. Selepas melakukan tugasan ini, saya telah
mempelajari beberapa taktik bermain badminton. Saya telah mempelajari kemahiran
memegang raket, membuat pukulan, dan servis. Saya akan meluangkan masa sekurang-
kurangnya 3 hari seminggu untuk bermain badminton dengan rakan. Seterusnya, saya
telah mempunyai stamina yang lebih baik. Stamina yang baik bermaksud seseorang
mampu melakukan sesuatu pekerjaan (yang melibatkan pergerakan fizikal tubuh badan)
tanpa henti untuk tempoh yang lama, tanpa menunjukkan tanda-tanda penat, letih atau
semput. Stamina mengambil masa yang agak lama untuk dibentuk, namun mengambil
masa yang singkat untuk kehilangannya. Jadi, saya akan mengamalkan amalan
bersenam setiap hari untuk mengekalkannya.

Dalam kerja kursus ini juga saya dikehendaki menyediakan satu brosur. Saya
telah memilih tajuk aspek pemakan seimbang. Hal ini merupakan suatu cabaran yang
besar dan pengalaman yang baru kepada saya kerana saya tidak pernah membuatnya
sebelum ini. Justeru, saya telah melayari internet untuk melihat contoh brosur dan
meminta nasihat daripada rakan tentang cara membuat brosur untuk menyiapkan tugasan
ini. Saya telah menimba pengetahuan baru serta mempelajari cara membuat brosur yang
menarik dengan menggunakan Microsoft Publisher. Selain itu, saya juga telah
didedahkan dengan kepentingan pemakanan seimbang, dan tips diet seimbang. Hal ini
Tan Ean Wuei

adalah sangat penting kerana makanan seimbang dapat mengurangkan risiko penyakit
berbahaya seperti kanser, serangan jantung, osteoporosis dan tekanan darah tinggi.

Semasa menyiapkan tugasan ini juga, saya telah bertukar-tukar pandangan dan
idea dengan rakan-rakan demi menghasilkan kerja kursus yang lebih baik. Pengalaman
berinteraksi bersama pensyarah dan rakan telah memantapkan cara berkomunikasi saya.
Pengalaman ini telah melatih saya untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan
berkeyakinan. Perpustakaan menjadi tempat untuk saya memperoleh bahan untuk
dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan. Selain itu, saya juga melayari internet untuk
memperoleh maklumat kerana tidak mahu ketinggalan untuk mengunakan teknologi masa
kini yang telah maju dan canggih.

Tambahan pula, saya telah mempelajari nilai-nilai murni semasa menyiapkan


kerja kursus ini. Saya telah menyedari kepentingan menghargai masa dan nilai ini
haruslah dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Saya harus bertindak proaktif dan
merancang masa dengan baik supaya tidak membazirkan masa. Dengan perancangan
masa yang baik, saya dapat memastikan tugasan saya disiapkan tepat pada masanya
dan berkualiti. Sebaliknya, jika saya melaksanakan kerja kursus pada saat-saat terakhir,
hasil tersebut mungkin tidak memuaskan dan akan menyebabkan saya berasa
mengantuk semasa di kelas kerana telah menyiapkan kerja sehingga larut malam. Oleh
itu, saya telah menggunakan segala peluang yang diberi untuk menyiapkan tugasan ini
secepat mungkin. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun
dengan pertolongan pensyarah dan rakan-rakan, saya telah berjaya melakukannya.

Akhirnya, saya juga telah menyemak semua hasil yang disiapkan dengan teliti dan
telah meminta tunjuk ajar daripada pensyarah sebelum membukukan kerja kursus saya
ini. Saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk melaksanakan kerja kursus
ini kerana dapat memahami konsep FITT dan juga kepentingan makanan seimbang
dalam kehidupan seharian. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja
kursus saya ini.

Anda mungkin juga menyukai